Bagi setiap orang, ada cerita tersendiri dalam bab-bab buat duit dengan blog ni. Dalam erti kata lain, kat internet ni ada macam-macam cerita dan kisahnya bila seseorang itu cuba buat duit. Tak kiralah apa cara sekalipun, pasti golongan ini ada sebab tersendiri.
Mungkin, ada yang mahu cari duit kahwin. Mungkin disebabkan terlalu banyak sangat harga barang naik, sesetengah orang terpaksa cuba buat duit dengan menulis blog. Mungkin juga ada yang mahu tambah pendapatan setelah anak ke 8 dah lahir. Tak mustahil juga, ada yang bertungkus lumus mencari duit diinternet ini untuk tambah “CAWANGAN” satu lagi.
Apa-apa sebab pun, tak mustahil kan?
Oleh itu, jika ditanya soalan seperti tajuk diatas.
“Bro, seronok sangat ke buat duit dengan blog ni?”
…
….
“Gila kau tak seronok?”
Ya. Memang seronok. Aku tak nafikan. Bila kali pertama dapat satu ringgit pertama dan satu dollar pertama dari hasil menulis blog dulu, memang aku gembira sampai terguling-guling dibuatnya. Member satu rumah sewa naik pelik sampai juling anak mata dibuatnya melihatkan kelakuan aku yang aneh itu.
Ada rakan aku, yang kali pertama dapat cek dari nuffnang. Dok tiap-tiap hari ajak main mesej kat facebook dengan aku. Punyalah gembira sampai dicanangnya dalam facebooknya itu setiap hari. Sampai naik menyampah aku membaca statusnya itu.
Seorang lagi sahabat, bila dapat SATU komisen dari program yang baru dipromosinya. Tak sampai 2 hari dah dapat 1 sales walaupun sales tu bernilai RM10 sahaja. Dah cukup gembira kepalang. Siap call aku yang sedang lena mimpi indah dibelanja oleh awek-awek comel. Kalau tak kerana sahabat, memang kena maki dan tajilah jawabnya.
Kesimpulan.
Buat duit ni, memang best. Memang seronok yang amat sangat.
Lebih-lebih lagi bila duit yang kita dapat itu melebihi gaji bulanan kita.
Tak cukup SERONOT lagi ke tu?
Ps: Oleh sebab korang kacak dan hensem, meh undi blog-blog aku dalam MSMW Blogger Awards 2014 ni. Itupun kalau korang rasa blog aku lebih layak untuk menang dalam kategori yang dipertandingkan. Kalau tidak pun, boleh undi blog-blog rakan yang lain. Kalau tak aku menang, sekurangnya, member kita sendiri yang menang. Hoho..
15,378 total views, 2 views today
kalau tak rasa seronok dapat duit, ada masalah dalaman la tu. hehe
betul-betul..hehehe..
Haha.
Betul jugak tu. Mesti ada masalah tu.
aishh..sapelah yg tanya tu…tentulah seronok..hahaha $$$$
Tak salah bertanya.
Sekurang-kurangnya, boleh belajar sesuatu. 😆
Rasanya seronok lah jugak…! yang tak dapat duit dengan blog pun seronok berblog, pa lagi yang dapat.
betul tu.. 😆 dapat banyak lagi seronok.
Itulah, memang seronot habis menulis blog ni sebenarnya.
hehe. 😈
takkan tak seronokkann..
apapun, kita dah undi blog tuan dlm MSMW Blogger Awards tu.. 😉
Terima kasih kerana mengundi. 😆
Seronok bila dapat macam ni aje kan sifu..
Siapalah yang tak seronok, kan? hehe..
SO far I got RM0.25 from nuffnang!!! It almost look like RM25 ehehehe
25 sen, boleh jadi 25 ribu satu hari nanti.
