Haa.
Tu dia.
Setepek kena kat dahi aku.
Lepas tu, kena lagi 800 das tumbukan padu maut terus menerpa ke perut aku apabila membaca satu artikel dari Women Online Magazine yang bertajuk “5 budaya kerja kelas pertama” yang SELALU sangat dilupakan oleh orang kita.
Well.
Aku pun bukannya selalu TIP TOP dalam segala hal.
Ada juga hal yang aku bangang sikit. Biasalah tu, kan?
Dalam skop memburu mendapatkan komisen affiliate setiap hari, sejak 2001 dulu aku dah belajar macam-macam cara dan teknik untuk membantu aku capai apa yang aku bina pada hari ini. Serius, salah satu sebab yang memang membantu adalah cara kita bekerja atau budaya kerja kita.
Aku setuju dengan artikel itu walaupun ayat dalam artikel itu masih boleh diberi nafas baru dengan lebih hebat lagi. Kalau penulis artikel itu mampu kembangkannya sekurangnya ke satu level yang lebih padu, aku yakin ramai orang kita akan sedar tentang budaya kerja mereka yang selama ini kekal di takuk yang lama.
Apa dia 5 budaya kerja kelas pertama itu?
1. Menepati masa.
Bab menepati masa ni, aku yakin tak semua orang berjaya lakukannya dengan baik. Aku sendiri kekadang lewat pergi kerja. Maklumlah, siapa suruh tido lewat sangat. Nasib tak subuh gajah. Akibatnya, bila sangkut kat jalan jem, memang lamalah nak sampai ke sekolah.
Budaya ni, memang kadang-kadang kita pandang remeh je. Alah, baru lewat setengah jam. Itupun nak berkira. Tapi kalau kes aku. Kalau aku lewat masuk kelas, even 5 minit dan ketika 5 minit itu berlakukan satu pertempuran agung antara pendekar tak terlatih dari kelas 5 Jingga dengan satria baju pink dari kelas 5 Hijau. Aku yang AKAN DIPERSALAHKAN. Bukan tukang kebun sekolah atau pendekar dan satria bengong itu.
Nampak? Itu bahaya bila kita sendiri tak menepati masa.
Alhamdulillah, setakat ini, belum lagi berlakunya pertempuran agung kat tempat kerja aku ni. Jadi, mari kita sentiasa menepati masa. Barulah kerja kita bertambah bagus, gaji kita berkat dan kehidupan kita penuh dengan kasih sayang.
2. Mahir menggunakan teknologi.
Bila aku cerita tentang isu blogging, nak tak nak kita kena mahir dengan teknologi. Dulu, bolehlah bermain dengan blogspot aje. Sebab ia satu platform paling mudah untuk menulis blog. Tetapi sejak aku kenal dengan wordpress berbayar dan teknologi wordpress nampak lebih mudah dan menyenangkan aku berkali ganda berbanding menggunakan blogspot dalam membuat duit dengan affiliate, aku tak toleh belakang dan belajar segala apa yang patut dalam teknologi wordpress ini agar aku boleh dapat income kencang dari penulisan blog.
Alhamdulillah. Banyak hasilnya. Pernah menang anugerah. Pernah menang peraduan menulis artikel. Pernah jadi Juara review produk. Pernah menang gak kontes SEO. Dan dah beribu kali dapat komisen affiliate. Ini salah satu hasil yang baik yang aku belajar dari dunia teknologi.
Terima kasih encik Teknologi!
Jadi, nak tak nak, kita kena dekati teknologi. Gunakan untuk perkara yang baik dan menguntungkan.
3. Jujur dan amanah.
Ya. Sebagai penulis blog, aku pun kena jujur dan amanah. Kalau aku kata aku pernah dapat komisen dari affiliate, aku memang akan bagi BUKTI kukuh. Sebab itu, korang akan nampak selalu bukti bayaran dari syarikat atau program affiliate yang aku sertai. Sampai satu tahap, naik MUAK dan menyampah pun ada.
