Betulkah ada seminar hartanah penipu yang telah berlaku sebelum ini?
Benarkah ada seminar yang anda telah ikut melakukan penipuan terhadap diri korang semua?
Jika ada, aku harap ada yang boleh beritahu diruang komen dan beritahu mengapa korang rasa tertipu dengan seminar hartanah tersebut. Atau jika korang ada terlibat dengan mana-mana seminar tak kiralah selain dari seminar pelaburan hartanah ke, seminar saham ke, seminar buat duit dengan blog ke, pun boleh kongsikan bersama. Sekurang-kurangnya kita boleh belajar sesuatu.
Setakat ini, aku tak pernah pergi lagi seminar hartanah. Yang betul-betul cerita tentang bagaimana nak ajar kita bagaimana untuk beli rumah dengan cara yang betul. Sebab apa kena belajar? Sebab sekarang memang susah betul nak cari rumah. Nak cari rumah 2nd hand pun susah. Kadang-kadang, terpaksa cari rumah yang telah dilelong oleh pihak bank. Barulah terjumpa ada rumah yang hendak dijual. Nak beli rumah BARU atau rumah yang belum nampak tapaknya, rasa susah nak percaya pula. Kena pula terdengar khabar angin yang kurang enak tentang syarikat yang menguruskan pembelian rumah.
Sebab itu, pentingnya kita belajar tentang pelaburan hartanah.
Apapun, aku cuma pernah ikut seminar berbentuk pendidikan, seminar buat duit dengan blog dan bengkel sahaja. Lain-lain seminar belum lagi ada kesempatan untuk terlibat sama.
Tapi aku cuba pada tahun ini untuk belajar lebih terperinci tentang hartanah dan belajar bagaimana nak beli banyak rumah. Maklumlah, aku ada impian untuk berbini ramai. Jadi, haruslah ada banyak rumah, kan? kan? Haha..
Kesimpulan.
Belajar itu jambatan ilmu.
Marilah kita belajar tentang pelaburan hartanah. Mengikut seminar hartanah adalah salah satu cara yang cukup bagus untuk tahu serba sedikit tentang bab-bab hartanah di Malaysia ini.
2,248 total views, 1 views today