Aishah Radhiah Beauty & Spa.
Pernah dengar nama pusat kecantikan ini tidak?
Kalau tidak, meh aku cerita sikit hari ini.
Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Beauty & Spa mula beroperasi pada 1 February 2013. Spa KHAS untuk kaum Muslimah. Maksudnya, orang lelaki tak boleh masuk. Mereka menawarkan pelbagai rawatan yang di inspirasikan dari rawatan tradisional Melayu dan Indonesia.
SPA berasal dari perkataan Solus Per Aqua, bermaksud terapi air (balneotherapy) mengikut peredaran zaman, spa berkembang menjadi sebuah pusat kecantikan, merawat tubuh, kesihatan luar dan dalam serta memberi kesegaran. Spa sendiri merupakan satu rangkaian perawatan yang terdiri dari urutan seluruh badan, lulur/body scrub, masker pemutihan, aromatherapy, mandi susu dan lain-lain.
Apa lagi fungsi dan manfaat SPA ini sebenarnya?
Ada BANYAK.
Antaranya adalah UNTUK menghaluskan, menganjalkan, memutihkan dan memberi nutrisi pada kulit, mengendurkan ketegangan otot, detoksifikasi tubuh untuk meningkatkan sistem imunisasi tubuh badan. Malah, melalui spa juga kita dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan hipertensi, mengurangi insomnia, stress dan keletihan, mengembalikan keseimbangan tubuh, percaya diri dan kreatif serta melambatkan proses penuaan.
Dan inilah yang ditawarkan oleh Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Beauty & Spa.
Chocolate Moist Treatment adalah antara rawatan terbaru yang disediakan oleh mereka dan patut dicuba oleh korag semua. Rawatan ini bagus untuk melindungi kulit badan, melembabkan kulit dan juga membuang sel kulit yang mati sekaligus mencerahkan kulit. Tak rugi cuba rawatan ini dan harganya juga turut berpatutan.
Malah, pelanggan Spa Aishah Radhiah ini pun bukan calang-calang gak orangnya. Dari apa yang aku tahu, pelanggan mereka terdiri daripada orang kenamaan, datin-datin, selebriti, golongan profesional, student universiti dan sebagainya. Makcik-makcik beg besar dan blogger pun mesti ada yang pernah cuba spa ini juga, kan?
Okeh. Rasanya, aku patut bawa BINI aku pergi cuba Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Beauty & SPA ini. Aku yakin bini aku mesti suka punya kalau aku belanja dia gi buat semua rawatan yang ditawarkan oleh Spa Muslimah tersebut.
Promosi RAYA Pusat Kecantikan Aishah Radhiah Beauty & Spa
- Untuk khas promosi RAYA kali ini, mereka tawarkan rawatan facial 6 kali sebanyak rm650 sahaja.
- Pakej paling POPULAR RATU – RM400 sahaja termasuk herba sauna + full body massage + full body chocolate scrub + full body chocolate@detox mask + milk bath & aura flower bath + deep cleansing facial.
Dan yang paling menarik.
Mereka ada EMPAT cawangan yang CUKUP popular. Kat Seremban pun ada jugak.
1. Spa Aishah Radhiah BANGI BRANCH (Nearby PKNS Bangi)
No. 1-11, Jalan 8/35, Seri Bangi Seksyen B,
43650 Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.
contact: 03 8922 1598
2. Spa Aishah Radhiah SHAH ALAM BRANCH (Next to Plaza Masalam)
31-D Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F, Seksyen 9,
40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Contact: 03 5880 6925
3. Spa Aishah Radhiah KOTA DAMANSARA BRANCH (Facing Kota Damansara Giant Entrance)
No 27-3 Jalan PJU5/20E, The Strand Kota Damansara’, 47810 Petaling Jaya
4. Spa Aishah Radhiah AMPANG BRANCH (Opposite Ampang Putri, Ampang point Shoplot)
No 60M, Jalan Mamanda 9, Taman Dato’ Ahmad Razali,
68000 Ampang, Selangor
Haa..jadi kalau korang sibuk mencari spa dikawasan berdekatan Ampang, Kota Damansara, Seremban, Shah Alam dan Bangi, bolehlah pergi mencubanya. Kepada yang ada bini, sila rajin-rajinkanlah bawa bini ke sana. Belanja bini-bini korang sebagai hadiah hari jadi atau hadiah ulang tahun perkahwinan pun tak apa.
Kepada blogger-blogger yang dah bersuami tu yang dok dekat area Ampang dan Cheras tu, elok-elok la bawa bini korang tu ye. Dan yang area Banting dan KLang, leh la bawa ke SPA Muslimah Aishah Radhiah ini ke cawangan Shah Alam dan Bangi. Bagitau aje, brader Titan tu yang bagitau. Mana tahu, ada diskaun lebih sikit. Hoho..
Dan kalau rajin, harap ownernya nanti rajin-rajinlah bukak satu lagi cawangan kat Banting, ehh?
Kepada yang nak menempah, boleh hubungi Aishah Radhiah sendiri melalui cara dibawah:
Tempahan untuk semua cawangan
HP: 012-9422798 (Call dan SMS)
Facebook: https://www.facebook.com/AishahRadhiahBeautySpa
Blog: http://aishahradhiah-spa.blogspot.com/
** Dan apa yang lebih menariknya, ia berpotensi untuk merapatkan hubungan kasih sayang antara suami dan isteri. Dengan syarat, si suami kena belanja isteri bawa gi spa muslimah ini dengan segera selepas membaca artikel ini. Hoho..
