Ya.
Sepetang Bersama Blogger bermula pada tahun 2012 dan diteruskan pada tahun 2013. DanΒ Event Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014(SBB 2014) datang lagi pada tahun ini dengan lebih meriah dan penuh dengan kegemilangan.
Nampaknya, pihak penganjur benar-benar beruasa keras untuk menjayakan SBB2014 dengan kehadiran penaja utama iaitu YEOS. Mesti boleh minum air kotak YEOS sepuas mungkin dalam program tersebut. Hoho..
7 Sebab mengapa korang harus datang SBB2014
- Ada ramai blogger hebat yang akan turun padang. Tapi, tak tahulah siapa. Masa inilah untuk berkenalan dengan blogger-blogger hebat itu dan berkenalan dengan mereka semua.
- Ada 4 panel yang hebat belaka. Redmummy, Ben Ashaari, Zarul Umbrella dan Shafie Bustan. Antara 4 orang panel ni, aku cuma pernah borak dengan Zarul aje. Yang lain, tak pernah borak lagi. So far, bolehlah korang tahu apa rahsia mereka menjadi hebat dalam arena masing-masing. Setiap panel ada kelebihannya yang tersendiri yang pastinya mampu menarik ramai orang untuk turun ke SBB2014 ini.
- Hadiah menarik yang hebat lagi misteri. Antara hadiah yang best untuk dimenangi ialah iPhone 5s, iPad mini, Garmin Navigation System dan macam-macma lagi. Dengarnya ada cabutan bertuah dan juga hadiah pakej percutian lagi. Fuhh..mesti ramai balik dengan hati yang gembira nanti.
- Masa yang agak panjang. Dari 10 pagi hingga 5.30 petang. Bagi aku, pasti aktiviti dalam SBB2014 kali ini bukan calang-calang juga. Mesti banyak program dan acara yang sesuai untuk para blogger yang hadir nanti.
- Yuran penyertaan cuma RM20 sahaja. Terlalu murah untuk majlis besar seperti ini.
- Tempatnya akan berlangsung di Saloma Bistro. Okeh. INi tempat, aku sendiri pun tak pernah datang. Korang apatah lagi kan? Jadi, inilah masanya korang makan sedap-sedap. Ada kambing golek. Dan lebih istimewa, ada CENDOL! Kalau tak cukup tertarik lagi dengan UMPAN yang diorang pasang ni, aku tak tahu apa lagi sebab korang tak nak datang.
- Dan mesti ada ramai awek-awek blogger yang datang. Wahh..
Jadi, jika ada masa pada 8 Mac 2014(Sabtu) nanti, rajin-rajinlah turun ke Sepetang Bersama Blogger Dan Yeo’s 2014 ini. Jika ada hal, sila tangguh hal itu ke minggu hadapan.
Dan buat pendaftaran hari ini disini – Daftar SBB2014
“Bro..lu datang ke tidak?”
Aku? Masih 50-50 lagi. Sebab aku agak sibuk pada bulan Mac ini. Kalau tak ada apa-apa aral melintang, mungkin aku akan mencuri masa untuk datang ke SBB2014 ini. Jadi, mohon ramai-ramai doakan aku takde kerja pada hari tersebut. Boleh?
…
….
Jap. Korang nak ke aku datang?Β
19,508 total views, 1 views today
hahahahaaa… teringat dulu, bro datang pakai tracksuit yea… π
haha..
kalau datang, aku tak tahu nak pakai apa plak..kain pelekat boleh tak?
Datang nk dpt iPad nak lah… selain tu macam malas lak
Haha..
nak ipad la plak dia..
nak datang!!! tapi macam tak de geng je,, satu lagi,, malu,, haha
haa..
datang je. Jadi guard peribadi gua. haha
Mau book tiket kapal terbang dulu nih. Kalau ok kawe join lah. Cuma masa tu sekolah cuti tak ehhh?
Jap aku gi tengok kelander jap.
Fuhh, hadiah dia je yang aku nak πΏ haha.
laju aje hang ye bab hadiah.
Datang je Bro.. Mudah2an free ari tu π
Datang jangan tak datang… Mana tahu bertemu jodoh blogger jygak.., meriah la hidup… Lahir anak blogger nanti
bolehla jumpa kat sana nanti
nak jumpa ker??? π
Sedang fikir2 lagi, melihat kpd program…amat menarik dan bermanfaat sekali, tetapi masih dilema utk ‘expose’kan diri…
datang aje. kenal-kenal orang sikit. hehe..
