Ya.
Aku cukup tak suka menulis.
Dulu masa kecil, aku lebih suka mewarna.
BAKAT aku lebih terserlah ketika itu walaupun hakikatnya aku pernah berfikir untuk menjadi seorang pewarna yang profesional.
Pensil warna lebih memberikan aku keBEBASAN. Pensil warna menyerikan lagi dinding-dinding rumah mak abah aku, rumah nenek aku dan juga rumah tadika yang aku pergi setiap hari walaupun hakikatnya perbuatan itu MENYUSAHKAN tuan-tuan rumah itu yang terpaksa mengecat semula.
Itu belum masuk “water colour” dan crayon. Warna-wrna yang terhasil itu memberikan aku 1001 macam idea untuk dicorakkan dikertas dan juga didinding-dinding.
TAPI sayangnya, hari makin hari, tahun berganti tahun..bakat mewarna aku tidak dapat menarik minat aku untuk terus meneruskan minat mewarna aku walaupun BAKAT itu memang jelas ketara.
Aku kecewa. Berterusan dan berpanjangan..
Walaupun aku pernah menang dan dapat no.3 dalam pertandingan mewarna peringkat sekolah dulu. Aku hampa. Aku cuma dapat buku, pensil, pemadam, pensil box dan pembaris. Nak buat apa dengan semua tu? Aku suka MEWARNA. Jadi, berikan aku hadiah PENSIL WARNA BARU!
Tapi ada hikmah disebalik kejadian itu semua..
Kekadang, benda yang didepan mata itulah kita selalu tak nampak.
Bakat yang ternyorok selama itu akhirnya BANGKIT dengan GANASNYA tanpa aku sedar.
…
….
Segala-galanya berubah apabila aku terbaca MAJALAH IBU yang selalu dibaca oleh emak aku yang cukup garang itu. Sebab dah takde benda nak baca, jadi majalah yang disukai oleh kaum ibu-ibu inilah yang aku baca setiap bulan dan aku terperasan ada satu ruang yang membuatkan mata ini bersinar-sinar dengan CAHAYA KEGEMILANGAN..
“Ada peraduan menulis karangan..”
Jadi, bersandarkan pada imaginasi yang cukup liar dan bakat dalam mewarna, aku cuba mengarang dengan penuh harapan untuk MENANG itu hadiah yang mana hadiah itu cukup memberikan aku motivasi yang cukup PADU ketika itu..
…
….
6 bulan kemudian..
5 artikel aku terpilih sebagai salah seorang dari 3 pemenang utama pada setiap bulan.
1 artikel tak menang sebab tajuknya susah betul. Haha..
SETIAP artikel yang aku menang, aku diberi hadiah wang tunai sebanyak RM30 sahaja.
Jumlah yang cukup kecil pada zaman sekarang.
Tetapi cukup BESAR nilainya ketika dizaman kanak-kanak dahulu. Dan juga titik tolak dalam hidup aku tentang berharganya duit dalam kehidupan aku dan merupakan langkah pertama untuk mengubah hidup aku..
Dengan duit sebanyak itu setiap bulan, aku seperti Jutawan BARU disekolah. Siap boleh belanja kawan-kawan makan nasi ayam disekolah. Harga Nasi ayam ketika itu cumalah RM2. Murah, kan? Tapi kalau sesiapa dapat belanja kawan makan nasi ayam masa tu, memang direspek dan dikagumi berbulan lamanya. Seronok memang seronok.
Dan dari saat itulah aku tak toleh belakang.
Aku terus menulis, menulis dan menulis..sehinggalah ke hari ini walaupun hakikatnya aku memang cukup MALAS nak menulis. Nak angkat pensil pun malas. Nak menaip kat laptop pun malas..
Tapi..
Ps: Ya, kitab Teknik SEO Merah Jambu merupakan karya baru dalam dunia penulisan. Aku menulis cuma ada SATU sebab utama sahaja. Dan korang SEMUA sudah pastinya tahu apakah SEBAB utama itu bukan? Perlukah aku tulis lagi disini?
10,685 total views, 1 views today
Bro gua ingat nak buat ebook tapi malas nak menulis macam mana tu.
