Ya.
Aku baru sahaja selesai membeli belah kat Lazada.
Maklumlah, tengah sale gila sakan nih, jadi aku perabihkan sikit duit-duit komisen yang aku dapat dalam 2-3 hari ini untuk hadiahkan diri sendiri benda-benda yang aku yakin akan membantu aku dalam banyak perkara.
Aku tak beli banyak sangat barang.
Aku CUMA beli 2 benda sahaja.
BENDA RARE Nombor 1 – Sony Pendrive 8GB untuk smartphone
Nama panjang pendrive ini adalah Sony USM-SA1 8GB Black USB On The Go Android Metal OTG Flash Pen Drive Memory Stick.
Tu diaaa. Panjang kan main. Itu belum campur bin bapaknya lagi tuh. Tapi korang anggap la bapak dia adalah SONY. Haha..
Harga asal pendrive untuk smartphone ini adalah RM59. Tapi aku dapat dengan harga RM39.80. Dapat diskaun 34% Tak tahulah betul ke tidak. Dan yang ini warrantynya adalah 1 tahun sahaja. Kalau korang nak yang warranty 2 tahun, harganya adalah RM50 sahaja sekarang untuk tempoh promosi #MYcyberSALE nih. Harga asal untuk 2 tahun warranty adalah RM62 sahaja.
Senang cakap. Kira-kiranya begini.
- Sony Pendrive 8GB untuk smartphone – RM39.80 (1 tahun warranty)
- Sony Pendrive 8GB untuk smartphone – RM50.00 (2 tahun warranty)
Yang lain, lebih kurang sama sahaja fungsinya. Dah nama pun pendrive untuk smartphone. Jadi, fungsinya adalah untuk sumbat apa-apa data dari pendrive tu ke smartphone korang. Memandangkan aku dah ada smartphone, jadi aku ni memang malas sikit nak cucuk kat laptop terus walaupun hakikatnya itu yang paling cepat. Tapi memandangkan kekadang aku “JAKI” sikit dengan smartphone orang lain..kot-kot ada video atau gambar best-best..just cucuk kat smartphone diorang..kemudian cucuk kat smartphone aku. Tak sampai 5 minit selesai.
Lagi-lagi kalau takde line internet. Tak perlu nak wahassap atau telegram segala benda. Cucuk aje. File plak leh pergi 8GB. Kalau korang gatal nak sumbat filem pun boleh. Tapi pastikan smartphone korang ada space lagilah. Kalau yang letak 32GB ke atas dalam smartphone masing-masing, elok sangatlah ye. Hehe..
Ini sesuai untuk smartphone yang ada space besau-besau. Yang sekadar nak trasnfer barang kilo-kilobyte tu, tak payah la. Guna email dah lebih dari cukup. CUma kena tolak bandwidth ajelah. Guna benda ni, bandwidth tak kacau. Haha..
Tak mahal ke?
Gila ko tak mahal? Mahal gila nih aku rasa. Dah la aku ni seorang blogger yang KEDEKUT. Haha..standard pendrive biasa, leh dapat 16GB untuk harga tu. Kalau pandai kelengtong, leh dapat 32 GB punya pendrive. Tapi memandangkan fungsi SPECIAL pendrive ini boleh cucuk kat smartphone, jadi itu yang buat benda ni jadi mahal sikit. Yang lebih GILA lagi..aku memang suka jenama SONY. Barang mesti kualiti ok sikit banding jenama lain. Tu pasal aku tak berkira sangat kalau harga mahal.
Lagipun, aku memang pengguna tegar barang-barang SONY kat rumah aku nih. Hoho..
Dah. Kalau korang pun nak beli pendrive untuk Smartphone ni, leh beli melalui link dibawah ini:
–> SONY Pendrive 8GB untuk Smartphone (Pepandai la search kat Lazada tu yek..)
BENDA RARE Nombor 2 -Hypergear 20L Dry Bag
Ini beg dah lama benar aku nak beli. Tapi tak beli-beli.
Oleh sebab harganya pun cumalah RM68 sahaja dan komisen affiliate aku pun masih banyak lagi tak terluak untuk minggu ini. Jadi, aku beli jugak beg ini sebab dah masuk dalam “wishlist” aku sejak 2-4 bulan yang lepas. Aku tak ambil yang 5L atau 10L sebab aku rasa macam kecik sangat. Jadi, aku ambil yang 20L. Kiranya besar sikit.
Tapi ada saiz yang lagi besar iaitu 40L. Yang ni sesuai la nak bawa naik gunung atau gi travel mana-mana. Yang lagi best, beg ni tahan air. WATERPROOF la kiranya. Kalau rakit aku pecah nak gi Pulau Langkawi nanti, leh la guna benda ni sebagai pelampung kecemasan. Haha..
Apapun, kalau nak beli..aku suggest 2 saiz. Iaitu 20L dan 40L
- Harga Hypergear 20L – RM68.00
- Harga Hypergear 40L – RM110.00
- Harga Hypergear 10 L – RM51.00
- Harga Hypergear 5 L – RM43.00
So..kalau nak beli..leh la beli kat Lazada. Aku memang shopping kat sana disamping tambah point Bcard aku. Promosi harga diskaun MYCyberSALE ni dalam 3 hari sahaja rasanya.
