Yeh!
Aku tahu, korang pun sama je macam aku dengan budak-budak sewa kat rumah aku ni.
Semuanya menjerit bila Chong Wei, Hoo dan Tan dan Chong Wei Feng menundukkan lawan masing-masing pada malam ini.
Ya.
Aku akui.
Cerita Final Piala Thomas 2014
Tiga barisan pemain kita pada malam ini memang menjadi dan pemain Indonesia pula bukanlah tidak hebat, tetapi..macam aku cakap dari dulu lagi..kalau main Piala Thomas ni, Indonesia. Bukan lawan kita. Bukan aku nak mendabik dada, aku selalu membandingkan prestasi semasa pemain-pemain badminton.
Yang betul-betul boleh kalahkan Malaysia, cumalah Korea Selatan, Denmark dan China. Negara lain, aku anggap lauk aje. Semuanya disebabkan oleh DUA pemain ini yang masih berada dalam skuad negara. Tan Boon Heong dan Lee Chong Wei. Mereka antara pemain paling LAMA dalam skuad Piala Thomas berbanding skuad lain yang rata-ratanya pemain baru. Jadi, aku tahu perasaan mereka yang betul-betul tak menang dalam edisi Piala Thomas ke 28 ini. Lama tu nak tunggu wehh..
Dan aku memang tak jangka Chong Wei Feng bermain dengan BEGITU hebat dan bergaya sekali. Begitu juga dengan bergu kedua kita yang prestasinya dari mula diperingkat kumpulan hinggalah ke peringkat suku akhir. Kedua-duanya bersemangat untuk menang walaupun kedua-duanya baru DIGABUNGKAN dalam skuad Piala Thomas kali ini. Ingat, dua orang ini..partner asal diorang adalah orang lain. Tapi digabungkan semata-mata untuk menghadapi Piala Thomas kali ini.
Nampaknya, membuahkan hasil.
Aku tak pernah risau dengan prestasi Lee Chong Wei. Walaupun kalah set pertama, aku yakin beliau boleh bangkit. Yelah, MARUAH sebagai pemain nombor 1 DUNIA paling lama. Takkan boleh kalah dengan pemain biasa-biasa aje. Yang boleh kalahkan Chong Wei cumalah Lin Dan. Tapi sayangnya, Lin Dan cuma jadi perhiasan sahaja seperti Liew Dareen dalam pasukan masing-masing.
Kesimpulannya, skuad kali ini betul-betul mengejutkan aku. Jika saingan Piala Thomas sebelum-sebelum ini, kita sangkut diperingkat kumpulan, kita sangkut disuku akhir dan separuh akhir..dan jika layak ke final pun, kita kalah. Kita kalah dengan siapa? Tak lain dan tak bukan adalah negara China. Dan sekarang, saingan KETAT kita dah tak ada. Yang ada..
JEPUN.
Jadi, aku yakin kita boleh kalahkan Jepun.
Bukan aku nak kata apa, tapi sebagai salah seorang rakyat Malaysia yang sentiasa menonton perlawanan super series sejak Malaysia menang mengalahkan Indonesia dan merampas kembali Piala Thomas pada tahun 1992, aku kuat meyakinkan bahawa Malaysia bakal merampas kembali Piala Thomas pada tahun ini jika kita tengok prestasi semasa.
Jika mereka tak perform seperti hari ini dan hari-hari sebelum ini, Jepun ada peluang untuk merampas peluang itu memandangkan Jepun juga tidak pernah lagi mencium Piala Thomas itu. Jadi, sudah pasti semangat mereka LEBIH berkobar-kobar berbanding kita.
Oleh itu, hari ahad ini..aku mohon dan rayu tak kiralah korang lelaki ka, perempuan ka..pakcik-pakcik ka..makcik beg besar ka..tolong jangan makan kat luar, tolong jangan pergi dating dengan awek, tolong jangan gi tidur kat hotel dengan skandal masing-masing, tolonglah jangan masuk kelab malam, tolonglah jangan..
Aku mintak korang sama-sama tonton TV dan sokong sama-sama skuad Piala Thomas kita kali ini.
Kali ini je. Tolong sama-sama jadi PATRIOTIK sekejap walaupun mungkin korang benci benar dok kat Malaysia ni.
Mudah-mudahan ini akan membantu pasukan kita menjadi Juara Piala Thomas.
Dan, aku harap mereka bermain macam malam ini. Seperti tidak mahu bagi Liew Dareen main aje.
Haha.
Final Piala Thomas 2014 – Malaysia
Duit Blogging.
Terima kasih sebab masih kekal hensem membayar dan memberikan hasil ke akaun bank aku.
Terima kasih kepada admin-admin yang rajin membayar dengan penuh kasih sayang.
Terima kasih sangat walaupun aku dah malas benar nak menulis 2,3 menjak ni.
