Tahu tak pasal SEMINAR HARTANAH ini?
Haa.
Aku tahu dah lama tentang Seminar Hartanah Abang Ensem ini. Banyak kali teringin nak pergi. Tapi Abang Ensem ni sombong. Tak pernah nak ajak aku walaupun pernah gak mengeteh sama-sama. Kalau dia sembang, takde main ratus-ratus ringgit. Semua main ribu dan puluh ribu aje. Aku dengar aje, memang terasa NGERI juga dibuatnya.
Seminar Hartanah Abang Ensem best tak?
Oleh sebab ramai yang dok gebang Seminar Hartanah Abang Ensem ini memang best. Dan boleh tahan ramai juga yang dah jadi anak murid tak rasmi beliau, aku rasa terpanggil nak pergi Seminar Hartanah itu. Tapi kena tengok masa yang sesuailah dulu. Sekarang ini, memang sangat sibuk dengan kerja-kerja yang terbengkalai ni. Tak tahu bila semua kerja ini boleh siap.
Tapi sekurang-kurangnya aku dah baca buku beliau tentang Seminar Hartanah itu. Boleh tahan gak strategi dan taktikal beliau bila menulis tentang Hartanah. Tak boleh dinafikan bahawa beliau memang banyak pengalaman yang tak terkalah. Tidak hairanlah semua Seminar Hartanah beliau cukp benar suksesnya dan sentiasa menjadi ingauan para-para gadis bertudung comel dan makcik-makcik hot diluar sana.
Huh..
Tak. Aku tak jeles. Itu rezeki dia.
Rezeki aku? Ada ditempat lain. Abang Ensem dan aku ada nichenya tersendiri. Jadi, tak guna bersaing dengan niche yang berbeza. Buang masa dan tenaga. Biarlah Abang Ensem terus kekal ensem dengan Seminar Hartanah manakala aku kekal menjadi penulis blog terkacak di Malaysia.
Ohh Yehh!
Seminar Hartanah Full Package Paling Ngetop.
Jadi, kalau korang berminat nak belajar tentang hartanah, bolehlah sertai Seminar Hartanah Abang Ensem ini. Dengarnya pada 23 Februari 2014 ini akan ada satu lagi Seminar Hartanah yang dianjurkan oleh beliau.
Ini sedikit butiran tentang Seminar Hartanah tersebut.
Tarikh : 23 Februari 2014 (Ahad)
Masa : 8.30 pagi – 4.00 petang
Lokasi : PKNS Biz Point, Seksyen 7, Shah Alam
Yuran Penyertaan : RM99-00 sahaja
Boleh terus daftar dan hubungi beliau segera disini – Seminar Hartanah Full Package Paling Ngetop
…
….
Salah satu sebab aku berminat pergi Seminar Hartanah ini didorong oleh cita-cita aku yang satu ini. Mahu kahwin empat. Jadi, aku harus belajar bagaimana nak beli empat buah rumah pada masa hadapan. Kena tahu trik, taktikal dan strategi untuk beli rumah yang banyak itu. Salah cara, memang kena duduk berkongsilah bakal-bakal bini aku itu..
Kalau tidak pun, boleh dapatkan ebook terbaru dari Abang Ensem nih.

Ps: Kalau tak aral, mungkin aku akan pergi “Seminar Hartanah” yang satu ini. Hoho..
23,048 total views, 1 views today
dah siap!hebat.heheheh
Apa yang siapnya nih??
Hahaha..boleh pulak dia tak jeles..dah kena dah tu..sorang ensem,sorang kacak..walaupunn berbeza, korang berdua tetap ada persamaannya…blogger yang berjaya dengan niche masing2..kan?
Biasa-biasa aje.
Brader tu berkali ganda incomenya banding aku maa.. 😉
gua pun teringin nak join.. nak dgr ayat2 abang ensem yg mampu goda gadis2 comel..
Dia mampu goda aje.
Nak pasang lebih tu susah sikit la..
belum ada modal nak beli tanah.. yg mampu beli tanah untuk pokok cili kat rumah jer.. 😆
itupun mahal gak apa. hehe
Abang ensem? Saper dia tu ek? 😉
Manusia.
Takkan beruang kutub plak.
owh salah la apa yg gua imagine selama ni.. mmg gua ingat beruang kutub sebelum ni.. hahahaha
Memang salah.
