Dalam 1-2 minggu ini, kerja aku agak huru-hara.
Maklumlah, demam Piala Dunia sedang membara. Kena plak Sepanyol dan England nampak macam pulang awal. Dan beberapa lagi negara kesukaan korang yang tiba-tiba boleh kalah termasuklah Italy.
Nampak macam kelakar.
Tapi, itulah dunia bola sepak.
Bola itu bulat.
Angin kemenangan boleh berpihak pada mana-mana pasukan yang angin itu hendak.
Tapi kali ini, angin kemenangan tidak memihak kepada negara-negara feveret seperti England, Italy dan England. Mungkin angin kali ini akan berpihak kepada pasukan BARU yang boleh lebih menggembirakan peminat bola sepak dengan penuh kasih sayang.
OKeh.
Berbalik kepada bagaimana cara nak tingkatkan trafik yang boleh convert sales.
Sebenarnya, tak ada cara yang COMPLETE atau cara yang 100% berkesan.
Ada kala, cara X berkesan sekejap. Tetapi, tidak berkesan untuk satu tempoh yang lama. Ada kalanya, cara Y pula lebih berkesan untuk satu tempoh yang lama.
Senang cakap, benda ini melibatkan SENI, SKILL, ILMU dan PENGALAMAN.
Ada 4 benda ini, in-sha Allah akan memainkan peranan besar dalam siri-siri mendapat sales pada setiap bulan.
So..kalau nak teknik ajaib jugak.
Ini sahaja yang aku buat.
- Lakukan promosi yang berkesan termasuklah Blogwalking, beli link, buat backlink dan sebagainya. Senang kata, belajar teknik SEO. Belajar juga tentang psikologi manusia dan teknik menggoda gadis-gadis agar suka membeli produk yang kita promosikan dan sebagainya.
- Fahami Teknik SEO dengan baik.
- Hasilkan artikel yang ada jiwa.
- Pilih produk yang hot dan sentiasa dicari oleh orang.
- Tiru cara orang yang dah berjaya. Kaji dan belajar dari orang yang dah berjaya.
- Manfaat web-web social seperti facebook, Gplus, Linkedin, Twitter dan sebagainya.
- Cari guru yang hebat dan sesuai dengan line korang.
8-14. Ulang semua 7 teknik diatas.
Dan kena faham..
Tak semestinya blog yang ada banyak trafik, boleh convert sales. Lihat sahaja blog hiburan, blog copy paste dan blog berita. Kebanyakkan dari mereka SUSAH nak convert sales. Upah la berapa banyak advertorial dari blog-blog jenis macam itu. Nak dapat 1 sales pun, memang cukup susah sebab pelawat mereka bukan jenis targeted dan bukan jenis suka buang duit. Mereka hanya suka membaca dan membaca sahaja.
Kita kena cari pelawat yang berpotensi untuk bertukar jadi BUYER dalam masa yang sama.
Sebab itu, walaupun trafik blog korang SIKIT, tetapi ia lebih berpotensi untuk dapat sales jika korang benar-benar laksanakan 14 teknik yang aku tuliskan itu.
Wokeh.
Itu sahaja tips murahan dari aku.
Semoga berjaya.
Sekian, terima kasih.
14,881 total views, 1 views today
sibuk sb piala dunia ke sibuk sb dah jadi laki org sekrang…hehhe
kalau aku..
sebab banyak kerja maa. haha
tips yang mantap..paling penting tips 8-14 tu….hoho… 😛
Haha..
tips tu memang sangat penting. hoho..
apa2 pun England balik awai..tu yg penting hahahaha
Yah.
Itu memang penting gak tu.
Salam, terima kasih tuk info…
terima kasih tipsnya bro. German macam nak juara lah….
Akupun rasa cam German juara…
Nampak gaya kena gali lagi.
Kesimpulannya, kalau mahu buat duit dengan trafik, buat blog tarik orang untuk datang. Kalau mahu buat duit dengan jualan, buat blog tarik orang keluarkan duit.
Ya.
Kena pandai-pandailah. Haha..
Baca 2 3 kali nak faham maksud tersirat.
Jap.
Aku rasa aku tulis direct je nih. takde nyorok-nyorok. HOho
Wah-wah…lepas kawin ni, saya hrap lagi banyak la kasi tips yer..hahaha… 😈 terima kasih encik titan…
Ko nak tips apa sebenarnya nih??
Haha..
Tips kawin 4… 👿
Bro, beli link aku rasa macam dah tak relevant lagi la sekarang ni. Orang bukan suka tekan link dalam artikel tu..
beli link tu untuk bina backlink. Beli untuk satu jangka masa lama.
Dan ada cara dan tujuannya.
Bukan untuk dalam artikel. Beli link kat sidebar atau footer.
Paling best teknik 8-14….
Ya.
Teknik tu paling susah woo..
simple dan mudah di praktikkan, tapi persoalannya rajin tak mereka yang nak fast money ni praktikkan tips ni..
nak atau tak nak aje sebenarnya benda nih.
Tips terbaik, nk try la tp agak blur2 gak nk follow yg no 1 dan no 6. Ada tempat ke boleh belajar yg tu?
