Ya.
Saya TAHU.
Sebab memang tak susah sebenarnya nak jahit baju kurung ni.
Mengapa saya tahu?
Sebab saya pernah belajar.
Siapa guru menjahit saya?
Mak saya. Dan jugak bibik-bibik saya dikampung.
Dalam keluarga belah mak saya. Semua bibik-bibik saya memang pandai menjahit baju kurung. Tak kiralah jenis lama puya ke, baju kurung senteng sikit tu ke, baju kurung moden ke..baju kurung ropol-ropol kat hujung lengan ke mini baju kurung ke. Semua bibik-bibik saya tahu.
Mak saya? Mak saya ni macam-macam baju dia boleh jahit. Baju melayu orang lelaki pun boleh. Dulu masa kecik-kecik, masa sayalah jahit baju raya. Sekarang ini, bila dah berusia sikit..memang mak saya bagi duit. Suruh beli kat kedai.
“Senang dan murah.” kata emak.
Dan tak menyusahkan beliau lagi.
Pengalaman belajar menjahit baju kurung dan baju melayu.ย
Cukup susah.
Berapa kali kena marah dengan mak saya akibat asyik salah jahit aje. Masa mula-mula, belajar jahit tangan. Masa tu, hujung jari tu dah berapa kali kena cucuk dahhh. Saat itulah saya kenal beberapa jenis “handplast” yang entah apa jenis jenamanya sampai sekarang pun sudah terlupa.
Tapi hasil berkat kena marah dan maki itulah, saya tak ada masalah nak menjahit baju kurung dan baju melayu walaupun saya hanya seorang lelaki yang suka makan cendol.
Jadi, salahkah orang lelaki belajar menjahit.
Tidak salah. Itu salah satu SUPER Skill yang berzaman-zaman dikuasai oleh orang lelaki.
Jadi, salahkah jika orang perempuan tidak pandai menjahit baju kurung.
Juga tidak salah untuk jawapan umum dan menjaga hati bakal-bakal isteri saya.
Tetapi jika mahu juga jawapan dari hati nurani saya yang suci lagi bersih ini. Saya tetap mengatakan itu satu kesalahan besar. Selain pandai memasak dan pandai memicit dan mengurut badan, pandai menjahit adalah satu KEPERLUAN yang harus dikuasai oleh gadis-gadis melayu zaman sekarang. Jadi, kepada bakal-bakal isteri saya, sila belajar 3 SUPER SKILL itu dengan segera.
Jangan sampai saya sendiri yang menjahit segala benda kat rumah itu termasuklah langsir raya nanti. Malu kalau mak saya dan bibik-bibik saya tahu.
Saya tak ajar isteri menjahitkah?
Macam mana saya mahu jawab itu soalan yang cukup SUSAH?
Jalan Penyelesaian.ย
Belajar dengan emak anda masing-masing. Hampir 99% golongan emak-emak zaman dulu-dulu..boleh menjahit. Cuma emak-emak zaman moden sekarang ni memang ramai yang BARAI bab-bab menjahit. Saya berani makan 10 cendol secara berturut-turut kalau saya salah fakta. Dari sepuluh emak-emak, 9 orang akan GAGAL dan tidak tahu cara hendak menjahit atau membuat baju kurung dan baju melayu. Sekali lagi, SEMBILAN orang dari sepuluh.
Saya tahu, sebab saya sudah buat “SURVEY” ditempat kerja saya sejak beberapa tahun dulu.
Cara kedua.
Belajar dari orang yang pandai.ย
Jangan belajar dengan saya. Saya cuma pandai mengajar budak-budak sekolah dan bakal-bakal bini sahaja.
Jadi, sila belajar dengan mereka yang pakar. Atau belajarlah dari video-video di Youtube.
Atau..
Boleh belajar melalui ebook dan buku-buku yang sudah banyak dijual secara online hari ini.
Salah seorang daripadanya adalah Puan Salmawati.
