Ya.
Ini pendapat aku.
Mungkin sedikit kejam. Mungkin juga tak cukup kejam.
Mungkin ada yang terasa, mungkin juga ada yang menyokong kenyataan ini.
Aku bukan nak ajar korang agar bersifat TAMAK.
Tapi..kalau dalam permainan kata-kata bahasa Melayu, kita boleh katakan “TAMAK” yang aku dok ngata ni adalah “Tamak” yang dibolehkan.
Haha..
Sesuka hati aku aje.
Senang cakap, bila ada seseorang itu tak ada “target” atau matlamat yang jelas, kita boleh katakan orang itu belum cukup tamak. Orang itu tidak cukup bersungguh-sungguh. Orang itu tidak mahu mencuba sesuatu yang diluar kekuatannya. Orang itu mungkin juga “SELESA” dengan apa yang dia ada sekarang.
Dan macam-macam lagi.
Senang cakap, belum cukup “TAMAK”.
Jadi, tidak hairan jika apa yang dihajati didalam hati, tidak tercapai atau belum tercapai. Usaha yang dilakukan mungkin belum cukup liar, belum cukup seksi dan juga belum cukup syarat untuk mencapai kejayaan yang diimpi-impikan itu.
Ya. Aku tamak. Cukup tamak. Macam-macam benda aku nak. Macam-macam jajan aku nak makan. Macam-macam tempat aku nak pergi. Termasuklah gatal nak ada ramai awek walaupun cuma layak untuk memilih EMPAT orang sahaja untuk bakal-bakal bini.
Senang cakap.
Aku memang tamak.
Dan aku tamak agak berpada-pada. Tak perlu tamak haloba. Itu dah masuk level lain yang sepatutnya kita jauhi. Kita tamak pada tempat yang sepatutnya. Kita tamak pada jumlah yang sederhana. Takut-takut bila dah masuk tahap “TAMAK HALOBA”, susah dah nak patah balik ke jalan yang benar. Masa ini, nak gostand pun dah rasa susah benarr..
Haha..
Bukan apa. Aku dah jenuh baca status korang yang dok mengeluh hari-hari. Duit tak cukup. GST naik. BRIM tak layak. Belanja dapur bulan ni cukup-cukup makan sahaja. Nak belanja awek pun sepinggan nasi lemak pun agak berkira-kira. Nak beli gula-gula untuk adik sendiri pun kena fikir 2-3 kali. Nak belanja mak makan ikan bakar pun kena catu duit berbulan-bulan lamanya..
Pendek kata.
Korang kena usaha. Bersungguh-sungguh.
Dan untuk mencapainya, korang kena pasang TARGET. Buat sasaran. Buat jangkaan. Rangka strategi. Belajar teknik dan trik yang boleh bantu korang mencapai Target dan matlamat korang.
In-sha Allah. Korang boleh berjaya.
Dan suatu hari nanti, korang pula boleh bantu rakan-rakan korang yang lain untuk berjaya seperti korang. Takkan nak makan sorang-sorang, kan? Ada masa, kita kena juga makan besar ramai-ramai. Hoho..
Kesimpulannya, buat target. Usaha untuk capai itu target.
Tak susah, kan?
Ps: Orang tamak selalu rugi. Tak semestinya. Kalau kita yang “control” sifat tamak itu pada tempat yang betul. Hoho..
15,132 total views, 2 views today
Dah tamak tapi target selalu tak capai. T___T
Kena usaha lagi dan lagi.. 😆
Target tak ada… berangan banyak… oKay, nak ubah! 🙂
encik suami selalu cakap, orang tamak selalu untung ! hehe
tak cukup tamak ni.
ceh gua dah mula tamak rupanya sekarang, cuma belum sampai tahap haloba lagi je
Target untuk diri sendiri sambil berusaha yang cara yang betul ok, tapi jangan target untuk menyusahkan orang lain hanya kerana nak capai apa yang dihajati..yang tu tak ok!!!
kadang-kdang tamak itu perlu tapi dengan cara yg betul….
Saya ni nak kata tamak rasanya tidak kot. Rasanya terlalu pemurah sangat sb tu orang tamak selalu kenakan.
Lepas ni nak belajar jadi tamak lah..:)
betul tu bro.. asik menyalahkan orang je…
kena ada target dalam hidup baru kita berusaha lebih,..
dah hebat tak perlu nak berharap dengan orang lain…
ni tengah tamak nak kumpul tapak-tapak mesin jahit. cis jual rm 50.00 untuk satu ketol padahal tak cecah rm itu.tamak punya pasal kena juga cari duit.selagi boleh servey ada murah kualiti sama hee…mahu tamak dna kumpul banyak-banyak mudah kerja nak jahit dan jalankan busines nanti.
erk..adakah ini berdasarkan kenyataan tamak oh G.r.R.
