Tak.
TAK BOLEH.
“Titeww TAK NAK bagi diskaun.”
…
….
Haha.
Memang itulah jawapan yang biasa aku bagi bila ada yang cuma mintak harga ebook itu dikurangkan.
Secara jujur, bukan aku tak nak. Tapi itu adalah RULE yang sudah aku tetapkan sejak aku mula menjual ebook yang aku tulis sejak aku menulis ebook pertama aku dulu. Siapa yang dah pernah beli ebook-ebook aku dulu-dulu tu..mesti tahu dan perasan bahawa harga ebook aku TAK PERNAH ada diskaun, tak pernah diturunkan harganya dan tak pernah tidak NAIK harga.
Memang selalunya, akan naik harga.
Haha.
Sebab ebook aku tu adalah benda RARE.Β
Sebab ebook itu aku yang tulis. Bukan orang lain.
“Tapi Bro..even jutawan terkenal pun tulis buku, dia jual RM20 aje..”
“Yelah Bro..ada penulis buku tu..jual rm7 aje.”
Dan macam-macam lagi.
…
….
Ok. Fine.
Aku malas nak cari salah orang lain. Atau nak banding membanding dengan jutawan tu atau penulis buku itu dan ini.
Silalah pergi kedai dan beli buku tu.
Jangan beli ebook aku. Jangan mintak diskaun kat aku sebab memang aku takkan bagi.
Simple.
“Tapi..gua nak gak baca ebook lu tu, bro..”
“Lu nak baca, lu beli. Jangan banyak songeh.”
“Wahh..banyak sombong ye lu, bro. Diskaun pun tak dak..”
…
…
Wah.
Asal aku tak ikut cakap korang. Korang kata aku sombong. Kata aku kedekut. Kata aku itu ini.
Sedap mulut berbicara.
Camni la.
Ebook yang diberi nama Kitab Teknik SEO Merah Jambu itu..
- bukan ebook cerita tentang teknik SEO 100%.
- bukan ebook cerita tentang affiliate A to Z.
- bukan ebook ajar korang nak kaya cepat.
- bukan ebook ajar korang nak dapat duit dalam 1 hari dalam sekelip mata.
dan memacam lagi.
Ebook itu adalah cerita tentang pengalaman aku buat duit dengan blog khususnya untuk buat duit dengan affiliate dengan sentuhan sedikit elemen SEO. Aku cerita tentang kaedah, teknik, pendekatan dan strategi yang pernah aku lakukan untuk dapat RM10 ribu pertama, RM20 ribu pertama..dan puluh-puluh ribu yang pertama pernah aku dapat dalam tempoh lebih 10 tahun ini.
Dan of course, ada juga aku letak bukti bayaran aku SENDIRI. Bukan ebook cerita tentang buat duit tetapi bukti bayaran pakai orang lain punya..
Itu sahaja.
Ini bukan ebook TEKNIKAl 100%. Ada teknikal pun, sikit-sikit je.
Ini ebook cerita tentang aku yang suka merepek dan mengarut setiap hari dalam blog-blog aku.
Tentang apa yang aku buat. Tentang apa yang aku tahu. Tentang apa yang aku suruh korang buat. Tentang apa yang aku suruh korang fikirkan dan juga tentang apa yang perlu korang lakukan untuk tiru apa yang aku dah buat.
Soalan aku sekarang.
Ada korang PERNAH jumpa ebook macam ni?
TAK ADA.
Sebab aku sendiri tak pernah lagi jumpa ebook RARE macam yang aku tulis nih.
Ya. Nampak macam syok sendiri. Tapi setakat yang aku baca dan aku beli..memang TAK ADA.
Sekali lagi. Tak ada.
Sebab itu..aku jual mahal.
Sebab memang benda dah RARE.
Benda rare memang harganya mahal.
Kenapa tak jual dengan harga RM10 aje?Β
Dan kalau aku jual dengan harga RM10 atau lagi rendah dari itu.
Trust me. Tak sampai 10 orang akan menghargai dan buat apa yang aku cadangkan dalam ebook tu.
Takkan ada yang akan nak berusaha sungguh-sungguh walaupun yang beli nanti mungkin lebih dari 10 ribu orang.
