Dalam artikel sebelum ini aku ada cerita sikit tentang program “Melaka Worlds Solar Valley Tour” anjuran SEDA Malaysia, bukan? Hari ini, aku akan sambung cerita tentang program site visit tersebut.
Selepas melawat CoolTek Home itu, kami bersama-sama dengan Pn. Stephanie terus AUO Sunpower Sdn. BHd, Melaka World Solar Valley yang terletak di Alor Gajah, Melaka. Dalam jam 2 petang lebih kami bergerak dan sampai tidak sampai sejam ke tempat tersebut.
Di AUO Sunpower Sdn. Bhd, kami disambut dengan baik oleh wakil mereka iaitu Pn. Roslawanis Husani. Kami diberi taklimat tentang AUO Sunpower Sdn Bhd. Pendek kata, memang jelas dan boleh difahami apa yang cuba disampaikan oleh Pn. Roslawanis.
Memang banyak yang aku sendiri tak tahu. Tak sangka negara kita ada juga rupanya syarikat macam ini. Kalau tak ikut lawatan ini, memang sampai bila-bila aku tak tahu.
Di sini, aku ringkaskan sedikit nota tentang syarikat ini untuk memudahkan korang lebih faham.
Misi AUO Sunpower Sdn. Bhd ialah untuk menjadi Syarikat yang dapat menghasilkan dan membekalkan Sel/Panel Solar terbaik di Dunia. Terutamanya dari sudut:-
- CUSTOMER – Highly volume on time for customers
- COST – Cost competitive energy provider
- QUALITY – Highly quality, reliability & Efficiency
- EMPLOYEE – Employer of choice
Sedikit penerangan tentang AUO Sunpower Sdn. Bhd.
- AUO ditubuhkan pada tahun 1996.
- AUO telah bergabung dengan Acer Display Technoloy Inc dan Uniapac Optoelectronics Corporation pada tahun 2001
- Kemudian, mereka bergabung pula dengan Quanta Display Inc. untuk membina TFT-LCD yang lebih bersaiz besar dan menguasai 17% daripada pasaran TFT-LCD yang bersaiz besar di dunia.
- AUO juga merupakan syarikat pembekal TFT-LCD pertama yang berjaya disenaraikan dalam NYSE (New York Stock Exchange)
- Kelebihan produk AUO Sunpower adalah menghasilkan Solar Cell (Panel Solar). Panel Solar mereka telah dipatenkan dan sukar untuk ditiru. Malah, solar panel mereka menyediakan kecekapan yang yang berkesan sehingga 22.5% atau 3.4 watts per sel di dunia. Ia mempunyai kuasa sehingga mencapai 50%. Keunikannya panel solar mereka yang berwarna hitam itu sangat unik dan mampu menyalurkan lebih banyak tenaga (energy/m2).
- Pelanggan AUO Sunpower mendapat manfaat kerana ia lebih menjimatkan elektrik dan tidak perlu membayar bil elektrik yang tinggi, mempunyai tahap pelepasan karbon yang tinggi dan penampilan yang lebih unggul.
Jadi, disinilah solar panel atau Solar PV dihasilkan. Solar panel dihasilkan dari polysilicon menjadi ingot. Dari ingot membentuk solar wafer dan seterunsnya membentuk solar cell (solar panel) dan produk akhirnya adalah PV Module yang kita selalu nampak di atas bumbung rumah.
Contoh lain adalah seperti Tapak Projek Solar Fortune 11 di Sepang yang pernah aku lawat dulu.
Purse JEANIZ above is specially designed and made by T.O.P Enterprise of SMK St. Francis. It is part of Young Enterprise Programme and AUO Sunpower has seleceted and sponsored SMK St. Francis, Melaka to be part of this program.
Kumpulan Melaka Berhad.
Selepas itu, kami terus menaiki bas ke Kumpulan Melaka Berhad (KMB) yang merupakan destinasi terakhir dalam lawatan kami hari ini. KMB terletak di Mukim Rumbia dan Sungai Petani, Alor Gajah, Melaka.
