Ya.
Bila ada juga yang memperkatakan macam-macam tentang isu MSMW Blogger Awards, aku rasa korang kena faham sesuatu terutamanya dalam bab menang awards ini.
Bagi aku, tak salah untuk menang dalam mana-mana awards yang korang sertai. Yang penting, korang kena usaha nak menang. Menang atau tidak, itu lain ceritanya. Tak menang, dapat pengalaman dan belajar sesuatu. Kalau menang, percayalah..korang akan dapat BANYAK kelebihannya yang kadang-kadang korang sendiri tak tahu.
Yelah, tak pernah menang. Celah mana nak tahu apakah kelebihannya, kan?
Yang pernah menang aje TAHU kelebihannya.
Senang cakap, sesiapa yang sertai MSMW 2014 kali ini, berusahalah untuk menang. Aku sendiri ada usaha sikit-sikit untuk menang walaupun tidaklah harap sangat. Siapalah yang tak nak menang, kan? Tapi kalau tak menang, itu maknanya tahun ini bukan rezeki aku, mungkin rezeki orang lain.
“Tapi bro..lu hantar EMPAT blog tu. Takkan tak nak menang kot?”
Tujuan aku hantar EMPAT blog itu lebih kepada penjenamaan untuk blog-blog aku. Terutamanya blog baru aku, Guliroket.com. Aku lebih banyak promosi blog itu berbanding blog lain. Kalau nak menang pun, aku harap blog itu yang menang. Oleh kerana Sokernet tak bertanding tahun ini atau tidak masuk bertanding atau tak ada yang calonkan blog itu, jadi peluang nak menang itu agak cerah. Jadi, antara empat kategori itu, memang aku lebih berharap pada kategori sukan untuk menang.
Dua blog lagi. Earncent.com dah pernah masuk TOP 3 dalam kategori Best Business Blog pada tahun 2013. Itu dah semacam satu kemenangan moral bagi aku. Terbukti bahawa blog itu ada orang kenal dan ada pembaca setia. Dan tahun ini, aku hantar blog ini untuk kategori yang sama. Manakala blog Earncent.com itu, aku letak dalam kategori Best Lifestyle Blog memandangkan hala tuju blog itu dah lebih terjurus lebih dalam kehidupan aku yang lebih peribadi. Lebih jiwang karat sikit kat situ berbanding blog-blog aku yang lain.
Dan blog Ohcikgu pula KEKAL dalam kategori Best Education Blog sebagai bekas Juara bagi kategori ini. Untuk kategori ini, sebenarnya semacam ada cara nak menang. Tapi aku tak boleh nak cerita bagaimana. Kalau korang salah LETAK blog kat kategori yang salah, memang susah nak menang. Kebanyakkan blog yang menang, memang “KENA” dan tepat dengan setiap kategori yang dipertandingkan. Kalau blog korang lebih kepada blog lifestyle, tapi letak kat kategori educational, memang susah la nak menang. Blog korang mesti betul-betul blog yang sesuai dengan kategori “Education”, baru boleh menang. Juri akan lihat dari sudut ini selain dari undi-undi yang perlu korang raih.
Oleh itu, sebagai pengundi korang juga harus PILIH dan UNDI blog-blog yang betul dan tepat dengan setiap kategori. Barulah blog-blog yang lebih layak untuk menang, PATUT menang. Nanti, takdelah korang sakit hati bila ada blog yang menang kategori Best Food Blog, tapi cerita pasal “FOOD” cuma 9-10 artikel sahaja walhal ada blog yang lebih layak TEWAS hanya kerana tidak ramai yang undi blog tersebut. Oleh itu, korang semua yang mengundi mesti bijak untuk mengundi. Bukan sekadar untuk bantu kawan-kawan sahaja. Barulah matlamat MSMW Blogger Awards ini betul-betul tercapai dari sudut integriti dan ketelitiannya dari sudut memilih pemenang.
Kelebihan menang MSMW Blogger Awards?
- Apa yang aku pernah rasa setelah aku menang tahun lepas?
- Dapat banyak advertorial dan review berbayar.
- Selalu dapat jemputan event berbayar dan percuma.
- Selalu dapat iklan berbayar.
- Peluang untuk kenal ramai blogger hebat dan orang-orang terkenal.
- Sentiasa dijemput ke event secara percuma walaupun ORANG LAIN terpaksa bayar dengan harga yang MAHAL.
- Dikenali dan disayangi oleh ramai orang. Termasuklah kaum-kaum serangga dan haiwan seperti Maikel, Mercidez dan Rabbit.
- Dicintai oleh ramai gadis-gadis bertudung comel seperti Cik Ungu dan Ain Maisarah.
- Dapat offer kontrak berbayar untuk menulis blog bernilai hampir RM12000 tunai.
- Disenangi dan digilai oleh ramai gadis-gadis blogger..
- Blog dapat banyak trafik dan komen. Blog dapat macam-macam..
- Dapat offer untuk dibelanja cendol walaupun ramai yang memungkiri janjinya terutamanya gadis-gadis blogger..
- Dapat gelaran pelik-pelik. Encik Cendol, Titan gagah perkasa, Encik Titan hensem, Encik Titan kacak, Abam Titan..Pakwe Ain Maisarah dan memacam lah lagi. Ngeri juga bila memikirkannya. Ohh..
- RAHSIA..
- Berpotensi untuk jadi Malaysia Best Blog 2015 dan tahun-tahun yang akan datang.
- Dan sebagainya..