Sebab majoriti orang kita dah terSET dalam minda mereka. Ebook murah-murah..ilmu dia pun mesti murah. Ilmunya mesti biasa-biasa aje. Ilmunya dah takleh guna untuk zaman sekarang. Zaman dulu-dulu bolehlah kot..dan macam-macam lagi.
Walaupun jumlah pembeli yang dah beli kitab PINK ini tak sampai 500 orang lagi. (Baru 458 orang sahaja setakat ini)
Tapi..aku dah nampak ramai blogger yang dah berjaya dapat SALES pertama selepas TIRU dan amalkan apa yang aku tulis dalam kitab PINK itu.
Ada yang dah dapat RM10 ribu pertama bila sertai program affiliate, ada yang dah dapat lebih dari 3 angka, ada yang masih maintain 2 angka setiap bulan. Ada yang sampai CALL aku sebab dapat sales pertama walaupun hakikatnya sales itu cumalah 10 ringgit sahaja. Tapi itulah 10 ringgit pertama yang bakal membantu beliau untuk lebih berusaha pada masa depan.
Aku malas nak gebang lebih.
Gi search aje kat google. Mesti korang akan baca tentang kisah mereka berjaya dapat sales selepas baca kitab PINK aku tu.
Dan macam-macam lagi.
Soalan aku sekarang.
“Ebook gua memang mahal. Lu masih mahu beli jugak?”
Ps: Kalau tak ada duit nak membeli, banyakkan membaca. Membaca adalah nikmat dunia yang tidak terhitung nilai dan harganya.
14,334 total views, 1 views today
Memang tidak dapat diskaun pun tempoh hari termasuk sudah ada niat nak umpan cendol. π
umpan cendol je? memang tak dapat la jack..hehe
gua xde hal untuk harga demi ilmu. ilmu priceless kot
InshaAllah tunggu lepas PTD rasanya baru ngam kalau dapat top 3 bila review ebook hang π
Ha..
Tulis la cepat2. Hoho..
Jangan banyak songeh, cari duit baru beli buku. No money no ebook. π
Haha..
Betul gak tu. Gua setuju.
saya pun ada juga terima permintaan mcm tu..
jawapan skema saya dari dulu: “saya kena adil dgn semua pembeli”
nak beli murah boleh, beli dari saya dapat bonus misteri percuma…murah la tu..hehe
Mana boleh diskaun2..penat woo tulis itu ebook..gua yang makan cendol sekali pun ini mamat tarak kasi diskaun..
Haha.
Memang takde diskaun.
Moga puas hati.
Hang pun dah dapat lebih kan?
hahaha…nak diskaun dia ingat year end sale ke bro
Tak pernah gua buat year end sales.
Haha.. hari hari sales mahal.
benda rare meme cenggitu…hehe
malas cakap aku suka itu buku eh..eh..tetiba nyanyi lagi enjit semut pula..
yg ptg byk membaca dan cari maklumat baru kita dapat kepuasan sebenarnya .
Ya.
Rajin-rajinlah membaca ye. Hehe
bukan ebook lu yg mahai. ILMU yang lu kongsi tu yang memahaikan ebook tu..
Setuju dengan statement yang ni. ILMU tu yang buat buku tu mahal. Macam buku clickbank yang dijual RM75++ dulu, hanya 16 pages je tapi ramai je beli. Sebab benda rare, important, benda yang macam kitab SEO Pink ni, rare and important harus mahal. Jika biasa-biasa aja, sudah banyak di jalanan (web).
Ehhh..
Yeke? Hoho.. π
insyallah sales dri kawan aq ade .. cuma masa jer blum mari .. hehe
(y) buku pink best
Ohh..
mudah-mudahan akan dapat sales pertama la nanti ye. π
Beli ebook ni mmg susah nak dapat diskaun, kalau nak dapat bonus tambahan tu mmg byk yang tawarkan…
Haha..
Ebook ni..memang aku takkan kurangkan harga.
ada ilmu yang perlu dibayar dengan harga mahal..harga kejayaan itu sendiri dan saya suka kenyataan terakhir.. banyakkan membaca. Membaca adalah nikmat dunia yang tidak terhitung nilai dan harganya.