Lebih kurang 30 minit, kami tiba ke Kumpulan Melaka Berhad. Kami disambut oleh Tuan Haji Nordin Bin Ali dan juga beberapa orang pekerjanya. Sampai sahaja ke sana, mata kami dihidangkan dengan ladang yang penuh dengan solar panel. Tak larat nak berjalan ke seluruh tempat yang penuh dengan solar panel ini.
Selepas itu, kami mendengar taklimat dari Tuan Haji Nordin. Beliau sangat kelakar dan secara jujurnya, aku agak cepat tangkap dengan apa yang beliau cuba sampaikan. Seronok mendengar taklimat beliau. Oh ya, jumlah pekerja mereka adalah seramai 5 orang. Termasuk beliau, terdapat 1 orang engineer dan 2 orang lagi technician. Jap..seorang lagi siapa ehh?? Mungkin kerani kot??
Dari apa yang aku dengar tu, dapatlah faham sikit-sikit macam mana operasi “Solar Farm” ini beroperasi dengan lebih terperinci. Lebih kurang juga dengan ladang Solar Farm Solar Fortune 11 di Sepang itu.
Sedikit penerangan tentang Kumpulan Melaka Berhad
- Kerajaan Melaka akan menjadi yang pertama di negara ini untuk membina dan mengendalikan “Solar FARM” sendiri dengan bajet RM46 juta, sejajar dengan matlamatnya untuk menjadi bandar dan negeri berteknologi hijau pada tahun 2020.
- Dibina di atas 7,248.43 hektar ditapak projek yang terletak di Melaka World Solar Valley dalam Kawasan Perindustrian Rembia.
- Projek Solar Farm ini dilakukan dalam tiga fasa. Fasa yang pertama untuk menghasilkan 1.3 MW pada Disember 2014. Fasa kedua (1.22 MW) akan siap pada tahun hadapan dan fasa terakhir (2.48 MW) pada bulan Februari 2015.
- Projek ini dibangunkan oleh Kumpulan Melaka Berhad, yang dimiliki sepenuhnya oleh Chief Minister Incorporated.
- FiT Rate (RM-kWh) – 0.9016, 0.98 dan 0.9016. Untuk 3 fasa yang berbeza.
- Selepas mendengar taklimat, kami ditunjukkan ke kawasan sekitar.
Apa yang aku dapat belajar dari lawatan ke Melaka World Solar Valley Tour Media dan Blogger ini terlalu banyak. Kalau nak dihuraikan dalam artikel ini, terlalu panjang. Jadi, aku tulis seringkas mungkin agar korang juga boleh faham dan tahu apa yang aku cuba sampaikan.
- Tenaga solar boleh ditukarkan menjadi tenaga elektrik. Tenaga solar merupakan antara cara yang paling mudah untuk menghasilkan tenaga elektrik di samping kosnya yang agak murah. Maksud murah itu adalah teknologi untuk memasang solar panel itu tidak terlalu mahal dan masih boleh dilakukan oleh kebanyakan pemain industri.
- Bukan mudah untuk menghasilkan panel solar atau Solar PV. Dan untuk membina sebuah syarikat yang boleh membina dan menghasilkan solar PV untuk pasaran dunia, ia bukan satu tugas yang mudah.
- Selain itu, tenaga solar juga boleh memberikan pendapatan sampingan melalui program FiT (Feed-in Tariff) yang diperkenalkan oleh kerajaan. Program ini membayar setiap orang atau pemain industri yang memasang Solar panel (Solar PV) di rumah atau di Solar Farm mengikut kadar tertentu yang ditetapkan dalam kontrak masing-masing.
- Jika korang berminat menyertai program FiT dengan memasang Solar PV, korang mesti berdaftar dan memohon melalui SEDA Malaysia dan semuanya bergantung pada kuota. Dan kuota Solar PV antara yang paling banyak dikehendaki di Malaysia.
