BETUL.
Aku sokong kenyataan itu.
Kalau ko tulis ebook, memang tak boleh jadi kaya raya…kalau ko tak menjualnya.
…
….
Haha.
Bila aku kata macam tu, jadi “tegang” moment la plak dengan kawan aku sorang nih.
Dia tahu, aku ada tulis ebook. Dia tahu, aku ada jual ebook. Dia juga tahu, aku ada tolong orang lain jual ebook.
Cuma dia tak yakin dengan apa yang aku buat.
Sebab aku tak pakai kereta mahal-mahal. Sebab baju kerja aku dah lusuh. Baju dah luntur. Kalau warna pink tu, dah macam hampir dah warna putih. Tapi sebab nilai “warna” pink itu sangat tinggi, masih boleh dikatakan juga baju warna pink. Tapi kiranya pink cair sikit la. Dah tak pekat dah macam masa mula-mula beli dulu.
Lepas tu, pakai laptop murah-murah punya. Handpon pun pakai yang harga bawah seratus aje. Kasut sukan pun..dah lusuh walaupun pakai jenama Adidas. Siap suruh tukar yang baru lagi. Baju waktu PJ pun..kalau 4 hari waktu PJ kat sekolah..4 warna baju tu la yang dipakainya setiap minggu. Siap tahu dah hari apa pakai baju warna apa. Budak-budak sekolah pun tahu dah hari isnin..cikgu pakai baju warna apa..
“Tali leher pun..satu patern aje..lu takde tali leher lain ke?”
Cam gitulah kira-kira ngomelnya.
Aku cuma mampu senyum aje.
Malas nak celoteh banyak-banyak.
Tapi untuk menjawab kenyataan yang dia keluarkan tu. Aku ceritalah sikit. Mana tahu, dia tersesat ke sini. Leh tahu sikit-sikit kenapa aku masih kekalkan “GAYA” dari zaman belajar hinggalah sekarang.
Masa aku belajar dulu, aku ni memang KEDEKUT. Nak beli baju baru, memang mimpilah. Ada awek dulu pun, boleh kira dengan jari berapa kali aku bagi hadiah kat diorang. Itupun, siap mintak hadiah lagi. Memang tak la kan. Belum jadi bini, dah mintak bukan-bukan. Orang kedekut macam aku memang takkan bagi punya. Haha..
Paling hebat pun, makan kat KFC atau McD. Selalu pun bawa diorang semua gi makan nasi puteh dan lauk. Kekadang, time sengkek, bawa belanja makan roti canai je. Sekarang, nak makan kat restauran segera pun dah berapa lama dah aku tak pergi. Rindu juga kekadang dengan ayam KFC. Haha..
Laptop yang aku pakai ni, adalah laptop kedua aku. Laptop pertama..masih berfungsi lagi kat rumah. Tambah pula ada satu lagi komputer peribadi yang memang old skool gila sejak zaman belajar lagi. Itupun kakak aku punya sebenarnya. Cuma aku dah rampas kuasa aje. Dari warna putih sesuci warna susu, dah jadi warna kuning lusuh. Kalau aku tengah dok main game “PACMAN” guna disket besar dekat komputer tu..memang orang geleng kepala sebab rasa macam aku hidup zaman 90 an lagi. Dan aku tidak hairan sebab ramai orang kata aku ni AGAK kuno dan ketinggalan zaman sikit. Kekadang, aku pelik. Aku ni nampak kampung sangat ke? Jawa tu ketara sangat kerr??
Hapepuni, komputer lusuh kuning itulah yang membantu aku menulis lebih dari 5 ebook yang sangat banyak membantu aku melangsaikan hutang ptptn aku. Salah satu ebook aku, Panduan TNX 2.0 telah berjaya terjual lebih dari 500 unit.
Kitab Pink yang aku tulis itu pun dah melebihi 300 unit.
Jadi..masih mahu kata tulis ebook tu tak ada nilai?
Dan..
Handpon, aku ada 3 handpon sekarang. Satu handpon berharga RM58. Harga asal adalah RM68. Selepas mintak diskaun sana-sini. Dapatlah kurang RM10. Handpon ni..dah bertahun-tahun pakai. Simkad, masih pakai nombor yang sama sejak keluar universiti sejak tahun 2007 dulu. Handpon lain, aku ada telefon pintar jenama Ninetology Mini Pearl. Ini aku dapat percuma sebab MyEG bagi. Dan handpon paling mahal yang aku ada sekarang adalah Samsung Note 2 (Original set). Ini beli sebab terasa sangat nak pakai telefon mahal walaupun hakikatnya jarang benar bawa gi mana-mana. Yang dibawa ke hulu dan ke hilir..handpon RM58 itu la. Senang dan ringan. Kalau hilang pun, tak terasa nak tumbuk laki orang.