Ya.
Rajin rajin la membaca ye.
Macam makan untuk kenyang perut, ia perlu halal dan berkat. Begitu ilmu sebagai ‘makanan’ untuk kenyangkan akal, mestilah halal dan berkat. Paksa-paksa minta diskaun, nanti penjual ‘terpaksa’ bagi diskaun….tidak ada berkat di situ….Ilmu tak berkat payah nak diamalkan.
Saya belum pernah miliki e-book pink merah jambu. Saya tak ada duit nak beli. Lihat orang lain je yang nikmati komisennya. Banyak istimewanya e-book merah ja,bu ni…hinggakan tiada diskaun.
Ya.
Memang takkan ada diskaun.
Hatimu memang keras Jal…
Hehhee.. apapun bagus.. tak yah dengor perintah org….
susah senang bangun sendiri.. gua salute lu
Untung saya beli masa harga pembukaan..haha..emm betul tu..nak beli, jangan banyak songeh..kalau tak, cari dan baca aje lah kat internet tu..hehe
Setuju. Ilmu dari pengalaman lagi mahal nk dibandingkan dengan ilmu teori semata mata
kalau nak ilmu, pejam mata dan beli je…
tapi kalau banyak alasan tu…
maksudnya belum sedia terima ilmu la tu…
Saya belum lagi beli ebook pink tu… Sebab saya tahu, kalau saya beli sekarang ni memang tak sempat nak baca punya… Sebabnya dah ada beberpa ebook dan buku yang dalam senarai list untuk di baca… Dah beli lama, tapi sampai sekarang tak baca-baca lagi… huhuhu…
Logik juga alasan kenapa tak nak turunkan harga.
Ilmu yang rare dengan penyampaian yang rare…harga pun rare jugak la.
Psst: Ambe belum terbeli lagi ebook yg feymes tu. Kena korek tabung nampaknya ni.
Nak cara cepat belajar dari orang lain, sifu kitab ni.
saya pun juga terima permintaan mcm tu..
jawapan skema saya dari dulu: βsaya kena adil dgn semua pembeliβ
siyes ebook lu memang kena jual mahal..sebab sape dapat ilmu dalam tu memang amat valuable sekali…apa la masalahnya kalau lepas baca ebook tu dapat beribu-ribu lagi…kan..:D
Beli je la dengan harga yang ditawarkan tu, nak mintak diskaun pehal pulak
Betul tu, harga setanding kualiti π
lepas beli kena la baca dan amalkan
kalau tak
tak akan ada hasilnya
Den pun bercita-cita nak tulis E-book suatu hari nanti. Masa tu boleh la buat macam bro.
Dengan ebook TNX kau lah aku berjaya buat duit kat program tu. Sekarang TNX pun aku tahu ada lagi ke tidak. Hahaha.
Kakaka komen lari topik.
masih ada lagi TNX tu.
Earning masih jalan walaupun ciput.
Tips dalam ebook tu masih valid dan boleh dipakai lagi sehingga ke hari ini. hoho
ilmu yg tinggi nilai nya pun org minta murah…isk isk iskk
brg rare mmg mahal ooo…susah nak jumpa. Pusing satu malaysia belum tentu jumpa ( gebeng skit )
Haha..
Jauhnya sampai kene pusing satu malaysiaaaa..
oh itu kitab kalu lama – lama belek boleh kembang kertas dia macam kitab lama – lama
Takkan la dah lunyai kitab pink tuu.
Haha
setuju sangat.ilmu selalunya lebih dihargai bila kite kene korbankan sesuatu kalau nak dapatkannya..kalau tak memang tak dipandang la walaupun bagus macam mana pun..
Ya.
Benda mahal..memang kita selalu hargai.
Benda murah..kita selalu tolak tepi kannnn..
typo error ke tajuk tu bro?
Ebook awal mahal. π
Haha.
Aku ingatkan takde orang yang faham.
Hoho. π
Bila dah melabur sejumlah wang mesti hati mesti berkobar-kobar nak buat pelan tindakan at least nak dapat balik modal kan….
yupp ilmu itu sangat berharga sekaliii jadi butuh modal yg banyak pula