Beb. Pendekatan macam ini aku dah buat sejak tahun 2007. Aku tak pernah ubah. Dari dulu sehingga sekarang. Dan akibatnya, beratus-ratus blogger Malaysia TIRU pendekatan yang aku lakukan.
Itu hasil jujur dan amanah. Kita akan lebih dipercayai dan disayangi terutamanya dikalangan gadis-gadis melayu bertudung comel disamping isteri-isteri tersayang.
4. Kreativiti.
Bila menulis blog, aku akan cuba menghasilkan artikel yang cukup unik, belum pernah ditulis dan belum pernah dibaca oleh mana-mana blogger lain. Ini pendekatan dan teknik yang aku cuba terapkan dalam setiap penulisan aku. Aku yakin, korang mesti perasan kan? Cuma aku sahaja yang berani tulis macam itu. Blogger lain, belum cukup berani.
Dan ini juga salah satu penyebab utama mengapa hampir keseluruhan artikel promosi aku selalu memberikan komisen pada setiap bulan dengan hensemnya.
Kreativiti selalu ada dalam jiwa orang yang berani.
Trust me. It always like that. Forever.
5. Sifat kepimpinan yang jitu.
Okeh. Sejujurnya, bagi orang lelaki, sifat kepimpinan tu dah memang ada. Tinggal nak polish aje.
Di sekolah, sebagai Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan, aku kena tegas dengan anak-anak buah aku. Kalau diorang tak buat kerja, aku kena tegur. Kalau diorang perlukan pertolongan, aku kena bantu. Dan segala bagai lagi termasuklah kena ajar murid-murid cara nak berus gigi dengan betul. Aku gak kena tunjuk dulu. Apa-apahal, aku kena dulu.
KETUA mesti sentiasa dekat depan. Buktinya, dalam setiap peperangan, ketua perang mesti dok kat depan sekali. Contohnya Nabi Muhammad SAW. Aku rasa aku tak pernah baca sirah yang mana ketika nabi lead perang, dia dok belakang. Tak pernah. (Kalau ada, sila beritahu aku perang apa)
Trust me, yang mati awal bukannya ketua. Sebab biasanya ketua memang terer. Jarang mati awal dulu. Anak-anak buah yang selalu mati awal. Tak percaya, cuba tengok perang orang Amerika. Ketua dok kat mana?
Tapi aku tak nafikan juga , ada gak ketua-ketua yang tak berapa betul dan kurang bertanggungjawab dikalangan kita.
Betul, tak? Yang jenis macam itu, tak payahlah kita ikut. Buat habis beras aje.
Dan sebagainya.
5 budaya kerja ini akan refleks dalam kehidupan harian kita secara sedar atau tidak sedar. Kalau kita kekal dengan budaya kerja kelas kedua, kehidupan kita juga akan ke arah kehidupan kelas kedua.
Bukan aku kata kehidupan kelas kedua itu tidak bagus. Cuma aku dah PENAT dengar orang merungut tentang macam-macam perkara termasuklah duit tak cukup, hutang PTPTN masih tak bayar satu SEN pun lagi, hutang kahwin dengan bank masih berbaki tapi kereta dah ada dua bijik dan dah berangan nak kahwin satu lagi, tak masuk lagi yang dok selfie dengan alat make up segala bagai tapi dok hari-hari mengeluh menyalahkan KERAJAAN dan memacam lagi.
Beb.
Lu yang hias diri lu.
Lu yang mencorakkan kehidupan lu, budaya kerja lu, keluarga lu dan masa depan lu.
Bukan orang lain.
FAHAM?
Dah.
Itu aje celoteh hari ini.
Semoga terhibur.
Sumber inspirasi dari WoM.my – Women Online Magazine
Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. Senang cakap, website ini memang sesuai untuk kaum wanita dan gadis-gadis bertudung comel untuk baca setiap hari. Wom.my juga sedang menganjurkan pertandingan review yang akan berakhir pada hujung bulan ini. Sertai sekarang –> Contest Women Online Magazine
11,633 total views, 16 views today
5 budaya yang patot di amalkan untuk menjadi berjaya dan kaya dalam kehidupan. Benda senang ni pun susah nak buat inikan benda susah.
