Dalam 2-3 minggu ini, macam-macam berita ada. Dan boleh tahan ramai juga yang meluaskan perasaan tak puas hati dalam macam-macam isu. Itu tak termasuk yang mengeluh di status-status facebook masing-masing. Tak kurang juga yang melenting tak tentu pasal walaupun hal itu tak termasuk dalam kepentingan dalam hidup mereka.
Itu tak dinafikan. Orang kita sekarang memang cukup suka masuk campur dalam hal orang lain. Pendek kata, suka jaga tepi kain orang lain. Sedangkan, kain sendiri koyak pun malas nak jahit sendiri. Nak juga tukang jahit terkenal yang tolong jahitkan walaupun ada isteri kat rumah yang boleh tolong jahitkan. Biasalah tu, tipikal orang Malaysia hari ini.
Bola Sepak.
- Bila melibatkan sukan bola sepak negara sekarang, pasukan JDT pasti menjadi tumpuan. Pergaduhan status di facebook menjadi kemuncak apabila ada isu melibatkan JDT dan T-Team. Peminat yang benci JDT, pasti menghasut dan mengeluarkan kata-kata tidak puas hati, manakala peminat susah mati JDT, pasti akan membela pasukan kesayangan mereka. Itu normal. Siapalah yang sanggup lihat pasukan kesayangan mereka dihina dan dicaci sedemikian rupa. Nasihat aku, biar berpada-pada. Kalau tak ada bukti kukuh, dok diam sahaja.
- Isu JDT menang 3-0 kepada T-Team akibat T-Team tarik diri. Itu normal. Meman biasanya pasukan yang tarik diri, akan kalah dan pasukan lawan akan menang automatik dengan jaringan gol 3-0. Pergi mana-mana pun, keputusannya tetap sama.
- Isu dalam terowong itu, itu satu kisah yang berbeza. Aku harap, ada keputusannya tak lama lagi. Aku tak tahu apa yang berlaku dalam terowong itu. Dan untuk tahu jawapan itu sendiri, orang yang ada kat dalam terowong itu kena bercakap benar dan beritahu apa yang telah berlaku. Sekali lagi, mesti jujur dan bercakap benar. Jika kelengtong, sampai bila-bila kebenaran takkan diketahui. Simple like that. Tak perlu nak bising-bising sangat. Kebenaran pasti akan diketahui. Tak kiralah JDT yang benar atau T-Team yang betul. Kita tunggu dan lihat sahaja.
- Safee Sali masih berbisa. Mamat ni kalau tak kawal rapi. Memang boleh buat gol. Buktinya semalam. Tak ada siapa yang lawan beliau ketika dia tanduk free-free depan gawang gol. Memang confirm masuk la. Tapi sayang, JDT tewas. Sebab Hafiz menjadi pemusnah pada masa-masa terhasil. Pahang menang 3-2 dan aku gembira. Happy ending.
- Amri Yahyah. Macam tak menjadi betul semalam.
- PKNS kalah. That’s really bad ending.
Maharaja Lawak.
- Sepahtu semacam simpan kuku aje. Masa final, baru berhabis-habisan. Nampak strategi mereka disitu. Tapi persembahan malam tadi memang itulah Sepahtu yang sebenar. Dan ditambah dengan undi..tak hairan mereka bawa balik Rm500 ribu.. Bahagi tiga? Fuhh..kencang tu beb. Berapa banyak komisen aku kena cari kalau nak dapat jumlah tu?
- Shiro. Memang tak boleh beat Sepahtu. Dalam erti kata lain, mereka memang dah ditakdirkan untuk beat Jambu dan Nabil sahaja. Tapi lawak mereka masih terbaik. Ada nostalgia tersendiri dan elemen-elemen yang masih boleh menghiburkan hati.