Baju lusuh pink tu? Aku sayang baju tu. Aku pakai sejak zaman kat universiti lagi. Sampailah hari ini. Masih muat dan antara baju yang ramai budak-budak sekolah ingat. Senang nak cari aku kalau kat sekolah. Baju PJ tu..aku pakai sejak zaman kat maktab. Baju itulah aku pakai dok hari-hari kat tempat kerja. Maklumlah, kelas PJ 4 hari seminggu. Takkanlah aku nak pakai baju kerja untuk kejar budak kat padang sekolah. Dan bajunya itu kainnya sedap. Dan memang aku saja pakai baju yang sama pada hari yang sama. Senang budak nak ingat dan senang aku nak ingat. Lagipun..aku malas benar nak beli baju baru. Dah ada baju lama, pakai ajelah sampai dah tak boleh pakai.
Takkanlah benda remeh macam ni pun sampai menyusahkan orang lain, kan?
Bab kereta pula. Ya. Dulu ada 2 kereta. Satu namanya ialah kereta kebal. Jenama tempatan. Kelisa. Pernah terlanggar tembok rumah bapak aku. Sampai pecah tembok tu. Tapi kelisa tu calar sikit aje. Lampu depan pun tak pecah. Tapi tembok tu boleh pecah dua. Tak gila kalau aku tak panggil kelisa tu kereta kebal? Tapi dah bagi kat adik aku. Adik aku la yang lenjan dan bayar tiap-tiap bulan. Lagipun, masa dia dapat kerja dulu..dia kena pakai kereta. Jadi, aku bagilah kat dia. Aku je gi mana-mana dengan motor lagenda tu. Tapi bila dah rasa jadi satu keperluan, aku gi angkat satu lagi kerea baru. Namanya Black Saga. Tak besar dan tak kecil sangat. Sederhana sahaja. Memudahkan aku bergerak dari point A ke point B tanpa masalah. Kekadang terhenjut gak bawa laju lebih dari 140 kmj. Itu kekadang dapat surat saman. Masih ada 20 ribu lebih lagi hutang kereta. Tapi takde hal. Bayar pelan-pelan. Tak nak aku bayar banyak-banyak. Kang orang jadi pelik la plak.
Jadi, nak pakai kereta mahal-mahal..bukan aku tak suka.
Aku suka. Sedap. Selesa. Luas. Leh bawa lagi laju..
Cuma macam aku bagitau sebelum ni..
aku ni kedekut.
…
….
Faham?
Lu orang faham orang KEDEKUT ni macam mana, kan?
Kesimpulan.
Tulis ebook dan jual ebook memang tak boleh bagi aku atau sesiapa kaya dengan cepat. Kena ambil masa. Kena banyak buat test dan error. Lagi-lagi kalau salah strategi dan teknik promosinya.
Tapi, aku tahu ada ramai orang yang jual ebook dan dah jadi kaya raya.
Ramai.
Tak nak aku sebut satu namanya. Korang cari la sendiri.
Aku masih menuju ke arah itu. Usaha ke arah itu walaupun kekadang memang penat.
Sampai tak cukup tidur.
Tidur pun kekadang tak sempat nak berdengkur. Ayam dah berkokok mintak bangun.
Sampai bini risau bila aku suka sangat tidur lambat walaupun dah kahwin.
Namun, bini aku tak perlu risau dan dia memang tak pernah risau lebih-lebih..sebab aku bukannya gi ngorat bini orang lain.
Aku gi buat kerja online aku. Buat kerja sekolah. Buat kerja untuk budak-budak.
Buat kerja demi masa depan budak-budak.
Dia cuma risau aku tak cukup rehat, tak cukup tidur. Nanti bangun lewat nak gi sekolah.
…
….
“Takpe. Abang kan hensem dan gagah perkasa. Awak jangan risau. Orang hensem-hensem ni..memang dia kurang tidur.”
Woha!
Malam ni, aku makan beger. Sedap. Sehingga menjilat jari. Maklumlah, makan beger bakar. Takkan la nak makan beger guna pisau dan sudu, kan? Kedai burger pun cantek. Bersih. Lalat pun tak ada kacau. Gajah apatah lagi. Mungkin diorang belajar dari ebook Bisnes Burger ni. Itu pasal leh laku keras burger bakar diorang nih. Terbaik beger korang.
Oh ya. Bab makan, aku memang tak kedekut sangat. Sebab aku tahu apa perasaannya bila tak boleh makan benda sedap-sedap. Aku tahu perasaannya bila berbulan-bulan tak makan nasi dan hari-hari hadap maggi dan biskut kering. Dan bila dah ada duit sikit ni, tak salah rasanya aku berhabis kat makanan. Kita bukannya hidup lama. Selagi leh makan benda sedap-sedap. Hadap ajelah. Toksah nak diet sangat. BMI aku pun masih terbilang dan gemilang. Janji hari-hari kejar budak kat padang sekolah, itu dah cukup nak cover apa yang patut. Haha..
Aku rasa dah bercelaru habis dah motif nak tulis artikel ni.
Ahh, lantaklah. Korang hadap ajelah artikel ni. Malas dah aku nak hedit.
