Okeh.
Aku ni memang agak sinonim dengan terma “buat duit dengan blog“.
Jadi, bila nak dok bercerita tentang Instagram nih, aku jadi sedikit kaku. Sebab aku memang tak ada pengalaman luas tentang instagram ini. Dan secara jujurnya, aku tak tahu bagaimana dan celah mana nak buat duit di Instagram ini. Orang sana-sini dok gebang yang boleh buat duit dengan Instagram dengan terbilang dan gemilang.
Dan aku masih termangu-mangu memikirkan, bagaimana benda yang aku anggap agak mengarut ini benar-benar boleh buat duit di Instagram.
Okeh.
Itu aku yang DULU punya cerita. 2-3 tahun yang lepas semasa instagram baru nak menapak dalam dunia pemikiran rakyat Malaysia yang rakus dan gakus ini.
Sekarang, dunia berputar sangat laju. Tak sempat nak habis menghadap Note 2. Note 3 plak keluar. Tak sempat nak hadap S4, S5 plak yang keluar. Pendek kata, LAJU. Kalau kita lambat kerja, kita tertinggal.
Begitu juga dengan Instagram.
Bila aku tengok ramai orang berkejar-kejaran membuat akaun Instagram dan secara tiba-tibanya jadi kaya raya. Aku kehairanan sekali lagi. Nahh..itu penangan Instagram. Satu lagi platform yang tidak kurang hebatnya berbanding Twitter dan Facebook. Tetapi Instagram ada keistimewaannya tersendiri yang ramai tidak tahu.
Walaupun hanya bermodalkan gambar-gambar comel sahaja, itu dah cukup untuk memancing hati para-para advertiser untuk beriklan di Instagram kita. Tak perlu modal nak beli domain dan hosting. Tak perlu nak karang artikel-artikel setiap hari. Cuma ambil gambar, karang ayat sebaris dua..nah..upload di Instagram. Letak hashtag sikit, tup tup..siap boleh jadi “viral” kalau kena gayanya. Itulah kedahsyatan dan kehebatan Instagram yang masih ramai yang tak tahu.
Secara jujurnya, aku sendiri tak ada akaun Instagram. Tapi aku kongsikan dua contoh yang berjaya sahaja untuk BANTU korang faham salah satu konsep asas untuk buat duit di Instagram. Oleh sebab aku memang kekadang selalu “tersesat LAMA” ke Instagram kepunyaan DUA blogger ini.
Satu penuh dengan kecomelan, satu lagi penuh dengan kecantikan.
Kenal mereka berdua ini?
Nampak?
Okeh. Fatin Liyana tu memang dah popular lama dah. Hazanis ni plak..tengah popular lah jugak. Tapi mereka berdua ada income yang cukup gah la jugak dengan hanya bersandarkan akaun Instagram mereka itu. (Termasuk juga pendapatan sampingan yang lain-lain)
Bagaimana cara mereka berdua buat duit dengan Instagram?
Aku tak tahu secara legal.
Tapi ini tekaan aku berdasarkan hasil kajian “beberapa bulan” yang lalu..
Hazanis.Β
Dia takdelah popular sangat. Tapi sejak pergi SBB2014 tu, dia jadi agak popularlah jugak. Ramai juga blogger lelaki yang cuba-cuba nak kenal dengan beliau. Memandangkan beliau ni memang agak comel dan owner kepada Hazanis Fashion yang menjual baju kurung dan baju-baju untuk orang perempuan.
Jadi, akaun Instagram beliau selalu jugaklah menjadi tatapan gadis-gadis remaja yang ingin membeli baju kurung yang comel dan loteh macam cik Hazanis kita ni. Kena pula, yang jadi model untuk setiap baju kurung atas jenama “Hazanis Fashion” itu adalah Hazanis sendiri. Jadi, itu dah jadi satu kepercayaan besar untuk para pembeli untuk yakin dengan apa yang Hazanis jual. Semua yang dia jual, dia pakai dan dia yang jadi model. Jadi, tidak hairan dia juga boleh buat duit dengan Instagram dengan berjaya hasil jualan produk-produk yang beliau promosikan itu.
Siap dah pergi Bali dua kali lagi tu tau. Aku mampu gi Jepun je.. π
Fatin Liyana.Β
Ya. Memang ramai jugak tak nampak celah mana cik doktor kita ni dapat buat duit dengan Instagram beliau. Meh sini aku bagitau. Dia dapat buat duit dari macam-macam cara. Tapi yang jelas dan nyata adalah dari pengiklanan. Ada “advertiser” yang tiap-tiap bulan dok sibuk hantar mesej dan email yang mahu beriklan di Instagram beliau. Tak kurang juga di blog beliau. Itu belum campur yang sibuk mintak beliau jadi model pakaian, model produk dan segala bagai lagi.
