Ya.
Aku rasa kena ada kasut raya BARU.
Memandangkan baru aje berBINI ni kan, aku rasa kenalah juga bergaya sikit untuk bini aku tu. Takdelah bini aku pakai cantik-cantik untuk aku, tapi aku pakai selipar jepun, lipat seluar sebelah je tinggi, butang baju tak ada..
so, kena la ubah imej sikit. Tak perlu banyak. Sikit pun dah cukup menggembirakan bini aku.
Mak aku pun aku rasa mesti gembira. Sebab sebagai bekas konsultan fashion aku setelah digantikan oleh bini aku, mesti mak aku turut gembira apabila aku dah ubah imej jadi kemas sikit. Maklumlah, jadi cikgu ni..memang kena SKEMA dan smart sikit. Takkan kat sekolah aje nak SMART. Pergi beli santan pun kalau boleh, mak aku nak aku masukkan baju kat dalam. Lagi seronok kalau dia dapat tengok aku pakai kasut dengan stokin lagi masa tu. Ohh..
Oleh itu, sebagai langkah awal untuk jadi skema sikit ni..aku rasa nak kena beli kasut baru. Kasut yang aku ada selama ini hanyalah kasut sukan jenama ADIDAS, PUMA dan BATA. Jadi, kenalah cuba jenama lain. Tak kiralah jenama tu popular atau tidak.
Jadi, setelah puas menyelak-nyelak kat website ZAlora yang aku rasa niche dia lebih cenderung ke arah fasion dan pakaian. Jadi, kasut yang namanya Rocklander Snickers inilah yang jadi pilihan aku.
Yang bagusnya juga, Zalora ni ada gak sediakan panduan untuk ukur saiz kaki. Ini yang aku rasakan agak menarik berbanding website lain yang kekadang takde langsung panduan macam ini. So far..menarik gak dan memudahkan. Yang lagi bagus..kalau aku tambah sikit duit sehingga lebih RM75, aku tak perlu bayar duit pos. Dan lepas itu..aku leh guna voucher RM20 diorang plak. So..masih MURAH lagi tu. (Boleh jadi ke taktik macam ini? Nanti aku cuba. Haha..)
- Harga – RM55
- Upper Material – Synthetic leather
- Inner Material – Fabric
- Sole Material – Synthetic
- Colour – Brown/black
- Enjoy the flexibility of our 30-days free returns policy! Simply pack the item; with its original packaging and tags, and the return slip into the ZALORA delivery package. Then, simply drop the package off at your nearest POSLAJU branch!
- COD is enabled for this item for select post codes in Malaysia. COD is not enable for Brunei
- Estimated delivery time for this item is 1 – 3 business days (4 days for East Malaysia / Brunei).
Rocklander offers a wide collection of shoes for men. Made of high quality materials it can be found at Zalora Malaysia at affordable price! Guys, it is the time where you should revamp your shoes collection with the new one and those from Rocklander are indeed perfect for you.
So far..memang nekad gak nak beli kasut ni. Kalau BELI sekarang, 1 hingga 3 hari aje dah boleh sampai katanya. So, masih sempat lagi beli sebab hari raya pun lambat lagi.
Walaupun aku agak sinikal dan spektikal sikit bab-bab beli kasut secara online sebab aku lebih selesa try kasut kat kedai. Yelah, kalau tak muat, leh tukar yang lain. Kalau online ni, bukan tak leh tukar, tapi dah jadi satu kerja nak complain, nak contact sana-sini. So..lepas ni, aku kena ukur berapa saiz kaki aku dan pilih saiz yang sesuai kat Zalora ni.
Maklumlah, ini kali pertama beli kasut secara online, kan?
Hoho..
Okeh.
PERHATIAN.
Kepada Bini tersayang..
“Sayanngggg..HADIAHKAN Abang kasut Rocklander ni, boleh?”
…
….
Haha.
Apapun, kalau korang nak shopping benda berfashion dan pakaian yang pelik-pelik sikit, Zalora memang antara tempat shopping online yang memang banyak pilihannya.
Dah, pi beli. Harganya boleh tahan murah gak selepas ditolak diskaun sana-sini.
–> Beli Rocklander Snickers Raya online
Ps: Kalau serius nak shopping kat Zalora ni, register email dulu. Nanti leh dapat kupon diskaun RM20. Banyak jugak tu. Hoho..
8,530 total views, 1 views today
Fuh bergaya le dia dihari raya nanti ye..:) Ni yang buat jeles ni, nak gi cari satu kat zalora gak le
Kena cari satu macam yang sifu bagi ini. 😀
Asyik jeles je nih.
Haha. gi la beli banyak-banyak.
wah…lawalah kasut ni, takde masalah pakai dengan baju raya baru..
betul tu. Cantik kasut ni.. 😀
Lawa sikit la. Tak lawa banyak. Haha
“Boleh… Ambiklah…” jawab sayang..
Emm sejak ada bini ni, ayat macam manja pelik aje..hahahaha…kasut ni memang cun gak..tapi betul la tu encik kan..kalau tak muat, susah ha..lagi cerewet bila nak kena ukur saiz sendiri tu..tapi tak apalah..menda ni cerewet sebab kita pertama kali beli..kalau sepuluh kali beli secara online, mesti dah jadi perkara biasa.. Kan?huhu..
Selamat berpuasa Encik Titan dan Puan Titan.. Anak dah lakar ke belum??? 😈
Masih gigih berusaha dalam praktikal.
HOho. 😈
Amboi sejak berkahwin ini bukan main hendak bergaya lagi. 🙂
makin sayang nanti bini sifu.. Sebab makin smart..
Apapun, tak salah bergaya untuk bini tersayang. Hoho
wah smart lah.. harga pun murah je kan.. tapi xminat kasut cam ni.. mungkin lepas dah ada bini boleh kot rasa nak pakai kasut cam ni..hehehe 😆
Kasut ni memang smart untuk di miliki.. Kena dapatkan satu ni. 😆
Jadi..apa lagi.
cepat-cepatlah berbini dua. Yehh!
amboi bukan main bodek wife…pernah beli kasut kat sana… sampai-sampai ketat..kadang-kadang walaupun size sama..tapi ikut jenis kasut juga.
Sebab tu kena lebih berhati-hati bab bila beli kasut ni. haha
wah bergaya sakalah dia nanti eh…yelah dah jadi laki owang
Yelah..
sekali-sekala. Tak salah bergaya untuk bini. Haha.
xde mood raya walaupun dah bekerja. den kena ada bini bru ada mood balik kot..hehehe
Silalah berbini dua.
In-sha Allah. Mood tu datang balik. Hoho
ok. gua tag entri ni kat bini gua…hahaha
rajin plak hang nak tag-tag dia eh.
😈