Benda senang, orang kita selalu pandang sebelah mata je. Yang susah..lagi la diorang malas nak buat. 👿
semakin mendekati budaya kerja kelas pertama ketika di rumah..kat tempat kerja lainlah pulak!
Haha.
Biasalah tu kalau terbabas sana-sini. Nama pun manusia.
semoga kita sama-sama mampu memperbaiki diri agar budaya kerja kita semakin baik dari hari ke hari.
rezeki yang diperolehi juga lebih berkat.
Ya.
Semoga rezeki yang kita peroleh ini berkat belaka. Amin.
gua kena kerja keras depan belakang kanan kiri nampak nya nih
Peh.
Aku sendiri pun tak larat kerja macam tu. Haha..
Maklumlah. Baru kahwin. 😈
padu lah tulisan bro, walaupun sebenarnya untuk masuk contest. ada pengisian yang boleh perbaiki diri
Aku tulis je apa yang patut.
Hoho. At least, bagi kesedaran sikit kat aku gak.
mesti belasah cukup-cukup supaya masa akan datang kita dapat lebih dari jangka.
Ehh..
tak baik main belasah-belasah nih tauu..
Terbaik.. Tak semua orang ada ni
buat yang terbaik.. selbihnya kita berserah padaNYA
Ya. Buat yang terbaik.
Setiap hari. 🙂
salam singgah. memang kena setempek. sebab rasanya saya dan rata-rata orang banyak sangat penyakit M……………
😳
Biasalah tu.
Biasalah tu. Orang perempuan memang cam gitu. Hehe
wow.. ada contest rupanya.
work ethics.. pada den, bila dah ke public ni, semua kena beretics.. klu di belakang, lantak la..haha
bab belakang ni, payah nak cite. Nanti ramai plak yang terasa. Haha
Pertarungan agung pendekar dan satria. Bebudak nih banyak tengok cerita Power Rangers agaknya, errr.. ke banyak tengok cerita KL Gangster. Hehe..
Haha..
Budak-budak sekolah. Kira normal la kalau bergaduh. Hoho..
Tepati masa tu memang agak mencabar sikit.
Selalu sangat kita ni bertangguh2. Huhuhu
Biasalah tu. Orang kita memang suka bab tangguh kerja nih. hoho
banyak yg terlepas pandang rupanya
Ya.
Memang ramai yang terlepas pandang. Hoho
bagus 5 budaya ni , terima kasih bro,boleh la follow sekali untuk menuju ke arah yang lebih baik
Hoho.
Semoga artikel ini banyak membanto ko dan semua yang membacanya.
Jom kita ubah pelan-pelan mana-mana yang tak kena dengan budaya ni…
Ya.
Kita yang kene berubah. Bukan orang lain.
Hoho
memasing punya pendirian le gitu..ada yang masih di takuk lama dan seronok berada di zon selesa memasing, tapi seeloknya mempertingkatkan lagi kan usaha tu..disiplin memang penting..*dah macam tulis motivasi plak..ahaha
Haha.
Apa salahnya jadi pakar motivasi kejap.
setiap satu pekerjaan mesti ada teknik dan amalannya.. untuk berjaya perlulah ikut teknik atau budayanya yang ada.
Ya.
Jadi, marilah amalkan budaya kerja yang terbaik yang boleh kita lakukan. hoho
Hm. terfikir, pause & reflect pulak selepas membaca. Good sharing. 🙂
Ya.
kadang-kadang, kita kena reflect apa yang kita buat. tak semestinya semuanya betul sahaja. Ada masa kita banyak buat kesilapan.
No 1 dan 3 tu memang makcik2 beg besar lama dah amalkan.. yang lelain tu kena pelan2 berkayuh..:)
Ya.
Pelan-pelan.
Ambil masa makcik ye. Hoho..
Emm terima kasih kongsikan..nak kena bangkit semula jer bila baca artikel ni..huhu
Ya. Sila bangkit semula.
Hoho.
Menepati masa nombor satu tu 🙂 Betul jugak, aku dah makin kerap terbabas bab-bab timing ni
Biasalah tu.
Susah nak kawtim dengan encik masa woo.