- Nabil? Tetap hebat bagi aku. Dengan hanya seorang diri, beliau mendapat tempat ke 5. Dari persembahan semalam, itu sahaja nombor yang layak untuk beliau. Nampak tak berusaha sangat. Tapi effort tetap ada untuk menghiburkan mereka yang datang malam tadi. Memang dia tak berniat nak menang. Kena lagi isu dia dengan Luna Maya. Bagi aku, kes Luna Maya..Astro yang cari pasal duit. Apa pasal bawa Luna Maya jadi juri? Yang ini, sampai hari ini aku tak faham. Takkan takde ramai lagi artis atau pelakon yang berbakat kat Indonesia itu?
- Jambu. Lawak mereka memang genius dan menghiburkan. Tak ada lagi kumpulan lawak seperti mereka. Even Senario pun tak macam diorang. Dari segi kegilaan, Sepahtu, Shiro dan Jozan pun tak leh beat Jambu. Tapi dari keseluruhan pula dan jika pergi bertanding dalam sesebuah pertandingan seperti Maharaja Lawak, mereka memang susah nak jadi Juara. Tapi, aku puji. Tak sia-sia bawa Jambu dalam mana-mana persembahan. Baik minggu Setiausaha, teater dan sebagainya. Diorang ni boleh bantu korang buat duit. Jenama Jambu memang mantap. Ada pengikutnya tersendiri.
- Bocey. Underdog. Itu yang aku nampak. Sama ada mereka yang jadi juara atau undi yang mengagalkan mereka. Bagi aku, diorang boleh jadi JUARA malam tadi. Persembahan memang lain dari yang lain. Ketiga-tiga ahli pasukan mereka memang padu dengan kelas tersendiri. Masalahnya, mereka kumpulan baru. Memang agak mustahil nak jadi juara. Kena plak undi tidak memihak pada mereka. Jika Sepahtu persembahannya sama seperti minggu-minggu lepas, pasti Bocey yang jadi juara. Sayangnya, Sepahtu “ALL OUT pula malam tadi. Sebab itu mereka kalah. Dan ya, mereka juga kalah dari segi undian.
- Dalam Maharaja Lawak Mega kali ini. Orang yang paling beruntung adalah Rahim. Bukan lagi Nabil.
Blogging Job.
- Aku mungkin akan slow sikit menulis blog dalam bulan ini dan bulan Mac. Ada urusan penting yang kena didahulukan. Ada benda lain yang kena dipentingkan terlebih dahulu. Jadi, jika korang nampak aku macam tak ada nanti, tak rajin komen kat blog korang, artikel baru tak ada diblog-blog aku. Korang faham-faham ajelah.
- Tapi, job-job blogging atau advertorial masih tetap padu setiap bulan. Alhamdulillah, hasil usaha bertahun lamanya membuahkan hasil sejak 1-2 tahun kebelakangan ini. Terima kasih kerana menyokong aku dan blog-blog aku selama ini.
- SBB2014. Memang nama aku naik dalam senarai peserta yang dah daftar. Tapi aku tak berani bagi jaminan yang aku akan hadir atau tidak. Serius, bulan 3 nanti memang aku akan super sibuk. Kalau tetiba aku termuncul kat Bistro Saloma itu, itu adalah antara perkara ajaib yang berlaku dalam kehidupan aku.
- MSMW Blogger Awards 2014. Jika ada salah satu kategori yang menang, itu satu lagi perkara ajaib yang berlaku dalam hidup aku. Aku tak promosi bersungguh sangat tahun ini berbanding tahun lepas. Cuma bersandarkan artikel dalam blog ini dan juga mengharapkan ada insan-insan yang TERundi blog aku. Tak harap sangat menang untuk tahun ini walaupun ada 4 blog aku tercalon dalam 4 kategori yang berbeza. Jadi, kalau rajin, gi undi blog aku eh. Itupun kalau korang rasa blog aku lebih layak untuk menang berbanding blog-blog orang lain. Kalau tidak, boleh undi blog lain yang lebih layak untuk menang. Rujuk senarai blog yang korang boleh undi disini – Undi blog Encik Titan.