So..kalau korang tengok sendiri Instagram Fatin Liyana ni..korang boleh nampak apa yang aku cuba dok beritahu ni. (Tengok gak kat bahagian mesej-mesej tu. Ramai dok bagi job kat budak Fatin ni..)
Jelas, bukan? Tapi kalau belum jelas, meh aku kongsikan beberapa tips yang boleh bantu korang faham bagaimana hendak buat duit dengan Instagram dengan jayanya.
8 Tips untuk bantu korang berjaya buat duit dengan Instagram.Β
- Korang mesti cantek dan hensem. Orang huduh, gambar huduh, memang TAKKAN berjaya buat duit dengan Instagram.
- Kalau korang tak berapa cantek, SILA guna photoshop untuk kasi cantek gambar korang tu. Cara lain? Kalau sungguh la korang memang tak cantek, sekurang-kurangnya korang mesti POPULAR. Tak kiralah korang kucing popuar ke, artis popular ke, blogger popular ke dan sebagainya. Janji, mesti POPULAR di Malaysia. Kalau popular kat India, itu BONUS.
- Kalau skill “selfie” atau teknik ambil gambar korang memang hancur, sila belajar. Gambar yang pecah-pecah dan hancur, memang menutup peluang untuk buat duit di Instagram. Serius. Kalau susah sangat, gi upah photographer handalan. Paling teruk pun, Saiful Nang ker..
- Bilangan pengikut kat Instagram nak tak nak MESTI ramai. Kalau korang cantik dan popular, benda ni akan jadi senang. Ramai yang akan suka rela jadi pengikut akaun Instagram korang. Tapi kalau korang tak berapa nak cantik, sila baca tips nombor 2.
- Rahsia.
- Terpaksa dirahsiakan. Tapi kalau nak tahu gak, gi baca kat sini – Rahsia Buat Duit di Instagram
- Sila berkawan baik dengan Hazanis dan Fatin Liyana.
- Juga adalah rahsia.
Okeh.
Kalau betul korang nak tahuΒ sangat teknik-teknik ASAS yang aku rahsiakan itu, korang boleh dapatkan ebook Panduan Asas Buat Duit di Instagram dengan segera sekarang. Ada banyak gak rahsia dan langkah demi langkah ASAS yang wajar korang ikut untuk bantu korang BERPOTENSI untuk buat duit banyak-banyak dengan akaun Instagram korang tu. Takdelah rasa macam syok sendiri aje dengan akaun instagram tu. Sekurang-kurangnya, kalau dapat tambah sedikit pendapatan tu, bukankah bagus? Kan?
Dah. Sila download laju-laju di sini –> Panduan Asas Buat Duit di Instagram
Ebook ini TIADA KENA MENGENA dengan cara buat duit advance,skim cepat kaya dan sebagainya. Ebook ini adalah PANDUAN ASAS untuk buat duit di Instagram. Ebook ini telah di TULIS sepenuhnya berdasarkan IDEA & KAJIAN dari penulis. – Penafian.
Sumber gambar – Instagram Fatin Liyana dan Hazanis.
26,306 total views, 1 views today
Bro sila follow instagram saya. HAHAHA
wehh..dah kul 2 pagi ni.
Tido la. π
Hahaha. Sedang update apa yang patut bro π
wohaaa….. untunglah org cantek….aku rasa aku hensem gak…boleh try nih..hehe
aku instagram pun xda
Instagram tu apa ya? Tak tahu pun. π
Buat duit dekat IG memang taklah, tapi kalau habes kat duit tu laju jer..hahaah..
dem gua memang tadak instagram
Sedang mengumpul follower dulu…Titan jangan lupa follow makcik beg besar tau…kihkihkih
Aiseh nak kena cantik dan hensem tu yang payah tu π
Baru lah aku sedar kenapa aku tak dapat sale dari instagram
kalau macam ni kena buat satu akaun instagram jugalah
kena cara memang cepat woo..ramai IG IG shop dah muncul skang..aku tgk kat IG Fynn, banyak dia tolong IG seller ni..orang panggil IG skang ni..ahaha π
banyaknya rahsia.. π
Patut ar aku tak rmao follower…tak cukup hensem
Dunia mmg kijam…yg cntik2 jer dpt perhatian…hahaha
Wah tak tahu pulak boleh buat duit kat instagram
terbaik sifu..memang betul! hehe
Huhu,agak menarik jugak laa…
Sebab saya pun baru berkecimpung dalam instagram ni…
Baru nak kolek followers…
Kalau senang follow la ye,BIGTEDDYBEAR2U…okey terima kasih
ok2..dah paham..malam kang nak selfie ngan gincu merah menyala..upload kat ig dengan syarat perot kene sorok..hahahaa
wah tips yg terbaik π
meh follow instagram cheq meh.. tp gambaq anak2 la byk… mak budak tak reti nak selfie2..
