Ya.
Tak kiralah samada korang seorang blogger, Internet Marketer ataupun keyboard writer difacebook yang menjual produk masing-masing, semua orang akan menghadapi SATU masalah yang utama walaupun masalah ini selalu diabaikan oleh semua orang pada satu-satu masa.
Masalah apa?
CONNECTION.
FACEBOOK.
Bagi penjual atau seller difacebook yang menjual produk atau servis mereka, connection antara mereka dan bakal client mereka adalah sangat penting. Bagaimana mereka menyelesaikan masalah itu, itu mereka perlu cari dan survive. Sebab ia bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan.
Kenapa?
Sebab, majoriti “friends”, follower atau fans difacebook kita tidak pernah berjumpa antara satu sama lain. Connection itu tidak wujud pada peringkat awalnya. Tetapi bagaimana kita bergaul dengan mereka dan bagaimana kita mendekatkan diri kita dengan mereka adalah salah satu penyebab untuk mereka STAY dalam radar kita untuk satu tempoh yang lama. Bukan mudah untuk mendapatkan kepercayaan tersebut dalam masa yang singkat dan jangan sesekali kita musnahkan kepercayaan yang telah kita bina untuk satu tempoh yang lama dengan sifat “SELFISH” kita yang memang salah.
Sebagai penjual, tak salah untuk jadi selfish. Tapi biar orang kita tahu dari mula bahawa kita memang selfish dari awal. Jika kita bertukar menjadi MONSTER secara tiba-tiba, mereka belum tentu boleh follow dan bertukar juga menjadi rakan MONSTER kita dalam masa yang sekejap. Ianya sukar. Tetapi itulah yang selalu terjadi apabila kita bertukar jadi RAKSASA yang rakus tetapi melupakan mereka-mereka yang berada dalam persekitaran kita.
Sebab itu, ramai keyboard writer LENYAP dalam sekelip mata dan menyalahkan FACEBOOK atau orang lain kerana “bisnes” mereka gagal. Menyalahkan orang lain adalah perkara paling sedap untuk menyembunyikan kebodohan kita yang naif. Sebab itu, ramai yang kembali menulis blog dengan identiti baru untuk memulakan kembali hidup baru dengan harapan orang lain akan lupa akan kesalahan yang pernah kita lakukan.
Its fine.
Its happen all the time and always happen again and again forever.
Cuma ramai yang bermula semula kekal GAGAL setelah berulang-ulang kali membuat kesilapan yang sama.
Pada saat itu, siapa lagi yang mahu percaya dengan korang dan brand yang korang bakal bina nanti?
INTERNET MARKTER.
Majoriti adalah mereka adalah bekas penulis blog yang gagal. Mereka gagal buat duit dengan blog. Sebahagian kecil dari mereka banyak membaca kisah-kisah kejayaan mereka yang telah berjaya menjadi jutawan atau membuat duit dengan banyak di facebook. Jadi, mereka yang hijau ini mahu mencuba juga agar dapat juga duit banyak. Sebab itu mereka beralih ke dunia IM(Internet Marketer) yang lebih mudah untuk buat duit dengan lumayan.
Tak payah temberanglah kalau korang beritahu orang lain bahawa korang jual barang itu ini adalah untuk inspire people atau untuk bantu orang lain ataupun untuk 1001 macam sebab yang lain.
Firstly, korang buat semua itu adalah untuk DAPAT DUIT.
Tak ada orang buat bisnes atau jual barang untuk tolong orang lain atau tu inspired people. Tak ada.
Kalau ada, itu semua bullshit.
Kalau ada, itu semua hanya terjadi JIKA korang ada duit banyak. Masa ini, semua impian korang baru boleh terhasil. Dan untuk dapat itu semua, semuanya memerlukan CONNECTION. Connection akan membantu korang semua dapat duit dan capai segala bagai cita-cita murni dan impian karut korang semua itu.
JIka barang yang korang jual di email itu tak ada yang mahu membelinya, korang takkan ada sales. Tak ada sales bermaksud, korang tak dapat duit. Tak ada duit, satu lagi episod kegagalan dalam hari-hari korang sebagai seorang Internet Marketer yang GAGAL.
Dan tak salah menjadi orang yang gagal. Sebab dari situ kita ada potensi untuk terus berjaya.
Senang cakap, nak buat duit dengan cara menjadi Internet Marketer ini adalah korang mesti tahu teknik yang betul, tools yang canggih dan cara promosi yang hebat . Ini dah cukup.
Dari situ, CONNECTION antara korang dan bakal pembeli boleh terhasil.