Gua pun dah mula nk jadi tamak gak dah ni…
Tamat dah ada dalam diri, tapi semuanya nak dibuat sampai tak terbuat semuanya. Buat ini sikit dan buat itu sikit, last sekali semua tak siap. Nampaknya kena tamak berpada-pada la…
Apa yang bro katakan ada kebenarannya. Tip begini diharuskan. Semoga tak tamak haloba sudah le.. he..he…
tamak nak isteri 4 blom masuk tahap haloba lagi 😎
errr… jadi.. orang yang ada target, dah cukup tamak lah kan? Tinggal usaha jer lah… 🙄
target aku nak buat duit dari blog sehingga capai makna pendapatan pasif
Tamak yg di bolehkan..
Memang target penting untuk kita ada motivasi utk capai target tersebut…
yg pasti…gua mmg belum betul2 tamak lagi..nak kena usahakan lagi ni..
thanks en titan
dulu, kini dan selamanya tamak…. banyak benda tak buat lagi nie…. Tamak = Target = Motivasi .. haha…
Aku tamak gak..tapi tamak aku tak banyak la..skit je..kena lebih tamak lepas ni. hahaha
ini TAMAK demi kebaikan 😉
owh jadi kena tamak la skrg ni yer..ok2 saya akan set target lepas ni…nak mula tamak ni…
tamak! tamak! tamak!. Aku pun tamak juga. Semua nak buat. Oh, tamak yang ni tak berapa bagus. 😕
Target sudah tetapi belum tercapai. 🙂
Bila ada tamak yang dimaksudkan barulah ada usaha yang berterusan….
Nad selalu takde target. Kejap lagi nak buat target la hihihi
Kena ada target macam sifu ajar. Insyallah berjaya.
Tamak boleh tapi jangan macam anjing dengan bayang2, kejar di sana terlepas di sini. Set target, study sungguh2, fokus dan fokus dan fokus…. barulah tamak “di jalan yang benar” 🙂
Aku takut tamak tak ter’control’ je kalau banyak sangat..
Mau lagi mau lagi mau lagi.. 😆
setujulah tamak bertempat bukan tamak haloba dan bukannya kedekut. tamak haloba dan kedekut haji bakhil memang jadi masalah.
ya betul..dh ada target baru senang nak capai target dan tahu apa nak dibuat..baru bersungguh
Org tamak selalu rugi. Tapi kalau nak tamak biar bertempat sikit. haha. Jangan jadi tamak yang rugi. 🙂
Orang tamak selalu rugi dah tak releven, orang tamak selalu untung baru betul. tapi macam en titan cakap.. tamak bertempat..heheh 🙂
Terima kasih atas nasihat sifu. Kena usaha lagi ni 😆
Saya memang tamak haloba orangnya.. Muahahaha.. 😈
Tamak biar berpada-pada. Jangan jadi “TERLALU TAMAK” kan kan? 😆
Peribahasa orang tamak selalu rugi tu agak lama. mungkin juga dah tak releven dengan zaman. Memang ini zaman tamak haloba. Sapa tak tamak dia yang rugi ada la.
Bukan tak tamak dan tak de target bro. Miss aje target tu selalu.. adehhh 😥
usaha..usaha dan terus usaha..hehee
Okeh..aku akan tanam sifat tamak yang dibenarkan mulai sekarang..tq bro..
Sifat tamak yang positif itu bagus. Saya suka! 🙂
Tamak jangan berlebihan. betul la tu ko cakap, kena ada limit. hahaha. tamak selari dengan usaha, tu yang baguihh. hang dah kaya takpa ah. 😉
Yang penting bersungguh2 untuk capai kejayaan
Atau dengan kata lain “Tamak Bertempat”.
aku tak tamak…
tapi aku berkira senanya…
lagi satu…aku pemurah…
eh !
Sebab TAMAK la gua baca blog lu ….
Kalau macam ni kena bersikap lebih ‘tamak’ lagi la untuk berjaya!
Org tamak jatuh bangun sendiri.
Org tak tamak jatuh bangun sendiri.
Dunia ini penuh munafik mereka mendoakan kejatuhan kamu sambil tersenyum di hadapan kamu seolah olah sangat suka,hormat & menghargai kamu dalam satu masa yg sama.