Ya.
Salah satu cara nak buat duit paling senang dengan blog adalah dengan menyertai Program Affiliate Lazada.
Pendek kata, memang banyak juga sales yang aku dapat dari Lazada.
Berpuluh-puluh dah.
Mungkin dah nak beratus kali sales notifikasi masuk dalam akaun email aku.
Memandangkan Lazada dah buka platform baru menggunakan Hassoffers nih.
Jadi, korang boleh sertai mereka sekarang. Kalau guna platform lama tu, pening sikit. Tapi platform baru nih, kiranya lebih mudah dan lebih menyenangkan aku untuk monitor trafik dan juga memilih banner yang sesuai untuk dipromosikan.
Apa itu Lazada Affiliate Program?
Lazada Affiliate program memberikan peluang kepada mana-mana blogger untuk buat duit dengan Lazada dengan mempromosikan produk-produk yang ada di Lazada. Pilih produk yang korang hendak promosikan dan letak linknya di blog. Peratus untuk dapat sales di Lazada sangat tinggi kerana promosi-promosi GILA yang dilakukan oleh pihak Lazada. Kekadang, diskaun tak masuk akal. Tak hairan ramai blogger boleh dapat sales dari Lazada setiap hari.
Mula-mula memang skeptikal sikit dengan Lazada nih.
Tapi bila dah dapat banyak sales tanpa henti setiap bulan nih. Rasa macam kena kongsi gak dengan korang.
Aku tengah tunggu earning aku untuk diconvertkan ke akaun baru aku nih.
Baru la perasan.
Patutlah lain macam aje link promosi Lazada sekarang bila aku dok tengok orang lain promosi. Rupa-rupanya platform dah tukar. Aku aje yang masih BEBAL lagi guna platform lama. Tapi sales dari platform lama tetap masuk dan takkan kena buang. Itu janji dari pihak Lazada. Harap semua sales aku tu tak hilang dan komisen Lazada aku boleh ditunaikan ke akaun bank aku dengan sepantas guruh.
Haha..
So, kalau nak join boleh pergi buat pendaftaran sekarang.
Daftar kat sini –> Lazada Affiliate Program
Promosi terbaru dari Lazada. #MYcyberSALE. Masa inilah nak membeli belah sebab memang banyak produk yang panas tu semua dapat diberikan diskaun yang gila-gila. Rugi tak beli waktu macam ini. Harga memang jatuh habis. Hoho..
Updated: Link dah betulkan. Leh klik link diatas dan mula mendaftar. Maaf atas kesilapan teknikal yang memang tidak disengajakan.
20,712 total views, 2 views today
boleh tahan masyuk juga jadi affilate lazada nie…
Yap.
Boleh tahan l jugak. Haha..
haha macam tak tertahan gak den tangok 😆
saya pun tak tahan tengok ni,, rasa nak cuba dan nk beli kitab pink – kedaionlinemy.com
nampak gaya aku kena cuba juga la
jeles tengok orang dapat banyak duit
Cuba ajela.
Tak rugi pun sebenarnya. Hoho hooo..
Apasal dia tak pindahkan je data dari platform lama ke platform baru?
Bulan OKtober nanti kot baru pindahkan.
Diorang ada beritahu. Tapi aku tak ingat bulan berapa.
Nanti diorang akan transfer earning platform lama ke platform baru.
Buat masa ni, aku tumpu kat platform lama dulu. HOho
Aku nak register guna link yg kau bg..x boleh la plak.. x kluar apa2..
Dah boleh masuk sekarang.
Pihak Lazada dah bagi link yang baru.
Haha..
promosi belum power 😳 belum masuk-masuk lagi
tu maksudnya belum dalami kitab pink tu lagi
Wow…hebat2… aku memang dah register tapi mungkin silap teknik kot… nanti nak cuba study lagi lah…
Dapat e-mail dari Lazada offer nak kerjasama… Dalam pertimbangan, tapi kalau ada bukti sales bagus, mungkin akan terima. Tq bro.
blanje cendol la semangkuk…hahaha..bro nak tanya sikit..nape lau aku masuk blog guna telefon dia akan terus pergi ke iklan whatsapp tu…
ada juga join lazada ni.. tapi masih tak paham konsepnya
Baru dapat sikit tempias dari lazada nih. Takpe…. pelan-pelan aku kayuh….
wahh tahniah 😀
Jom kita cuba lazada pula. siapa tahu ada rezeki melimpah kat sini..
hah senang dapat sales? Ye ke ni? hhhe $$$$$
Cemburunya….saya tengok. Hahaha. Rasa macam nak join pun ada
Heran aku mcmana encik ahmad faizal ni dpt income dari lazada, aku dah berkurun tak dapat2 lagi…terer ar lu bro!! tabik spring
Gua pun heran gak dengan mamat tu.
