Ya.
iLANCEE. Pernah dengar tentang website iLancee ni?
Aku rasa masih ramai lagi yang tak tahu tentang website iLancee nih.
Oleh sebab website ni pun masih baru lagi. Jadi, aku cerita secara ringkas tentang kegunaan website iLancee itu untuk kebaikan bersama. Dan oleh kerana tajuk artikel ini ada perkataan “buat duit“. Jadi, aku akan terangkan menjurus kepada isu tersebut.
Ada DUA cara utama untuk buat duit dengan iLancee.
Cara Pertama
Dengan membuat gig di iLance.
Kalau korang pernah lepak website-website seperti Fiverr yang menawarkan pekerjaan seperti memberikan 1000 LIKE facebook dengan harga 5 dollar ataupun satu blogpost dengan harga 5 dollar. iLance juga bertindak sedemikian juga.
Cuma di iLance, korang menggunakan ringgit malaysia. Bukan dollar. Jadi, tak perlu risau jika tidak ada akaun paypal kalau berminat menggunakan servis dari iLance ini.
So..cara nak buat duit, bagaimana?
Kalau korang ada buat servis atau menawarkan servis yang memang korang pakar seperti menulis review, boleh nyanyi SATU lagu secara live atau tawar servis translate BI ke BM sebanyak 5 dollar untuk satu muka surat dan sebagainya, korang juga boleh tawarkan servis itu disana.
Nak buat gig atau open job adalah percuma.
Tak perlu kena bayar.
Kecuali kalau korang mengada nak tambah listing yang bukan-bukan.
Harga yang boleh korang caj untuk setiap tawaran itu. Kalau tanya aku, biarlah berpatutan. Biar kena dengan nilai servis kita. Jangan terlalu murah atau terlalu mahal sangat. Kang takde sape nak try servis korang tu.
Faham? Contoh servis adalah seperti dibawah.
Cara kedua.
Promosikan iLance.
Sekarang iLance tengah buat siri promosi dengan menawarkan 50 sen untuk setiap orang yang mendaftar melalui link affiliate korang. So, senang cakap, korang promosi aje. Kalau ada rezeki, adalah yang daftar dengan link korang dan korang akan dapatlah 50 sen tu.
“50 sen je? Sikitnya..”
Beb. 50 sen pun duit jugak. Sekarang, nak bayar masuk tandas pun ada sampai 50 sen tau. Jangan tak tahu. Air suam pun ada juga kedai mamak yang caj 50 sen. So, jangan dok berkira sangat dengan 50 sen tu. Kecil-kecil pun. Duit jugak. Daripada dok bersunggut atau dok kutuk Puan Lola tu kat facebook hari-hari..baik korang buat duit dengan 50 sen nih. Dah banyak duit 50 sen korang tuh..leh la sedekah kat anak Puan Lola tu nanti. Tambah pahala sikit. Kena plak nak masuk bulan Ramadan ni. Bertambah-tambah lagi pahala korang apabila buat setiap kebaikan.
Kisah 50 sen yang tak ramai orang tahu.
50 sen memang rendah.
Kadang-kala, siap ada yang sepak-sepak duit 50 sen tu. Mentang-mentanglah duit syiling tu berat. Kalau 50 sen tu duit kertas, aku yakin ramai yang akan simpan duit 50 sen tu.
50 sen ni..ada kisah tragis dalam hidup aku.
DULU, ketika zaman 2003 sewaktu aku masih belajar kat ums, ketika aku dok kelaparan tak mampu nak beli nasi. Dengan duit 50 sen terakhir aku hari itulah aku MAMPU beli sekeping roti canai yang aku rasa CUKUP ENAK sekali. Masa tu, aku cuma mampu berharap duit-duit hasil kerja online aku dibayar secepat mungkin dan moga-moga dapat lebih banyak job lagi pada masa yang akan datang. Nak pau mak abah aku, tak sanggup plak rasanya.
Lagipun, kredit dalam telefon pun dah habis.
Camana nak call?
Alhamdulillah, malam tu..duit affiliate masuk dekat 150 usd. Nangis gak dibuatnya aku masa tu. Kena plak..masuk 2 job review article dalam bahasa english bernilai 50 dollar setiap satu. Bertambah kuat aku menangis malam tu..
Allah tu memang maha Penyayang.
DIA bantu direct terus.
…
….
Dah. Toksah nangis.
Gi daftar cepat –> Buat duit dengan iLancee
5,236 total views, 1 views today
yup betoi 5kupang tetap bernilai, duit besi lg rare, pasai ilancee ni aritu dh jumpa, tp xdak blog personal nk crita, jd mesti lps ni hang crita gak hehe
Aku tunggu mood nak cerita.
Takde mood. Memang malas nak tulis. haha
Siapakah owner web iLance ni tuan titan? Macam best je web dia. 🙂
Lerr..
takkan la tak kenal.
Orang kita gak.
Kalau dulu RM0.50 memang boleh roti canai sekadang dah tak boleh..haha. yang penting, o.50 tetap rezeki.
Ya. Dulu masih boleh lagi.
Sekarang, memang tak dapat la. Haha.
macam menarik je ni…haa, walaupun cuma 50 sen…tapi tetap duit juga tu…hee
Ya.
50 sen memang duit pun. Hoho
boleh buat ni.. baru tahu
baru tau
mcm best je
kena test jg ni..
kalau setiap hari simpan 50 sen..lama-lama penuh gak tabung tu.. 🙂
nanti nak terjah juga iLancee ni
freelancer malaysia boleh lah cari makan kat sana
Ya.
Sesiapa pun boleh kalau berminat.
Tak ada masalah punya.
Huhu…menda baru bagi saya ni..macam menarik aje..
Try aje.
Bukan susah pun nak buat benda nih. Hoho
Ada kontest la ni … tak join ke? Mana tahu leh buat modal tahun depan.
Memang menarik ni.. Bagus utk buat duit poket secara sambilan. Ada kontes ilancee pulok doh. Jom join jgn tak join…
Bukan setakat buat promosi, servis dan perkhidmatan. Kita juga boleh sersi contest SEO yang dibuat oleh Ahmad Faiz aka ilLancee.com. Sekarang ini ia sedang berlangsung. Jom join… ada hadiah RM700 menanti anda.
trajis betul kisah lu buat duit tu … hoho .. masyuk lebih USD150 .. + USD50 … + USD50 .. leh la belanja aku.