Tu dia.
Bukan main panjang tajuk artikel.
Siap cedok baris pertama dan kedua dalam lagu Slam – Gerimis Mengundang.
Tapi..
itulah yang aku rasa sekarang.
Bukan tentang kisah cinta,
Bukan tentang kisah perceraian,
Bukan juga tentang kisah skandal dan bakal-bakal bini juga bakal awek baru..
Tetapi..
Tentang ini..
Tentang sesuatu yang tidak asing lagi..
Ya.
….
…..
Tentang Cabaran 4 hari.
Hari ini hari kedua. Ada berbaki dua hari lagi.
Target aku sepanjang 4 hari ini cumalah 1 sales sahaja. Tapi tak sangka, terlebih sudu dari kuah. Terdapat lebih plakkk. Sekali, terselit juga dengan program lain. Lepas ini, dapat atau tidak. Aku tak kesah.
Rezeki.
Dalam tak sedar akaun email aku kebasahan dengan komisen-komisen yang bercampur sana-sini..
Walaupun bukan sekejap atau lama aku buat siri-siri promosi..
Walaupun bukan mainan hasrat aku untuk dapat sebegini rupa..
Tapi, korang pun tahu niat aku sejak dulu lagi.
Tulus dan suci
Senang benar aku ucapkan atau coretkan..
Kau anggap itu suratan
Sikit pun tak riak diwajah aku.
Tiada terkilan juga dihati aku.
Hanya aku separuh nyawa
Menahan sebak di dada
Sedangkan kau bersahaja
Berlalu tanpa kata
Terasa diri amat gembira kau lakukan
Terasa diri amat riang kau lakukan
Tak sia-sia aku berkorban selama ini
Jika kasihku, jika hatiku
Kau guris oh oh oh…
Dalam tak sedar aku menangis gembira keseorangan..
Sila baca dan lagukan mengikut lagu “Gerimis Mengundang” yang aku telah hancurkan ini.
** Serius, aku dah lalok ni. Line macam hampeh kat sini. Jadi, layan jiwang la jawabnya. Haha..
Ps: Hujan emas kat tempat orang. Hujan batu tetap sakit kalau kena kepala.
12,292 total views, 1 views today
Hang senantiasa memberi inspirasi dan motivasi untuk aku 🙂
Haha..
BIasa-biasa aja.
hahahaa,, adooiillaaa,, padahal suka,, dah pandai jiwang dah sekarang,, ehemmm :3
Mana ada jiwang macam hangg. haha..
makin mencanak plak..haaha
Kih3… papepowng… tahniahlah sifu…
hampeh! buat saya tergelak sorang2 kat tepi kapal larr baca entri hang nih~ huhu~
tahniah la cikgu. semoga bertambah-tambah lagi rezeki selepas ni.
tahniah…ini mmg betul2 lebih sudu dari kuah…habis tumpah…hahaha
lagu tu, gua takleh baca…sakit kepala…hahhaa
haha..
kalau tak leh baca, sila hafal ye.
duit banyak masuk terus lalok ye bro.hahaha.
banyak gak masuk tu
Adehh.. promo lagi ni
Mudah-mudah terus dimurahkan rezeki.. AMinnn…
habis rosak lagu favourite puteri..haha.
Hihii.. Kompius dengan lirik lagu tu..
tang mana yang kompiusnya itu ye??
hahahaha…thorbaeekk tuan!
tahniah tuan…semoga rezeki akan bertambah lagi selepas ini…hehehe
Regards,
-Strider-
tuh dia…..ni memang betul2 otai…
Ini memang betul2 murah rezeki. syukur bro.
kalau kuahnya tak abes, bole le pas2..hehe
Sambil baca entry ni sambil kesat airmata. ( terbawak-bawak lagu gerimis mengundang ni..huhuhu )
laa..
sampai menangis plak makcik ni ye..
seronoknye moge simurahkn rezeki jugak 🙂 hee superb semoge semakin bertambah
http://www.nadiasecreto.com
Tu dia…. dah melantun-lantunla pulak yea….
Haha ini bukan panas berpanjangan.. ini salji mai.. haha
Kahkahkah…muka tu mesti buat mimik macam slam nyanyi tu..hahaha..terbaik la encik titan..saya kena usaha lebuh kuat lagi ni…adoiiii….
haiishh… ni yg rindu kat SLAM dgn malaysia ni… #tetibe 😉
wah bestnya usaha beepanjangan membuahkan hasil tanpa musim 😉
tajuk entri memang agak RARE la…hee