Ya.
Selamat Hari Raya AidilFitri.
Nampaknya..
semua orang masih SIBUK dengan akaun facebook walaupun hari raya telah pun tiba.
Semuanya sibuk dengan isu-isu dunia. Baik dari musim berpuasa hinggalah dah hari raya. Semua dok sibuk dok rumah tapi tak rajin gi wat baraan ataupun melawat rumah saudara dan jiran-jiran. Masa raya inilah nak dok kenal saudara masing-masing dan kenal keluarga-keluarga mertua oii..kalau tidak, masa bila lagi..
Semuanya sibuk dengan macam-macam perkara sampai benda-benda asas macam ini sentiasa dilupakan.
Tak kurang juga yang sibuk mempertikaikan macam-macam perkara. Tak kiralah benda baik atau tidak, benda halal dan haram dan juga benda berdosa dan tidak berdosa. Termasuklah juga isu-isu berikut..
Israel cuba memburukkan nama Malaysia.
Pehh..berani depa cakap begitu. Kalau berani, meh turun Malaysia. Cakap jauh-jauh melalui media bolehlah. Lu orang berani..turun kat mana-mana negara Islam. Dan lu cakap la sekali lagi kalau berani..
Isu nak boikot sana-sini. Bagus dah boikot tu. Tapi aku tengok dah bertahun-tahun, isu boikot nih dah jadi macam isu bermusim. Asal ada negara kena serang, ada negara kena bom..masa itulah baru kita nak boikot sana-sini. Tak sampai 2-3 bulan tu..hang dok makan juga kat situ. Orang kita memang ramai yang kategori “LALANG”.
Isu MH370 dan MH17
Macam-macam spekulasi timbul. Masing-masing cuba cari pasal. Lebih-lebih geng-geng Amerika. Tak habis-habis menyusahkan orang lain. Sampaikan orang Amerika sendiri benci apa yang dok ketua mereka buat. Takkan dah nak mati nanti baru nak insaf?
Isu nak menderma
Beb..nak derma. Derma sahaja. Tak payah nak show off sana-sini. Bak kata orang, nak derma dengan tangan kanan tu..jangan tangan kiri tu tahu pun. Tak yah nak printscreen dan tepek kat facebook. Ya. Aku tahu hang dah menderma. Tapi agak-agaklah..
Isu mintak derma untuk rumah itu, untuk bina masjid, untuk bina pusat tahfiz dan segala bagai lagi. Tapi duit derma tu tak sampai. Dan macam-macam lagi isu mempergunakan “derma” ini..
Itu belum masuk isu mempergunakan derma untuk MELARISKAN jualan produk. 10% daripada setiap jualan yang terhasil akan didermakan ke tabung Gaza. Setiap jualan akan diambil RM10 untuk didermakan ke tabung Palestin. Ini semua dilakukan untuk melariskan jualan. 100% aku tahu sebab nak lariskan sales. Ini langkah yang memang biasa orang kita buat.
Kalau betul nak derma..hang jual harga biasa atau harga asal. Dah dapat hasil jualan..hang nak derma berapa, terpulanglah masa itu. 10 juta ke, 10 sen ke..terpulang. Tak perlu sebelum hang nak menjual tu..hang tulis ayat-ayat pelaris seperti yang aku tulis tu.
Hang tak YAKIN kah dengan skill promosi hang itu?
Selfie kat kubur pun salah kah?
Bagi aku, ini isu sensitif.
Isu adab dan hormat. Jadi, kita perlu sensitif sebab orang sekarang ni memang dah banyak benar kacau bilaunya.
Selfie kat kubur, takdelah masalah sangat bagi aku.
Tapi isu yang baru plak..adalah isu pijak kubur dan berselfie dengan pakej senyuman. Isu dok berselfie kat kubur ni..dah ramai orang buat dulu lagi. Dok zaman kamera kotak tu lagi. Tau tak perbezaannya yang ketara itu? Yang membezakannya adalah gambar tu nampak macam mamat tu tengah dok pijak kubur atau gambar tu menunjukkan semacam dia sedang pijak kubur sambil senyum manja-manja gitu dengan mukanya yang tak cukup hensem itu.