Ps: Bini aku mesti suka gila spa ni. Silap hari bulan, tiap-tiap bulan suruh bawak gi sini. Ohh..
24,447 total views, 3 views today
Gembira isteri kalau dapat layanan istimewa dengan Spa.
Isteri mana tk gembira, kan. Hoho
Bagus gak pegi utk lepak2 dan tenangkan fikiran. Minda pun kalau kerja sangat boleh jadi stress..
Yap. Ini salah satu cara nsk relaxkan diri kia dari tertegang aje selalu.
wow..ada kat bangi. rasa macam nak bagi suprise je kat bini gua. hoho
Haa..
Gi la yang kat cawangan bangi tu nanti. Hoho
dah baca dah review spa ni dari blog orang lain… memang nak try pon lepas raya.. tapi rasanya bila nak pergi nnt cakap dapat info dari blog nie lah… mesti dpt discount 50%… hahaha…
Gi la cuba dulu. Baru tau best ke tidak. Hoho..
Sedap nama spa ni, jarang-jarang ada spa muslimah macam ni…
Dah ada dah sebenarnya. Ini salah satu spa muslimah yang dah ramai orang cuba.
terhengen nak berspa….
dekat2 rumah ni ada 2-3 spa juge ntah bile nak jejaknye
G la pujuk encik suaminya. Hehe..
Wat manja2 skett
Huhu..lelaki tak leh masuk ekkk..jauh la nak bawa isteri ni…kalau tak mesti dia sayang lagi ketat-ketat ni..hehe..
tak apa..tak jejas mana pun duit encik titan bawa isteri kesini setiap bulan..haha..
Untuk sape lagi..kalau bukan kecantikan tu untuk Encik Titan..kan??? 😈
Tunggu masa ko nak g bercuti nanti. Baru best nak berspa..
Isteri mana tidak suka bila ajak mereka ke Spa untuk buat rawatan. Kena sedia duit banyak-banyak bila ke Spa nanti. Pasti ramai kaum wanita teringin sangat nak ke sini.
Sekali sekala apalah salahnya. Setahun 1,2 kali un ok apa. Barulah bini bertambah sayang setiap hari. Hoho..
bawa awek la pergi sane.. 😆
Hang g la bawa awek hang. Hoho..
memang patut belanja bini untuk tujuan kesihatan dan kecantikan..tanggungjawab juga tu
Ya.
Kira tanggungjawab gak la. Hoho..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….memang tengah mencari…. Baru tahu… Dekat je ngan rumah rupanya… Toche sifu…

Haaaa
Kalau dekat..kene pegi hari hari la ye. Hehe
memang banyak spa muslimah sekarang
alhamdulillah perkembangan yang bagus
Yap
Bagus gak bila dah ada banyak spa muslimah macam ini kann
bagus2.. utk prempuan sahaja ..:P
Ya. Untuk pempuan aje. Hoho
kt melaka xde plk cawangannya..
bestnya klau dapat g spa …
Mungkin leh g cawangan yang dekat. Takpon..kalau turun kl..leh l singgah salah satu cawangannya.
come visit here, greetings introductions friends, do not forget to visit friends behind it, perhaps this video can be useful for a sister, niece or may posterity. apologize for not deign
baguslah untuk wanita sahaja… tak adalah rasa segan silu nanti…
Yap. Xde la rasa segan sangat nanti ye. Hehe
Fuhhh lama sungguh tak gi spa..dah terbayang-bayang keseronokan orang buat spa ni…ummm nak gi lah lepas ni..:)
Makcik-makcik beg besar takkanlah tak nak pergi spa nih kann..
Hehe..
Wujudnya spa macam nie memang membuatkan para wanita akan lebih selesa sebab dalam tu semua muslimah sahaja…
Regards,
-Strider-
Ya.
Itulah sepatutnya. Sekurangnya..ada tempat nak uruskan jiwa dan raga yang asyik tertekan tu. Hoho..
ohh dekat seremban pun ada yer..best juga kalau dapat pergi ni 🙂
Haha..
gi la kalau ada masa nanti ye.
kena kabo kat isteri ni…
haa..gi kabo kat isteri tu ye cepat-cepat..
Choc moist treatment tu bunyi macam sedap je. Huhuhuhu
Kalau bawak wife, confirm senyum smpi telinga ni..
Takkan senyum sampai telinga.
Rasanya senyum sampai ke malam nih. Haha..
tempat anak dara n golongan ibu santai2 nii 😛
Ini memang tempat kesukaan makcik-makcik maa.
Haha..
Hang dah kahwin nanti, bawalah bini hang ke sini setiap hari.
teringin nk pergi spa… 😉
Sila lah pujuk manja-manja sikit dengan encik suami ye.
Mana tahu terbuka hati beliau nanti. hehe
Lawa betul interior design spa tu..
kepada suami-suami yang baik hati sekalian..jom gembirakan isteri2 anda..yelah dah hampir sebulan menyiapkan juadah berbuka dan bersahur..kira reward time la sebelum raya ni..yang bestnye kat bangi pon ade ye..harus send link entry ni dekat suami saya 😳
Sy teringin nk kje spa muslimah…sy ada pengalaman..tp xtau kt mana ada kosong