Ya.
Aku suka melancong.
Walaupun tugas aku setiap hari mengejar kanak-kanak riang dipadang seawal jam 7.30 pagi, tetapi itu tidak mematikan hasrat aku untuk pergi melancong apabila cuti sekolah tiba. Setakat ini, aku sudah melancong banyak tempat di dalam negara. Antara tempat yang aku pernah melancong adalah di Pulau Langkawi, Pulau Tioman, Pulau Pinang, 10 buah pulau kat Sabah termasuklah Pulau Gaya dan Pulau Sapi dan sebagainya. Itu tidak termasuk melakukan aktiviti-aktiviti EXTREME seperti memanjang bukit Broga sebanyak 3 kali, mendaki gunung kinabalu sebanyak 4 kali, mengayuh kayak berpuluh kilometer, berkhemah didalam hutan seorang diri di Gunung Sagaria, Semporna dan macam-macam lagi. Jadi, aktiviti lasak dan juga melancong ini memang dah jadi darah daging aku.
Tapi pengalaman melancong ke luar negara tidak cukup banyak. Aku pernah pergi Pulau Karimun dan Jakarta di Indonesia, Pulau Singapura yang kecik molek itu dan sempadan Thailand sahaja. Lebih dari itu, belum lagi berkesempatan kerana “MASA” yang agak mencemburui aku. Mungkin masa “honeymoon” 4 kali nanti..bolehlah pergi jauh sikit bersama bakal-bakal bini tersayang..
Kemboja.
Ini juga salah satu negara ajaib dan tempat menarik yang ingin aku pergi untuk salah satu destinasi pelancongan impian aku. Β Kalau dapat pergi, pasti banyak pengalaman menarik yang boleh aku jumpa dan banyak yang boleh aku pelajari tentang budaya disana. Dan Kemboja juga penuh dengan tempat-tempat ajaib yang tidak kurang hebatnya dengan tempat-tempat ajaib di Malaysia. Jadi, aku senaraikan disini beberapa sebab mengapa aku mahu pergi ke Kemboja.
7 sebab AJAIB aku mahu pergi melancong ke Kemboja.
1. Berenang di Tasik Tonle Sap.
Tasik Tonle Sap merupakan nadi bagi rakyat Kemboja. Hampir 90% rakyat mereka bergantung pada tasik ini untuk menyara kehidupan mereka. Pendek kata, boleh dikatakan bandar air di Kemboja. Kenderaan utama bukanlah komuter, kereta ataupun bas. Tetapi adalah sampan, bot, kayak buatan sendiri, perahu dan segala benda yang boleh terapung diatas air termasuklah tong air, talam dan juga rakit ajaib mereka. Pendek kata, kalau mahu hidup kat bandar air ini, mesti tahu berenang.
Tapi kalau tak tahu berenang pun, tak apa. Banyak yang cukup kreatif sehingga mereka bentuk sampan atau perahu buatan tangan yang boleh bersaing dengan motorbot yang laju-laju itu. Dan aku yakin, budak-budak kat sana memang pakar berenang dan menyelam punya. Lahir-lahir aje..nampak tasik depan mata. Malah, ada diantara budak-budak itu yang kecil-kecil lagi sudah pandai mencari rezeki sendiri tanpa disuruh oleh ibu bapa mereka. Ya. Demi sesuap nasi..
2. Bersilat di Angkor Wat.
Bagi aku, ini salah satu keajaiban di Kemboja. Satu monumen yang cukup dibanggakan oleh rakyat Kemboja. Angkor wat juga diiktiraf sebagai UNESCO World Heritage Site pada tahun 1992. Lebih hebat lagi, Angkor Wat telah menjadi pusat tarikan utama pelancong ke Kemboja sehingga ke hari ini. Kalau ikut buku sejarah yang aku belajar semasa di tingkatan 4 dan 5 dulu, fungsi Angkor Wat ini adalah sebagai pusat agama utama disana iaitu sebagai kuil Buddha. Dan sejarahnya juga turut hebat kerana Angkor Wat juga merupakan lambang kemegahan Kerajaan Khmer pada suatu masa dahulu. Angkor Wat ini terletak bersebelahan dengan Tasik Tonle Sap yang menjadi nadi utama perkembangan Bandar Phnom Penh. Jadi, kalau pergi Angkor Wat, memang sah-sah jumpa Tasik Tonle Sap dan juga Bandar Phnom Penh yang cukup sibuk itu.
