Ya.
Keputusan awal untuk bakal pemenang MSMW Blogger Awards 2014 dah keluar.
Cuma tinggal pilih para pemenang sahaja walaupun sebahagian besarnya ramai yang dah tahu siapakah yang menang bagi setiap kategori. Yang tak tahu, tunggu sahajalah dengan hati terbuka.
Aku masuk 4 kategori.
Sayangnya, satu pun tak menang. Haha..
Ini keputusan yang aku dah jangka. Dan aku tahu mengapa itu terjadi. Tapi aku tak boleh cerita kat sini. Nanti geng-geng MSMW marah la plak. Haha..
Apapun, dari 4 kategori yang aku masuk itu, 3 blog yang aku hantar berada dalam kedudukan TOP 3. Jadi, antara 3 blog tersebut akan dipilih sebagai pemenang.
TOP 3 Best Educational Blog
- Cikgunaman.com
- Ohcikgu.com
- Cikguhilmi.com
Oleh sebab aku tak menang, jadi sila teka siapakah pemenangnya. Aku dah tahu siapa pemenangnya sebab pemenangnya itu siap beritahu lagi berita gembiranya pada aku. SIap PM kat facebook lagi. Punyalah gembira. Tahniah kerana menang. Sekurang-kurangnya, untuk kategori ini..geng-geng cikgu yang menang. Sebolehnya, aku tak nak kategori terlepas ke blog yang bukan cikgu. Haha..macam diskriminasi plak. Seperti yang aku cakap, blog yang ada unsur-unsur pendidikan sahaja yang menang. Terbukti apa yang aku tulis sebelum ini. Haha.So, sila teka siapa yang menang.
TOP 3 Best Business Blog
- Abangensem.com
- Ahmadfaizal.com
- OmbakCreative.com
Ya. Persaingan sengit sebenarnya antara blog aku dan blog Abangensem. Tapi dari sudut “content”, blog abang ensem lebih akademik sikit berbanding blog aku ini. Blog aku ni lebih santai dan mengarut sikit. Jadi, tak hairan yang menang bagi kategori ini adalah brader yang perasan ensem itu. Tahniah aku ucapkan. 2 tahun berturut-turut menang. Dan 2 tahun berturut-turut menjadi pesaing ketat aku dalam kategori ini.
TOP 3 Best Sports Blog
- guliroket.com
- boladaily.com
- fauziblues.com
Untuk kategori ini, blog baru aku yang guliroket itu, tidak menang walaupun kategori ini yang aku harap sikit untuk menang. Jadi, kalau aku tak menang, yang tinggal dua blog itu sahaja. Silalah teka blog manakah pemenangnya. Aku boleh agak lah siapa yang menang. Haha..Pemilihan mungkin dipilih dari segi berapa lama blog itu beroperasi, content yang menarik dan passion dalam sukan. Sekurang-kurangnya, pemenang dalam kategori ini dah boleh BEAT pemenang tahun lepas yang langsung tak termasuk dalam TOP 3. Tahniah pada ketiga-tiga blog ini kerana sekurang-kurangnya lebih HEBAT sikit berbanding blog juara tahun lepas. Haha..
Macam mana nak tahu seseorang itu menang?
Ikut pengalaman lepas, korang akan dapat email dari pihak MSMW. Ini wajib. Pemenang mesti dapat. Selepas itu, mereka mungkin akan call para pemenang untuk double confirm, sama ada korang dapat datang atau tidak semasa hari penyampaian trofi itu. Jadi, pastikan handset korang sentiasa on selalu ye.
Okeh.
Itu sahaja.
Sekian sahaja laporan terakhir tentang MSMW 2014 untuk tahun ini.
Kita berjumpa lagi pada tahun hadapan.
Ps: Untuk kategori Best Lifestyle Blog, blog aku tak lepas untuk TOP 3. Ini sudah dijangka kerana terlalu banyak blog-blog rakan-rakan yang bersaing dalam kategori yang sama. Oleh itu, tidak hairan tidak menang kerana proses pecah undi telah berlaku dengan cukup berjaya. Tidak pelik banyak blog-blog hebat yang tidak menang. Haha..
10,871 total views, 1 views today
alhamdulillah.. top 3 pun kira terbaik dah. apapun tahniah!
Entah..sedih rasa..tak hilang gi sedih ni…tahniah Encik Titan dan mereka yang lain….
wah oklah tu ada jgk dpt tempat hehe
Tahniah di top 3..rasa2 cikgu Naman memang.
Itu, kena tanya cikgu naman la.
Dia menang ke tidak. Haha..
Aku tak leh bagitau. Tak suprise la.
aku tak tercalon pun.. hehehe
cam sedih je entri ni? 😀
menang ke kalah ke, blog kau tetap hebat
tak sedih. Lebih bagus macam ni.
