Ya.
Selamat Hari Merdeka yang ke 57.
Hari ini, meh kita bercerita tentang kemerdekaan dari pelbagai sudut walaupun hakikatnya memang susah nak bercerita bab sejarah dan bab Merdeka ini.
Korang bacalah ye. Bukan senang aku nak merepek panjang macam ini. Haha..
GURU MERDEKA
Sebagai seorang guru, bulan Ogos adalah bulan paling menarik di sekolah kerana banyak program kemerdekaan akan diadakan.
Terlalu banyak program, pameran, kuiz dan pertandingan diadakan oleh setiap panitia dan kelab. Banyak kelab yang buat pertandingan melukis dan mewarna. Termasuklah aku yang pegang jawatan KP Pendidikan Kesihatan, Penyelaras KSSR, Penyelarasa PBS, Penyelaras Kelab Rukun Negara dan jawatan-jawatan yang lain.
Sebagai Penyelaras Kelab Rukun Negara yang baru sahaja merampas kuasa, aku ubah sejarah dan aku buat kuiz. Asyik-asyik bagi kertas dan suruh budak mewarna, aku sendiri dah rasa bosan. Sekurangnya, murid-murid tahu apakah dia bunga kebangsaan negara, apa nama perdana menteri, siapa bapa kemerdekaan negara dan banyak lagi.
Jadi, aku sendiri buat soalan kuiz dan beri soalan tentang kemederkaan kepada murid-murid. Ada soalan senang dan ada soalan susah. Nasib koranglah dapat jawab ke tidak. Ada satu soalan, memang level sekolah menengah. Siapa dapat jawab SATU soalan tu, dapatlah markah penuh.
Kalau budak tu betul-betul minat sejarah, dia boleh jawab.
Dan seperti yang aku duga..hanya DUA orang sahaja yang boleh jawab semua jawab dengan betul. Itupun, budak-budak kelas pandai. Yang lain..semua salah satu atau salah dua sahaja.
Jadi, berbanggalah juga dengan dua orang murid ni. Ada harapan untuk jadi ahli sejarah negara. Hoho..
Dan sebagai guru muzik juga, aku rasa tema untuk tahun ini sangat TEPAT dan kena dengan situasi negara kita. Memang aku akui nampak macam huru-hara sikit negara kita nih walaupun secara dalamannya kita masih aman dan bersatu hati. Bila ada isu panas, barulah rakyat Malaysia ni memang NAMPAK sangat bersatu padu.
Lihatlah isu perang di Gaza. Bila dicanangkan agar boikot jangan pergi makan kat McD, memang terus orang kita tak datang McD. Sampai naik kesian pun aku ada kedai-kedai McD nih.
Cuma aku harap, boikot ni bukanlah dalam satu jangka masa yang pendek sahaja. Buat secara berterusan dan jangan dijadikan sebagai ikut-ikutan bermusim sahaja..
Berbalik kepada cerita Muzik tadi,
Tema tahun ini sangat tepat. –> Di sini lahirnya sebuah Cinta
Kena pula ada lagu yang sedap. Dinyanyikan juga oleh orang yang tepat juga. Sedap juga didengar, nadanya pun best, ton dan irama juga sangat menarik. Kena dengan suasana negara kita pada tahun ini. Masa yang sangat tepat untuk ada lagu seperti ini.
Sampaikan..budak-budak yang aku ajar muzik kelas mereka,
SEMUANYA hafal lagu “Di sini lahirnya sebuah Cinta”.
Tak cukup bangga kau sebagai seorang guru Muzik terjun-terjunan nih?
Haha..
BLOGGER MERDEKA
Untuk mengaitkan kemerdekaan dengan dunia blogger, aku rasa setiap blogger ada pelbagai macam cara untuk tunjukkan rasa hormat dan bangga kita untuk Hari Merdeka tahun ini.
Apa yang aku akan terus buat, aku akan TERUS mempromosikan cendol Banting agar terus dikenali serata dunia. Biar blogger luar negara pun tahu tentang cendol sampai kena turun ke banting untuk rasa cendol paling sedap didunia. Haha..
Begitu juga dengan makanan tempatan yang lain, aku akan terus membawa nama baik Malaysia dalam siri-siri buat duit seperti yang aku lakukan sejak 10 tahun ini. Aku tak nak peristiwa yang berlaku dengan Clickbank, Payloadz, Widgetbucks, Adsense akan berulang kembali setelah banyak blogger-blogger lama berhempas pulas untuk menjaga nama baik Malaysia agar tidak lagi diBAN oleh program-program luar negara.
Syukurlah, dah banyak program yang boleh terima orang dari negara kita dan kita boleh buat duit dengan gemilang seperti tahun-tahun kegemilangan blogger lama.
It’s back.
The PLOW is coming back.
Dan sudah tentu, duit komisen affiliate akan LEBIH BANYAK. Haha..
Dan aku harap, blogger baru akan terus hormat menghormati antara satu sama lain. Yang patut tegur, kita tegur. Yang patut nasihat, kita nasihat. Yang patut kita tentang, kita tentang habis-habisan selepas nasihat dan teguran tak makan saman. Dan blogger lama, harap takdelah sombong sangat. Kalau ada masa, rajin-rajinlah bertegur sapa dengan blogger baru.
Benda baik, ada banyak keuntungannya.
Kalau ada nampak yang tak betul, blogger lama ni boleh tegur. Blogger baru pun, leh tegur sama. Jangan asyik main cakap-cakap belakang aje. Sampai bila pun takkan ada kesudahannya.
“Macam mana blogger tu nak berubah, kalau kita tak tegur direct ke dia? Tak puas lagi ke dok cakap belakang nih?”
Janganlah asyik dok kutuk dari jauh aje.