Tapi masalahnya, kebanyakkan IM tak memikirkan itu semua. Mereka fikir duit, duit dan duit. Tak ada langsung connection antara mereka dan customer mereka. Maklumlah, tertekan dengan harga barang naik, tertekan nak kahwin bini baru, tertekan isteri nak rantai emas baru, tertekan anak terlalu ramai, tertekan mak suruh kahwin cepat, bos pula asyik marah hari-hari, tekanan duit tak cukup, gaji plak tak naik-naik dan isteri plak macam ada percubaan untuk cari suami baru. Semua itu membuatkan geng IM ini berhempas-pulas untuk cari duit dengan cara yang lebih mudah.
Sebab itu, mereka SPAM email setiap hari dengan macam-macam cerita mengarut dan tipu agar ramai client mereka tertipu dengan ayat promosi mereka yang memang hebat.
CONNECTION yang baik itu hilang dan mengakibatkan ramai client yang dulu memang mengagungkan mereka dan menghormati mereka hilang satu demi satu setiap hari. Dan bila ini terjadi, untuk dapatkan semula CONNECTION dan kepercayaan yang berharga itu akan mengambil masa yang cukup lama.
Itu belum masuk apabila para pembaca email atau client korang itu sudah masak dengan taktik dan strategi menipu korang yang berpaksikan duit. Ya. Bunyi macam kejam. Tapi itulah fungsi Internet Marketer. Buat promosi untuk dapat sales. Tak dapat sales, takde maknanya jadi Internet Marketer sebab inilah sahaja caranya untuk buat duit melalui LINE ini. Berbeza dengan facebook dan blog. Ada 1001 macam cara untuk twist buat duit dengan cara masing-masing.
Mempunyai mailing list yang besar bukan banyak membantu IM mendapat sales yang banyak. Tetapi mempunyai mailing list yang targeted dan CONNECTION antara IM dengan senarai mailing list yang aktif adalah cara yang sebenar bagi Internet Marketer. Ramai IM baru yang gagal kerana tidak memahami konsep ini dan hanya mengejar DUIT sahaja.
Sebab itu..jangan sesekali MENIPU dan tidak menghargai senarai mailing list korang.
Kalau korang nak cerita atau promosi tentang KUIH, semua mailing list mesti berkaitan dengan KUIH. Bukan tiba-tiba korang dok promosi MLM Tone Excel ataupun tiba-tiba promosi cara nak kuruskan badan dengan produk Shaklee. Itu satu genre atau kategori yang berbeza dan tidak sama langsung ketika waktu mula-mula korang umpan orang lain untuk masuk dalam mailing list korang. Itu tidak adil dan ini salah satu sebab yang membuatkan ramai orang tertipu dan tidak lagi mempercayai korang. Ini salah satu peraturan tidak rasmi dan ramai IM yang SUKA HATI diorang langgar peraturan ini dengan membuta-tuli tanpa mempedulikan client berharga mereka.
Perkara yang sama juga berlaku di facebook. Masuk group cerita pasal YSLM. Tiba-tiba dok promosi produk MLM yang lain yang menjual lampu paling ajaib di dunia. Itu juga tidak adil kepada ahli group yang lain walaupun hakikatnya kedua-dua MLM tersebut adalah ada unsur head hunter dan money game. So, kalau korang ada join dalam group yang sama, sila blah dari group tersebut sebab ownernya memang tak boleh dijadikan panduan. Kena plak promosi benda-benda mengarut macam tu. Leader macam itu boleh dibuang bila-bila masa dalam kehidupan korang.
Kenapa ini berlaku?
Semua nak buat duit cepat.
Diorang tak pedulikan orang lain dan akibatnya, CONNECTION itu tidak ada. Mereka tidak berkomunikasi dengan senarai list mereka. Mereka tak tau konsep PLOW yang berkesan. Bila dah tak ada hasil, tak dapat duit dan tak dapat sales, jangan salahkan kawan lama aku tu, Zack Zuckerberg. Zack tak bersalah. Dia naif lagi suci. Dia cuma sediakan platform. Korang nak ikut atau tidak, itu bukan salah dia. Korang buat taik, tiba-tiba nak baling taik korang kat orang lain. Banyak cekadak korang.
BLOGGER.
Blogger berbeza. Itu sebab aku suka main dalam line ini. Sebab blog lebih meluas. CONNECTION lebih mudah terbentuk dan ia ada ciri-ciri FREEDOM yang lebih padu. Orang juga lebih percayakan kita. Orang tak boleh salahkan korang kalau kejap korang promosi MLM pada bulan ini dan tiba-tiba pada bulan depan korang promosi cara nak jahit baju kurung dengan hanya menggunakan dua bilah jarum sahaja. Dan tak semena-mena pada tahun depannya pula, korang promosi produk Shaklee. Orang takkan salahkan blogger. Sebab itu blog mereka. Hak mereka. Mereka ada hak untuk cerita apa yang mereka suka.