Memang pandai mengajar bab-bab jahit baju kurung ni. Ramai gadis-gadis muda bertudung comel dan cun melecun dah pandai menjahit sejak belajar dari ย beliau. Boleh dapatkan Ebook Cara Jahit Baju kurung dari beliau. Ebook itu akan dipos terus ke alamat rumah anda. Bukan rumah saya. Itu saya pasti.
Dan bukan setakat baju kurung. Malah, anda juga boleh belajar cara jahit bajhu melayu dan juga jubah. Kena lagi Hari Raya dah nak dekat ni. Jadi, boleh jimat banyak duit dengan jahit sendiri berbanding pergi beli kat kedai yang jual mahal-mahal itu.
Dapatkan segera disini – Ebook Panduan Jahit Baju Kurung
Ps: Err..makcik-makcik beg besar tahu tak jahit baju kurung??
11,606 total views, 1 views today
ajarkan kita abang huhu
Kalau setakat hendak kecilkan seluar tak ada hal. ๐
Boleh lah tempah baju kurung 2 pasang ya…dah tak ada tempat nak tempah dah. Boleh lah ya..plzzzz ๐
Emm kite belajar dengan panduan ni jer..tapi sekarang dah malas sikit..hahaha ๐
Betul tu kena belajar menjahit… sapa nak beli mesin jahit boleh hubungi saya… boleh bagi special juga…jangan beli ebook saja, mesin tak beli ya… huhuhu ๐
Kawe jahit baju kat kedai Sharukhan.. terbaik!
Otai dulu-dulu melayu atau cina lelaki antara memang teror menjahit, dipercayai dan orang cari.
penar belajar menjahit jugak dengan pakcik aku…
serius susah bro… ๐
gua mmg tarik diri bab jahit baju kurung baju melayu…tp kalau takat jahit sikit2 tu..bolehlah..
aku nak baca entri ni 3, 5, 10, 30, 90… kasi pekat sikit haha.. susah nak cari weh, mat hensem pandai menjahit…makcik2 beg besar mesti jelous..
mesen jahit butterfly…hah memang nostalgia lah… teringat masa kecik2 dulu aku kopakkan mesen emak, mengamok org tua tu…
saya suka tengok gambar tu..memang ramai tukang jahit lelaki
oh malu, tak reti jahit baju pun…biarpn mak mertua tukang jahit…
Kalau baju koyak boleh jahit sendiri. Tapi nak jahit kain menjadi baju, tak pandailah.
dah lama tak menjahit nih… tak dipraktikkan lupa terus..hehe
memang beruntung sebenarnya kalau tahu menjahit sendiri
makcik beg besar tu memang tahu menjahit
semua jenis kain ada dalam beg besar dia
Yhaaaaa, Saya tahu. Dan sekarang jadi lebih tau deh. terimakasih
kalau mak/ayah dia tukang jahit…belum tentu lagi anak dia pandai menjahit.
Sayang bakat menjahit mak tak turun pada saya.kami dulu adik beradik mak bukan buat b.kurung utk kami shj, tapi dress2 yang cantik2.rindunyeer…:-)
Mungkin boleh mula start cari bakat tu sekarang.
Hehe..
Ibu I pernah cakap, cara paling baik utk jahit baju kurung yg sesuai adalah ambik sehelai baju kurung ngan ukuran yang paling padan dengan size I. Lepas tu, ambil ukuran baju kurung tersebut dan ia akan pakai dengan selesa di badan I.
Yap.
Lebih kurang macam itulah hendaknya.
Beli lagi senang sekarang, tapi kalau ada yg memang minat jahit menjahit panduan ni mesti berguna. Boleh juga buat income sebelum raya, maklum sjnkedai jahit pun tak menang tangan utk tempahan baju raya wo!
Tak dinafikan. Saya lagi terror menjahit daripada isteri. :p
Jadi bro titan tak perlu makan cendol 10x berturut-turut.