–> Beli HyperGear Dry Bag di Lazada
Siapa yang baru lepas dapat gaji tu. Leh la gi shopping online kat Lazada nih. Barang dapur pun banyak murah-murah. Barang bayi toksah cite la. Tu belum lagi campur baju chantek-canthek dan jam mahal jadi murah. Pehh..kalau ikut nafsu..mahu habis beribu jugak tadi. Tapi bila dah tolak satu demi satu. Tinggal DUa barang sahaja yang betul-betul aku berkenan. Haha..
Dah. Gi beli cepat.
Gua babap kang baru tau.
Ps: Wokeh. Gua lapar. Mahu makan cendol dengan bini terchenta!
12,030 total views, 1 views today
wah… ada promosi rupanya… beli jangan tak beli. borong pun boleh laa…
Beli ke borong ke..sama aje.
Nak beli. Tak nak..tolong promosikan ehh? hehe..
Tolong promosi pun dah tentu pasti. Esok last promosi 1 oktober.
Masyuk ribu2 beli tu je ke en.titan, kedekutnya..keh keh
aku dah kata, aku ni KEDEKUT orangnya.
haha.. 😈
Kedekut biar berpada pada.. Jgn kedukut papa kedana dah laa. Hahaa
macam best la plak OTG ni..pendrive aku pun dah uzur sangat ni..hehehe
banyak orang jual sekarang on the go ni.
Tapi aku pilih yang MAHAL sikit. SONY ni ok la sikit.
Brand lain pun ok. Tapi SONY ni aku dah terbiasa beli produk diorang sejak dah dapat gaji sendiri nih. Haha..
gua minat bener dengan hypergear tu weh! sesuai untuk aktiviti lasak tu.
la…kalau tak umpan entry encik titan sampai ke sudah AA tak tau ada pendrive utk smartphone.nak beli jugakalh.nasib baik barang yg order semamalm tak checkout lagi.tq for info
Akhirnya tercapai juga hajat nak capai bag HyperGear. Sudah lama juga idamkan.
Apasal la iPhone tak boleh pakai Pendrive OTG tu. Kalau tak mesti wa dah rembat satu.
iphone kan barang RARE..sebab tu tak sesuai maa.. haha
Wahhh..seronok la habiskan duit komisen tu..saya tak leh buat macam ni lagi..duit komisen pun ciput aje…wak lekat celah gigi jer kalau shoping kat lazada ni..sejujurnya la..memang lama gak termenun kat web lazada..tengok barang2 yang berkenan di hati…tenun punya lama…kot barang tu keluar dan jatuh atas keyboard..hahaha..nak beli tak mampu lagi ha..uhhh…smartphone tu pakai jenama SONY gak ke??? Mujurlah nama isteri bukan nama SONY…hahaha
kena yakin.
kena usaha.
baru leh lu “nampak” apa yang lu cita-citakan itu akan tercapai. 😉
Nampak mcm cantik je sony tu..ok ke servis lazada tu bro..
setakat ni ok je servis diorang.
tahun depan aku tak tahu. haha..
takpe..gua dapat free je pendrive tu..heee
best la hang.
dapat free aje tuh.
ko masih panjat gunung lagi ke titan?
sekarang main bukit-bukit aje. takde geng nak panjat gunung. haha..
Aku pun terjebak juga bro. Terbeli iron stim la pulak untuk bini tercomel aku tu.
haha
harga tengah murah. beli aje mana yang patut.
promosi tengah hangat sekarang ini..jangan lepaskan peluang tau!
memang rare..tapi orang lelaki yg banyak rembat tu
benda-benda gini..memang mainan orang laki. hehe..
AA dah selamat beli USB OTG dan iron steamer.puas hati senyu, sampai telinga. Bila barng sampai bolela tayang kt kawan2 lab…AA mmg legend bab2 shopping online ni.
Amboi.
Memang lagenda la gamaknya nih rupanya ye..
Pendrive untuk smartphone? Pertama kali dengar nih.. Apa besa dengan SD card jer?
memang mahal pun. baru lepas beli pendrive otg jgk 16gb rm45 je
Kenapa blog ni jadi gelap jer?
Payahnya nak baca? sengaja ke?
tak kan dua benda jer…tak ada barang utk si isteri ke? hehehe
Masa promosila masa yang sesuai untuk berbelanja. Den tengok-tengok barang bayi jer kat lazada ni.
Aku pun mcam berminat nak beli barang rare nombor 1 tu lah.. macam best je.. hahaha
Alahaiii…tak nyempat makcik nak menyoping tadi..tak apa lah, byk lagi sale yang ada kan..:)
Wah cantik pendrive Sony, unik!
pendrive tu boleh guna untuk pc gak ke? kalau boleh, sennag nak transfer data atr pc and phone. skang ni payah gila. huhuhu
bag tu menarik. boleh bawak untuk next travel
Kategori murah juga la tu sebenarnya