Blogger boleh jadi promoter, boleh jadi agen, boleh jadi penggosip, boleh jadi pengutuk, boleh jadi penyebar berita, boleh gak jadi macam-macam benda. Blog adalah satu medium yang cukup bebas dan sangat berbeza dengan facebook dan internet marketer yang mana korang kena berhati-hati pada bila-bila masa apabila korang mula meluahkan sesuatu.
CONNECTION selalu berlaku apabila korang berinteraksi dengan blog orang lain. Selalu buat blogwalking. Selalu komen blog orang. Selalu ikut aktiviti blog yang lain. Pendek kata, CONNECTION yang berharga senang terbentuk melalui blog. Kuasa blog adalah tidak terbatas dan jika korang ingin buat duit dengan blog, ia adalah salah satu cara termudah untuk buat duit diinternet.
Cuma, tak ramai orang tahu sahaja.
Serius, untuk buat duit bagi jangka masa yang panjang, blog adalah medium terbaik. Facebook adalah backup dan tools promosi dan mempunyai mailing list adalah super hidden weapon yang patut kita kuasai dengan bijaksana. JIka CONNECTION ini wujud antara 3 medium ini, aku berani cakap korang boleh buat duit dengan blog dengan mudah tanpa hilang CONNECTION yang berharga dalam masa yang sama.
Dan bukan senang untuk melakukannya. Ianya ambil masa yang cukup lama untuk berjaya dalam bidang ini. Serius, ambil masa. Dan bila korang dah dapat, ia adalah satu perkara yang menggembirakan.
Aku juga tak nafikan, ada gak blogger yang bengong, keliru identiti, tak kelakar dan tak ada prinsip. Itu normal. Biasalah tu. Apa yang berlaku dalam dunia facebook dan dunia IM, tak mustahil untuk berlaku dalam dunia blogger. Cuma, dunia blogger lebih bebas banyak dan mudah CONNECTION itu terbentuk berbanding dua platform yang lain.
Kesimpulan.
Connection sangat penting terutamanya bila korang hendak buat duit atau buat bisnes. Tak kiralah difacebook, dimailing list atau diblog atau juga jika korang buat bisnes MLM.
Hujung cerita, korang akan kembali juga menulis blog. Meluahkan apa yang dirasa kerana blog lebih mudah, lebih adil, lebih kepuasan, lebih bebas dan lebih mudah untuk buat duit.
Ps: Kita hidup bukan satu orang. Pepandailah berkawan.
12,349 total views, 2 views today
Aku tak ada blog. Hoho.
Pastu , yang hasrulhassan.com ni , blog sape ? 😉
Haha..
dia gurau aje tu.
betul tu. Bro HH bergurau sahaja.
Yang paling penting ialah Internet Connection.
yang ini aku setuju.. tanpa internet connection, semua connection2 ni xboleh nak dapat. hehehe
Betul tu. Kena ada hubungan macam ini lagi menjadikan. 😀
aku sayang blog aku dan blog kawan kawan yang lain sebab ianya lebih berinteraksi dan berkongsi berbanding medium lain 😆
Setuju , blog adalah medium marketing yang terbaik..
Betul tu. Kena sayang blog sendiri.
Ya.
Sayangilah blog masing-masing. Haha
aku still rasa blog lagi best. Facebook dan lain-lain cuma medium untuk connection sahaja.
tak ramai rasa cam ko rasa ni bro 😀
Ye , blog memang lagi best 🙂
Ya…disebabkan silaturahim yang terbina dengan blog, membuatkan saya terlebih sayang akan blog saya..tapi biasalah..ada masa kita free sangat-sangat..ada ketika kita busy yang amat..tapi blog tak pernah dilupakan..2 elemen selain blog tu, entah bila nak kuasai..blog pun banyak lagi yang belum dikuasai dengan jayanya..bab penulisan terutama sekali..sampai sekarang masih belum berjaya dikuasai dengan baik..dapat tulis setahap penulisan encik titan tak apa dohhhh… 😈
Okeh dah tu.
hang dah ada style sendiri.
Tak payah dah tiru aku. Hoho
memang betul la tu. lepas baca semua 2 kali baru aku faham . TQ.
Wahh..sampai baca 2 kali lagi tu. hoho
Betul tu, blog ini ada fleksibiliti tapi kena ada caranya.
