Ya.
Ada masanya aku terfikir, pasti suatu hari nanti aku akan berhenti dari menulis blog. Cuma bilakah waktu yang sesuai itu, aku tak tahu. Dan aku yakin, masa itu akan datang pada bila-bila masa dan mungkin datang tanpa kita sedar.
Aku juga kadang-kadang rasa, mungkin sudah masanya aku pergi ke “next level” dimana aku dah tak perlu lagi menulis untuk mendapatkan keuntungan. Bukan sebab aku dah kaya atau aku sudah berpuas hati dengan apa yang aku dapat selama ini. Mungkin sebab aku mahu selera baru.
Sebab itu, aku banyak buat percubaan demi percubaan untuk berhenti menulis apa yang aku biasa tulis.
Aku yakin, korang pun sudah agak masak dengan apa yang aku selalu sampaikan melalui blog-blog aku. Kadang-kadang membuatkan orang terasa sangat dihati, kadang-kala membuatkan makcik-makcik beg besar geram yang amat dan kadang kala membuatkan gadis-gadis comel diluar sana ingin menjadikan aku sebagai suami tersayang mereka walaupun aku sudah ada berbini.
Sebab itu, mungkin aku patut berhenti menulis blog dan mungkin juga berhenti dari sambung menulis draft Kitab Teknik SEO Merah Jambu versi 2.0?
Walaupun mungkin bukan untuk satu tempoh yang lama.
Tapi untuk satu-satu ketika, aku akan berhenti menulis.
…
….
Yah, aku patut berhenti menulis blog.
Keluar dari kepompong selesa aku.
- Mungkin aku patut lebih banyak menonton rancangan television yang sudah lama aku tinggalkan.
- Mungkin juga aku patut menonton lebih banyak drama tv3.
- Mungkin aku juga patut lebih banyak berjalan-jalan diluar negara.
- Mengambil angin baru.
- Mengambil suasana baru. Melihat dunia baru dan juga mencari sesuatu yang berbeza berbanding apa yang sedang aku nikmati sekarang.
- Mungkin juga aku patut tinggalkan tabiat memakan cendol dan mencuba makanan lain yang lebih mahal dan menyelerakan. Haha..
- Mungkin untuk tidak lagi mencuba menang contest SEO Buffet Ramadhan Casa Ombak atau pertandingan-pertandingan yang lain. Cuba bagi blogger baru untuk menempah nama. Asyik orang yang sama aje menang pun tidak bagus. Mesti korang pun menyampah. Ini masanya untuk beri peluang pada orang lain untuk menambah portfolio yang bagus dikalangan blogger baru di Malaysia agar berusaha dengan lebih bersungguh-sungguh.
Senang cakap..
Aku patut cuba sesuatu yang baru.
Dan cabar diri untuk buat sesuatu yang berbeza.
Lagipun, artikel-artikel merepek yang aku tulis panjang-panjang itu pun, bukannya ramai yang suka baca pun, kan? Dalam hati korang, mesti dok menyampah sebab TERPAKSA baca artikel-artikel panjang-panjang dalam artikel aku.
Tak boleh ke tulis pendek sikit?
…
….
Well..
Aku dilahirkan dengan bakat menulis artikel panjang-panjang.
Bukan pendek-pendek. Itu bukan kemahiran aku yang hebat.
Namun, tak kesahlah panjang atau pendek sesuatu artikel itu, asalkan artikel itu mampu sentuh hati dan perasaan orang lain, itu dah cukup.
Ya. Itu dah cukup sebenarnya.
Tak kiralah untuk tarik pembaca baru, tak kiralah untuk menang pertandingan atau tak kiralah untuk mendapatkan sales..
Yang penting, jika artikel yang aku tulis itu mampu menyentuh dan menawan hati pembaca, itu dah lebih dari cukup.
Lebih menggembirakan lagi bila artikel itu mampu membantu orang lain dalam macam-macam perkara.
…
….
Soalan aku sekarang.
Patutkah aku bertukar jadi Kamen Rider?
dan mengapa German patut menang pagi ini?
10,218 total views, 1 views today
😀
😀 Tak yah dok nak mimpi jadi karmen rider lh Sifu… Jadi bisnes man lg berpekdah. Teruskan menggeletek hati akak baca entri2 yg kelakar tapi maksud tersirat macam ni.
German memang patut menang sebab Allah dah tetapkan dia menang. Kalo Allah kata kalah, kalahlah dia… 😆

Yehh!
German menang.
Yea..menang Jermen..
