Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41.
Hmm…
Ya. Oleh sebab bini aku pun entah macam mana boleh kena panggil untuk peperiksaan online kali ini. Jadi, aku pun ambil kesah sikitlah dengan benda ini.
Jadi, aku rasa bini aku mesti dah dok search macam-macam benda kat google.
Aku tak kesah.
Janji, jangan dia suruh aku “STUDY” sama sudahlah.
Panduan Khas Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
Oleh sebab aku memang dah lama gak dalam line blogger ni. Jadi aku tahu ada orang yang sediakan panduan khas untuk membantu calon-calon peperiksaan SPA untuk ulangkaji dan belajar apa-ap yang patut tentang peperiksaan tersebut.
Untuk peperiksaan SPA kali ini, mereka juga telah sediakan juga Panduan Khas Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41 ini. Jadi, aku pun suruhlah bini aku gi daftar mana yang patut.
Dari apa yang aku selidik dan baca.
Panduan Khas itu ada cerita dan kongsikan nota ringkas dan bantuan tambahan untuk membantu calon-calon SPA kali ini termasuklah bini aku untuk ulangkaji dan faham sikit tentang skop kerja dan tugas seorang Penguasa Kastam.
Antaranya..
- Info dan maklumat terkini Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
- Contoh Soalan Ulangkaji Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
- Nota rujukan dan tips Peperiksaan Penguasa Kastam W41
- Tips dan teknik menjawab Soalan Peperiksaan Penguasa Kastam Gred W41
- dan banyak lagi.
Pendek kata..
Agak membantulah juga untuk calon-calon ni. Sebab dah MENJIMATKAN MASA. Tak payah dah nak search banyak-banyak dan kena kaji tajuk mana yang akan keluar peperiksaan nanti. Sekurangnya, skop dan apa yang hendak dibaca itu sudah kecil. Dan boleh tumpu mana-mana yang patut. Kalau nak cari maklumat tambahan pun, cari mana yang penting-penting sahaja terutamanya kalau dah boleh target soalan yang bagaimana akan keluar.
Sedikit info tentang Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
- Tarikh peperiksaan: 6 September 2014
- Tempat: Depan laptop masing-masing. (Laptop pinjam pun boleh. Tapi kena minta izin dulu..)
- Wajib bawa apa? : Wajib ada talian internet yang stabil.
- TAHU angka giliran masing-masing. (Dalam email dari SPA ada diberi. Semak dalam email korang)
Exam ni ada terbahagi kepada beberapa seksyen.
- Seksyen A – Pengetahuan Am (9.00 – 9.55 am)
- Seksyen B – Penyelesaian Masalah (9.55 – 10.40 am)
- Seksyen C – Ujian Psikometrik (10.55 – 11.55 am)
Aku tak nak sentuh sangat bab seksyen A dan seksyen B.
Sebab aku rasa kalau korang rajin membaca, korang boleh jawab semua soalan itu. Kalau soalan melibatkan fakta, ianya sangat senang untuk dijawab. Dengan syarat, korang hafal dan ingat segala fakta tu. Jadi, pepandailah semua calon dalam peperiksaan kali ini menghafal seberapa banyak fakta yang korang mampu.
Lagipun, semua yang layak jadi calon peperiksaan kali ini majoritinya dah ada ijazah. Itu bermaksud..dah banyak peperiksaan besar yang korang semua pernah lalui.
Cuma kena ingat balik aje skill “STUDY” zaman dahulu kala tu sahaja..
Tak susah, kan?
Tapi seksyen C tu sebenarnya agak merbahaya bila aku baca info-infonya.
Salah teka jawapan, memang nangislah. Cadangan jawapan yang diberikan pula..memang ngeri. Cuma..
Ya dan Tidak.
- Kalau korang pilih Ya, dan jawapannya adalah SALAH. Korang mesti nanges macam tak makan nasi seminggu..
- Kalau korang pilih Ya, dan jawapannya adalah BETUL. Happy Ending.
Jadi, kena bijak sikit bila nak jawab Ujian Psikometrik ni.
Soalan dia memang mengelirukan disamping jawapan yang tidak banyak pilihan.
Tips dia..korang kena jadi orang yang paling skema dan kena betul-betul menjawab KEHENDAK SOALAN. Bukan jawab ikut KEHENDAK rusuk kiri korang atau perasaan bini korang. Ataupun, kena nak bertimbang rasa sangat dengan orang lain. Benda ni, memang kena jawab dengan HATI YANG SKEMA.
Tapi serius, dulu masa aku gi KPLI atau DPLI masa ujian MeDSI, ada soalan yang lebih kurang sama gak la. Bab-bab intergriti, ikhlas, jujur, displin dan etika seorang guru mesti dijawab dengan jawapan seorang guru yang skema. Tak boleh jawab ikut suka hati sendiri.
Sebab itu, aku sarankan korang dapatkan juga Panduan Khas dari Tim Infokerjaya ini. Disamping dapat nota rujukan tambahan, dapat maklumat terkini dan macam-macam lagi, korang juga disediakan contoh soalan yang direka untuk buat latih tubi. Dah habis jawab..ulang dan ulang lagi sampailah korang boleh faham kehendak soalan. Jadi, bila nak jawab soalan peperiksaan nanti..korang dah dilatih bagaimana hendak jawab soalan mengikut kehendak soalan.
“Ala..lebih kurang juga macam jawab soalan UPSR ka..SPM ka..”
Apa jenis soalan pun..mesti jawab ikut kehendak soalan. Bukan kehendak kita..
Ini sahaja RAHSIA untuk menjawab soalan. Tips paling MAHAL dari aku pada hari ini. Haha..
Kesimpulan.
BELI terus panduan khas itu. Harganya pun tidak mahal.
Dah dapat, buat ulangkaji, rajin membaca dan buat latih tubi.
Sediakan persekitaran yang sesuai untuk menjawab peperiksaan secara online.
Maksudnya, pastkan talian internet korang stabil dan tidak boleh diganggu oleh anasir-anasir luar seperti pakwe ajak tengok wayang, bini ajak gi shopping, suami ajak teman gi main golf, anak mintak susu dan segala bagai lagi. Bukan apa, takut korang tak fokus aje masa nak jawab peperiksaan. Bila GAGAL nanti, mulalah salahkan orang lain. Itu yang aku tak nak dengar tu..
Dah, gi beli kat link dibawah ini. Tapi kena daftar dulu.
Ikut apa yang Tim Info Kerjaya cadangkan.
Klik sini –> Panduan Khas Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41
Panduan Khas ini disediakan oleh Tim Info Kerjaya. Panduan ini cumalah alat bantuan untuk membantu calon lebih bersedia menjawab soalan dan menghadapi Peperiksaan Online Penguasa Kastam Gred W41. Panduan ini juga tidak menyediakan soalan bocor ataupun contoh soalan sebenar. Contoh soalan yang diberikan cumalah direka semata-mata untuk membantu calon lebih bersedia untuk menduduki peperiksaan ini. Contoh soalan yang disediakan juga bukan dari pihak SPA Malaysia. Harap maklum.
3,125 total views, 1 views today
persaingan sengit btol bro..nampak ramai blogger yang buat ni
Ohhh untung la isteri tu..semoga beliau berjaya..nanti leh dapat title suami penguasa kastam.. 😈
semoga berjaya kepada calon penguasa kastam w41. Dapatkan contoh soalan dan ulangkaji cepat2. All the best.
Hmmm cari idea… cari idea…
kalau betul2 study, insyallah boleh lulus… tapi ramai calon tahun nih…