Ya.
Aku tahu..dan dah banyak kali aku tahu bahawa ramai antara korang yang SELALU membaca setiap artikel dalam blog aku ini pasti teringin untuk mengetahui bagaimana aku boleh berjaya MAINTAIN dapat duit dan berjaya buat duit online dengan cukup konsisten bertahun-tahun lamanya. Dan pastinya ada RAHSIA aku yang korang ingin ketahui dan pelajari bagaimana aku boleh lakukannya dengan penuh bergaya.
Seriusnya, aku tak tahu macam mana hendak beritahu korang. Kalau korang boleh duduk sebelah aku dan ada sebiji laptop, in-sha Allah aku boleh terangkan serba sedikit. Tetapi memandangkan korang agak nuuunnnn jauh disana, hendak bersua muka pun susah dan masih perlukan sedikit nasihat murah dari aku ini, aku cuma boleh cadangkan beberapa cara sahaja.
Mungkin berkesan pada korang, mungkin juga tidak berkesan.
Apa yang korang perlukan adalah..
1. PENDEDAHAN (Ilmu)
Dalam mana-mana bisnes korang perlukan pendedahan. Ini bermaksud, korang kena tahu macam-macam perkara. Senang cakap, korang kena ada ilmu. Tak kisahlah ilmu itu ilmu teori atau ilmu praktikal, korang kena ambil tahu tentang semua itu. Inilah yang dikatakan pendedahan. Pendedahan macam ini akan buka dan beri ruang pada diri korang untuk PENUHKAN diri korang dengan segala macam benda yang korang perlukan.
Tapi macam mana nak dapatkan “PENDEDAHAN” tu?
Kena cari kalau tak ada orang nak tolong bagi.
Kena cari kalau tak ada orang nak ajarkan.
Itu sahaja. Tak perlu aku tulis banyak-banyak. Korang kena cari pendedahan itu sendiri. Nak harap orang SUAP kita satu demi persatu, memang tak dapatlah. Ingat orang lain ada masa untuk korang? Sampai satu tahap, korang kena bayar untuk BELI MASA orang itu.
Jadi, rajinlah-rajinlah ikut seminar, bengkel, webinar, beli ebook dan sebagainya untuk memastikan korang semua terima pendedahan yang sepatutnya.
5 Cadangan webinar dan tools yang boleh bantu korang dapat pendedahan ini:
- Webinar Gobala Krishnanย (Tips nak buat duit online)
- Baca kitab Teknik SEO Merah Jambu (Tips nak buat duit dengan affiliate)
- Panduan Jobdirumahย (Tips untuk kerja dari rumah)
- Tips dapatkan $65000 dari website automatik (orang luar Malaysia aje leh baca)
- Tips buat duit dengan Affiliate X
2. PRAKTIKAL
Bab ini paling susah. Bila nak buat praktikal ni, ini yang buat ramai orang mengeluh. Alasan paling HEBAT adalah tak ada masa. Sibuk dengan macam-macam perkara tapi cukup SUKA MENGELUH apabila kita tak dapat apa yang kita hendak.
Beb..nak berbuka pun..korang kena masak air. Letak gula dan sirap. Tambah susu. Baru leh jadi sirap bandung yang manis dan menggemukan.
Betul tak?
Kena ada usaha.
Kenapa mesti usaha?
Barulah kita ada POTENSI besar untuk dapat HASIL yang manis dan menggemukkan.
…
….
seperti air sirap bandung tadi.
Contoh-contoh hasil yang MENGGEMUKKAN.ย
Kesimpulan
Ilmu dan praktikal berada dalam dunia yang selari. Kena lakukan dalam masa yang sama. Tak boleh tinggal sorang-sorang. Nanti dorang terjun bangunan apabila salah satunya kecewa.
Kalau tidak, susah korang untuk dapat hasil yang menggemukkan tadi.
Aku dah pernah rasa sirap bandung yang menggemukkan.