Tak suka, beritahu. Nasihat dan tegur apa yang patut.
Jangan dok gebang kat facebook sendiri aje. Faham?
SUAMI MERDEKA
Sebagai seorang suami, aku dah merdeka dari belenggu dunia seorang lelaki kacak yang bujang kerana sudah “UPGRADE” menjadi seorang SUAMI yang hensem dan gagah perkasa.
Jadi, aku kena lebih berhati-hati, lebih hormat dan berperangai lebih baik berbanding waktu bujang.
Dah tak boleh nak merdeka sangat.
Bila kita dah berkahwin, kita bukan berkahwin dengan satu orang sahaja. Kita berkahwin dengan keluarga mertua, dengan masyarakat mertau, dengan orang negeri mertua walaupun terpaksa dengan suka hatinya menyokong JDT sekarang.
Kalau tidak, nanti bini merajuk. Aku juga yang susah hati nanti. Haha..
Kesimpulan
Hari Merdeka tahun ini sangat meriah berbanding tahun-tahun lepas. Itu yang aku rasa. Orang lain, aku tidak tahu. FEEL “Merdeka” setiap orang adalah sangat berbeza mengikut emosi, tempat, persekitaran, suasana, budaya, agama dan macam-macam lagi. Ada orang rasa diri dia dah merdeka sangat, ada orang rasa macam tak merdeka langsung hari ini. Ada orang rasa, dia dah merdeka dari sudut agama. Dah tak tinggal solat, dah pandai baca al-quran dengan tajwid yang betul. Ada orang pula, dah rasa merdeka sebab dah kahwin dua.
Pendek kata, merdeka ini ada banyak definisi. Cuma ramai yang ambil kesempatan sempena Hari Merdeka tahun ini untuk menyerlahkan lagi kemerdekaan yang mereka rasa.
Tak kisahlah.
Janji, hangpa semua MERDEKA dan gembira disamping orang-orang yang korang sayang.
Aku akhiri karangan ini dengan serangkap pantun
KHAS untuk seluruh RAKYAT MALAYSIA tak kiralah korang berada di mana sekarang.
…
….
Cendol SEDAP cuma ada di Malaysia sahaja. Tak ada diluar sana.
Jadi, berbanggalah dengan negara kita..
MALAYSIA.
Selamat Hari Merdeka yang ke 57.
9,593 total views, 1 views today
hoho… menang dah… menang dah… terbaik punya karangan 300 lebih patah perkataan. Sepataah pun kak tak tinggal baca. Lagu video ni mmg sedap giler didengar dek halwa telinga
Haha..ni bukannya pertandingan maa..
MERDEKA ! hidup bebas – kedaionlinemy.com
Macam tiap masa je lu karang ayat panjang-panjang. Hoho
Yeke?
Aku rasa macam pendek lagi aje nih. 😳
macam biasa tulisan lu memang tak mengecewakan gua…bab kata orang orang tua santan dia lebih
Memang la santan lebih.
Dok hari-hari telan cendol. haha
Terbaik la entry ni.
Rasanya disini lahirnya sebuah cinta…sebab suka cara olahan ayat. Dalam diam, ambe akan try belajar. Huhuhu…
gua pun masih banyak kena belajar.
Mari belajar sama-sama.
perghh… panjang entri nie .. 300++ .. hehehe
kawan suka bab cikgu muzik nie.. sebb kawan pon amik jurusan yg sama kt ipt pasal muzik .. hehehe
Ohh..
orang muzik juga rupanya ye.
semangat bro ni…tahniah
maintain sampai pencen…hihi
Sampai pencen?
Itu aku tak tahu la. Haha..
Mudah-mudahan dipanjangkan umur.
merdeka merdeka merdeka..
betul la bro, den pun suka tema merdeka tahun ni, di sini lahirnya sebuah cinta.. klu lu cnta pada education, den cinta pada vacation..hehehe
education dan vacation.
Jauh tu. Beza tuh.
haha..
billion terima kasih sudi sertai cabaran denaihati “Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta” dan semuga sukses.
Ya.
Tengah takde bosan-bosan. Datang plak idea nak tulis. So..alang-alang..join je sekaki. hehe 😎
Nampak semangat Merdeka yang ditonjolkan. 🙂
Bersemangat jugaklah tahun ni.
Mungkin tempias budak-budak kot.
hehe. 😈
Menulis biar sampai dan jelas segala maklumat dan puas hati! Macam artikel ni!
Aku pun suka dgn tema merdeka tahun ni… Bilakah agaknya akan ada lagi penyanyi spt Sudirman yg mampu menjulang lagu patrotik sehebat lagu komersial sehingga disukai oleh semua kaum…
merdeka aku semalam sibuk semacam je
lapan kali ulang alik balik kampung
kampung aku dekat je
dan aku masih cintakan kampung aku tu
jom kibar jalur gemilang cikgu titan
Selamat hari merdeka…good luckkk… 🙂
wah~ contest lagi? hurmm~ byk dah contest yg saya tak dpt join…
kekangan masa.
lagu ‘disini lahirnya sebuah cinta’ tu saya da hafal sejak duk blaja kat ipt dengkil dulu… bila masuk hari merdeka nih org duk putar lagu tuh semula, terus duk teringat kenangan zaman2 blaja dulu.. huhu~
Selamat sambut hari merdeka bro..walaupun dah dua hari lepas tapi gua tetap nak ucap jugak..
Apa pun..entri ni memang best!..seperti biasa..
Blogger merdeka hebat.. tengah citer bab merdeka tetap diselitnya juga program cari duit tu.. he he memang hebat
Tema tahun nie, memang menarik bagi aku…
Haha..suka baca artikel ni..tak puas rasanya..selamat maju jaya encik titan…emm ok..tak mau cakap belakang2 dahhhh… 😥