Kalau dapat bersilat dengan sami-sami disana dalam 5 minit pun, dah jadi satu perkara yang EXTREME dalam hidup aku. Haha..
3. Muzium Toul Sleng dan Choeung Ek Field
Tempat yang agak mengerikan. Itu pandangan pertama aku bila baca sejarah kedua-dua tempat ini. Tempat ini menjadi saksi tentang kesengsaraan, kesedihan, tragedi berdarah serta azab ketika zaman gelap pemerintahan kejam Rejim Pol Pot dan tentera Khmer Rouge. Jadi, kepada sesiapa yang jantung dan hatinya tak boleh terima benda-benda macam ini, aku secara serius menasihatkan jangan pergi. Tunggu sahaja dalam bas perlancongan itu sambil menikmati coklat choki-choki. Itu lebih nikmat. Ini kerana korang pasti akan mengalami trauma atau menikmati satu pengalaman yang mengusik emosi.
Tinggalan yang menjadi sejarah hitam yang MENGERIKAN itu kini telah MULA dipertontonkan kepada umum dan ini menjadi tarikan unik untuk para pelancong yang sukakan sejarah dan kisah-kisah ngeri seperti aku. Sebab itu, aku suka baca buku seram-seram dan juga cerita misteri. Termasuklah komik Detektif Conan dan Siri Penyiasatan Hajime Kindaichi yang penuh dengan misteri yang tidak diduga.
4. Test power Keretapi Buluh BattamBang.
Ya. Aku ingin naik keretapi buluh Battambang ini. Kalau diberi peluang, aku juga ingin mengemudi kereapi ini. Dengar cerita macam senang aje. Orang kat sana pun, selamba sardin aje “control” enjin dengan penuh kasih sayang. Jadi, mengapa lelaki kacak seperti aku tidak boleh melakukan perkara yang sama? Oleh sebab benda ini tak ada kat Malaysia, jadi memang agak teruja juga untuk mencuba keretapi buluh ini. Paling teruk pun, dapat naik pun jadilah.
Battambang ni sebenarnya agak popular dengan “PORT” perjudian. Tapi aku bukan nak pergi sana untuk berjudi, aku cuma nak “test power” aje keretapi buluh tersebut. Dari maklumat yang aku baca, kita boleh pergi ke Siem Reap, Bandar Phnom Penh dan juga Thailand dari sini. Senang cakap, ramai orang mencadangkan agar kita cuba menginap di Battambang jika ada peluang. Lagipun, dah alang-alang melancong, kita redah kasi pecahlah.
5. Membeli belah di Toul Tom Poung β Pasar Rusia di Kemboja
Ya. Toul Tom Poung dikenali sebagai Pasar Rusia. Apa yang best sangat sampai Rusia dapat nama? Aku pun tak tahu. Tapi pasar yang terletak di selatan Phnom Penh ini menjual macam-macam barang. Yang lebih istimewa, pasar ini BANYAK menjual barangan asing dan tidak hairan mengapa pasar ini cukup popular dengan pelancong luar sejak bertahun lamanya sehinggalah ke hari ini. Ada orang kata, ini lebih kurang macam pasar gelaplah. Macam-macam “barang” boleh dapat. Mungkin benda yang korang tak pernah jumpa kat pasar malam di Malaysia, korang BOLEH jumpa disini. Siapa tahu, bukan?
Pendek kata, tempat pelik dan aneh macam ini, memang SELALU menjadi daya tarikan utama untuk mereka yang datang ke Kemboja. Kalau korang betul nak “SHOPPING”, korang mesti pergi ke Toul Tom Poung. Ada berani?
6. Menjejakkan kaki Kampung Cham.
Ini salah satu tempat yang aku mahu lawat jika aku pergi ke Kemboja. Isu kemiskinan bagi orang Islam di Kemboja menjadi punca aku ingin tahu lebih dalam tentang tempat ini. Dari bacaan, boleh dikatakan penduduk Islam atau Muslim disana sentiasa ditindas dan diabaikan.
sesuatu yang perlu kita prihatin adalah nasib kaum Muslim di Kampung Cham, Kemboja. Nasib dan hak kaum Muslim di Kampung Cham banyak dipersoalkan kerana penduduk di Kampung Cham ini berbeza adat, agama dan budaya dari masyarakat Buddha Kemboja. Malahan, boleh dikatakan penduduk Muslim disana ditindas dan diabaikan.Ini kerana Kampung Cham merupakan kampung pertama yang menentang kekejaman Khmer Rouge pada satu masa dahulu. Mereka bangkit berjihad kerana Khmer Rouge yang bangang itu telah membuat 5 peraturan yang menghina agama Islam secara terang-terangan.
