Yap.
Hari ini aku akan bercerita tentang satu lagi pakej istimewa yang disediakan oleh pihak Spa Ampang Aishah Radhiah.
Majoriti orang akan ingat bahawa kebanyakkan Spa kat Ampang ni hanyalah untuk memanjakan kulit dan badan sahaja. Tempat khas untuk merehatkan minda dan badan.
Bila diberitahu bahawa Spa Ampang Aishah Radhiah ini ada turut menawarkan pakej berpantang secara tradisional, semuanya hampir terkejut. Dan lebih terkejut, ada yang tidak tahu bahawa kebanyakkan cawangan Spa Aishah Radhiah ini SEBENARNYA berada berdekatan dengan rumah mereka.
Apa yang ada dalam Pakej Berpantang Tradisional Spa Ampang Aishah Radhiah ini?
Mereka akan lakukan rawatan seperti berikut:
- Lulur Badan
- Mandian Harba
- Urutan lepas bersalin
- Bertungku Herba dan Halia
- Bertangas
- Param + Pilis + Bengkung
- Mandi + Urut Bayi
- Minuman Herba
Berapa tempoh masa ketika melakukan “rawatan” ini?
Tengok pakej. Ada pakej 3 hari, pakej 7 hari dan 10 hari. Setiap pakej, ada harga yang berbeza.
Rujuk harga disini – Harga Pakej Berpantang Tradisional Spa Aishah Radhiah
Kelebihan dan kebaikan Berpantang
Ada sesetengah orang berpendapat, “berpantang” ni tak perlu buat pun tak apa. Itu bergantung pada pendapat sesetengah orang. Tapi, kalau rasa badan tu lemah sangat, elok sangatlah berpantang. Demi faktor kesihatan. Bahaya juga sebenarnya kalau tak berpantang ni. Nanti segala benda korang nak buat. Habis je bersalin, terus nak main badminton. Rabak satu badan dibuatnya nanti. Lepas tu, makan ikut suka hati tekak kita aje. Kang demam berbulan-bulan, baru la tau.
Sebab itu, kena berpantang. Sebab ada banyak benda yang kita tak tahu.
- Dari segi kesihatan, doktor menggalakkan agar hubungan seks tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ini kerana si ibu baru saja melalui proses yang sangat menyakitkan. Oleh itu, si isteri memang memerlukan masa untuk badan kembali sihat dan kuat. Selain dari itu, ia juga untuk memberi masa kepada bahagian sulit untuk sembuh sepenuhnya apatah lagi bagi mereka yang mempunyai luka eposiotomi. Luka episiotomi ialah potongan yang dilakukan di bahagian perinium apabila bayi memerlukan bukaan yang lebih besar untuk keluar sewaktu proses bersalin. Luka ini kena baik dulu. Harap semua suami-suami ambil tahu dalam hal ini ye.
- Dari sudut agama pula, darah nifas biasanya keluar dalam tempoh 44 hari selepas bersalin. Dalam tempoh ini tidak diwajibkan bagi ibu yang baru lepas bersalin untuk berpuasa dan sembahyang serta ditegah dari mengadakan hubungan kelamin bersama pasangan.
- Sebab itu biasanya encik-encik SUAMI ni akan berpuasa dekat 1 hingga 3 bulan LAMANYA. Agar badan kembali “SLIM”, bergetah dan bersemangat waja semula.
- Bahaya “air embolism“ – Sebab lain kenapa dari segi kesihatan kenapa hubungan kelamin bersama pasangan hanya boleh dilakukan selepas 6 minggu ialah tentang kemungkinan terjadinya air embolism (tak tau apa maknanya dalam bahasa) terutama apabila melibatkan oral sex. Air embolism ialah apabila sejumlah udara yang terperangkap dan masuk ke salur pembuluh darah, dan boleh menyebabkan kematian. Ini kerana pada 6 minggu pertama selepas bersalin bahagian rahim masih lagi belum sembuh sepenuhnya.
- Itu tak campur lagi pantang bab makan lagi. Haa..macam-macam lagi kena jaga bila berpantang nih..
- Burger bakar lagilah tak bolehh..
“Err..burger bakar pun tak boleh ke bro?”
“Boleh. Tapi hang la yang makan. Dan JANGAN makan depan bini..”
Oleh itu, sedikit sebanyak pakej berpantang tradisional yang dilakukan oleh Spa Ampang Aishah Radhiah dan cawangannya itu dapat membantu meringankan kesakitan dan derita si isteri. Bolehlah si isteri bermanja dan berehat seketika selepas berusaha keras selama 8-9 bulan lamanya. Barulah pengorbanannya itu terasa dihargai dan disayangi selalu..
