Kes kolej nak saman blogger 1 juta.
Ini pendapat aku.
untuk LEBIH selamat..
…
….
SILA PADAM artikel tu.
Simpan aje dalam draft atau simpan dalam ingatan atau simpan dalam laptop je.
sebab KALAU kolej tu menang kes saman..Siapa yang kena bayar?
Blogger malang itu yang kena bayar.
Bukan korang, aku, dia, kamu, makcik korang, adik sedara korang.
Bukan korang.
Blogger lain takkan bayar punya untuk cover blogger yang aku rasa tak bernasib baik tu kalau blogger tu terbukti KALAH dalam kes saman 1 juta itu..
Aku berani jamin 100% punya dalam hal ini. Kalau ada yang nak kumpul duit sama-sama bayar pun..susah gila nak cecah 1 juta.
1 JUTA tu WEHH!
Bukan 1 ribu.
Ingat senang nak kumpul duit 1 juta? Berapa kali komisen kena dapat tu? Berapa kali kena jadi TOP Affiliate kat Ashadee, Klikjer, Clickbank, Shareasale atau Info Kerjaya punya setiap bulan?
Dalam ramai-ramai..dia yang terkena. So, memang tak bernasib baik sedangkan ramai lagi orang kutuk kaw-kaw kat forum dan blog yang lain. Mungkin sebab artikel itu ada kat search engine, dia yang jadi mangsa keadaan.
Sekali lagi, sila padam artikel itu.
Sebab memang artikel tu TERBUKTI memalukan kolej tu dari satu sudut walaupun hakikatnya pengalaman blogger tu cumalah satu keluhan atau luahan perasaan tidak puas hati.
So..untuk lebih selamat.
SILA Padam artikel itu dari blog. Dan blogger lain tak yah gatal sangat tulis tentang isu ini. Jangan tulis langsung nama kolej tu.
Ini akan membahayakan korang. Selagi tak sebut nama kolej tu. Korang selamat.
TAPI..kalau berani..betul-betul berani.. sila FIGHT.
DAN..kalau betul nak fight, ajak orang media dan main blogger-blogger otai untuk support isu ini. Takat tulis kat facebook dan blog aje..diorang wat sardin aje.
Padam artikel bukan bererti kita mengaku kalah.
Hakikatnya..kita sudah menang.
Betul tak?
Aku bukan nak memihak pada kolej tu. Tapi bila masuk kes mahkamah ni, kalau pihak kolej tu berjaya BUKTIKAN bahawa Encik X itu bukan dari kolej itu dan blogger malang itu plak GAGAL membuktikan benarkah Encik X itu betul-betul dari kolej itu atau ada kaitan dengan kolej itu. Memang sah-sah blogger tu kalah dan kena saman 1 juta. Dan artikel blogger tersebut berkaitan plak dengan kolej itu, siap ada NAMA kolej lagi kalau tak silap aku dalam artikel dan tajuk artikel itu. Jadi, memang TERBUKTI blogger itu memalukan nama dan brand kolej itu. Itu dah cukup dah sebenarnya lagi-lagi kalau pihak kolej tu betul-betul GERAM dan memang gila meroyan nak saman blogger malang tu. Bab nak main isu teknikal ni..bukannya susah sangat pun.
Secara peribadi, aku tak rasa kolej tu salah 100%. Agen yang mangkuk tu yang salah dan sial. Tapi dalam kes ini, hang lawan dengan pihak kolej. Bukan lawan dengan Encik X. So, fikir sendiri. Siapa yang akan menang? Dah JELAS bukan?
Ps: Jadi, sila padam artikel itu kalau belum padam lagi.
11,837 total views, 2 views today
Bab padam tu mmg kena padamlah, xleh nak buat apa la. So apa yg aku nampak, jalan penyelesaian sila hubungi pihak kementerian pendidikan terus. Tp yg syok nya ada yg buh petrol dlm api lg. Haha
haha..
itulah pasal. Orang kita memang suka kasi tambah minyak lagi.
Lagi tepat, hubungi MQA unit aduan. InsyaAllah boleh selesai
macam2 kan..bertindaklah dgn bijak,sokong entri ni 😆
rindu lama xjenguk blog ni.hehehe
mmg aku pun sokong bila beliau post lam fb ritu.. diorang ade duit, dah nak saman bagai, better padam je terus kalo malas nak fight..
mcm hang cakap, dia sudah menang dan mmg mangkuk hayun tu yang salah
bila fikir dia berlawan dengan kolej bukan dengan mr X tu, hurmm betul jugak cakap ko.
kalau banyak sangat komen pengguna, kementerian pelajaran tak buat siasatan ker?
setakat yg aku tau…patutnya kena buat aduan ke MQA kalau kes2 macam ni
Pendapat aku, buat je laporan pada pihak yang bertanggungjawab.
ada dua hari lagi ni…. yeayyyy… kita unpublish!
