Ya.
Itulah yang biasa aku dapat sekarang.
Sejak aku dah malas tulis blog ni, boleh tahan juga ramai yang “contact” dan menghubungi aku untuk dapatkan servis yang dah lama aku jalankan sejak 2003 dulu. Tak sangka, pelanggan lama tiba-tiba boleh hubungi semula untuk upah aku tulis sesuatu untuk produk mereka. Promosi sikit-sikit, karang ayat-ayat kacak sikit, kasi HYPE sikit, kasi “awarenees” lebih sikit..letak gambar comel sikit..
tup..tup. Alhamdulillah, artikel disukai dan dibaca selalu. Terima “feedback” yang baik. Maklumat tersebar luas. Dapat komen yang agak banyak. Pelanggan dapat customer baru. Pelanggan dapat sales banyak. Trafik naik. Dan pelbagai macam lagi.
Itu yang aku jual.
Artikel yang mampu menjual.
Walaupun mungkin kadang-kadang korang nampak macam artikel bodo-bodo aje, kan?
Tapi ada kalanya juga, aku terpaksa tulis panjang-panjang atas permintaan client. Tapi bila fikirkan semula, jika aku tak tulis panjang-panjang, maklumat penting tak sampai. Jadi, bagi aku..panjang sesebuah karangan bagi sesebuah review atau advertorial adalah kritikal. Pendek sangat, bukan tak boleh buat. Tapi mungkin aku terpaksa buat “backup” 2-3 artikel untuk tambah “awareness” kepada para pembaca untuk bantu pelanggan aku tercapai matlamatnya. Dan sudah tentu, bayarannya akan lebih tinggi dan setakat ini, alhamdulillah..mereka tidak berkira sangat.
Tak kiralah artikel itu berharga RM50 atau RM500 ataupun RM2000..semuanya aku buat dengan bersungguh-sungguh. Dengan niat membantuk mereka yang memerlukan dan juga sebagai punca rezeki tambahan aku untuk capai cita-cita aku yang korang semua tahu tu. Kan?
Okeh.
Berbalik kepada tajuk diatas. Tak susah sebenarnya nak dapatkan kepercayaan dari pihak pelanggan kita atau client. Client kita ni datang dari ceruk yang berbeza. Ada syarikat besar-besar. Ada 3rd party punya syarikat seperti Nuffnang, Innity, PPP, Blogsvertise, dan pelbagai lagi. Ada juga yang datangnya dari syarikat kecil-kecil termasuklah kedai shopping online. Ada juga mungkin kedai jual baju perempuan, ada juga yang mungkin cuma jual resipi karipap pedas panas kaw meletup dan memacam lagi. Pendek kata, macam-macam.
Persoalannya, bagaimana atau cara apakah yang membolehkan mereka ini PERCAYA dengan korang dan boleh bayar dahulu duit upah atau sekurang-kurangnya 50% dari duit upah ke akaun bank korang? Selalu yang kita dengar, kita siap kerja. Mereka semak kerja kita. Kalau kena ubah atau tambah, kita ubah. Keputusan terakhir, mereka bayar.
Dan..seandainya mereka kata mereka tak suka dengan artikel kita.
Adakah kita ada HAK untuk mengatakan mereka SEPATUTNYA bayar kita setelah kita bersusah payah menulis artikel tersebut?
Tak. Korang tak ada HAK walaupun 1% pun.
Sebab mereka memang berhak untuk menolaknya tanpa membayar 1 sen pun.
Ini kerana, tidak ada DEAL atau perjanjian bertulis yang RASMI antara korang dan mereka. Betul tak? Ini kebanyakkannya yang berlaku. Lebih-lebih kalau korang dapat deal dari mereka-mereka yang entah siapa-siapa atau syarikat-syarikat yang cuma ambil kesempatan kepada korang. Pernah berlaku kan?
Jadi, bagaimana hendak mengatasi hal ini? Bagaimana hendak jadikan mereka PERCAYA 100% dengan korang dan tak kisah untuk bayar upah terlebih dahulu?