Tak yah tulis.
Hang lebih berbakat menguruskan badan. Jadi, lebih baik hang fokus kuruskan badan sahaja. Hoho.. 😈
Kuruskan badan takde income. Jadi nak buat ebook ada income. Jadi mcm cikgu titan.
Yela. yela.
Gi la buat. Haha
Ya motivasi diperlukan. Habuan pemangkin untuk memaksa diri melakukannya dan paksa minat.
Dalam dunia ni..
“PAKSA” tu memang dah satu kemestian.
dapat hasil dengan menulis memang seronok
Banyak tu, RM30 waktu jadi budak-budak sekolah, haha, ya, memang rasa macam jutawan. Yup, paksa diri menulis. 🙂
hari-hari makan nasi lemak masa tu.
selalu, makan tempe 20 sen tu jekk. hehe
menulis secara santai lebih seronok berbanding menulis dengan fakta yang nak baca pun malas juga
Kekadang, aku suka gak tulis benda-benda fakta. haha..
best apa.
betul tu. Jika menuli fakta banyak yang kena jagakan.. 😆
Looo.. mcm anak kawe yg tadika tu. Suka gak mewarna dan suka duit. Baru 5 tahun dah kenal semua jenis duit. Tak boleh tipu.. puiii…
Emm susah gak nak terima ni..memang malas menulis..tapi setiap hari duk tulis dalam blog..hahaha
aku pun suka mewarna, tp menulis pun aku suka, cuma kena tgk masa la, ada jap up, ada jap down, hehe
Biasalah tu.
Air laut pun ada pasang dan surutnya jugak. Inikan kita manusia biasa.
menulis suka2 tapi nak hasilnya masuk.. 🙂
mana ada orang menulis tanpa niat tersendiri. hoho
sebut psal tulis..nasib la lu ingatkan gua nak tulis report tu..gua akan jual..ahaha..tak jadi kasi free nampaknya
lu kasi letak sikit pensil warna. baru ada “WARNA” sikit.
Aku dah menulis blog dari 2006 lagi. Tak kaya-kaya jugak. Hahaha. Aku ingat bolehlah dapat juta-juta lemon dari blog.
Aku tulis blog, memang bukan nak kaya pun.
Aku cuma nak makan nasi dengan cendol je. 😉
Aku pun malas nak menulis kalo ikutkan hati. Asyik tergendala aje nak hapdate blog. Acaner nak buat.. Takleh nak paksa2 kalo serius lawak jika betul2 nak menulis dgn jayanya.. Hehe
Hoh!!! mewarna menulis, dua2 pun aku pandai-pandaikan je 😈
Haha.
Semua orang memang pandai menulis dan mewarna. Tapi tak semua orang BERBAKAT macam gua.
keh keh kehhh.. 😆
samalah menulis memang dah tak berapa nak rajin, cuma menaip je rajin sikit… zaman sekolah dah ada income memang seronok sangatlah.
Orang sekarang, menaip memang hebat. Hoho..
kekadang, kagum jugak dibuatnya dengan budak-budak facebook ni. rajin menaip setiap hari.
ciri2 anak no 2 terserlah di sini
Terharu gak rasanya, saya pun minat melukis masa sekolah dulu, kalau menulis ni memang malas lebih-lebih lagi time takde idea
hahaha spoil la yang last sekali tu hAHahaha
Aku pun dah mula malas menulis, tapi bila dah mula menulis, susah jugak nak berenti
Dulu memang malas nak menulis ke..menaip ke..memang malas, tapi bila dah tua2 ni tetiba pulak dtg rajin nak menulis atau menaip..ummm cam ne tu!!
Asalkan ada semangat untuk menulis sudah cukup. Semangat boleh mengalahkan kemalasan…
Alhamdulillah.
Nampaknya ada hikmah tak dapat hadiah pensel warna.
Rupanya ada bakat menulis yang terpendam.
Best kan dengan bakat kita, boleh jana pendapatan, siap boleh belanja kawan.
cuba laa challenge penulis buku Harry Potter tu… sekelip mata jadi jutawan 🙂