“Korang mesti cantek dan hensem. Orang huduh, gambar huduh, memang TAKKAN berjaya buat duit dengan Instagram.”
Dahsyat tips ni…
1kesiannya..ampi bl2 org huduh xkemana..
haha..saya suka dengan tips2 yang diberikan..
hazanis tu dah selalu la jugak keluar sesama,, dok klate ni je,, fatin liyana tu,, belum mampu,, ekekekee
den ado 3 akaun instagram
1 personal, 2 biz.
kalau terer, cuba cari. kehkehh
disebab kn den ni low profile, so tak byk pic selfie dlm IG personal walopun den mmg cantek. puiiii sila muntah
Ada Instagram… tapi tak ambil peduli sangat, gua dah tak hensem, bagi kat org lain yg tampan dan menawan. Rasanyalah… perempuan aje yg banyak dpt income dgn Instagram…
Anak saudara gua comel-comel, kacukan Melayu dan Cina. Mereka pun dapat income melalui aplikasi ni jgk.Gua tak tahu macam mana mereka boleh dapat pelanggan? Itu gua belum tanya mereka, macam mana mereka dapat?
Photographer.. paling buruk Saiful Nang ke? hahaha tak boleh belah ayat, dia pro boleh buat income melalui gambar, muka hodoh jerawat banyak tak laku kalau promote tudung sekali pun, so jangan main instagram, blog sudah π
nak online ig kena pinjam hp suami dulu. anyway, tips yang sangat bagus.
Punah. Aku confirm tak dapat jana duit dari instagram. Muka pecah. Hahahaha
Kiranya kau kena jadi comel dlu la. Besar modal dia tu titan. Aku takpe la aku memang dah comel
Aku Instagram pun jarang bukak..
Tapi lepas baca ni, dah nampak dah macam mana cara dia..
Senang untuk usahawan wanita dengan berniaga di Instagram berbanding lelaki perlu mencari produk yang betul-betul umph.
teringin gak nak ada IG…sampai sekarang belum ada akaun lagi..sibuk dengan blog adalah!
kena install balik lah.. huhu…
handphone gua tengah rosak.. takde insta2 ni
tak pernah cuba, sila follow saya jugak hehehe
Wahhh kak Hazanis!! Dia memang sangat comel orangnya. Suka tengok dia bergaya, berfesyen. Kak fatin liyana belum kesempatan nak berjumpa. Sob!
G jepun tu lagi jauh dari Bali..hahaha….lepas ni photoshop muka eden la..nak bg hensem.
follower baru 2ribu
hoho
kena ramaikan follower la gini
awat dari komen org mcm ramai tak baca abis..hahahaha π
Naseb baik tak ensem dan tak feymes.
Makanya tak perlu layan instagram sangat untuk bisnes. hehehe…
Instagram? Tak reti laa.. Instawasap pun tak reti.. Popular sangat kah instagram..? Sungguh kaku benor sebab takder instagram kalo guna c2 nokia aje..
hahaha.. agak kejam statement Cikgu..Orang huduh, gambar huduh, memang TAKKAN berjaya buat duit dengan Instagram.
Tapi memang itu kenyataan dunia hari ini… Masih jauh terkebelakang aku nak dalami ilmu-ilmu hebat ni
jom follow instagram saya : idamanperfume7
misteri jugak la instagram ni bagi aku. so nak tau dan nak rasa popular kena try la kan
lol.. gelak2 aku bace. nice weh! thumbs up for the post
good tips..hehe..between,instagram tu apa yea ??
terima kasih… satu perkongsian yg menarik..
Kena bikin cantik2 lama pic kat Ig..
wah.. banyak tul rahsianya. Mekasih ye, bagi idea and tips untuk menulis blog tentang IG
tips berniaga di instagram yg awesome..
Bro blog ni memang banyak membantu saya yang baru belajar ig ni. Terima kasih banyak banyak.
fuh power dh instagram..
aku tak reti bisnes di instagram..
Saya cuma guna blog dan Fb saja. Alhamdulillah, boleh la buat duit sikit-sikit untuk cover kos hidup.