Ciri-ciri Harum Malam yang Original.
Bila bercerita tentang bab original ni, memang tak sah kat mana-mana produk yang tengah popular pada satu-satu masa. Dan pada masa ini, ia juga terjadi pada produk Harum Malam.
Sudah ada yang gatal-gatal MENIRU dan menghasilkan produk Harum Malam yang tiruan. Paling ketara adalah peniruan dari segi promosi, dari segi pembungkusan, warna penutup botol Harum Malam, jenis dan bentuk botol dan macam-macam lagi.
Dibawah ini saya kongsikan ciri-ciri Harum Malam ORIGINAL.
- Pek terbaru Harum Malam mempunyai penutup botol berwarna merah jambu (PINK) dan ada cop Hologram. Dibawah botol tiada apa-apa tulisan.
- Pek lama yang mempunyai penutup putih masih ada dijual tetapi ada cop Hologram dan dibawah botol tiada tulisan.
- Jika ada tulisan dibawah botol, anggap sahaja itu Harum Malam yang tiruan.
- Botol Harum Malam yang Original Tidak boleh kemek dan botolnya sangat keras. Bukan dari plastik dan mudah dipicit. Botol Harum Malam yang Original ni, kalau ketuk kat kepala, memang boleh BENJOL! Kalau tak benjol, sah bukan originallah tu. Haha..
- Kenapa ada penutup warna PInk dan ada yang warna putih?
- Produk Harum malam telah mengeluarkan penutup PINK untuk batch terbaru sebagai warna temanya. Namun, penguna Harum Halam TETAP tidak perlu risau kerana masih ada pengedar yang menjual penutup putih asalkan botol tidak mempunyai ciri-ciri tiruan.
Apa itu pelekat KESELAMATAN HOLOGRAM pada Harum Malam?
Hologram dibuat untuk membezakan original suatu produk. Banyak produk palsu yang kemasan dan produknya serupa. Hologram membezakan dari yang asli dan palsu kerana sticker hologram dibuat untuk TIDAK MUDAH DITIRU. Hologram dilengkapi dengan pelbagai ciri keselamatan antaranya kod tersembunyi yang tidak boleh diketahui dengan mudah.
Itu sahaja.
Harap boleh membantu anda semua faham tentang produk Harum Malam yang Original.
Dapatkan yang original sekarang! Dan katakan TIDAK kepada yang tiruan.
- Kepada yang berminat, boleh beli disini – Cara nak beli Harum Malam.
5,405 total views, 2 views today
owh… patutlah ads putih ada pink penutupnya… Saya main belasah minum je…