- Tenaga solar jika digunakan dengan bijak, bukan sahaja boleh mengurangkan penggunaan tenaga elektrik di rumah, malah mampu menjana pendapatan sampingan pada masa yang sama. Contoh terbaik adalah CoolTek Home yang dibina oleh Pn. Stephanie dan mendiang suaminya. Setiap bulan, beliau menerima imbuhan dari program FiT.
- Malah, korang juga tidak perlu membayar sumbangan (RE Fund/KWTBB) sebanyak 1.6% dalam bil elektrik korang. Sudah pasti tidak akan melebihi penggunaan 300 kWh dan tidak melebihi RM77 dalam sebulan. Itu berita yang bagus, bukan?
- Secara serius, jika korang ada modal dan mahu menjana pendapatan melalui pemasangan Solar PV di rumah atau membina Solar Farm ditanah milik korang sendiri atau memasang dikilang atau bangunan..korang boleh hubungi SEDA Malaysia untuk dapatkan nasihat dan langkah seterusnya. Hubungi mereka di sini – SEDA Malaysia.
Sumber rujukan dan gambar
- SEDA Malaysia
- Pn. Stephanie Mary Bacon – Cooltek Home (http://www.cooltek.org)
- Pn. Roslawanis Husaini, AUO Sunpower Sdn. Bhd – http://www.auosunpower.com
- Tn. Hj Nordin Bin Ali, Kumpulan Melaka Berhad – http://www.kmb.com.my
7,508 total views, 1 views today
RM77 tu mmg terlalu bagus.. aku nak kasi bil bwh 100 pun, alahai, tak dapat pun..
kena pandai dan kreatif bila nak jimatkan penggunaan elektrik ni. Boleh buat. Tapi kena disiplin sikit la.
Dikala negara kita komersial pengunaan solar dan pada masa sama beberapa negara maju sudah mula membincangkan kesan alam:-
1. impak alam penggunaan solar panel untuk skala besar sebagai contoh kawasan dan habitat yang perlu dikorbankan
2. bahan-bahan toksik yang digunakan untuk mengilang sel solar panel
3. isu pelupusan solar panel yang sudah capai jangka hayat.
Sampai satu tahap, memang ada kawasan yang terpaksa dikorbankan. Sebab bukan senang nak dapatkan sumber tenaga untuk jana elektrik ni. Sumber tenaga utama kita memang minyak. Tapi sampai bila?
Nak tak nak, terpaksa juga guna solar panel dan cara-cara yang lain untuk jana elektrik. Bab-bab bahan toksik tu dan isu pelupusan solar panel tu, aku rasa mereka ada cara untuk handle isu itu dengan baik.
Negara kita pernah suatu ketika melihat Reaktor Nuklear mampu menyelesaikan krisis bebanan tenaga. Apabila peristiwa kebocoran reaktor Nuklear di Fukushima pada tahun 2011 membuka mata banyak pihak walaupun reaktor dibina mampu menahan bebanan gempa bumi akhirnya tewas. Jepun dikenali sebagai negara patuh polisi dan mengunakan teknologi tinggi tidak dapat mampu menahan kerosakkan oleh kuasa alam. Negara Jerman sudah mula cuba mengurangkan pergantungan kepada reaktor Nuklear ini.
Nampaknya banyak usaha dilakukan untuk berinovasi mengenal pasti energy renewal yang bersih dan selamat.
Yap. Kalau Malaysia, tenaga nuklear dah bukan satu lagi option terbaik. Sekurangnya, dengan guna solar pv ini leh jana elektrik lebih murah, lebih mudah dan tak menyusahkan banyak pihak.
Betul, kita kena lebih kreatif dan inovasi dalam hal ini.
Emm mahal gak kan kos nak pakai solar ni..kan?? 🙁
Mahal la juga. Kalau murah, dah lama tokei rumah pasang setiap rumah satu. hoho..
aku orang melaka pun tak sampai sini… handal la ko
Gi la lawat sekali-sekala. Hehe..
Biasa ada ladang lembu, ladang ayam..tapi kat melaka ada ladang solar PV..hehehe
seronok tgk solar PV…dah cam tgk air laut pun ade..hee