…
….
Korang, bila lagi?
9,603 total views, 1 views today
pelik sungguh dapat job review sampai riban riban..best gile woo..nak jugak..hehe..
itu bayaran deposit untuk satu projek yang aku tengah buat.
Bakinya akan dibayar setelah siap.
Hoho.
sangat best..
duit mencurah-curah masyuk..
๐ ๐
Nak beli ebook seo hang lepas raya ni. InshaAllah…
Aku tak jual ebook seo.
Aku cuma jual ebook yang cerita pengalaman aku sahaja.
Beza tu. ๐
kena beli insyallah dapat hasil yang berganda-ganda macam bro titian dapat.
Nak belajar jugak! Baru start blogging 2bulan lebih…
Belajar aje.
Kita sama-sama belajar ye. Hoho..
Setuju bab praktikal ramai yang tidak mampu buat. Ibarat air sirap bandung didalam jag penuh. Kalau tidak dituang kedalam cawan tak akan hendak minum dengan jag?
Haha.
Betul juga tu. Aku setuju.
Kita jenis terbiasa dengan apa saja yang segera.. Semua mau cepat.. Usaha nak singkat pulangan mau kuat.. mana boleh gitu..
Itulah salah satu akibat suka sangat makan benda segera.
Semua nak segera gak.
oh tak boleh jadi nak gemukkan poket dalam duit gak. pergi sini mesti terus up “menggemukkan”
ok aku kena keras lagi lah macam ini ๐
Ya.
Memang kena kerja keras.
Aku pun masih kena kerja dengan lebih keras lagi lepas nih.
bab praktikal itu memang lemah…seribu satu alasan akan keluar
Bab bagi alasan tu yang malas nak cerita. Aduhhh..
nak berbuka pun kena BUKA mulut
haha
Haaa
Tau takpe. Hoho
Ilmu yang tak diamalkan memang x berguna. Huhuhu
Rasanya nak cari ilmu x susah.. banyak seminar, buku atau ebook kat luar.. tang praktikal tu yg susah. Selalunya malas dengan alasan yg macam2.
Takkan la aku kene tulis ebook untuk jadi tak malas plak. Haha..
Memang betul la tu. Ilmu kita letak nombor satu, kemudian bila dah ada ilmu tu terus praktik
Ya.
Ilmu dan praktikal kena seiring. Biasanya bab praktikal ni yang ramai orang fail tanpa batasan.
ada ilmu banyak2 tapi tk praktis tak jadi jugak kan…
Yap.
Sebab itu kena selalu praktis. Baru la kita dapat jadi lebih baik dan boleh menghasilkan sales selepas itu dengan penuh kegembiraan.
WOW banyaknya yang gambar ke-2 tu.. impressive.. ๐
Yap.
Tak banyak.
Tapi bolehlah kan. Kan? Hehe..
ashadee pun dah ratus2 ye. kena cuba lagi aku ni.
Yap.
Kena usaha lagi kuat ni kalau nak dapat lebih. HOho
saya suka kepada ilmu dan praktikal..bab praktikal itu yang susah!
Yap.
Bab praktikal tu memang paling menyusahkan dan sukar untuk dilakukan.
Sebab itu kena buat juga praktikal tu.
Haha..entah la encik titan..bila auu nak rasa itu sirap bandung yang menggemukan..baru jer nak bancuh sirap dengan susu..dah naik fed up jadinya..haha
Hoho…skrang dah start beli ebook pnduan adsense….adsense pun ade skit2 masuk…walaupun 2 bulan sekali dapat kluarkan…kire ade usaha gak tu…
ilmu + praktikal = $$$$
perlu buang jsuh2 sifat malas..
peringatan untuk diri sendiri
Baru dapat input yang dua ni iaitu ilmu dan praktikel. Belum beli kitab dan hadam lagi. Dah rasa semangat sikit dah nak pulun.