- Dan macam-macam lagilah..
Ahhh..banyak lagilah. Senang cakap, kalau korang menang. Bersiap sedialah untuk terima kejutan budaya. Masa itu, korang kena lebih kuat kerana akan terima banyak job sampai tak cukup tangan nak buat. Korang pun kena kuat semangat kerana akan dicemburui oleh ramai blogger lelaki tetapi disayangi oleh blogger-blogger gadis yang comel-comel.
Jadi..sila BERSEDIA.
Dah..itu sahaja.
Boleh undi keempat-empat blog aku ini jika rasa blog aku layak untuk memenangi kategori tersebut:
- Kategori Best Educational Blog – Ohcikgu.com
- Kategori Best Business Blog – Ahmadfaizal.com
- Kategori Best Sports Blog – Guliroket.com
- Kategori Best Lifestyle Blog – Earncent.com
** Tapi kalau rasa blog-blog aku ini tak layak atau tak sesuai untuk setiap kategori yang dipertandingkan, tak apa. Sila pilih blog-blog lain yang lebih layak untuk menang.
Ps: Sebenarnya, menang atau kalah..bukan itu yang aku cari. Kepuasan menulis blog itu lebih utama. Sekurang-kurangnya, aku dapat sesuatu yang aku cari selama ini melalui penulisan blog. Mungkin, korang juga sama. Masih mencari sesuatu dalam kehidupan korang. Betul tak?
11,639 total views, 2 views today
saya menulis kerana suka-suka dan masih baru 🙄
Aku pun tulis suka-suka juga. hehe
memang kena usaha untuk menang
usaha untuk raih undi
dan usaha untuk buat blog yang bagus dan menarik
Ya. Dan itu semua bukan satu tugas yang mudah.
teringin aku nak rasai jugak.. tahun depan, insyaAllah, aku target satu award..
cc: Abam Titan
Target itu penting. hehe 😳
Kelebihan menang no.7~no.15 memang trbaiklah…heeee. InsyaAllah salah nlog satu boleh pergi punya.
Mudah-mudahan ada satu blog yang sangkut.
memang kelebihannya kita nampak kat branding blog tu kan. tahniah titan! semoga berjaya jugak walaupun ada satu kategori tu lawan dengan blog aku. keh3 😆
Haha..
kategori manakah itu?
Betul 🙂
Okeh dah tau dah nak buat apa
Haa..
Hang nak buat apa plak ni? haha
Bro ada harapan nak menang ni..
Mudah-mudahan ada satu kategori sangkut.
giler x best? best kot..hahah
Haha.
Memang la best wohh.
Emm malas nak fikir..tahu dah Pondok Kecil tak ada harapan nak menang… 😥
Tak apa. Ada banyak peluang lagi. 😈
Sebenarnya MSMW ni adalah platform terbaik untuk memepromosikan Blog. Apatah lagi kalau dah menang… Yang penting yakin dengan usaha sendiri dan tak patah semangat kalau kalah..So good luck to you…Sure boleh sangkut punya…
Yap.
MSMW memang bagus untuk penjenamaan blog. 😉
Sudah tentu ia akan memberikan keuntungan kepada pemilik blog yang menang.
Yap.
Memang ada keuntungan bila menang.
nampak ada harapan nak menang lagi tu
award2 camni bagus utk penjenamaan sebuah Blog. menang atau kalah tu tolak tepi. dapat top 5 pun dah bagus utk advertiser dan blogger2 lain pandang 🙂
1st time dtg sini dari senarai peserta MSMW 2014.. salam ukhwah..salam perkenalan..
belum ada awek yang singgah blog gua. Itu salah satu sebab join MSMW kali ni
kalau dah jodoh, sangkut dengan blogger best jugak.. hewhew
best juga digilai oleh gadis-gadis blogger..biasanya kat wordpress emak kepada gadis-gadis sahaja!
puteri rasa memang salah satu blog tu akan menang award…tak pun keempat empat sekali ada peluang untuk menang. Good luck 🙂
gua respect la sama lu bro, tahniah 🙂
bestnye kalo menang!! tahun depan insyaAllah akan join..hehe
Yang job kontrak RM12K tu macam tahu jeee….. rugi betul aku tak join aritu….
Menang kalah cuba saja..orang cakap buruk pasal kontes, biarkan dia dengan labu2 nya..hehehe
kalau 4 blog yang tercalon tu menang untuk tahun ni, memang terbaiklah..
memang banyak kelebihankan kalau menang award nih. hendak juga setanding dengan blog bro nih. ^_^
mungkir janji?? uhuk! tersedak makan mi ruski diriku dibuatnya~ 😳
rasa mcm mengena salah satu blog tu
ohcikgu pasti akan menjadi juara bertahan..huhu
menulis baik untuk kesehatan 🙂
Dapat offer kontrak berbayar untuk menulis blog bernilai hampir RM12000 tunai.
Betul ke Cikgu Titan dapat tunai sebanyak 12 ribu tuhh ..
Woww!!
Banyak kelebihan-kelebihan yang dapat ni. hehehe
argh rugi gua tak masuk MSMW
bestnya kalau sifu menang..cendol!haha 😈
CN suka part ni “Disenangi dan digilai oleh ramai gadis-gadis blogger..” … terbaik bro ! ahaks~~
tahun ni gua harap lu menang lagi bro..semua blog lu gua dah undi
gua xpenah menang. tapi gua tahu cmne feelnya.. haahaha
wah mantap banget nih,, sayang gue gak pernah menang