Sebab kalau menang pun, aku tak dapat nak gi ambil hadiah.
Takde makna menang kalalu tak leh gi ambil hadiah. Haha..
So, dapat top 3, dah jadi satu cukup bagi aku dan blog-blog aku. Haha..
Tahniah Cikgu Titan… Ada peluang untuk menang 3 kategori… Memang lagend… Semoga semakin murah rezeki selepas ini…
Next year lu jangan risau sebab gua akan masuk kategori Celebrity pulak. Retis la katakannnnn.
Tak pernah risau. Sebab gua tau gua lagi hensem dari lu.
Haha..
Gua silap pilih kawasan bertanding… undi pecah seribu…bak kata Shila Hamzah…
Xde, adat… Gua xkisah menang or kalah.
Tapi biarlah yang menang, memang betul2 layak menang. Gua lepas nie nak buat blog pendidikan pula CikguBro.com <- ok x? xde maknenya
blog hyebro tak menang ke wehh??
bukan hang rajin promote ka???
ok lah tuh bro….tiga2 dapat top 3….bukan senang nak dpt top 3 tu..
Haha..
Senang aje kalau tahu caranya nak masuk TOP 3. Aku dah buktikan dah tahun ni. Haha..
Sekali lagi. Kalau tahu caranya.. 😈
Tapi serius, ambil masa sikit la. Haha
aku pom dah try cari aku tu..boleh gak top 2….hehe..
Sudah tentu cikguhailmi sebab content dia memang hampir 100% pendidikan..hehe
Ya. Cikgu Hailmi yang menang.
Tahniah pada beliau. Hehe..
Tahniah!!! walau apa-apa pon, blog ni tetap feveret…
Biasalah…adat pertandingan. Nak menang perlu ada usaha.
Tahniah krn masih tersenarai dalam top 3…bolehlah belanja minum cendol banting… 🙂
Alhamdulillah , tahniah sangat2
Bukan senang nama nak tersenarai dlm top 3 tu.. 😉
tak per lah tak menang. at least dpt top 3…
tak sia-sia undi hang banyak2.. huhu~
tahniah ! walau setakat top 3 , mr. titan jer yg dpt . blogger lain dpt gigit jari jer . selebihnya cuma layak jadi pemerhati cam saya lah …
tahniah untuk semua pemenang dan yang masuk top 3, msmw ada lagi tahun dpan. apedehal :3
Blog aku satupun tak menang…apapun menang kalah perkara biasa..
Aku x tau pun blog aku dpt top 3… mcm mana hang tau ni?
kalau hang tak menang..
boladaily la yang menang. hoho..
Betoi dah tu…Boladaily yg menang.. bleh la dia blanja cendol barang 5-6 mangkuk..
tahniah kpd para pemenang
pergh!
Untuk 3 kategori dapat top 3..
percapaian yang bagus gak tue..
Ok lah daripada tiada apa-apa, kan. Tahniah!
Tahniah buat bro… mendapat top 3 di setiap kategori yg dihantar. Apa kata beri peluang kepada orang lain pula yang mengecapinya. Itu lebih baik…tak nak ramal siapa pemenang…cuma tunggu ucapan tahniah saja drpd gua.
tahniah!top 3 pun terbaik derr! 😳
Sempoi la bro….mostly blog ko dapat jadi finalist so memang dari segi branding dah kuat tu…
tahniah bro, memang powerlah blog2 bro..
tahniah! ok lah tu dapat masuk top 3… kira femes abis dah…. tapi jangan top bottom 3 pulak taun depan….
Memang hebat. Blog cikgu-cikgu. 🙂
tahniah sebab blog bro banyak yang dalam top3…memang ke-power-an lah
bukan senang nak menang kalau tengok pada penyertaan blog2 lain. dapat top 3 dah kira ok dah tu. Tahniah bro!
cikgu hilmy yang menang agaknya, dan aku rasa bola daily pasal ada perkataan bole hehe
tak menang pun tetap masuk top 3 untuk 3 kategori..kira hebat juga tu 🙂
3 blog top 3? tahniah bro, maintain hebat 🙂
tapi lu tetap legend bro..ingat dapat la merasa lu buat kenduri..sebab gua undi semua blog lu
Gua tak kisah lu menang atau tak, sbb blog2 lu dah lama menang kat mata2 kami semua…hohohoho 😯
tahniah en titan….tahun depan boleh menanglah tuh…hehe
menang kalah adat bertanding…top 3 dah terbaek, mungkin rezeki tahun depan!
guliroket tu boleh pergi lagi tu bro..next year masuk lagi.