Ada banyak cara. Cara yang paling simple dan yang aku selalu amalkan.
- Cuba jadi jujur. Sekurang-kurangnya, berpura-pura jadi jujur. Haha..
- Tulis dengan jiwa. Senang cakap, kena jadi ikhlas, kejam dan jujur. Mempunyai perasaan kasih sayang, itu bonus ketika menulis artikel yang menjual.
- Ilmu kena ada. Tak banyak pun tak apa. Janji, korang kena pandai menulis samada secara terus-terang atau secara tak cukup terang. Bab ni, aku tak leh cerita semua. Ini melibatkan hal periuk nasi dan lesung batu aku. Haha..
- Mempunyai skill komunikasi yang baik terutamanya ketika berurusan dengan bakal client korang. Jika mereka tak tahu apa-apa dalam hal-hal review dan advertorial ini, ambil masa untuk ajar mereka. Kalau mereka tak berminat untuk upah korang kali ini, tetap tidak mustahil mungkin mereka akan upah korang pada masa akan datang. Jadi, pandai-pandailah bersangka baik ye.
- Pernah jadi “playboy” yang sangat berjaya.
- Banyak kali putus cinta. Sangat berkait rapat dengan point no.5. Ini tandanya, korang ada semangat bercinta yang tidak kalah dan tidak kenal erti berputus asa. Jiwa kental bak getah susu yang dicampurkan dengan asik hidroklorik.
- Rahsia.
- Dan sebagainya.
- Minum kopi tanpa gula. Itu salah satu tanda lelaki jujur yang hebat. Dan berpotensi untuk menghasilkan artikel yang kabom-kabom tanpa batasan.
Kuasa networking juga mesti kuat. Tak mustahil korang akan dapat job dari rakan korang. Bab network ni, tak semestinya dari geng blogger aje. Aku ada ramai geng dari geng SEO jahat-jahat, geng SEO baik-baik..blogger underground, blogger atas tanah, blogger popular, blogger nak popular, blogger tak cukup popular, blogger berlagak, blogger yang memang rendah dirinya, blogger gadis bertudung comel, blogger gadis senyum menawang, blogger makcik-makcik yang anaknya lawa-lawa..dan memacam lagi lahh termasuklah blogger makcik-makcik beg besar. Itu tak campur geng IM timur barat dan IM utara selatan. Tak campur Im India, IM Australia dan sebagainya. Pendek kata, bergaullah dengan mereka semua walaupun mungkin sempadan bahasa dan budaya memisahkan kita..
Dah.
Itu sahaja.
Hasilnya..percayalah.
Korang akan dapat BANYAK job baru. Advertiser SENDIRI akan cari korang TANPA korang cari sendiri. Korang sendiri yang TETAPkan HARGA korang. Bukan mereka. Dan mereka akan sendiri bertanya..
“Bila artikel boleh siap”
Itu maknanya..mereka tahu. Korang sangat busy. Kalau yang jenis yang jarang dapat job..mereka takkan dapat soalan cepu emas macam itu.
Ps: Ini sahaja tips untuk minggu ini. Tips yang lebih mahal, sila tunggu 2 minggu lagi dari sekarang. Semoga terhibur.
13,642 total views, 1 views today
berpura-pura jadi jujur..susah gak tu… 👿
kalau orang peseorangan kena bayar dulu. kalau penyedia pekhidmatan tak mengapa bole kasi peluang post dulu bayar kemudian.
kena berkawan dgn bro lah nampaknya nih…bodek2 sikit….heheh
gua masih sabar kot ada yang ingin bagi satu dua advertorial kat blog..ehehe..biasanya keyword tu untuk produk tu memang dapat top rank..:D
entah bila aku nk dpt job mcm ko…mgkin aku tak cukup jujur kot
mekaseh wat artikel yg leh wat aku senyum lps penat gile balik dr opis sejuk2 ni… gelak x leh hari ni, penat sangat… hohoho
Haha. Memang lawak artikelnya. 😀
Networking sangat penting dalam bisnes. Dan perkara pertama yang kita belajar dalam bisnes pun networking.
