Okeh. Bagi mereka-mereka yang tak ada kerja dan sedang mencari pekerjaan, lepasan SPM yang masih mencari arah tujuan dan makcik-makcik yang berminat nak cari pekerjaan sampingan yang lumayan, ada satu program yang sesuai untuk korang semua.
Program apa?
Program Latihan Terapi Spa Di Beaubelle Academy
Program ini adalah satu program yang di taja sepenuhnya oleh kementerian pelancongan (MOTAC). Program ini bukan program yang berasaskan keuntungan tetapi lebih kepada khidmat sosial. Kerana program ini memberi peluang kepada mereka yang memerlukan untuk meneruskan pelajaran,pekerjaan
Berikut adalah maklumat tentang sesi temuduga bagi program latihan terapi spa. Pengajian Program Latihan Spa Terapi ini adalah PERCUMA. Program ini terbuka kepada mereka yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun. Program ini ditaja sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia dengan kerjasama Beaubelle Academy of Cosmetology & Management dan Jabatan Pembangunan Kemahiran Kementerian Sumber Manusia.
Kelebihan
Sesi Temuduga pada 17hb Febuari 2014. Jadi, kepada sesiapa yang berminat dengan program ini akan menerima biasiswa bernilai RM9,500 termasuk ELAUN SEBANYAK RM300 SEBULAN sepanjang 3 bulan di Akademi dan selepas 3 bulan mereka akan dijanjikan peluang pekerjaan di spa-spa terpilih dengan gaji permulaan sebanyak RM1200 tidak termasuk komisyen dan imbuhan kakitangan.
“Apa pasal masa aku lepas SPM dulu takde menda ni ehh??”
Dan para pelajar akan diberi pilihan untuk tinggal sendiri atau di asrama yang disediakan oleh pihak Beaubelle Academy. Pelajar yang ingin tinggal di asrama akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 sebulan termasuk bil air dan bil elektrik. Kalau rumah dekat dengan akademi, lebih baik duduk rumah aje. Jimat sikit. Tapi kalau rumah jauhhh, lebih baik korang duduk kat asrama. Tak payah pening kepala nanti.
Selepas 3 bulan di Akademi, pelajar akan menjalani latihan amali di premis spa bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang dan mereka akan terus diserap di spa tersebut. Antara spa-spa yang bertaraf 3 bintang hingga 5 bintang yang telah menempatkan pelajar-pelajar Beaubelle Academy ini ialah Shangri La Putrajaya, Spa Village Kuala Lumpur, The Banjaran Hotspring, Body Perfect Sdn. Bhd., Reedes Beauty Centre, Spa Manja Johor Bahru, Pullman Putrajaya Lakeside, Avillion Spa Port Dickson dan The Sompotan Spa. Fuh, banyak tu. (Boleh rujuk sini – Senarai SPA) Kiranya, memang berpotensi besar dapat kerja terus lepas habis belajar dari Akademi Beubelle ni.
Dah habis belajar, para pelajar akan diberi pengiktirafan Sijil SKM Tahap 3, di mana sijil ini sebenarnya adalah sijil yang perlu pelajar ikuti selama setahun tetapi di Beaubelle Academy, pelajar hanya perlu menjalani latihan selama 3 bulan sahaja. Nampak? Dah jimat 9 bulan tu?? Dan pelajar juga akan mempunyai kontrak selama 2 tahun dengan Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia untuk bekerja di spa-spa terpilih.
Nampak senyuman para pelajar yang telah “GRADUATE” dari Beaubelle Academy? Ya. Mereka memang gembira. Program cuma 3 bulan secara percuma. Dapat elaun lagi. Boleh duduk asrama lagi. Dan boleh terus diserap selepas habis latihan. Fuhh..memang best tak terkata nih.
Berminat?
Okeh. Pergi sahaja pada sesi temuduga yang ditawarkan oleh pihak Beaubelle Academy pada Hari Terbuka Kerjaya Beaubelle Academy. Tempat adalah terhad. Jadi, sila mohon dengan kadar yang SEGERA.
Sesi Temuduga adalah seperti berikut :
- Tarikh : 17hb Febuari 2014
- Hari : Isnin
- Masa : 1.00 petang hingga 4.00 petang
- Lokasi : No.31-Tingkat 6, Block D1 Jalan PJU 1/41, Dataran Prima, 47301 Petaling Jaya
Apa yang perlu dibawa dalam sesi temuduga ini?
- 2 x Gambar ukuran passport.
- 2 x Mykad depan dan belakang.
- 1 x Slip gaji (e.g parents, or spouses)
Jika berminat, boleh buat pendaftaran segera. Pihak Beaubelle Academy akan menghubungi korang semua. Korang cuma perlu isi borang pendaftaran secara online disini – Borang Pendaftaran Program Latihan Spa di Beaubelle Academy
9,667 total views, 1 views today
Ada ke kursus untuk jadi customer kepada pelajar SPA ni ye?hahaha..tapi yang comel-comel jer…
Kursus utk jadi customer? hahaha
Kursus untuk jadi customer? Pelik kalau ada.
Yang ada, kursus untuk jadi pekerja spa. Beaubelle Academy ni tawarkan training. Dan lebih bagus, habis training, terus serap jadi pekerja di pusat-pusat spa.
Bukan yang comel-comel. Yang makcik-makcik pun boleh. Janji 18 tahun ke atas dan sihat tubuh badan.
Pasai apa masa gua dulu2, semua benda2 camni nak kena bayar…
untunglah sekarang..cepat p register!
Itulah pasal.
Untung budak-budak sekarang. Hoho..
best je nampak ni…
Haa..gi daftar cepat-cepat. 😉
mcm menarik je.hurmmm 🙄
memang menarik.
Haa..kalau berminat, gi la cuba. Dapat elaun nanti, belanja aku cendol ye.
zaman sekarang susah nak dapat barang percuma , pada yang berminat tak boleh lepaskan peluang nih…
Betul. Benda macam ni memang dah susah nak dapat. Siapa yang berminat, baik sertainya cepat-cepat.
Siapa suka makeup2 ni boleh la pergi..kalau nak cuba line oil n gas..boleh try INSTEP.
untung la program latihan percuma 🙂
Emm saya memang tak layak ni…haha..tangan keras susah nak lembut…hahahaha 😈
cam best je..blh buat keje part time..hehee
Macam best jer, boleh try nii .. 😀
nk mohon mcm mne ..??
blh x klu nk daftar lg?klu blh tlg bgtau ya..tq