Sejak 2,3 tahun ini..
memang banyak soalan aku dapat. Terutamanya dari mereka-mereka yang berusaha keras untuk mendapatkan sales.
Yang bertanya tu pulak, bukan sekadar pemain SEO, bukan sekadar pemain affiliate dan juga bukan sekadar pemain nuffnang, adsense, innnity dan Geniee sahaja..malah banyak lagi. Termasuklah yang cuba jual kicap secara online, jual teddybear secara online, yang jual tudung secara online, yang cuba jual coklat melalui instagram dan sebagainya.
Malah, ada juga pembeli kitab Teknik SEO Merah Jambu yang merupakan buah tangan terbaru aku juga turut bertanya setelah mencuba untuk mendapatkan sales.
Pendek kata, ramai yang bertanya.
Macam mana nak buat sales?
Bagi aku.
Senang sahaja untuk dijawab.
YAKINKAN MEREKA.
Bagaimana?
Ini soalan yang sukar untuk dijawab.
Sebab kalau aku jawab, umpama macam “SENANG” dipihak aku sahaja. Sebab pengalaman, ujikaji dan kajian banyak mengajar aku tentang bagaimana untuk buat sales dan juga bagaimana untuk YAKINKAN mereka untuk membeli setiap produk yang aku promosikan.
Tapi kalau mahu sedikit hint yang boleh membantu korang. Aku kongsikan sedikit sahaja. Lebih-lebih, pepandailah korang fikir dan kembangkan “HINT” tersebut.
Banyakkan membaca.
Jujur, ini yang orang kita BANYAK fail. Korang baca Al-Quran berapa dalam sehari? Ini yang utama. BACA. Kemudian, banyakkan membaca ilmu-ilmu tentang apa yang patut korang fokuskan. Dulu, aku sanggup “SAVE AS” banyak artikel yang aku rasa boleh tambah ilmu semasa aku belajar diuniversiti dalam pendrive buruk yang dah hilang penutupnya itu. Bahasa Inggeris tu maa. Kena translate pakai kamus. Zaman tu, mana ada lagi google translate. Tahun 2001-2003. Kalau ada, mungkin aku sendiri yang tidak perasan. Haha..sepanjang 3 tahun itulah..banyak benda ASAS yang aku rasa sangat penting..aku dapat sikit demi sedikit. Senang cakap, dari membaca inilah aku nampak benda-benda ASAS yang ramai orang pandang remeh aje.
Praktikkan.
Itu yang orang kita juga FAIL. Dah baca, dah kaji, dah spy sana-sini. Tapi tak praktikkan apa yang dah dibaca, apa yang dah dibelajar. Dok diam sahaja tengok orang lain buat sales.
Dan bila dah praktik. Cepat putus asa. Tukar produk lain, dan cuba buat sales. Bila tak dapat sales, cari lagi produk HOT yang lain. Cuba-cuba tiru orang lain yang dah berjaya buat sales dengan produk hot tersebut. TAPI, gagal jugak. Kalau dapat sales pun, satu dua sales aje. Bila dah gagal, MULA CARI SALAH orang lain. Si Penulis ebook salah. Si penjual skrip salah. Si pengajar salah. Jurulatih blogger yang salah. Pakar SEO tu ajar tak abis dan segala macam lagi. Sampai kucing kurap yang lalu depan mata pun, nak disalahkan juga.
Beb. Kalaulah korang tahu berapa ribu artikel yang aku dah baca kat internet ini dan berap aribu ujikaji yang dah aku jalankan sejak 2001 dulu, mesti korang nangis punya.
Satu soalan kepada kebanyakkan pembeli Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Bila korang dah baca kitab itu dan dah praktikkan sedikit sebanyak apa yang aku tulis dalam kitab itu. Dan terus menulis dan mempraktikkannya sehingga hari ini..
Sila beritahu aku. Korang gembira tak dengan keadaan korang sekarang? Korang gembira tak dengan sales yang korang dapat itu?
Jika gembira, aku ucapkan tahniah. Itu tandanya, korang juga BERJAYA meyakinkan para pembaca korang BERTUKAR menjadi pembeli. Tak kiralah platform korang diblog atau difacebook mahupun di twitter dan instagram. Terima kasih kerana mula berubah dan buat sesuatu.