Dulu tak ramai yang kenal saya. Tapi disebabkan otai-otai blogger yang sudi promote nama saya, alhamdulillah dapat juga ‘sisa-sisa’ populariti dari blogger-blogger otai.
Terimas Encik Titan dan semua yang membantu saya sehingga kini.
yup sifu!FA sokong!hehhe.mmg betul pun apa yg abg titan ckp ni.amalkan semua diatas,insyaAllah ramaiyang akan cari kita 😛
Betul tu. saya setuju. Kena belajar dari tuan AF semua ni. 😀
bagus.. entri nie buat kerja teknik ‘spy marketing’ saya bab2 advertorial bertambah senang… muahaha…..
aku dah tak ada jiwa nak menulis ekarang ni -.-
terbaik ! Dah sampai tahap orang cari memang best lah.
Macam2 tip yang boleh hadam dalam entri ni. Tapi aku skarang ni dah bermalas-malasan untuk menulis blog. Haha.
tulislah dengan jiwa tu selalu adelah tips yg dia bg…hihi
Sekarang hidup dah jadi kucar kacir dek modem unifi yg dh rosak, tak tahu bila boleh diperbaiki… artikel dlm blog pun dah kurang berkualiti kowt… mmg ada big bos yg tanya bila nk siap utk iklan2nya tp… modem unifi rosak:cry:
Kena baiki cepat jika macam ni. 😳
Uikks… cam tu ker? dorang bayar dulu, kita buat kerja kemudian… menarik sungguh sungguh! Hmmm bila la boleh capai tahap tu nak pulak syarat no 5 tu memang tak ada… eheheh… 😀
aku blom ckup umpphhh lagii
idea kena menarik sesuai dengan upah yang kita dapat…..
Pernah dapat job dari Advertiser dari luar negara. Tak sangka dia dibayar dahulu buat kerja kemudian.
tip-tip beginilah yang saya cari selama ini…belum pernah dapat tip berbentuk duit
pernah jadi playboy yang sangat berjaya..?? haha…
terima kasih share tips ni… mesti ayat-ayat untuk jadi playboy tu power kan..sampai banyak tersangkut..hehehe
Hahaha nice! tapi jarang sangat dah dapat job ni, kerja saya berlambak lambak
Tapi kalau aku suruh depa ja sebut harga, agak reasonable dengan kerja tu jalan saja 😉
tips terbaik dari bro…semoga menjadi panduan tuk semua
Bagus tips ini, tunggu tips yg seterusnyalah
minum kopi kurang gula biasa dah, tanpa gula belum lagi…heeee
kena belajar untuk berpura-pura jujur la macam ni..hehe 🙂
ko memang selalu dapat job bro, hehehe
huh.. susah juga nak dapat job ye.. kena belajar jujur nu
Aku suka bab tip berpura-pura jadi jujur.
Otai cam bro mesti banyak advertorial dapat. Lepaslah nak makan nasi hari² bak kata bro kan….
“Minum kopi tanpa gula. Itu salah satu tanda lelaki jujur yang hebat. Dan berpotensi untuk menghasilkan artikel yang kabom-kabom tanpa batasan”
Tima kasih puji kawe lebih-lebih he he..
betul tu..bila kita berusaha pasti ada hasil dan dpt cust tu kene bt la sungguh-sungguh baru cust puas hati dan bayar mahal hehe
Terima kasih di atas perkongsian info. .. Saya belum pernah lagi dapat personal client yang sanggup bayar duit banyak macam ni. . Biasanya saya ambil upah murah2 jer.. Dalam RM40..
Dapat job advetorial ni bilah la agaknya, tunggu bertahun-tahun agaknya baru dapat. haha
Banyak input berguna dalam ni..cuma input yang aku takleh nak hadam, kopi tanpa gula. pahit weii.haha
Kiranya bila kredibiliti ko memang tidak dapat disangkal lagi la kan
Bolehla pura pura faham…