Apakah 5 peraturan itu?
1. Mengumpulkan Al-Quran untuk dibakar
2. Wanita disuruh memotong rambut sehingga pendek
3. Wanita disuruh berkahwin dengan lelaki Khmer yang bukan beragama Islam
4. Dilarang berpuasa
5. Disuruh memelihara dan memakan babi. (Ini memang celaka!)
Dan lebih HEBAT lagi, akibat daripada peraturan yang menghina agama Islam ini, seorang kanak-kanak berusia 6 tahun bangun dan menampar muka Khmer Rouge yang sememangnya bangang itu. Bermula dari kejadian itulah, penduduk Kampung Cham bangkit dan berjihad dalam mempertahankan iman mereka kepada Allah. Tetapi, kesannya menular sehingga ke hari ini. Sejak peritiswa itu, penduduk Islam di Kemboja terus diabaikan terkontang-kanting bersendirian.
7. Menikmati makanan halal yang sedap-sedap di Kemboja.
Bila melancong ni, aku memang suka makan macam-macam benda. Tapi mestilah yang halal, kan? Kalau aku main redah dan belasah aje, rasa macam tak selesa pula. Sebab itu, aku kena cari “Tourist Guide” yang boleh bantu aku mencari makanan-makanan yang sedap dan membangkitkan selera di Kemboja nanti. Takkanlah nak melancong pun, kena bawa “MAGGI CUP” itu kot? Oleh itu, mungkin aku boleh guna perkhidmatan Cambodia Muslim Holiday & Travel yang diuruskan oleh Ustaz Yahya. (Kalau korang nak melancong juga, boleh cari beliau di facebooknya)
Cambodia Muslim Holiday & Travel adalah sebuah syarikat pelancongan tempatan yang menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan ke Kemboja dengan ciri-ciri islamik. Antara yang menarik mengenai syarikat ini termasuklah merupakan salah satu operator pelancongan yang amat dipercayai dan dikenali di Kemboja serta Vietnam. Syarikat ini juga bakal menjadi peneraju utama dalam pasaran pengurusan pelancongan dalam masa terdekat, Insya Allah.
Yang lebih seronoknya lagi, Ustaz Yahya boleh berbahasa melayu dan tahu tempat-tempat makan yang sedap.
Beliau juga boleh beritahu lebih banyak tempat-tempat menarik di Kemboja nanti. Harga yang ditawarkan juga tidak mahal dan berpatutan. Dan yang penting, sudah ramai orang Malaysia yang menggunakan perkhidmatan yang ditawarkan oleh syarikat Ustaz Yahya ini jika mahu melancong ke Kemboja. Majoriti dari mereka memang SUKA dengan perkhidmatan dan servis hebat yang diberikan oleh Ustaz Yahya dan syarikatnya.
Kesimpulan.
Marilah melancong ke Kemboja jika ada duit lebih. Kalau yang baru berkahwin, bolehlah berbulan madu disini. Kalau mencari suatu kelaianan dan mahu mencuba sesuatu yang baru, Kemboja adalah salah satu destinasi yang unik dan menarik untuk dilawati. Jadi, melanconglah ke Kemboja tanpa was-was.
Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000 bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini. Harap maklum.
Ps: Sekarang ini pun, aku tengah melancong ke “SATU TEMPAT” istimewa atas urusan kerja. Balik Malaysia bulan Mac nanti. Masa itu, leh la melancong kejap sehari dua ke Kemboja kot?? Ustaz Yahya mahu sponsor tak? hehe..
17,029 total views, 2 views today
Yang nombor 3 tu memang mencabar betullah.
Hish, macam nak jugak2 pi melancong kat sana…
Pandai sifu wat review promo ye… π
Hebat tu…
Haish…. Pasaipa aku suka baca blog nih???
Buat biasa-biasa aje.
Tak larat sebenarnya dah ni..
Aku paling suka part bersilat kat angkor wat tu, ye di sini salah satu tinggalan sejarah nenek moyang melayu kita, salah satu tinggalan kerajaan melayu khmer yang hebat. Aku teringin nak ke sana satu hari nanti, nak tengok corak lakaran teknik Muay Boran kat dinding Angkor Wat
haha..
meh bersilat kat angkor wat ramai-ramai.
sssssyyy nak berilat xbole ramai2
Salam,
Gaya penceritaan yg kreatif habis, memang kepakaran tuan! Kalau dapat pi Kemboja nanti, jangan lupa kira tengkorak tu… π
p/s: Terkedu sekejap! Tapi aku tak kesah sangat pun walaupun aku tahu…haha! Good luck!
itu cerita kalau dapat gi kemboja. hoho..