Kitab aku tu, LEBIH kepada BOOSTER untuk PAKSA korang berusaha keras demi meraih sales-sales yang penuh dengan kasih sayang itu. Ya. DUIT tak boleh beli kasih sayang dan cinta. Tetapi, dengan DUIT kita boleh bantu ramai orang yang kita kasih dan cinta di dunia ini. Malah, dengan DUIT yang sedikit itu, sedikit sebanyak kita boleh bantu orang-orang disekeliling kita yang memerlukan kita. Walaupun pertolongan yang kita berikan itu nampak KECIL sahaja nilainya. Tetapi aku yakin ada yang memberi IMPAK yang besar dalam kehidupan korang dan juga orang disekeliling korang.
USAHA yang berterusan tanpa penuh putus asa itulah KUNCI yang membantu MEYAKINKAN orang bahawa korang benar-benar serius untuk membantu mereka dengan setiap produk yang korang cuba promosikan.
Orang takkan beli mana-mana produk kalau produk itu tidak meyakinkan mereka. Sedikit bantuan kita dari sudut penulisan dan ayat-ayat tak terkalah itulah yang turut meyakinkan mereka bahawa produk inilah yang mereka cari selama ini. Disinilah peranan kita untuk membantu mereka yakin dengan produk yang kita promosikan itu. Semoga produk-produk yang korang promosikan itu akan membantu mereka-mereka yang memerlukan.
Itu sahaja tips hari ini.
Yang baik itu, korang sedut elok-elok jangan sampai tercekik.
Yang buruk itu korang lempar jauh-jauh sejauh yang korang bulih.
Sekian.
Terima kasih kerana sudi hadir dan membaca.
9,461 total views, 1 views today
kini gua lebih yakin
Apasalah lu lagi deras dari gua komen :'(
Part praktikan itu yang selalu failed. :'(
Dah ada ilmu memang kena praktikkan..
aku pernah baca novel salina
tapi banyak yang aku tak prktikkan
hehe
Napa cam ada perasaan sedih lak baca entri ni…. haiishh 🙁 😆
terima kasih sifu
Terima kasih bro,kini saya bertambah yakin 🙂
selagi xbuat sungguh sungguh mmg xtau..nasib la aku cepat sikit tangkap..hehe
meyakinkan orang tu yang sedang belajar ni..
tapi apapun kena yakinkan diri sendiri dulu
Teringin nak baca novel Salina tu… Tapi beluk berkesempatan lagi… huhuhu
baru beli buku merah jambu dah dapat 2 sales dalam sehari, nnt nak claim la dgn En Titan. Nnt saya email ye.
kini setelah setiap bulan ada sangkut sales gua rasa lebih yakin dari dulu kala heheh
Yup..betul dah tu Encik Titan..saya praktikkan sikit jer apa yang ada dalam merah jambu tu..tapi hasilnya..sampai sekarang..walaupun sebulan sekali dapat sales…haha..terima kasih..nak usaha keras macam encik titan ni, rasanya tak terdaya..mungkin faktor dan suasana kita berbeza… 😈
Tahniah bro,,Hang antara sifu aku dalam memantapkan diri dalam berblog dan menjana pendapatan melalui blogging….
Bila nak buat personal coaching?
Okeh..satu lagi artikel penuh ilmu dan tips affiliate..
Ya..yakinkan mereka..itu perkara susah yang saya tak leh nak buat dengan baik..huhu 😈
bela bab praktik tu… ramai yg bagi mcm2 alasan… 🙁
Ilmu copy writing dengan ayat memukau bukan mudah dengan pukau supaya yakin produk yang ditawarkan berkesan.
Betul tu memang sungguh sukar nak dapatkan sales dari Lazada
hmmm… kadang-kadang bila sendiri tak yakin, macamana nak yakinkan orang lain… so, rasanya kena buat bagi diri tu yakin dulu kut…
Soal keyakinan ni tricky jugak bagi sesetengah orang. Nak kasi yakinkan diri ni, nak tak nak kena paksa jugak diri untuk yakin. Nanti lelama ia akan datang dalam diri kita. Yer dak? Hehe
Kesabaran dalam mengamalkan ilmu itu yang kurang. Asyik tidak sabar. Sekejap buat ini. Sekejap buat itu. Akhirnya satu apa pun tidak dapat. Hai….terkena pada diri sendiri.
tahniah titan makin yakin nampaknya
Yup, ayat2 mesti power, baru boleh yakin.
yakin dan berjaya buat senyum hee..rezeki tak akan datang tanpa usaha dan perisa ayat kasih sayang.thnks 🙂
untuk meyakinkan orang memang kena yakinkan diri dahulu
membaca memang tak boleh tinggal