Oleh sebab jawapan balas pelakon itu benar-benar agak kurang ajar bagi pemahaman aku. Sebab itu aku agak terasa. Hang tu LELAKI. Bukan perempuan. Takkan hang tak tahu bab adab-adab bila kat kubur. Hang nak salahkan mak abah dan pakcik makcik hang tak TEGUR hang pasal tu? Beb..tak tegur bukan bermakna hang tak bersalah. Kalau aku mak bapak hang..sampai kat rumah..memang aku terajang hang punya. Sebab bab HORMAT benda-benda kecil inilah yang selalu orang kita langgar dan membuatkan anak-anak dan budak-budak sekarang semakin kurang ajar dengan mak bapak dan orang tua.
Isu ini kira selesai kalau dia minta maaf dan tak tokok tambah dengan jawapan yang mengecewakan. Tapi sebab jawapan balas tu agak lewa dan menjengkelkan lagi isu sensitif ini, sebab itulah ramai yang marah termasuklah aku. Ya, korang mungkin kata aku KOLOT, aku kuno, aku ni BODOH..isu macam ini pun nak bising-bising. Tapi..ko bayangkanlah..kalau kat sekolah pun..budak-budak umur darjah 2 dan 3 pun boleh kurang ajar kat cikgu, dah boleh CARUT kat cikgu-cikgu, tapi cikgu tak leh marah diorang, cikgu tak leh lempang diorang, nak denda pun tak boleh sembarang, budak tak buat KERJA sekolah pun TAK BOLEH PAKSA, nak JELING pun tak boleh ..ko rasa diorang masa besar nanti mustahil tak pijak mak bapak diorang plak nanti?
Senang cakap, ini nasihat aku. Hang ajar la anak sendiri kat rumah. Aku cuma berminat nak ajar murid-murid yang hendak belajar sahaja. Yang tak nak belajar, nak main, tak nak dengar cakap cikgu, tak nak buat kerja sekolah, nak terajang kawan hari-hari..SILA DOK RUMAH dan gi la terajang anak patung kat rumah tu. Tak menyusahkan sesiapa dan tak menyakitkan hati sesiapa.
Dan sekarang, segelintir dari korang masih kata isu hormat dan adab itu adalah masalah kecil?
Tak berdosa. Tak menyusahkan orang. Tak bunuh orang pun. Bukannya menjatuhkan ekonomi negara dan tak juga mengurangkan hutang negara dan macam-macam lagi..
Itu kerana korang tak nampak IMPAK. Korang tak nampak impak dia SETIAP HARI.
dan impak dia..berpanjangan sampai bila-bila. Dan efek sampingan dia boleh tembak macam-macam perkara.
Korang mungkin tak nampak kesannya setiap hari. Tapi aku kat sekolah ni..dah nampak BANYAK kepincangan anak-anak zaman sekarang hampir setiap hari. Kalau yang aku sempat nasihat, aku nasihat. Kalau aku sempat lempang, aku lempang. Tapi bagaiamana yang aku tak sempat nak lempang? Tak sempat nak nasihat? Tak sempat nak didik?
Adakah korang mak bapak sambung nasihat dan lempang anak korang kat rumah bila mereka buat kesilapan?
Hari Raya tahun ini memang best.
Sebab apa?
- Sebab kali pertama sambut Raya bersama bini tersayang.
- Sebab dapat luangkan masa beraya di Kampung bini dan kampung aku. Sebab dah “official” bagi duit raya kat budak-budak dan anak buah. Dulu, bagi pun nak tak nak aje. Haha..
- Sebab baju raya bini yang tolong belikan.
- Sebab boleh bagi duit raya kat bini.
- Sebab dapat cuti lama sikit kali ini. Leh la bermanja dengan bini lama sikit.
Haha..
Kesimpulan.
