Ya. Sekali lagi aku terlibat dengan satu lagi program SEDA Malaysia. Kali ini terlibat dengan program Melaka Worlds Solar Valley Tour. Program lawatan ini diikuti oleh beberapa orang blogger dan juga media untuk melawat 3 tempat yang terlibat dengan program FiT (Feed-in Tariff) di Melaka.
Bagi yang tak tahu apa itu program FiT (Feed-in Tariff), boleh baca artikel ini – Apa itu Feed-in Tariff dan Re Fund 1.6%
Ok. Antara tempat-tempat tersebut ialah…
1. Cooltek Home.
2. AUO-Sunpower Sdn. Bhd.
3. Kumpulan Melaka Berhad.
Cooltek Home.
Sekali pandang, Cooltek Home ini macam rumah biasa. Tapi bila aku masuk dalam rumah tersebut, ia satu merupakan satu rumah yang cukup berbeza. Walaupun rumah itu nampak kecil, rekaan yang agak “SIMPLE” dan perabot juga tidak banyak, tetapi ia cukup sesuai untuk dijadikan tempat tinggal yang mempunyai udara yang cukup sejuk dan nyaman serta menjimatkan penggunaan tenaga elektrik. Senang kata, kalau diberi pilihan memang aku nak juga rumah aku nanti sebiji macam ini suatu hari nanti.
Cooltek Home direka dengan teliti untuk menjadikan rumah itu boleh menggunakan “air-cond” secara berterusan dan sekali gus menjadikan rumah tersebut menjimatkan tenaga elektrik dengan maksimum. Dengan mengelakkan kehilangan udara sejuk yang dihasilkan oleh “air cond” secara berterusan, rumah tersebut telah direka khas untuk menutup segala ruang udara agar udara sejuk itu tidak keluar.
Cooltek Home dibina oleh Stephanie Mary Bacon dan mendiang suaminya (Harry Boswell). Mereka telah menetap lama di Malaysia. Sekarang, Cuma Pn. Stephanie sahaja yang menjaga rumah tersebut apabila suaminya telah pun meninggal dunia. Menurut Pn. Stephanie lagi, Cooltek Home merupakan rumah pertama yang menikmati faedah dari program FiT(Feed-in Tariff) di Malaysia pada tahun 2011 walaupun hakikatnya beliau telah membina rumah tersebut pada tahun Oktober 2007.
Ciri-ciri PV Solar CoolTek Home
- Renewable Resources : Individual
- Total Installed Capacity: 4.8 kw
- Net Export Cacity : 4.8 kw
- Fit Rate(RM/Kwh) : 1.46
- Distribution Licenses : Tenaga Nasional Berhad (TNB)
Dan untuk pengetahuan bersama, CoolTek Home merupakan salah satu contoh “Green and sustainable Home” di Malaysia dan pernah memenangi award seperti ASEAN Energy Award Winner 2009. Rumah tersebut berjaya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik 5 kali ganda berbanding rumah standard biasa di Malaysia walaupun penyaman udara dipasang sepanjang hari. Secara jujur, memang sejuk juga bila berada dalam rumah tersebut. Kalau baring atas sofa tu, memang boleh terlena dibuatnya. Rasa macam tak nak balik pun ada. Hehe..
Bagaimana mereka mampu lakukannya?
Ia bukan satu tugas yang mudah. Dari segi pembinaan dan rekaan design CoolTek Home itu sendiri sahaja sudah perlu dilakukan dengan bijak dan kreatif. Pemilihan bahan binaan yang sesuai seperti pemilihan batu bata, steel roof, pemilihan aluminum yang berkualiti tinggi, menentukan arah matahari, memilih dan mereka tingkap dan dinding yang mampu menahan haba dan bunyi, pemilihan bahan untuk siling dan juga menggunakan “WOODGRAIN Floor setebal 50mm, memilih “INVERTER Air Condition” yang sesuai dan berkesan dan juga peralatan menjimatkan elektrik yang lain. Pendek kata, memang kena bijiak memilih jika mahu menjimatkan elektrik untuk satu jangka masa yang lama. Jika tidak, pasti terpaksa membayar RE Fund sebanyak 1.6% dalam bil elektrik kita setiap bulan jika menggunakan lebih dari 300 Kwj atau RM77 sebulan.
Tahukah korang bahawa bermula pada 1 Januari 2014, sumbangan (RE Fund) kepada Kumpulan Wang Tenaga Boleh Baharu (KWTBB) telah dinaikkan dari 1% ke 1.6% dan dikenakan kepada semua pengguna elektrik TNB dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB). Hanya pengguna elektrik domestik yang menggunakan tenaga elektrik tidak lebih dari 300 Kwj atau RM77 sebulan sahaja dikecualikan dari sumbangan (RE Fund) – SEDA Malaysia.