Siapa tahu, kan?
sampai terguling2 tu.. ingatkan sekadar lompat bintang….
dah biasa sangat lompat bintang. Jadi, kita tukar guling-guling plakk..
knape aku terasa erk ?? hahaha..
tringat dulu dpt kredit free rm5, pastu mng dlm contest ilmu blogspot bro HH.. snyum memanjang jaaaa
kenapalah pulak hang nak terasa nih..
Memang seronok apabila melihat duit mengalir masuk ke dalam akaun.
Dah dapat banyak dah komisennya lom? 😉
masa first time dpt komisen dr affiliate, memang seronok… yelah kan, sbb sebelum nih mcm tak confiden pun yg buat affiliate nih betul-betul boleh buat duit walaupun da beli dan baca ebook…
tapi bila betul-betul dah dpt, da nampak duit tu memang betul-betul masuk dlm akaun bank kita, barulah percaya dan rasa happy sgt… 🙂
sekarang mesti rasa happy sikit kan? 😉
kompeni mane yang bayo tu… waduh2
Ada macam-macam kompeni la.
hehe
baca pun dah seronok, apetah lagi dapat betul2… 😉
Kalau dapat betul-betul, barulah lapan belas kali seronotnya.
memang betul tu. memang seronok dapat duit dari internet atau blog ni
Hehe..bulan ni punya bila mereka mahu bayar agaknya ye..
nape plak tak detect? 😯
peh..sape kate dapat duit tapi tak seronok tu komferm orang kaya.. haha
Kemungkinan besar tu. haha.. 😈
owh ada join jugak aff Dvd Saham tu ek.. tp kenapa ada lebih RM5 plak tu.. ? hehe 😀
Entah.
Terbagi lebih kot. haha
seronot nyerrrrr
betul tue. gila ko tak seronok kan. 😉 hehehe….
mantap,
terbaik dah 101 dpd jobdirumah, saya baru 2 bulan ni. hoho
Betul tu encik titan..seronok tu memang tak leh nak gambarkan dwngan kata2…hanya mereka yang pernah merasa boleh menggambarkannya..hehehe..
memang seronok walaupun terima 1 sen sahaja..duit juga tu!
aku dapat ciput pun seronok
kalau dapat banyak lagi la seronok sampai ke bumbung
dpt duit mana tak seronoknya kan 😉
Memang seronok kalau dapat mcam bro..
sebab hang citer bab seronot tu lah…gua dah undi blog ni..
harap2 menang!
haha.. pelik bin hairan kalo tak seronok dapat duit 😀
seronok seronok seronok 🙂
apa yang seronok sangatnya ni haa..
semua org seronok dapat duit dari kerja keras sendiri
Yap.
Mana ada orang tak rasa seronok kannn.. 😆
memang seronok… income pertama dulu dari nuffnang.. memang seronot tak terkata la…
hehe..income komisen macam mana plak?? mesti dah banyak dapat kan?
Buat duit dengan blog memang best..lagi2 bila job ribu riban..hahaha
Haha..
takkan la tak seronot kalau dapat ribu-ribu kann..
tengah tunggu adsense selepas mula aktif… tunjuk ajarku..
Ohh..tengah tunggu adsense lulus rupanya ye. hehe
err tawaran pada muka surat akhir kitab kau tu masih on lagi ke tak?
wahh seronok nye 🙂 nak juga belajar dpt buit duit, sikit pon ok,heheh nad newbie meh2 sni 🙂 dengan sengannye 😛
amboi, seronoknya dia… jeles kawe
mau tak seronok..bab duit la katakan..hu3
Memang seronok dapat wang dari blog yang kita usahakan….
salam..
abam..kasi ajar acane.. by email je boleh ka..
Assalamualaikum …
Saya ada blog tp sy x tau macamana nk jana pendapatan melalui blogging… boleh x kongsi ilmu Tuan?
Assalamualaikum..blh tak tuan kongsikan mcm mna nk jana income melalui tulis blog?
jap…kat website mana nak buat blog nie???