- 3 advertorial dan satu job pergi ke resort telah aku terima. Tinggal nak buat sahaja. Job ke resort tu, bulan 3 nanti. Masa cuti sekolah rasanya. Sekarang ni, tak ada masa sangat. Sibuk sikit nak uruskan banyak benda.
- 100 komisen dari Jobdirumah dah tercapai. Komisen ke 101 pun dah diterima. Target baru, 100 lagi komisen untuk tahun 2014. Mampukah aku dapat lagi 99 lagi komisen jobdirumah pada tahun ini?
- Kitab Teknik SEO Merah Jambu dah melebihi 150 jualan. Campur dari jualan di Jomniaga dan jualan direct. Alhamdulillah. Boleh tahan ramai juga yang dah baca dan praktikkan teknik yang aku kongsikan dalam kitab itu. Semoga ia akan membantu korang dan menghasilkan sales pada setiap bulan. Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan segera. Baca kisah pengalaman aku itu agar boleh bantu sedikit sebanyak korang menghasilkan pendapatan sampingan melalui blog korang.
Kesimpulan.
Serius, aku memang sibuk sikit.
…
….
Ps: Semoga terhibur.
17,127 total views, 1 views today
alahai…xpergilah maknanye?hehe
Belum tentu lagi. Nanti kita tunggu sana tengok. 🙂
kebarangaklian tak perg tu agak besar la jugak. 🙁
Dah tak boleh tengok Luna Maya dah lepas ni.. MLM dah abis..
haha.. minat luna maya ke?
Boleh tengok tempat lain pula nanti. 😆
lebih baik tak tengok dari tengok. 😆
job tu yg paling menarik perhatian aku.. sibuk2 gak, kesihatan kene jaga tuu..
betul tu sifu.Kena jaga kesihatan.
Ye. Tau.
Haha..kena lebih banyak berehat la jawabnya ni..
ye, bocey mungkin akan m’jadi juara semalam. antara 3 poin di atas tu, rasanya bola lah yg tengah trending skrg ni. heheh
bola memang trending sepanjang tahun. hehe
bola sepak dan maharaja lawak tu memang topik panas kat fb. Tahniah dah mencapai target dan good luck untuk target baru 🙂
Betul tu. Tahniah untuk tuan Af..
Ya.
Semoga target baru akan tercapai hendaknya..
bab JDT, T-team memang xmau ambil tau. Bab Pahang menang memang tumpang gembira. Bocey kalah xpe, perjalanan mereka jauh lagi. they did very well last night! Apa2 pun, semoga berjaya encik titan
Ya..bocey boleh pergi jauh ni sebenarnya. Mudah-mudahan mereka berjaya pada mas ayang akan datang.
Macam-macam warna yang berlaku didalam dunia bolasepak. Ingat bila melangkah ke liga profesional semakin berhemah. Lain pula jadinya.
Agak terkejut dengan habuan pemenang MLM2013. Jauh berbeda zaman pelawak otai.
betul tu,bertambah lumayan. 💡
Ya. Habuannya memang cukup lumayan.
Entah berapa kali rasanya aku kena dapat komisen tu. 😈
take time dan undi titan 😀
undi-undi.. Jangan tak mundi.. Kena sokong.
Kalau tak ada bukti kukuh, dok diam sahaja. gua suka statement ni hehehe
Haha.
Dah takde bukti. Haruslah duduk diam aje kan? hehe
yep, memang rahim yang paling beruntung pada kali ini
Haha..untung dia masuk sepah 2.
😐 bocey masih baru tapi menghiburkan setiap minggu tahniah boboi dapat menghasilkan anak didik yang bermutu 🙂
Ohh..bocey tu anak didik boboi rupanya. baru aku tahu ni.
Kisah JDT dengan T-team tu memang epiklah…tapi selagi ada yang tak jujur memang tak akan tahu apa kisah sebenarnya selama-lamanya…Hmmm…
Sepahtu secara jujurnya kita rasa dia orang tak really deserved RM500..lawak mereka pun recycle yang sebelum ni punya..so kureng sikit kot..yang best sekali BOcey..lawak dia orang fresh even jadikan kawan bahan lawak..tapi oklah ..still entertaining..