Search aje kat google.
Ramai cikgu ada diluar sana. Hoho
Yang terbawah tu paling mahal kan. Buyers traffic. Pelanggan maaa bukan pembaca kan? Pembaca pun penting tapi kalau tak ada apa2 masyuk adehh, bungkus lah blog, tak mampu nak bayar hosting dsb
Haha..
Betul tu.
Betul tu.
Jadi..marilah tulis blog hari-hari.
Menurut saya, teknik di atas bukanlah teknik murahan. Tetapi teknik itu adalah teknik jitu seorang profesional. makasih atas perkongsian tekniknya bro.
Takde taktik murah, mustahil ada taktik yang mahal.
Hehe..
Bagus tips 8 – 14 tu. Rasanya ramai yang terlupa untuk berjaya, formula / langkah yang sama perlu diulang sehingga mencapai matlamat! 🙂
Ya.
Bab ulang tu yang ramai fail.
terima kasih tips yang diberi bro titan..kena usaha dan usaha dan belajar lagi.
Yap. Kena rajin usaha maa..
Hoho.
Encik Titan, nak tanya, area Banting, broadband brand apa yang ok yer? CN pernah try maxis dekat taman kemuning, mmg hancus..lagi 1, umobile ok ker? dekat area mana umobile servis center paling dekat?
Terima kasih 😉
Maxis ok kalau kat taman sri putra tu. Adik ok jer pakai. Tapi dia pakai pakej mahal sikit rasanya. Kat taman kemuning tak tahu ok ke tidak.
Celcom. Ok. Walaupun tak laju, tapi line susah nak putus. Kekadang laju, kekadang tak. Depend pada signal la.
Umobile. Dulu memang tak dapat. La ni..dah ada kedai umobile kat banting tu. Dekat dengan bank islam lama atau kedai buku lao mao. Dekat dengan pasar lama atau stesen bas tu. Cuba tanya line umobile ok ke tidak. Sebab baru lagi bukak cawangan kat banting nih.
Umobile ni kalau kena tempatnya, memang tak cukup bandwidth dibuatnya. 20GB..selambanya 1-2 minggu habis. Haha..
Nak senang..pakai streamyx. Dok kat rumah je online. Haha..streamyx still terbaik kat banting ni. REPORT aje kalau ada apa-apa. Nanti orang TM sampailah rumah.
ok fine…nak kena buat teknik 8-14.. 🙂
bulan posa ni lagilah slow update blog kot…
nak gi haji lak lagi.. kena fokus sikit
wahh..dah nak pergi haji dah rupanya ye..
terbaik perkongsian… tapi xfaham lah beli link? macam mane tu? ❓
beli link untuk bina backlink.
oh kena beli link ea? so beli link tu kena beli ke website ke?
beli link je. bukan beli website.
Cari website atau blog yang kita nak. Beli iklan kat blog dia.
strategi ko mantap titan, x terkalah, sales ribu ribu tuh 😳
strateggi biasa-bias aje. haha
haha baik punye tips…
Belgium bole juara ini kali lah…hehe
wah.
tak sangka ada gak penyokong belgium.
tip yang amat berguna..yang pasti perlukan latihan berterusan supaya menghasilkan seni dalam penulisan..
ya.
kena rajin la sikit ye. haha
info menarik.. yang penting Belanda menang
Haha..
Belanda layak dah
fuh kejap je aku dapat habis baca 14 tips
Pehh..
Laju gila hang baca yek.
TQ.. bermanfaat jugak ilmu ni.. Boleh / perlu dipraktikkan 😉
Ya.
Praktikkan aje bila ada masa ye.
Kuncinya SEO jugak la ye.. Dah lama sgt tinggal SEO nie.
Sekarang ni , just membanyakkan blogwalking.
Untuk tingkatkan trafik , dan dalam masa yang sama , menambah lagi list blog2 yang best.
Teknik SEO memang penting kalau nak buat sales dengan blog ni. Takde jalan lain sangat yang berkesan. Hoho
gua pulak pemalas nak tulis. macam rugi je kan. hmmm. produk banyak takde demand sangat lah. tu yang malas tu. hihi
kalau malas, itu aku sendiri susah nak jawab.
teknik yang aku tengah praktik sekarang ni
Ohh..baguslah kalau macam tu. HOho
Tips yang terbaik. Mula2 ingatkan tujuh steps je. Rupa2nya 8-14 ulang balik. Hehehe
Part yang beli link tu, kita beli yg kat blogger ke atau website2 yang offer backlink tu? Bukan kne penalize kalau beli dengan website2 tu?
ada cara nak beli.
Bukan main belasah beli aje. haha
Saya Cikgudee seorang pesara guru yang cuba nak promosi barang melalui blog. Saya mencari satu kaedah nak banyakkan traffic ke blog saya. Jadi, ini adalah info yang terbaik untuk saya. Terima kasih..
Nampak menarik tapi bila dah join kerja bukan mudah sudah banyak beratus keluar kita usahakan namun gagal kena cari orang join baru dapat duit jika tak ada orang join tak adalah duitkan?