Tapi kalo sifu nk try jadi Karmrn Rider tu, cube le try test. Akak tak marah pong… 😀
Dah jadi dah kejap tadi.
Sekarang dah tukar balik dah. Tak leh lama-lama. Haha
hehehe..betul tu. Tak boleh lama-lama. 😀
Mana boleh macam tu. sekejap boleh la kan. 💡
Jerman dah menang pagi ini kan sifu..
Ya. Sudah menang dengsn bergaya.
Hojo
Untunglah mempunyai bakat mampu menulis artikel dengan panjang. Berbanding orang lain perlu mengasah bakat untuk menulis dengan panjang itu pun belum tentu artikel yang ditulis ada ‘directions’. 🙂
Bakat tu ada pada semua orang. Kita kene latih dan usahs aje.
kena selalu berlatih macam inikan? 😀
Kalau hang jadi Kamen Rider, kawe jadi Power Ranger je lah. Yang pink ranger
Boleh je.
Takde hal punya. Gua ok je maa.
Aku tak ada bakat tulis panjang2.. 🙁
Kena cuba..baru tau. Hoho..
betul tu. saya pun tak pandai nak tulis panjang-panjang. Kena menuntut dengan sifu lagi macam ni. 😀
apa2 pun german dah menang pagi tadi .. huhuh..
Ya. Dah menang.
Yeh! Hehe..
Kamen Rider boleh Suria Baja Hitam pun boleh.
Haha.
Ya. Mana2 pum bulih.
Suria baja hitam ini cerita lama kan? 💡
memang patut pun German menang, dan cepat sikit abiskan draf Teknik SEO Merah Jambu Versi 2 tu ye..aha
Haha..serius. memang sibuk benar ni maaa..
Patutkah akak berhenti komen dan juga menjadi suria perkasa hitam?
Boleh juga kalau berminat. Hoho 😥
Suria baja hitam versi baru macam ni. 😎
takpayah la nak jadi Kamen Rider bro..
jadi ULTRAMAN terus 😀
btw whatever decision u will make, jgn lupa kawan2 blogger hehe
Ultraman payah sket.
Tempoh masa dia 3 minit je..
Ah tak best la kalau ko benti, nak aku pun ase malas nak update blog jugak
Ehh..kenapa plak macam tu. Haha
Kenapa tak nak tunggu saya berjaya jadi pengganti Encik Titan lu baru nak stop tulis blog?
Kalau Encik Titan berhenti tulis blog sekarang dan jadi kamen rider, saya pun nak ikut jejak encik titan gak.. Cuma saya tak nak jadi kamen rider..
Nak jadi Naruto hidup yang simple tapi penuh dengan kebahagiaan riang-riang macam kanak-kanak ribena..
Jadi, kesimpulannya, jangan berhenti jadi kamen rider.. Tapi berhenti simpan impian untuk stop menulis..
Tapi kalau dah tertulis, esok ataupun mahupun bila-bila pun encik titan memang bukan penulis blog lagi, saya redha dengan hati yang pasrah…
Haha
Tunggu aj bila masanya itu.
Jadi guru besar pulak lah bro… hehe
Itu memang salh satu impian aku.
Hoho..
Lama-lama boleh jadi guru besar. 😀
Kita boleh jadikan apa saja, asalkan memberi kebaikan kepada kita, keluarga dan orang lain. Kamen Rider oh kamen rider…
Spo..
Meh jadi kamen rider ramai-ramai. Hoho
Apa kelebihan untuk jadi Kemen Rider, kenapa En Titan tak jadi Naruto…saja.
Naruto cuma ada seorang je. Kamen rider boleh ramai.
itu je sebabnya. Hoho..
klu lu jadi kamen rider, brapa lama boleh kekal jadi kamen rider?
Sampai musuh dikalahkan la. Takde limit masa macam ultraman.
Ikut suka hati aku sebenarnya. Haha..
Apa lagi jadi seorang ayah lah lepas ini. best apa 😀
Haha..
Betol juga tu. Kene usaha lebih ni. 😈
Nape cari MH17, Keluar entri ni ek?

Haha..
Boar betol ni. Tak wat apa apa lagi nih. Hoho..
jangan lah jangan lh berhenti menulis ….
kalau berhenti menulis mesti kurang sorang blogger hebat .. huhuhu
okey pasal entry panjng dan merepek tu say baca cuma saya tak baca entry komisen dan payment bla bla bla ( ssbb boring )
yeayyyy german menang …. 🙄