Kesimpulan
Secara jujur, memang teringin juga hendak ada satu rumah begini. Cuma masalahnya, aku kena ada modal yang cukup untuk buat rumah seperti CoolTek Home ini. Bukan setakat itu sahaja, kena ada tanah sendiri dan ada ilmu pengetahuan yang cukup untuk membina rumah tersebut. Bukan calang-calang orang yang mampu lakukan seperti Pn Stephanie dan suaminya. Memang agak kagum jugalah dengan semangat mereka berdua yang begitu serius melakukan penjimatan tenaga elektrik sehingga tahap begitu rupa sekali.
Dan yang lebih penting, mereka dapat menjana pendapatan sampingan melalui penjimatan yang mereka lakukan dengan program FiT (Feed-in Tariff). Bukan sahaja tak perlu bayar bil elektrik banyak-banyak, malah dapat duit lagi tu pada setiap bulan.
Bertambah kagum lagi aku dibuatnya. Hu.
** Trip ke AUO-Sunpower dan Kumpulan Melaka Berhad akan bersambung pada artikel yang akan datang. Pn. Stephanie juga akan turut serta dalam trip kami ke AUO Sunpower dan juga Kumpulan Melaka Berhad.
Sumber:
- SEDA Malaysia.
- Cooltek Home – Pn Stephanie Mary Bacon.
- Website rasmi Cooltek Home – http://www.cooltek.org
- Download flyer tentang Cooltek Home di sini – Apa itu Cooltek Home
12,627 total views, 1 views today
wah, guna solar tuh… hebat teknologi dia…
Yap.
Memang hebat. Tapi bukan senang tu nak buat. Kena ada semangat yang kuat tu.
perghh.. jimat 5x ganda, siap pasang aircond lg.. bilik aku yg pasang air cond time mlm pun dah melonjak dah bil tiap2 bulan
Wahh, bilik hang pasal air-cond kah?
Hebat tu.
wah.. dpt trip tu..
rasa ada tmn perumahan kat melaka yang ditawarkan solar ni…
tapi memang mahal kalau nak guna solar buat masa ni.. tapi jangka panjang untung.
Untuk satu jangka masa panjang, memang sangat menguntungkan.
Benda ni, sanggup atau tak sanggup sahaja. 😉
jimat tambah sekarang semua benda tengah nak naik haaa..boleh usul rujukan dekat rakan terdekat pada obses pada rumah.
Ada rakan yang obses dengan rumah ke??
wah, pelik tu.
memang.depa kerjannya melukis plan rumah tu. pastu abang saya tengah cari-cari juga design untuk rumah di melaka.
erk..tapi obses duit boleh tak? ahaaa. 😉
bagus ni kalau semua rumah ada macam ni.
Kalau semua rumah dah siap ada benda ni, memang gembira tak terkata lah.
wah baguslah teknologi die..perkara yang bukan semua orang blh bt
Ya, memang tak semua berkemampuan nak buat.
Bagi sesiapa yang mampu, korang digalakkan sangat untuk mencuba.
Starting mahal kemudian jimat
Amanz mesti pergi jugak kan bab bab ni, ke tidak diinvite 😛
Amanz tak tahu kot pasal benda nih.
Rumah ni kedap udara ke? kalau kentut memang kantoi sbb udara tak keluar
takdelah kedap udara. Cuma ada caranya nak bagi rumah tu sejuk sepanjang masa.
ERR JENAMA APA YANG EXHAUST FAN NYA TUH
Ada jenamanya tersendiri. Diorang bawa teknologi dari negara diorang ke Malaysia masa tu.
Agak2 untuk condo boleh tak?
Boleh rasanya.
Tapi banyak kerja gak la kena buat.
Lu memang dah mampu sangat…
Mampu atau tidak.
Masanya belum sesuai lagi. hoho..
Masih jauh lagi pemikiran kita untuk berjimat-cermat seperti pasangan ini.
Orang kita dah biasa dok dalam zon selesa. Bila dah kena bayar macam-macam, barulah nak berjimat. Memang itulah tipikal orang kita sekarang.
dapat sebijik rumah macam ini dah cukuo bagus dapat jimat banyak duit … ingatkan rumah tu untuk di sewa heheheheh
Tak la. Pn Stephanie masih duduk kat rumah tu.
Emm dia nak bini ruamh ni kena tengok gak kan arah aliran angin…kan?
Kena tahu gak aliran angin, kedudukan cahaya matahari terlebih dahulu kalau nak bina rumah macam cooltek ni. Silap cara, lain jadinya.
hebat juga pasangan ni ye..best kalau boleh dapat rumah camtu.
Memang best la kalau dapat ada satu rumah macam ini.
Rumah berkonsepkan jimat tenaga.built from scratch..respek gila kat diorang ni.
Yap. Memang respek habis la. Kagum diorang boleh terfikir nak buat rumah macam ni. 😉