Kalau blogger biasa-biasa ni susah nak menang bila masuk mahkamah. Pihak kolej tu mesti dah dapatkan nasihat peguam.
Dalam masa yang sama…. tak takde DISCLAIMER atau qoute PENAFIAN kat blog mengenai artikel dan komen yang diterbitkan….
memang aku sokong kolej tu saman 1juta. itu pun rasanya tak cukup lagi. malu beb, bila orang mengata kita walau kita buat salah. nak mengata pun kata la, tapi dalam hati je. jangan sampai sorang pun tau keburukan kita. biar semua orang merasa dan terkena dengan segala macam penipuan tu. semua manusia berhak kena tipu dan mendiamkan diri. oleh kerana kita tak de sangkut paut pun dengan kes ni. diam itu lebih baik.
Seeloknya macam tu lah.. Padam..
betul tu. padam..
tak baca pun entri tu.. tapi sokong la apa yang hang tulis..
kena saman RM1 juta menangis nak bayau tu
teringat ada 1 entri di blog saya cerita pasal 1 kilang wing aircraft mengenai kes socso budak rumah saya. tapi saya tak beritahu nama kilang tersebut. sebenarnya saya ada dpt email dr seseorang yg tak dikenali, tanya apa nama kilang yg saya ceritakan diblog. tapi, saya tak balas pun email tuh. buat derk jer… mmg sengaja tak nak beritahu nama kilang tersebut sbb tahu… mcm2 benda boleh jadi klu org tahu nama kilang tuh…
Emm betul tu apa yang Encik Titan kata..dah la gaduh2 ekk..kalau tak puas hati lagi pun, sabar aje la..semoga encik tu akan terima balasannya nanti..ok??untuk blogger yang terlibat, senyum selalu…peaceeee 😀
macam-macam hal ye..ehehe
Bila baca entry ni netul gak seperti yang diperkatakan. Untuk lebih selamat adalah baik entry tu dipadam demi keselamatan blogger tu sndiri.
Fikir dahulu sebelum publish.
Mungkin sebab disebut terang-terang pihak yang berkenaan, memang mudah nak ambil tindakan undang-undang dan sebagainya.
ooo..ini rupanya kes saman sejuta..aku ingat blogger mana…
aku rasa, benda boleh settle kalau kolej tu lebih “tak keras kepala”…
mangkuk mr x tu mmg mangkuklah…
apapun, aku harap blogger tu tak takut..mungkin kali ni dia boleh padam..mcm bro cakap..dia dah ‘menang’…
Takpelah kali mengalah je, lain kali boleh buat pengalaman kalau berhadapan dengan kes yg sama
Ah.. aku tak tahu cerita apa yang dimaksudkan ni.. terlepas bas nampaknya. . .
macam macam hal der
Padam sahaja entry tersebut. lepas tu tulis minta maaf. Harap “sejuk” lepas minta maaf tersebut.
jalan paling selamat memang kena remove je entry tu..kalau tak memang bernanah la nak bayar rm1 juta…mana nak cari…selamatkan diri dulu yang penting.
aku pun ras abaik padam…ramai yg kata x payah tp kalau kita ni x der network yg kuat susah nak menang…..
walaupun tak tahu apa kes..seeloknya kalau nak hentam nak kutuk nak komen..elok melalui emel atau surat tanda tak puas hati ke apa…. ini secara terbuka…memang silaplah.
RM1 juta tu…bukan sikit2 punya tu…nak selamat memang kena padam la entri tu…atau revert to draft je…kalau kalah kes tu, tak ke sia2 je blogger tu kena bayar saman RM1 juta tu…yang kolej tu beria2 betul nak saman…diorang ada duit boleh la…adehhh…
bersabar dan duduk diam diam bagus jangan buat orang suka naik hantu huuu
betul..better delete..klo kena saman dia juga susah, pasal duit tu dah 1 hal, masa lagi nak kena turun naik mahkama
Saya setuju.
Kolej tersebut pastinya mempunyai bukti dan sebab yang kukuh sebelum bertindak menyaman blogger tersebut…
Simpan sahaja artikel tersebut…
setuju..jalan terbaik adalah untuk padamkan je artikel tu, lainlah kalau artikel tu tak sebut nama kolej tu atau kepada siapa artikel tu ditujukan..
Aku tak mau komen tentang ni.
nak menulis memang kena berhati -hati
kesimpulannya, berfikirlah sebelum publish…