Haha..
Ya. Aku tahu, ramai juga yang suka tulis blog. Dan ramai juga penulis blog diluar sana memang betul-betul gembira apabila berjaya tulis blog dalam blog masing-masing. Tak kurang juga yang suka update blog setiap hari dengan macam-macam berita dalam kehidupan harian mereka.
Malah, cerita tentang kangkung pun nak cerita dalam blog. Belum cerita tentang pelaburan dan seminar hartanah. Lebih ngeri, ada juga yang bercerita kucing beranak lagi dan tentang isu artis pakai tudung. Tak campur lagi cerita resipi nak buat cendol sedap atau cerita tentang apa kebaikan makan petola. Atau bercerita tentang custom made sticker kereta dan sebagainya. Pendek kata, kegembiraan dan sebab seseorang itu tulis blog ada banyak. Asalkan korang gembira, itu dah cukup bukan?
Tapi..aku ada sebab yang lebih istimewa mengapa aku suka benar tulis blog.
Tak lain dan tak bukan apabila..
Dan macam-macam lagi.
Kalau korang semua dapat macam ini, mesti korang pun TURUT suka benar menulis blog macam aku, kan?
Ya. Aku tulis blog memang untuk dapatkan pendapatan sampingan. Bukan tulis blog suka-suka sahaja tanpa makna. Setiap artikel yang aku tulis, ada tujuannya. Dan pastinya setiap satu darinya ada nilai-nilai komersial. Bukan hanya bersifat peridbadi sahaja. Itu maknanya, aku serius dalam setiap artikel yang aku tulis walaupun ada juga artikel yang nampak macam merapu dan semacam tak ada hala tuju.
Dan aku tak nafikan ada yang saje tulis blog untuk berkongsi sesuatu. Untuk suka-suka mengikut hati dan tulang rusuk mereka. Aku tak ada halangan dan aku tak keji blogger-blogger sekalian. Itu blog mereka. Itu hak mereka. Selagi tak mengarut bukan-bukan, tak hina bertempat, tak tuduh orang tanpa bukti kukuh..itu dah cukup. Betul tak, Rabbit?
Jadi, tulislah dengan jiwa. Dengan lebih gembira dan dengan penuh kasih sayang. In-sha Allah, pasti ada habuannya tak kiralah dalam bentuk wang ringgit ataupun kebahagian dunia dan akhirat. Betul tak?
Ps: Dah, pergi undi blog aku kat MSMW 2014 tu laju-laju.
21,220 total views, 1 views today
besemangat aku baca wei
penulisan sifu penuh dengan perkongsian ilmu. 🙂
apa yang bersemangatnya tu? hoho
tulis blog dengan jiwa…ermm mcm sedap je ayat tu…hehehe
cuba untuk tulis dengan jiwa dan kasih sayang. maknanya kita kena berkasih sayang dulu lah ye. eh..
lebih kurang macam tu rasanya. Kena tanya sifu..
Ye la kot agaknya. haha.. 😳
walaweh… masyuk betol… kene jadi rajin lagi aku nih..
Aliran duit masuk adalah motivasi untuk menulis blog. Tanniah bro. 🙂
yang RM3500 tu cambest je tengok woo…
wah semangat sudah datang kembali
Tahniah.. Banyak tu.. Boleh buat kenduri besar ni…
rasanya pendapatan sampingan dah lebih dari pendapatan tetap…tahniah-tahniah.
walaupun gua punya tak sebanyak lu, tiap kali dapat, happy dia lain macam sungguh :3
Kalau macam ni punya masyuk, siapa yang tak bersemangat? 🙂
memang dalam fikiran nak jadikan blog sebagai pendapatan sampingan. masih berjinak-jinak dalam semua ni.
kalau macam nie mmg teruja nak menulis entry….
Fuhhh..jiwa dan raga…terbaik…
Terbaik bro..yang 3500 tu gua harap, akan ada lagi sambungannya setiap bulan. hahaha
wah memang hebat..kalau dpt begini memang saya pun suka…hehe 😉
dah undi..mohon lanje cendol sedozen 👿
Ye, aku memang saje-saje suker menulis blog. Haha. 😀
perggh… meletup tuh bro…
Tang mana yang meletupnya?
Assalamualaikum..wah..alhamdulillah. Murah rezeki.
Ya.
Alhamdulillah. Mudah-mudahan akan dapat lebih lagi pada bulan ini.
aku pun suka tulis blog … 😆
hehe..
Itu aku tahu.
Macam tu kalau, bukan setakat suka…cinta tu!!!
Hoho..sampai chenta dibuatnya ye.
Satu kepuasan dalam berblog kalau dapat macam tu. Tahniah bro!
Ya. Memang puas.
Tapi aku harap dapat lebih lagi dari ini.
coretan dari blogger tegar…bukan Tegar…huhu
Memang ‘berisi’ entri ni…thx bro
Semoga entri ini banyak membantu sesiapa sahaja yang membacanya.
Blog masyukkkk… lepas nie gua harap fenomena yang dibawa oleh En Titan mampu memperngaruhi blogger yang dok kejar duit iklan banner + trafik dengan buat entry panas copy paste..
Ya.
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
cikgu suka tulis blog
hari hari cikgu tulis blog
cikgu sudah tido
jom baca blog cikguuuuuuu
Yela.
Jap lagi aku tidur la. 👿
Ooo sebab ni ekkk…patut la… 👿
Ya.
Inilah sebab-sebabnya. Hehe
Tahniah la bro sebab mampu buat duit berkepok-kepok dari blog 🙂
Eh, boleh senaraikan semua blog milik bro tak? Hehe…
Kan aku dah bagitau dah “semua” blog-blog aku tu.. 😈
Tahniah. Banyak dapat tu… Nak berkat sudi-sudi la share sikit.hehe
takkan sebab nak berkat kena share plak? haiya..
haha..
Ya Allah, semangat terus baca artikel ni. 🙂
Aku share artikel ni tau tau tau 😀
Motivasi dan idea ko memang sentiasa ada je kan tulis post entry dan artikel kan…
Ajar saya boleh? Boleh? Boleh! T______T
Kadang-kadang rasa suka tu sampai tak tau nak explain. Hanya boleh lepaskan melalui entry saja. Wifey pun dok tanya juga…smp sekarang tak ada jawapan. Sebab susah nak explain pada orang bukan blogger. Kalau bgtau pun diorang bukan paham.