Asyik dapat aje. Semoga mamat tu dapat lagi banyak-banyak ye..
link hassoffers tu tak boleh bukak
Dah betulkan.
Boleh cuba masuk sekarang.
Pihak Lazada dah bagi link yang baru. hehe
Pergh.. berderet dia punya email notifikasi komisen masuk.
wah… kemah molek… komisen mahsyuk lagi…
cendollll plisss 😆 😆
Kaya nye orang ni.. bila nak balik semenanjung hahahah
Bila nak belanja cendol ni? hehehe
wow…terbaikk…masih mencuba tapi tak jadi2 haha
kenapa tak boleh buka link tu. nak mencuba nasib juga. tapi blogger baru ni dia approve ker, fans tak ramai lagi
ini first time nak cuba
Okeh.
Link tu dah diperbetulkan. Pihak Lazada dah bagi link yang baru.
Boleh gi daftar sekarang kalau berminat.
Sonang ehh buat duit dgn Lazada
Cer ajar cara-cara nak buat sales macam ni..rasa macam nak kalahkan ahmad faizal aje ni…tercabar la pulak… 😈
Baru je beli 2 powerbank dan sign up Lazada affliates
Aku dah daftar lama tapi tak sempat promote lagi..sibuk dengan benda lain..
fuhhh masyuk gak rupanya
affiliate program?
kira tulis promotion diorang dalam entry kita?
Lama dah ada link tapi tak on lagi…rugile aku..ok terima kasih admin di atas kesedaran Lazada ni..
jarang bebenor wat affiliate ni tapi affiliate lazada ni nak try lah
masyuk bro titan.. time barang murah ni la kekurangan bajet 😥 😥
Kena cuba, susah tak faham pun kena cari jalan untuk faham. Rugi kalau peluang dapatkan duit dari lazada dilepaskan….
Banyak sale yang diperolehi dari Lazada. 🙂
semakin berkembang Lazada ni… lg2 dipromote oleh sifoo Affiliate nie…
Aku share hang perlu jadi share holder Lazada.. kot2 Lazada lagi masyuk, dan komisen yang diberikan lagi up dari affiliate lain
Tak perlu.
Kalau diorang naikkan percent bagi setiap sales..itu lagi bagus. Haha..
wah! sng nye buat duit.. cmtu nk join lazada lah !!
wahh masyukk tu, salesman mulut manis ni
pergh tengaj on sale kan diorang? masyuk bebeh, nice! semoga terus murah rezeki . rezeki bini tu. hehe
Ya.
Rezeki bini gua yang lawa itu. Grr..
macam menarik & macam dah tertarik.. sat2 nak pi skodeng
byk jgk program affiliate yg ketinggalan sekarang…. nak kena up to date balik ni.. jauh ke belakang dah ni
lama gi bertapa nih..hehe
Alahai, tak reti la plak den nak affiliate bagai nih. Kena belajar lagi ngan sifu ni
Bro Titan dah boleh mula tulis ebook buat duit dengan Lazada ni.
ok..thanks for info
Lazada ni memang kedai online yang top sekarang
daftar affiliate lazada ni makan masa ke nak tunggu dia approve? dah lama dah daftar ni, tapi takde respon
Wow bestnya tengok sale mencanak masyuk…tahniah bro!
Menarik! Cukup membuka mata. Memang dah lama kenal Lazada. Tak tau plak ada affiliate. Terima kasih tuan.
p/s: bila panduan buat duit dgn Lazada akan keluar ni? 😀
susah nak lekat la lazada ni. klik ada, sangkut je tak
bro..kalau letak sekali dengan iklan nuffnang dalam blog ade efek ke?
Lazada ni berkubur je lah kat blog aku yang sentiasa sibukni..bile le nak start Lazada ni, memang dah approve, startnye tak lagi..ishk3..
oh terlupa nak klik link encik titan… hari nih dah terbeli dekat lazada… hehehe
separuh harga sampai 22 oktober… bleh sambung lagi tu time gaji pulok…
nak folo sifu lah…
kalau dah daftar kan…masa nak login dia bagi “cannot logging. account pending’ tu apa maksudnya ye…saya budak baru belajar…tolong ajarkan..
Saya pn nak cuba jgak lah