Ya.
Sila berfikir secara positif.
Aku sebenarnya dah agak penat menjawab beberapa jawapan protege yang susah hati sebab usahanya masih membuahkan hasil.
“Beb..baru aje beberapa hari hang baca kitab pink tu, takkanlah terus dapat?”
Aku sendiri ambil masa bertahun untuk “FAHAM” apa yang patut aku buat. Inikan pula korang. Tapi aku tak nafikan ada juga yang berjaya dapat hasil yang lumayan sampai lawan tokeh dibuatnya selepas mereka beli kitab pink aku itu.
Ya. Kitab Teknik SEO Merah Jambu itu bukan kitab ajaib yang boleh bagi korang “MAGIC” dengan serta-merta boleh buat duit melalui blog korang. Lebih tepat lagi untuk mendapat duit melalui program-program affiliate yang korang sertai.
Tanya sahaja mana-mana pembeli kitab tersebut. Ramai dikalangan mereka ambil sedikit masa untuk faham dan tangkap apa yang aku cuba sampaikan. Ramai juga yang akhirnya berjaya dapat komisen setelah mencuba dan meniru apa yang aku cadangkan dan kongsikan dalam kitab pink itu. Tak kurang juga ada yang TIRU 100% dan sejibik apa yang aku buat. Dengan ayat-ayat dan gaya penulisan pun depa tiru gak.
Aku tak marah. Jika itu boleh membantu korang faham apa yang aku cuba sampaikan, itu bermakna korang sekurang-kurangnya mencuba sesuatu. Lebih baik mencuba daripada menyalahkan aku atau menyalahkan diri korang sendiri. Beri peluang pada diri sendiri untuk faham, untuk buat kajian, untuk buat kerja dan untuk dapat hasil yang lebih lumayan.
Satu yang aku tekankan, korang mesti percaya pada diri korang sendiri. Think positive. Jangan mudah mengaku kalah dan jangan mudah memperkecilkan kemampuan diri masing-masing. Setiap satu manusia kat bumi ini ada kelebihan masing-masing. Dan apa yang aku cuba sebenarnya boleh ditiru secara total. Yang berbeza, cara penyampaian. Mungkin sedikit berbeza. Maklumlah kan, otak pun lain-lain, sudah tentu..gayanya berbeza. Tapi ilmu tetap sama. Tak banyak berbeza. Kalau berbeza pun, cara pemahaman kita. Tapi, endingnya..tetap happy ending. Betul tak?
Ini hasil yang aku dapat beberapa hari ini.
Ini bukan hasil kerja minggu lepas atau 2-3 hari lepas. Ini hasil berbulan dan bertahun lamanya. Duit masuk tanpa aku tahu dah artikel atau blog mana yang membuahkan hasil sebab aku lebih sibuk membuat artikel baru dan artikel baru untuk keuntungan 3-4 tahun akan datang.
Jadi, anggap sahaja apa yang korang tulis hari ini, hasilnya mungkin akan dapat 3-4 tahun akan datang. Ya, mungkin agak lewat. Tapi aku yakin pasti ada yang dapat hasilnya 2-3 hari selepas itu. Ada yang dapat 1-2 bulan selepas itu. Dan tak mustahil, mungkin ada yang tiap-tiap hari dapat duit dari mana-mana program affiliate yang korang sertai.
Sebenarnya, tak ada rahsia sangat dalam bab nak buat duit dengan program affiliate ini. Yang penting, korang kena buat kerja. Dalam skop kerja pulak, ada juga trik, taktik, strategi dan teknik yang perlu kita tahu. Jadi, belajarlah semua benda itu untuk bantu korang buat kerja dan dapat hasil yang lebih gemilang.
Senang cakap, beli kitab pink ni – Kitab Teknik SEO Merah Jambu.
Ps: Aku tak paksa beli. Tapi kalau aku dah suggest, orang lain dah nasihat, adik korang dah bagi pendapat, awek korang dah bagi sokongan dan macam-macam lagi, DAN korang tak nak ikut. WHY?? Kemudian, korang mengeluh gak susahnya nak buat duit dengan blog. Memang aku sendiri rasa nak tampar ketiak korang bertubi-tubi dan ajak orang lain jentik jari hantu korang secara berjemaah. Huh..