Sebenarnya artikel ini nak cakap ‘kalau tak pandai menari jangan salahkan lantai jongkang jongket’
Itu salah satu yang aku cuba tekankan. Tak tahu ramai dapat tangkap ke tidak. haha
pengisian berguna kali ini, terbaik…
wow! nice entry bro. this one is seriously nice! memang dengan blog paling mudah nak buat connection dengan orang lain/customer untuk dapatkan sales. kredibiliti kita tu nampak dalam penulisan yang jujur. jadi orang akan percaya untuk membeli.
berbeza pulak dengan yang main niche sebab ia lebih kepada blog yang menjual secara direct, apatah lagi dengan bahasa yang agak hard selling. itu lagi susah orang nak beli sebab mentaliti pertama pembeli adalah nak elakkan daripada membazar. tapi, bagaimana cara kita buat mereka daripada tak mahu membayar kepada sudi membayar tu kena bijak twist tu.
produk tak terjual bukan masalah produk tu tak bagus (mungkin sesetengah memang tak bagus or susah nak jual hehe) tapi lebih kepada cara promosi yang kita buat. aku salute cara penulisan ko yg memang nampak dengan siapa kita berbicara. kalau aku sebagai customer pun baca advertorial ko, aku tau ada orang lain di sebalik screen laptop aku ni. aku rasa ada seseorang yang sedang explain produk ini kepada aku. inilah yang ramai susah nak buat. menterjemahkan jiwa dalam penulisan.
pasal blog bebas untuk menulis tu pun aku setuju. blog kita, tulis lah apa pun sapa nak marah. cuma twist sikit ayat iklan tu kepada lebih informal (mungkin jugak ayat formal, bergantung kepada siapa golongan targetted kita) supaya mereka ini nampak kredibiliti sesuatu produk tu untuk dapat sales.
p.s: produk tak boleh berbicara, tapi kita yang harus bijak buat promosi yang betul. blog sendiri (personal) jugak yang best sebab kurang kena penalti google algo. 😎 😎
Blog lebih bebas, santai dan mudah sampai kepada targeted audience.
itulah sebabnya gua pilih jd blogger akhirnya..lebih FREEDOM.. 😀
Ya. Blog lebih ada kebebasan yang lebih meluas.
Sebab itu..ramai yang suka dengan blog. Hoho
Connection sangat penting dalam hidup ni. x kisah la online atau offline.
Sesiapa yang dapat gabungkan tiga2 IM, FB n blog sekali, confirm lagi ramai akan percaya n kredibilti lg tinggi. 🙂
Kena belajar semua ini kan. 💡
Yep.. banyak nak kene belajar lagi ni.
Ada duit, baru senang cari connection. 😀
Ada connection , baru senang cari duit. hahaha.
So , yang mana dulu ? Duit ke connection ?
Kalau nak Facebook connection byk memang kne ade duit utk buat FB ads.. hehehe
best sebab bloh boleh meraban kalau kena gaya bias abuat fulus.
setuju… blog gak terbest! Thanks sifu. Buat akak rasa tersemangat sikit
Betul tu. suka dengar nasihat sifu.. Terima kasih bro titan. 😀
panjang aih sifu punya entri.hahaha..letih baca tapi deep giler.hehe 😈
Mcm bercinta jugak kan. Kena ada connection dulu he he.. Baru boleh STRIKE!
Bercinta pun ada strike eh? haha
blog juga yang best..tak bosan tapi kalau facebook kejap dah bosan.. banyak yang mengarut.
Facebook sesuai untuk jadi tempat promosi.
Blog, lebih sesuai untuk run bisnes dan bina brand.
blog ada potensi luar batasan..hanya blogger sahaja kenal potensi tersebut..cuma perlukan kesabaran kerana duit tak datang tiba.tiba dari blog kecuali blog itu dah ada connection yang power punya!
Ya.
Blogger lebih luas dan tak ada batasannya.
Banyak peluang yang boleh kita rebut melalui penggunaan blog yang bijaksana.
dengan blog terbukti ianya pemasaran yg baik, customer saya ramai juga yg dtg dari pembaca blog. tp diorg ingatkan ajumohit tu non muslim owh apakah
Nak masuk line blogger awak bleh?
Masuk je la.
Pintu terbuka sentiasa. haha
Betullah tak temberang. Buat semua tu sebenarnya untuk dapat duit.
Internet connection sangat2 penting ! baru try celcom ok dekat banting 😉
I love being a blogger. Walaupun syok sendiri kadang2, tapi ada jugak connection dengan orang luar. hahaha
Syok sendiri itu penting.
Bukan blogger sejati kalau tak syok sendiri. haha
tetap pilih blogger sebagai medan buat duit…
Ya.
Aku pilih line ini sebab aku rasa benda ni memang mencabar aku dan lebih sesuai dengan aku. hoho
Terbaik tuan ! 😉
Salam. Macam mana nak belajar buat duit dengan blog dengan Titan? Terima kasih.