Terima kasih juga yang dah baca kitab Teknik SEO Merah Jambu. Aku yakin korang dah gembira selepas dapat komisen demi komisen setiap bulan, kan? Kekadang, jeles juga aku dibuatnya. Ada produk tu, aku tak pernah dapat sales bila buat promosi. TAPI korang berjaya dapat. Huh, terer tul korang yek. Kagum aku dibuatnya.
Kena usaha lagi kuat ni..
Ps: Hari kahwin? Ohh..itu lambat lagi. Haha..
9,392 total views, 2 views today
Taniah untuk skuad piala Thomas, dah boleh keluar lagu saleh yakob nih hehe
apa kena mengenda dengan lagu salleh yaacob??
oh lupa gua nak komen “first 😈 “
Yela.
yela. Gua second.
dah2 moh tido belaka…
Berharap sangat Malaysia boleh makan Jepun. Terkejut juga Jepun kalahkan China dengan 3 game tanpa berbalas.
Ya.
Terkejut gak bila china kalah.
Tapi ini mungkin satu petanda yang baik untuk Malaysia.
Ada harapan untuk Malaysia menang kan 🙂
aku plan nak tengok wyg ngan wife aku..kensel..tengok ptg..:D
Bagus.
Cancel. cancel pat.
aku lebih berminat dengan kisah hari kahwin berbanding kisah piala thomas atau duit blogging
malangnya masih tak ada keputusan
masih 0-0 lagi
huhu
Haha..
itu aje hang nak tau yekk..
Ok ok..makcik beg besar tak kuar ahad ni..akan dok umah ngadap tv
Bagus.
Jangan mungkir janji tau.
laa baru nak baca tang kawin tu. tetiba lambat lagi pulak. ingat ko dah nak kawin. hehe 😆
Memang akan kahwin.
Bila tarikhnya..tu aku tak tau la. haha
Kena tunggu sifu buat pengumuman macam ni. 😆
Insya-allah kita boleh jadi juara. Keep calm dan pray for Malaysia #ThomasCup2014
Ya.
Yakin boleh. Malaysia boleh!
tersangat eksaited nak tengok final nanti. Tahun dulu kita menang tu masa Form 5 kot. Dengar dari radio dalam bas je otw balik asrama dari kampung!
masa tu..
aku baru darjah 2 maa. haha..
Ceh tajuk… ingatkan nak buat undangan kahwin tadi :p
Ini macam lebih ke kisah Piala Thomas ja.
Mana kad kahwin 😎
haha..
kad?
Kenalah tungguu. Bila? Itu tak tahu lagi..
Terkojut panda pakcik den. Apohal pun tahniah mara ke final. Tahniah masih lagi dapat komisen kepuk2. Tahniah jugak bakal kahwin tak lama lagi. Ketemu jodoh. Slmt maju jaya.
Kali ini Piala Thomas milik Malaysia. Tapi ada kerisauan juga. Seperti bola bulat yang boleh masuk ke mana-mana pintu. Bulu tangkis juga boleh melayang-layang jatuh ke mana-mana kawasan gelanggang. Minta-minta banyak jatuh dalam gelanggang lawan dan jatuh di luar gelanggang malaysia.
Tengok Jepun kalahkan China, Malaysia kena merancang strategi dengan baik jika btol2 nak lihat Piala Thomas menjadi milik Malaysia. Silap strategi leh melopong macam Panda..
apaaaa, encik titannn kahwin lagi? Alhamdulillah! tema warna apa? kikikiki
haha..
tetiba cakap pasal tea la plak.
Tahniah suad Piala Thomas Malaysia yang berjaya ke peringkat akhir, semoga dapat menjadi juara untuk kali ini.
peluang sudah ada di depan mata..harap tidak dilepaskan kali ini. Esok awal-awal kena stanby depan tv..hehe 🙂
petang nie woo… sengit2… harap dapat buat yang terbaik… boleh tngok dkat rtm1 .ada live jugak.. menteri belia dan sukan kj dah mintak astro..
hahahahaha..ingatkan dapat tahu hari kawin ni…emmmmm…memang nak kena nihhhh… 👿
kalah lah bro…hehehhe
Post ni mcm2 benda ada…
Mula-mula aku nak komen pasal piala thomas…
tetiba ada tunjuk duit masyuk pulak…
Anyway, sayang lah pulak malaysia kalah…tapi kalah fight…ok lah…nampak sangat malaysia ketandusan player hebat…need to do something BAM…
Income masyuk…as usual tahniah bro…rezeki
Hari kahwin dah dekat je…sayangnya aku tak dapek nak join…
cerita kawin sikit je….ha ha. banyak rezeki orang yang nak kawin ni.
mula-mula tengok..bila pemain last tu..eeei, rasa geram jer..terus tukar channnel..nak tahu result baru tukar channel balik..apapun tahniah pada pemain badminton negara.
Huhuhu.. dah tau result ni rasa kuciwa sangat.. patut boleh menang.. patut menang.. apapun tahniah duit komisen masyuk.. 😀 😀
rezeki orang nak kawin memang banyak