Aiskrim Asam Boi.
Haa.
Siapa pernah makan Aiskrim Asam Boi?
Kat kampung aku, diorang panggil “aiskrim batang”. Aiskrim batang macam ni, ada macam-macam perisa. Ada sirap bandung, ada sirap, ada laici, ada sarsi, ada oren dan segala bagai lagi. Tapi yang terbaik dikalangan terbaik pastilah Aiskrim batang perisa Asam Boi. Ada sebutir asam boi kat dalam tu. Itu yang buat nikmatnya 3-4 kali ganda berbanding aiskrim Asam Boi yang tak ada asam boi langsung kat dalam tu.
Secara jujurnya, tak susah nak buat aiskrim jenis macam ni. Apa yang penting, korang kena ada plastiknya lah. Kalau tak makan guna plastik panjang macam ni, rasa tak feel pulak, kan?
Selalu aku dapatkan stok aiskrim ni dari bibik aku kat kampung tu. Dia ada jual kat rumah dia. Budak-budak kampung selalulah datang rumah dia beli aiskrim tu. Dia jual dalam 20 sen satu. Memang laku habis setiap hari. Balik sekolah aje, mesti rumah bibik aku kena terjah.
“Bik..lain kali, jual 50 sen. Orang tetap BELI punya..baru ada untung BESAR!”
“Ko dok bandar. Memanglah ramai orang gila sanggup BELI harga tu. Budak-budak ni dok kampung. Berapa ramai yang sanggup beli dengan harga tu? Sebatang ni pun ada yang kongsi DUA orang tau tak?” balas bibik sambil terus membancuh air asam boi warna oren itu.
Haha..
Sekali kena maki plak dengan bibik aku sendiri.
Tapi itulah hakikatnya, kalau korang nak buat bisnes jual aiskrim ni, pilih DUA sahaja perisa utama. Milo dan Asam Boi. Perisa lain, buat sikit-sikit sebagai mengaburi pandangan para pembeli yang rakus itu. Majoriti, memang akan beli dua jenis perisa ini. Malah, aku sendiri akan cari dua perisa ini kat rumah bibik aku. Tak mau perisa lain.
Tak pun, kalau korang rasa malas nak pergi beli kat rumah bibik aku kat kampung tu. Korang boleh buat sendiri.
Ini resipinya. Sila salin.
Resipi Aiskrim Asam Boi sedap sejuk kaw habis.
- Beli asam boi. Warna oren punya.
- Beli juga gula 1 kampit tu. Nak guna apa jenis gula pun tak apa. Gula biasa pun, kalau pandai adun, aiskrim tetap akan jadi sedap. Tak payah beli gula yang harga mahal-mahal tu. Gula 1Malaysia tu pun ok jugak.
- Beli plastik batang tu. Harga tak mahal punya.
- Sediakan jag untuk bancuh air asam boi dan sudu untuk mengacau bancuhan itu. Kemudian, masukkan asam boi, air masak dan gula secukup rasa tekak korang tu. Kacau dengan penuh kasih sayang.
- Tambah sikit tepung jagung untuk kasi pekat bancuhan tu. Jangan letak banyak-banyak. Kang tak pasal-pasal jadi cekodok asam boi la plak. Tambah sikit demi sedikit dan mengikut selera korang. Kena rasalah sikit-sikit.
- Dah siap semua tu, tuang dalam plastik panjang tu.
- Simpan dalam peti sejuk. 1 malam dah cukup KERAS dah dan boleh dinikmati setiap hari terutamanya pada waktu hujan.
Kesimpulan.
Budak-budak sekarang, nak jumpa aiskrim macam ini memang susah gila. Kalau terjumpa kat bandar, harga mesti paling teruk pun 50 sen. Kalau ada yang terjual 20 sen, memang berniat baik untuk membahagiakan kanak-kanak dikawasan itu.
Golongan bapak-bapak, bersiap sedialah kalau puan mak atau bini yang suka mengidam benda pelik-pelik. Aiskrim macam ini memang selalu jadi perhatian mereka. Jadi, kalau bapak-bapak nak makan juga, sila makan sebelum balik ke rumah. Kalau bawa balik rumah, mesti mem besar nak jugak. Tak pasal-pasal kena keluar rumah semula.
Oh ya.
Kalau berminat nak buat duit sampingan dengan jual aiskrim, korang juga boleh baca panduan buat aiskrim ni dan belajar cara bisnes aiskrim dari mereka yang pakar.
Kalau kena gayanya, memang BESAQ untung jual aiskrim nih.
Baca kat sini panduan buat aiskrim dan cara jual aiskrim –> Panduan Buat dan JUAL Aiskrim SEDAP

Ps: OKeh. Jom tengok bola sambil makan Aiskrim Asam Boi. Hoho..
25,909 total views, 1 views today
Favorite den nie… Hahaha… Plastik tu susah dapat dah sekarang… Dulu banyak jual…
Kat kampung aku panggil aiskrim Malaysia. Selain dari asamboi dan milo, yang sirap bandung pun best jugak. 😀
kerap buat aiskrim batang nie kat rumah juga
aduuuusss,, ni memang sekerim lejen nih,, kah3
kerlass pandai bibik Titan….
kie dulu zaman kanak2 pun pernah rasa….
aku memang suka aiskrim ni, tp soalan aku adalah, aiskrim jenis ni ada ker tambah tepung jagung?
tepung tu bukan letak banyak. Sikit aje. Mungkin ko belum pernah rasa aiskrim yang ada tambah tepung. Rasa dia lain sikit berbanding yang biasa. Yang biasa, rasa dia plain sikit. Masih sedap. tapi yang ada tepung tu, dia berganda sedap dia. Hoho..
bijak..bijak… tak perasan bab tepung jagung tu..tp memang yea..
kami buat ais krim bubur kacang terus hahahaha tapi ‘renyah’ siket ler
aduiiii memang suka sesangat cuma malas nak buat jer huhu
makcik-makcik memang malas benar sekarang nih.