Jadi, selepas ini kalau dah selesai beranak tu, bolehlah Encik suami-suami semua ambillah pakej berpantang tradisional yang ditawarkan oleh pihak Spa Ampang Aishah Radhiah ini untuk dihadiahkan kepada si isteri. In-sha Allah, sedikit sebanyak akan membantu dan memudahkan kaum ibu muda yang kadang kalanya memang TAK TAHU kat mana nak dapatkan pakej berpantang. Bukan apa, kekadang kita tercari-cari pakej berpantang secara tradisional, tapi tak tahu dimana nak cari, tak tahu siapa yang boleh buat dan takut untuk mencuba. Betul tak?
Biasanya, mereka mengharapkan ibu bapa dan suami mereka sahaja yang uruskan hal ini. Jika ada rakan-rakan terdekat yang boleh bantu ketika dalam berpantang ini, merekalah yang dicari. Kalau ibu bapa jauh? Kalau mereka ada kesulitan? Dah satu hal pula menyusahkan mereka, kan? Jadi, Spa Aishah Radhiah ini adalah alternatif terbaik bagi mereka-mereka yang ingin membuat pakej berpantang secara tradisional dirumah masing-masing.
Tak perlu keluar rumah, tak perlu kena paksa suami bawa kereta jauh-jauh.
Kalau korang tidak berada berdekatan di kawasan Ampang, korang boleh juga boleh terus ke cawangan Spa Aishah Radhiah yang lain yang terletak di Bangi, Kota Damansara, Shah Alam dan Seremban. Hanya perlu hubungi mereka dan buat tempahan. Pihak Spa Aishah Radhiah menawarkan pakej berpantang tradisional ini dilakukan dirumah masing-masing. Mereka akan pergi ke rumah anda dan lakukan apa yang terdapat dalam pakej berpantang tersebut.
Untuk tempahan online dan telefon:
Spa Aishah Radhiah cawangan AMPANG
(Opposite Ampang Putri, Ampang point Shoplot)
No 60M, Jalan Mamanda 9, Taman Dato’ Ahmad Razali,
68000 Ampang, Selangor
GPS koordinat – 3.158782, 101.752110
Hp: 012-9422798 (Call atau SMS nombor ini untuk tempahan)
Official Website: http://aishahradhiahspa.com/ (Online booking juga diterima disini)
Business Hour: 10:00 pagi hingga 6:00 petang. Setiap hari.
Jika tinggal jauh dari Ampang, tetapi rumah berdekatan pula dengan Kota Damansara, Bangi, Seremban dan Shah Alam, boleh sms atau call untuk buat tempahan atau tanya alamat untuk cawangan yang lain. Mereka akan layan anda dengan penuh kasih sayang.
Get 10 sessions of Gold Deep Cleansing Facial or 3 sessions of RATU package for RM 1000 only – AUGUST promo from Spa Aishah Radhiah
Ps: Kalau bini mengandung nanti, mungkin boleh cuba juga pakej berpantang nih. Hehe..
11,301 total views, 1 views today
zaman sekarang berpantang pun ada pakej…
Haha.
Itulah.
Dah ada pakej. Lebih senang dan memudahkan semua orang.
Satu perghargaan buat isteri tersayang..kena ambik ni
Haa.
Silalah bawa bini cuba Spa Aishah Radhiah ini ye? 😉
Isteri dah habis pantang. 😉
Takpe.
Try tahun depan pula. 😈
Huh!Dasyat spa ni…
Ehh..
apa yang dahsyatnya nih???
Menarik ni. Boleh hadiah untuk bini pasni
Haa..
kalau dekat dengan rumah hang, bolehlah try spa ni nanti ye.
Ehh apa pulak makna bertangas ni encik titan?pertama kali dgr nih…
Wah..ayat paling last tu yang tak tahan..dah ada tanda2 nak jadi bapa ke Titan?.. 🙂
Tak lagi.
Sabar.
Sabar.
Haha.. 😈
bila isteri dalam pantang
suami juga mesti turut sama
banyak benda nak kena pantang
Itulah.
Kena pantang semua orang. Haha..
wah..berpantang pun ada servis dan pakej.. menarik ni.. 😯 😯 😯
Ya.
At least, dapat membantu serba sedikit. Pakej ni nak kasi mudah orang faham. Takdelah nanti tertanya-tanya apa yang kena buat masa berpantang.
Haha namapak gaya hang dah bersedia untuk masa hadapan ehhh 🙂
dekat dengan rumah nie, tapi tak preggy lagi nie..tunggu next batch..hahahaha
Menarik kan.
Wifey ambe dlm bulan 10 ni bersalin lah.
Terpaksa cari area kulim jerk…sebab tinggal kat sini.