Insyaalah jika berkesempatan, aku nak juga melengkapkan lawatan aku ke seluruh Asia yg mempunyai candi2… Angkor Wat merupakan candi terbesar di dunia selepas Borobudur (dah pi)…
Tapi celaka la kerajaan cambodia ni.
Nak buat macam mana..diorang rasa itu adalah perkara yang betul. Itu yang payahnya..
Memang Ajaib sangat ni! Sedih bila tengok gambar masjid kayu tu, uzur sangat dah π
Terima Kasih bro sebab sudi join contest kembara kemboja ni. Nantikan keputusan juri ya π
Ya.
Memang ajaib. Terkedu juga bila jumpa gambar tu. π
Tiba-tiba rasa best melancong ke Kemboja ni.. All the best.. π
Contest SEO momsavenues.com
teringin juga nak naik keretapi buluh Battambang tu, melancong dan ziarah saudara kita disana.
semoga sukses untuk kontes ni bro.
Kalau gi kemboja, mestilah cuba keretapi tu.
baru best.
aku pun nak pi gak
Haa..
Meh gi ramai-ramai. haha..
Kalau ke sana jangan lupa bawa bali tengkorak tu… entah ke berapa tahun tengkorak tu tersimpan di sana. Kalau tak bagi, cakap sama itu Kuil mintapinjam sekejap.
diorang ada jual tengkorak ke sebagai cenderahati??
lepas ke kat airport? haha..
antara 7 benda ajaib, yang akhir sekali memang best.. berjalan tempat orang kalau tak try makanan local rugi sangat… hehehe….
kalau dapat makan best-best..
memang nikmat la pegi melancong ni. haha.. π
gua sedang bayangkan bro sedang mandi di Tasik Tonle Sap..macam budak dalam gambar tu..hahahaha
haha..melampau sangat dah tu wehh..
Bila melancong kat tempat orang, bab makan tu la yang kena risau sangat. Halal haram makanan mana kita nak tau. Ntah-ntah daging babi salai dihidangkan, kita bukan nak tau. Nasib baik ada guide boleh tolong pasal bab makanan nih.
bab halal-haram ni..bukan leh buat main-main.
kena serius. hehe.. π
potensi untuk menang terlalu tinggi untuk entri ini…terbaik bro!
bab menghina Islam memang menyakitkan tetapi kat negara sendiri ramai yang tak memperdulikan agama Islam..sedih sangat!
Ya. Aku pun masih sakit hati nih.. πΏ
selamat melancong bro.
kat luar negara, monumen atau binaan bersejarah dihargai. tapi kat Kedah, Malaysia….dirobohkan demi pembangunan…sad π
itulah..memang sedih gak la dibuatnya..
memang menarik, tapi nak habiskan melawat semua negeri malaysia ni..
Aku pun banyak lagi tak habis lawat lagi nih. haha
memang menarik terutama part Kampung Cham tu.
Memang kena gi kampung cham ni satu hari nanti.
Dah kena standby passport siap-siap nie….
Semoga berjaya. Memang rare semua niat dan impian tu π
Entah kenapa aku rasa macam lagi berminat nak g negara beriklim sejuk walaupun realitinya kena belanja mahal..hahaha..tahun ni aku usha dalam malaysia je.
tak pornah pegi Kamboja.. lagi, payah ler nak masuk contest
semoga keajaiban berlaku dgn memenangi trip kemboja ni yer…
dulu2 org gerun nak lawat kemboja, skrg dah jadi tempat melancong pula
Baru je pergi tapi tak complete pun Angkor Wat tu, terbang 20 dollar.
Next time nak ke Battambang dan Kampung Cham lah pulak.
Askm. Dah pergi ke belum?
Saya baru je balik. FYI Angkor Wat dan Phnom Penh tu 5 jam perjalanan dengan van. Saya tak habis pun melawat Angkor Wat tu, terbang 20 dollar.
Next time nak ke Battambang dan Kampung Cham lah.
Assalamualaikum.. berita baik pendaftaran qurban kemboja telah dibuka..untuk keterangan lanjut boleh baca blog dibawahππ»ππ»