OO kena letak tepung jagung oo oo oo okeh
Dulu-dulu tahun 80an mak ambe buat jual aiskrim nih. Ada perisa milo, asam boi, sirap, laici, nangka. Kadang-kadang buat perisa oren sunquick. Paling laku perisa milo.
Perisa milo memang legend habis maa. Sebab itu ramai orang suka.
zaman aku skolah ade la benda ni. sekarang takde orang buat dahh. 🙁
Tak ramai yang sanggup buat benda ni dah sekarang.
50 sen? Haha memang beza dengan zaman saya 20sen je.. 😈
Dulu, 10 sen pun ada orang jual. Hoho..
barang sudah mahal sekarang maa.
kalau kampung naik 30 posen heee..mak saya jual ais crem cendok sirap milo kalau asam boi selalu sold out sy nak curi satu tak leh cisss…
Kena curi masa orang tidur maa.. 💡
eskrem malaysia ….tgh batuk2 camni..hanya bleh pandang je la
Meh datang banting. gua belanja cendol plak.
Ais Krim Malaysia ni… Biasanya boleh didapati dekat sekolah petang (Sekolah Agama Rakyat) anak saya … 😉
Wahh..sekolah mana tu ada jual?
Ada pulak makan time hujan..adoiii..macam2 lah..emm memang kena letak gandum ataupun ni saje2 tulis?tak pernah pun tgok mak kiter buat air cream letak tepung..haha
bukan gandum… tepung jagung…kasi pekat sikit… macam jeli… 🙂
makan waktu hujan la best. Haha.
hahahahhaha… adei…
dah jarang nampak budak-budak makan aiskrim batang lagi…
Memang jarang benar dah nak nampak sekarang maa..
Isteri siap bual jual ais krim Malaysia ini. Pelaggan budak sekolah lalu didepan rumah. 🙂
Wahh..siap jual lagi.
Mesti banyak untung nih. 😳
Dah lama tak makan aiskrim batang ni..
Sebab tu kena cari. Haha..
bestnya…
aiskrim asam boi ni memang feberet..tak pernah putus dalam freezer..
tak pernah putus? Bak hantar sikit ke banting nih. 😆
sekarang ni susah dh nk jumpa eskrem cmni..nk buat sendiri malas..muahahahaa 😈
Orang kita ni memang ramai yang pemalas. 👿
erkk..bt eskrem jer malas..buat mende len rajin ngeh3 😈
ni lah asikrim kegemeran gua masa budak2..murah pun murah..20 sen je
zaman gua dulu, 10 sen aje. hehe
Aiskrim yang memang lejen….Aku suka aiskrim kacang hijau…
Kacang hijau?
Gua kurang sikit. Kalau makan panas-panas, tak apa lagi. Kalau sejuk, potong stim la sikit. haha
Fuh, lama tak jumpa aiskrim gini. masa kecik2 je la selalu beli. kadang2 buat sendiri. huhu
Memang terkenang habis zaman kanak-kanak ni bila cite bab aiskrim batang nih..
Dulu2 memang ada gak jual aiskrim batang ni..perisa asam boi, milo, jagung dan macam2 perisa adoo..
Tapi tak ponah lak den buek lotak topong jagong kek asam boi,kalau yang jagung tu ado lah…recepi baru ekk..ok lah nanti nak cuba lah, mana tau lagi berrtambah sedap leh buek business 😛
Tak letak pun tak apa. Masih sedap lagi.
Kalau letak, lagi terangkat. Hehe..
sekarang paling murah , boleh dapat 30sen tapi kalau aiskrim malaysia yang guna santan atau susu dah jejak 50sen dah nih
peh..30 sen pun ada orang jual. Gilalah. Haha..
Susu san santan mahal woo. Tak hairanlah naik 50 sen. 😆
Sebelum makan tumbuk dulu kat dinding bagi hancur. Abis makan tiup plastik main letup2.
haha..
time dah malas, memang aku pun tumbuk ke dinding gak. haha..
puteri suka perisa asam boi dan perisa sirap bandung..selalunya buat sendiri 🙂
wahh..rajinnya buat sendiri ehh.
teringat aiskrim bubur kacang..perghhh sedapppp 😆
yang bubur kacang kurang sikit la..
ais krim tu time sekolah dulu 20sen aje..
Salam.
Den bru buaek..tp tepung.jgung tu wt eskrem tu rsa.lain..trlebih kot..bru nkjuak hrini kna cancel la
tepung tu jangan letak banyak sangat. bancuh dulu dalam air..masukkan sikit demi sedikit dan kacau.
rasa dulu gak. jangan sekali banyak.
kang tak sedap plak.
ooh kena letak tepung jagung sikit, tak guna pati double lion perasa oren ke masa nak bancuh tu
tak letak pun takpe.
janji manis dia cukup.
tak guna perasa oren. Kalau wat asam boi..warna dia dah cukup oren dah. Rasa dia memang sedap dahh..janji, kena pandai wat la. ratio dia kena try error gak.
sedapnya makan aiskrim panas2 mcm ni
Pergh nyaman….
Jiran Aku masih jual 20 sen
nk tya..berapa liter air nk pakai ye