10,900 total views, 6 views today
masih lg mencuba dalam bab affiliate nihh
Aku pun masih baru lagi mencuba. 🙂
Kena cuba sampai berjaya. 😆
tgh belajar buat duit guna affiliate…
Assalamualaikum,
Tingkatkan usaha + fikiran positif = kejayaan 😉
ahahaha. tampar je lelaju! aku suka part yang ko cakap komisen tu mungkin akan dapat 2 atau 3 tahun ke lamanya. aku walaupun tak laju macam ko, kadang kena tunggu 2 ke 3 bulan baru satu sales untuk satu affiliate program tu.
bila fikirkan balik yang ko cakap tadi, kalau kita buat banyak program affiliate program, tak mustahil tiap-tiap bulan akan dapat komisen. tapi dari program yang berlainan la kan. yang penting buat kerja sekarang! bab duit tu tak payah risau, akan datang insyaallah ada rezeki, masyuk lah tiap bulan. terbaik!
masih lagi dalamk proses belajar.in shaa allah tak putus asa. 😉 😉
Ya.
Marilah sama-sama kita belajar. hehe
betul tu, buat je… satu masa nanti adalah yg masuknya 🙂
Ya.
Masa tidak pernah menipu kita. Tunggu sahaja dengan penuh kasih sayang. 😎
Betul tu. Nanti ada rezeki bila dah berusaha.
Ibarat menanam pokok durian. Takkan tahun depan dah berbuah kot? 😉
Haha..
lama gak tu nak tunggu durian berbuah.
betul tu. Kena mabil masakan. 😳
budak2 mcm ni ko soh diorang masuk MLM je..haha nak copek sangat berjaya
MLM?
Ingat senang ka??
usaha kena selalu maintain jgn pernah putus asa
Ya.
Jangan putus asa.
betul tu.. kena perlahan-perlahan pahamkan tu
Ya.
Ambil masa sikit. Baru senang faham dan buat duit.
Terima kasih atas nasihat dan kata-kata semangat yang diberikan. Akan berusaha menghayati situasi sebenar buat duit online…
Nasihat biasa-biasa aje.
Mungkin ia biasa bagi sesetengah orang, tapi ada sebahagian lagi yang menganggapnya sebagai luar biasa: )
lebih baik buat daripada tak buat
Ya, lebih baik buat daripada langsung tak buat apa-apa.
betul.
kena sentiasa positif bila nak bisnis online ni.
kena banyak sabar
banyak rajin
baru la banyak kejayaan
dan banyak dapat duit
ha..ha..saya dah setahun menghadap blog bagai nak rak! baru sekarang dapat sikit-sikit hasilnya.
memang betul kalau tiada pemikiran positif dah lama juga tinggalkan aktivti blogging!
Nasib baik minat punya hal dan ramai rakan blogger bagi sokongan moral serta teknikal maka sebab itu boleh bertahan sehingga ke hari ini.
Jeles mcm biasa… semoge dpt terer cam ko gak one day… 😉
Usaha tangga kejayaan…
Mmungkin ada yang boleh dapat dengan cepat.. bergantung pada skill dan luck rasanya…
Yo lo, bertahun punya kerja. Tu yg ramai tak terlawan dengan abang cendol ni
Tahniah sbb terus berjaya dan berjaya. Inspirasi buat ramai blogger lain…. well done.
mungkin blogger tu baru sangat..dan tak berapa mengerti nak dapat income dari blog ni, bukannya ambil masa kejap..nk tunggu blog tu matang pun amek masa..belum lagi nak tulis bagi dapat top rank dan juga aplikasikan teknik ko tu..
aku sebab dah lama dah tulis blog,so senang je paham, walau nampak agak susah nak paham..:D (apa aku tulis ni laa…hahaa)
oit..bila nak tulis edisi kedua ni?hehee..
betul tu memang kena banyak bersabar
usaha mesti struggle..baru berjaya..huhuu
Yup..menda ni perlukan masa….bukan leh jadi senang dalam tempoh masa yang singgat..kalau leh senang lepas berniaga sebulan, itu pelik la…hahaha
kalau kes malas nak promosi affiliate cne cikgu? haha…..
Alhamdulillah ada beberapa program Affliates sudah berjaya dihasilkan. Sekarang ini masih lagi secara konsisten untuk menulis entri baru setiap hari.
masih berusaha membina lif lif kejayaan 🙂
Jangan salahkan guru yang mengajar, salahkan diri sendiri yang susah faham benda yang diajar.
Pink Pink Pink
I see pink everywhere
Hmm macam ada nampak satu blog yang ayat macam blog ni. Mungkin dia pun pembeli ebook ni
susah la ye kalau usaha hari ni nak dapat keputusan hari ni gak..hmmm
usaha kena berlipat kali ganda la…kalau harapkan ianya “buat hari ini esok da dapat”…memang susah la kan…kalau tak usaha mana nak datang hasilnya kan..huhu