Itu lah..
sayang plak rasa bila bocey tak jadi juara.
SepahTu bijak… aku pun tak expect dia boleh all out malam final tu… kalau ikut macam minggu-minggu lepas, sure kalah sebab lawak dah basi..
xdan nak tengok live tue. tgk ulangan kat youtube je lah.
kalau dia tak all out, confirm kalah malam tu.
mak oi… cover berapa entry blog ni bro? kalau aku, dah pecah jadi 5 entry untuk 5 hari… dapat rehat sikit…
haha..belasah aje. Ini artikel leh cover seminggu punya cerita.
bro g mane? anyway good luck untuk award tue.
Ada kerja besar sifu titan nanti fyna..
kerja besar? waaa.. ape tue? semoga dipermudahkan.
Ya. Good luck juga untuk semua peserta. 😎
ramai yang backup Luna Maya nampaknya , menyampah gua…
Jujurnya, aku tak suka dia jadi juri. Komen pun ntah apa-apa je..
Terhangat masa kini JDT…tapi itulah penarik Liga M musim ini, jika tak mungkin suam2 kuku je.
MLM…pemenang, tak terkejut pun tapi yg mengejutkan adalah hadiahnya! Setengah RM setengah juta tu!!!
liga super malaysia memang lebih menarik sekarang. Berbeza dengan 2-4 tahun dulu.
Encik Af nak pergi mana bulan 3 nanti? Nak naik pelamin ker? 🙂
gi luar negara. 😈
Tahniah untuk Bro titan. Semoga di mudahkan urusan. Bulan tiga nanti sifu ada kerja besar yea?
x sabar nak taw gak ape projek tue. hehe..
tak la. Ada kerja kat luar negara.. 👿
Panjang giler rangkum semua ni…hahhaa
tapi aku rasa, aku tau pasai pe hang sibuk bulan 3 ni..hehe
bukan sebab itu la.
Aku ada kerja luar negara nih.. 👿
Semoga dipermudahkan segala urusan bro…
Ya.
Mudah-mudahan dipermudahkan..
sekarang dah musim dia..tp aku tak tgk malas haha…
hang tu sibuk sangat aje sekarang.
bila mahu kahwin?
tgu titan sponser baru kawen lala 😛
maharaja lawak mega memang terbaiklah, puashatilah sepahtu menang
tapi jujur, memang puas hati gak tonton persembahan diorang malam tu. 😈
pandangan dr sudut yang neutral…
Yang manakah neutralnya itu???
Macam mana ekk enciktitan..sy macam x leh terima jer kalau encik titan tak update blog..tak ada artikel baru..sari dua ok lagi…seminggu boleh buat tak keruan gak…errr 👿
Hang update blog sendiri ajelah.
Mesti hang puas hati punya. 😆
hukum dunia..ada masa sibuk dan ada masa lapang..KB amat faham punya maa..semoga bro terus bersemangat dan kekalkan momentum kejayaan
Ya.
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.. 😥
Adehhh 3 dalam 1 lagi ooo.. Ok lah kawe pilih bola lagi. Kawe rasa JDT masih adjust dgn Aimar dalam team. Mamat tu main stail tiki taka. Yg lain mcm Premier League. Tak ngam. Tu pasal bila Aimar keluar, nampak mcm lebih serasi, cuma kualiti jd kurang jer.
Bagus JDT bawa Aimar. Masih hebat lagi. Lama2 yg lain pun akan belajar main bola mcm dia.
Aimar kena lebih usaha lagi. Dan pemain lain kena giatkan usaha lagi. Gua harap JDT boleh jadi juara tahun ini. Kalau tidak, memang malu besar la jawabnya..
Aku tau cerita pasal blog je..pasal bola n MLM aku tak layan sangat. hehehe. Tapi kalau citer pasal nabil, gua respek dia sebab dia bleh buat lawak sorang2.
Gua tetap pilih bola, walaupun bola kempis 😀