9,377 total views, 1 views today
Nasihat ko bab makan tu memang aku terima dan akan aku amalkan sepanjang hayat… Hehehe..
kagum kagum… semoga tercapai hajat ko 🙂
sifu memang hebat.
hahahha,,, best jugk cerita kisah lama encik titan – kedaionlinemy.com
Yang penting bila simpan duit tu tak pakai-pakai disebabkan kedekut.. Duit dalam bank la berkepul-kepul terkumpul 😉
betul tu. banyak lagi ada dalam bank 💡
KEDEKUT. Mcm mn nak pau cendol nanti ni. HAHAHA
ler..
lu yang nak belanja gua, kan?
takkan la gua yang kena bayar plak.
kena belanja sifu kalau nak belajar dan dapat ilmu 😆
Tapi kau tak kedekut ilmu, tu yg bagusnya he….he…he…
Tentu duit dalam bank dah berbukit-bukit ni.. Tinggal nak tarah jer bukit tu, atau nak tunggu jadi 7 angka…
Baju pink tu tak nak kongsi, ye la peminat2 ni nak print, buat kenangsn..kah kah
Terbaik, pengisian bermakna dan bermanfaat,
Teruskan berkongsi…
Sentiasa panas untuk berkongsi ilmu baca blog sifu.
ye betul. bab kita ada duit ni tak perlu sangat nak cite kat orang lain.
kalau bangsa lain pakai baju cikai aje..still orang2 kita fikir..apek tu kaya lah walaupun naik basikal aje.
tapi bila bab rakan-rakan atau kaum sendiri..susah betul melayu mahu fikir positif.
Marah nampak saudara. Sabor yer takut nanti tukar menjadi kaler hijo. 🙂
mana baju pink? Nak tengok baju pink.. Hahahaha…
1. kami mohon baju kaler pink itu dipatternkan supaya tidak dislah guna oleh orang lain. 😈
2. tulis ebook memanglah tak kaya. yang kaya orang jual ebook. sama macam filem. orang buat filem tak kaya2 pun. orang jual filem kaya-raya.
kedekut untuk kebaikan elok taw hihik..yang penting hapy..tak kacau duit poket orang sudah..setuju dak huhuuuu
memang kedekut betul ni. haha, orang kedekut ni banyak duit.
Betul tu.Bukan kedekut.Cuma nak guna untuk keperluan lain.
aku pun kedekut gak
bini aku selalu je komplen
haha
bagus juga orang kedekut ni.. duit simpanan banyak kan..
Emm buat kerja sekolah ataupun buat kerja blog?hahaha…emm lambat lagi la saya nak sampai setahap yang encik titan gapai sekarang ni..hehe
tapi lu memang kedekut bro..tak pernah belanja gua makan cendol banting…
Fuh banyak cerita dalam satu artikel ni keh3
Jadi kedekutlah cepat kaya, lihat saja bangsa Cina, 1 sen pun mereka kira. Saya bukan kedekut, cuma duit tu ada la banyak, orang lain yang punya. Kereta tak ada dah jual masa nak mai tinggal di KL. Hanya motosikal EX5 je jadi teman pergi kerja dan balik. Kalau aku kaya….???? semua boleh jadi.
hmmm dah macam novel dah ha hehe
baru tahu kepakaran en titan bro tulis artikel.
pusing2 tapi tujuan dia tetap tercapai.
hehe…saya banyak belajar…
bro bukan kedekut tapi berhemat..jauh lebih baik dari boros!
Gua pun kedekut gak kadang2.. tapi boros pun ye gak. hahaha
kira jimat cermat lah ni, nak kata kedekut, adik dapat kereta, sambung bayar je…heee
makan banyak tak pe.. janji bmi sentiasa kekal gilang gemilang ye.. hehe 🙂
Berhemat dalam berbelanja.
uih ada chemistry ni…hehe saya pun kedekut gak. nak makan mahal tu kekadang sebulan or 2 bulan sekali baru pi..laa ni dapat income lebih sikit baru mengada makan lebih2…
Sikit-sikit lama-lama jadi gunung.
Saya pun ada ‘penyakit’ sama, nak tulis apa-apa dah malam-malam buta baru lancar.
Ko nak cerita pasal kedekut ke pasal tak boleh jadi kaya raya ni? 😯
Terus rasa nak karang ebook..macam dah ada terfikir niche apa..nak kaya juga pelan2..
Hahahha…suka pulak aku baca kali ni.
Memang nmpk kejujuran tu.
Apapun, terbaik la…prinsip idup yang mengekalkan diri sendiri dan tak perlu nak ikut orang lain.
Kita ialah siapa diri kita yang sebenar. Yang penting niat kita suci.
Haha.
Jujurlah sangat. 😈
tapi lu tak kedekut ilmu… salute!!
Kekadang, ada gak yang gua kedekut. haha
haha..memacam ko mengomel..:D
Sekali-sekala.
Bukan selalu pun. haha
En Titan nie kedekut tapi baik orangnya..
lega rasanya dapat habis baca entri lu bro…peduli ka orang nak kata..yang penting happy kan bro..hahaha..orang masih fikir kejayaan kena ada kereta besar, rumah besar dan bini besar..
Teruskan dgn kedekut yg berhikmat. Usaha tangga kejayaan..