Aku bukan Pakar SEO Malaysia. Jadi, tidak menang dalam pertandingan SEO itu adalah normal. Tak perlu nak hina aku sangat. Kalau dalam masa yang sama aku dapat 2 projek SEO yang berjumlah RM6 ribu..kenapa aku kena fokus pada pertandingan yang menawarkan hadiah sebanyak RM500 sahaja?
Tak semua orang suka benda pahit, benda benar dan benda jujur. – Encik Titan
7,766 total views, 1 views today
Bila ni nak wat open house kat Banting ni, dah ada orang umah ni leh le buat open haouse besar2an sikit kan..haiii teringin benor makcik nak rasa cendol banting.
Betul tu. Ada rumah terbuka ker tahun ini bro titan..
Isunya sekarang ni gua rindu betul nak makan cendol banting ni. Haha. Dulu kecik2 cendol banting tu benda wajib wa makan masa hari raya. Bila nak buat open house dekat cendol banting ni.
panjangnya celoteh hari raya ni.. hehehe
Berceloteh tentang isu semasa memang mengasyikkan. Dan inilah satu kaedah bagus untuk mengupdate blog.
best bace blog hari ni…hehe
Selamat hari raya bro.. Maaf zahir dan batin.. Tahun nie memang sibuk banyak.
memang banyak isu menjelang raya kali ini..ramai yang rajin mengupdate status kat FB..teringat pula kat iklan..balik kampung tapi masing-masing sibuk belek telefon 🙂
isu pelajar tak boleh dikasari ..pernah seorang guru luahkan kepada saya..sekarang semakin faham mengapa anak saya tak buat kerja rumah tapi cool semacam je berbanding zaman saya dulu sanggup bersengkang mata untuk menyiapkan kerja rumah..
Betul tu. Zaman dah berubah sekarang ini. 😆
Seronok sudah ada peneman. 🙂
Betul tu. Mesti bro titan dah seronok sekarang.
teman sehidup dan semati..
sempat juga cikgu membebel isu semasa time raya eh.. ekekeke…
Okeh, ini cerita bundle.. Memang best beraya lagi2 ditemani isteri. Napa tak singgah batu pahat bro?
Semuanya kumpul sekali.. Senang untuk kita baca.. 💡
Huhu..betul kan..isu derma ni, rasa macam makan cili kering aje..siapa makan lada dia yang terasa pedaas..haha..apa-apa pun, terima kasih atas nasihat yang sangat berharga ni..dan selamat hari raya Encik titan dan isteri..Untung lahhhh dia…ada orang take care…hahahaha
Fuhh macam2 hal ye..selfie kat kubur pon ade ye..nasib baik yabg selfie sambil terawih takde..
Dah lepas musim terawih. jadi tak ada yang ini rasanya.
Macam-macam cerita untuk raya tahun ini. 😆
apa boleh buat hati dia dah sakit gamaknya
tu dia… 6 isu sekaligus dalam 1 entri. Gua tabik spring 30juta kali dengan sifu nih.
Isu boikot, MH370 & MH17, Selfie pijak atas kubur, derma, Syoknya raya tahun ni & pakar SEO (menang kalah tu adatla kan… tak yahla nk pertikai ye dak? tu semua ketentuan Allah…) dihalusi dgn penuh tertib. Terbaikkkk…
Alahai kawe lalu aje Banting tempohari. Tak sempat cari bro. Raya tahun ni kawe punya jadual ketat lah. Banyak aktiviti plus anak buah lahir mengejut
Kalau anak2 ku kurang ajar kat sekolah, boleh je cikgu nak rotan.. xde hal. Pastu bila blk rumah, kne rotan lg sbb x beradab. Hehehe
Ikut cara2 kita kene masa kecik dulu. Nk cakap dgn cikgu pon malu2 dulu, inikan plak nk lawan cikgu..
woh… panjang giler karangan hari raya…
selamat hari raya maaf apa yg patut yer…
mestila seronok dah ada bini kan… haha
ramai sangat yang suka ambil kesempatan..tu yang kekadang jadi was2 nak menderma tu..btw, comelnye baby tu cebik mulut dia..hihi