Marah plak kang abang ensem hang ingat dia beruang kutub. 😳
Aku pu smpai skrg belum berpeluang join seminar beliau
la. Bukan korang selalu jumpa ke?
tak yah dah pergi seminar. tanya terus aje kat dia. hehe
selalu jumpa tp dia tak share masa jumpa biasa.. hahahaha
dah pernah jumpa abg ensem nih…. teringin gak nak berguru dgn dia… tapi biasalah, malu2 kucing lg…
nak belajar, tak leh malu-malu kucing.
kena malu-malu harimau. hari-hari mauuuu. haha..
Pergi lah best dan santai
Banyak ilmu boleh dapat
Kena tunggu masa dulu.
Bulan depan kot kalau takde apa-apa aral.
rasa nak juga lah dengar kuliah abang ensem nih
takkan dengar aje.
kena datang la wehh.
Kena join seminar macam ni. Boleh tambahkan tanah lagi 😉
Ya.
Mari tambah tanah banyak-banyak.
Buku tu awal dah beli tahun lepas di SBB hehe, kalau praktikan apa yg diajar, memang cuak gak lah penjual rumah tu dgn kita – pernah ikut Azman Ishak nak gi beli rumah, dia ikut tip yg diberikan di seminar ni, menjadik!
Pehh, memang menjadi habis la nih.
Kena praktik laju-laju nih.
bab hartanah memang out…
*penulis blog TERkacak…!!! I like*
Haha..
Haruslah jadi terkacak punyaaa.
Dah pergi seminar hartanah abang ensem ni…ok! pergi lah untuk beli 5 biji rumah, 4 untuk isteri-isteri dan satu untuk diri sendiri bila kena halau…
Haha..
takdenya 4-4 serentak mengamok maa..
memang terbaiklah, kembangkan empayar ke bidang hartanah Seminar Hartanah pula.
Haha..
Kena start elok-elok. Dan kena banyak lagi belajar.
Bukan AE tidak mahu ajak. Pujuk cendul baru hendak pergi. 🙂
Memang tak pernah ajak aku lagi gi seminar hartanah maa..
ajak minum lepak tu memang la selalu.
Ada rezeki nak datang juga ke seminat abang ensem ni
Meh pergi ramai-ramai. Yehh!
aku pun teringin nak pergi
tapi macam jauh je rasa
dekat ajela.
kat malaysia je.
seminar hartanah tu.. memang bagus siapa yang nak berkecimbung dlm bidang ni
memang ramai orang nak belajar bab hartanah sekarang ni. hoho..
Ensem ke?? Kalau kurenggg ensem tak nak gi lah… 😆
Actually memang berminat sangat nak join tapi masa tu belum mengizikan makcik nak gi..:)
ensem makcik.
betul..ensem sangat. hehe..
duit ko dah berkepuk kumpul tu.. pegi cepat2, leh kumpul aset cepat2, duit lebih, leh bagi aku satu… heheheh
Apa pasal plak mahu bagi hang satu????
pasang cita2 gak ni nak pegi seminar abg ensem yg mendakwa dirinya aaron aziz. heh~
Sebijik rumah utk seorg isteri. Mantap!
Haha..
Mudah-mudahan tercapai la hendaknya.
abang encem sempoi jerr… takdalah serious sangat pun… misai tebal..dont judge book by the cover..hehe
suka dengan komen dari blogger bro Mohd Subhi tu…jangan beli empat..beli 5 buah rumah tau…hehe
hoho..
banyak sangat tu. Aku bajet 4 buah rumah aje..
Yg seminar ni, gua kurang minat, tp gua ingat nak ikut seminar saham abg enhem ni…insyaAllah
tunggu dia buat lagi la jawabnya. haha..
macam kenal tapi tak pernah jumpa hurm..berminat jom serbu 🙂
Kalau tak kenal, kena la pergi berkenalan ye. Hehe..
wah layan hartanah… terbaik ni…
Nanti kena pergi jugak ni..pelaburan utk masa depan 🙂
sekurang kurangnya kena ada satu rumah sebelum kita mati.
Oooo…belajar hartanah untuk berbini empat…satu motivasi hebat utk belajar hartanah nie. Pratikal dan sesuai dengan para blogger yg kacak2 nie..
terima kasih tuan ahmad faizal atas perkongsian artikel di atas. saya doakan Tuan berjaya dunia akhirat.