Harapnya, kali ini saya dapat dan pasti boleh hadir. π
Datang la wehh.
Bila lagi nak datang kan?
insyallah aku akan datang..nak buat kad baru nanti..ehehe..moga dapat sebarkan kad..:P
button badge bro.. hehehee
mestila nak. ahli panel SBB tahn lepas kot.
ahli panel sbb tahun lepas??
jangan tak pergi bro.. aku dengar ada cendol.. hahahaha!! mintak2 takde keje hari tu boleh pergi..
Kena tengok gak.
Kang ada kerja..memang tak dapat la.
teringin sangat nak datang. tapi…. π
datang ajela. takde tapi-tapinya. Tapi tu simpan dalam beg tangan.
Rugi tau kalau tak datang , ni le peluang nak jumpa hannyabdullah (makcik beg besar) , so baik datang..bukan senang makcik nak bercampur gaul gan org ni tau.. π
wah..makcik beg besar pun datang gak kerrr??
alahaiii..dtglah…bolehlahh kenal-kenal dengan otai ni π
ehh..
nak kenal ke?
Sudah daftar tunggu hendak menghadiri #SBB2014.
Rasanya kalau panggil Fatin Liyana dan Hanis Zalikha sebagai panel lagi ramai yang hadir. π
kalau Fatin Liyana datang.
Ada potensi besar aku datang gak. Haha.. π
moga bro pun datang sb aku pun datang.. hahaha
peh, jauh gila hang datang kali nih..
kalau datang jangan tidur boleh haaa
joM!
Kalau tak ngantuk. Kalau ngantuk, gua tido gak. π
ruginya dkna tak dapat join SBB2014.. π
laa..
kenapa tak leh datang plak?
Tarikh tu balik rumah mertua.. nak cancel tiket flight lagi mahal dari harga #sbb2014 hehehehee
Tak boleh sembang pasal cendol huhuu
Takpelah.
Tengok live streaming ajelah ye. π
nak dtg tapi bila diumumkan tarikh 8 mac….terus jd 50-50 sb masa tu dah masuk u dah…
curi masa sikit.
bila lagi nak datang kan?
alaa…awalnya start..hr sabtu keje plak
datang je.
kata nak belanja aku cendol wehh.
50/50 jugaks…sebab ada baby, boleh bawak masuk baby x? haha
*soalan serius ni
itu tak tahu. Kena tanya orang-orang atasann la dulu..
Bila tgk ada cendol jer dah terasa nk datang dh..hehe..cendol bro sponsor ker? π
tak ah..
itu olang pihak pengurusan la sponsor. Haha..
Aku 50/50 lagi ni nak pergi. Kalau ada datang, adalah. Kalau tak datang, takdelah.
datang ajelah. Jangan ngelat. Haha.. π
Hai, salam semua. Zumal layak tak join. Tapi segan xde geng π
Join aje. Segan tu, simpan dalam almari. Haa..kan dah tak segan.
nak la!nak suruh belanja cendol! π
patut hang yang belanja aku maa.
Grrr..
Jom terjah ramai-ramai…rugi juga kalau tak pi!
Pergi ka kali ini bro?
Insyaallah! kalau ada kesempatan. memang teringin nak joint!
jumpa disana….
moga dibukakan hati ku untuk pergi π
memnag nak pergi tapi takut 8hb ade event lain pulak..sobsob
kalau aku bujang mesti pergi punya hihihi
Dah daftar tadi..jumpa hang kat sana.
uissshh…. siap kena ada sebab musabab la pulak yea…. tapi ramai dah daftar nei
memang verangan nak datang… hoho
garmin dgn ipad mini, laki den dah ado. target iphone5s lah kot :p
alhamdulillah..dah daftar. kalau takde aral melintang insyaAllah akan berada disana tapi segan pun ada.. π
takkan nak makan cendol pun rasa segan kott..
In shaa Allah join kalau xde halangan.. Doakan saya dapat pegi π
Emm nak datang ke tak ni ekkk…..adoiii pening2..hahaha
Insyallah kite jumpa.di sana.. waa bz nampaknya…
tengah fikir lagi nak join ke takk…
tp tgk 7 sebab tue cam best je…hurmm…
nak juga datang baut muka tak malu walaupun tak der masuk bertanding heee