Ya.
Nampak gaya memang begitulah beritanya.
Dekat surat khabar online utama dah bagitau, dalam radio pun dah dengar, cikgu-cikgu dan PPD pun dah bagi “confirmation, jadi kiranya memang SAH bahawa mata pelajaran atau subjek Sains tahun ini akan ditunda pada 30 September 2014.
Kertas Soalan Sains UPSR 2014 bocor?
Sedikit info penting tentang isu soalan Sains UPSR bocor 2014 ini:
- Semua Pusat Peperiksaan akan dimaklumkan.
- PPD mesti tahu. Guru-guru akan tahu dari PPD, dari berita di TV dan sumber-sumber yang boleh dipercayai.
- Kertas Sains esok TIDAK akan diedarkan kepada ketua pengawas.
- Semua JOB untuk kertas Sains dihantar semula ke UPP.
- Ujian Bahasa Inggeris 1 dan 2 berjalan seperti yang dijadualkan.
- Ujian Aptitud juga berjalan seperti yang dijadualkan.
- Semua Ketua Pengawas pergi ke pusat seperti biasa untuk member penerangan kepada calon yang mungkin tidak mengetahui berita penangguhan kertas sains ini.
- Untuk sekolah-sekolah kawasan pedalaman, pengumuman akan dibuat melalui radio. Pihak PPD akan main peranan. Mereka akan call/sms/whassap/wechat/telegram pada ketua pengawas dan cikgu-cikgu yang terlibat menjadi pengawas agar semua yang terlibat tahu tentang penangguhan ini.
- Pengumuman penangguhan akan disiarkan malam ini. Rasanya dah tersiar pun kan?
- Mak-mak dan bapak-bapak jangan risau. Ini bermakna, anak-anak korang semua akan TEKUN belajar dirumah dan diasrama dan masih belum merdeka lagi.
- Pengawas pastinya akan mendapat elaun tambahan hari keempat. Jadi, jangan risau. Senyum selalu ye. Lebih-lebih lagi yang dapat kawasan pedalaman, elaun mesti tinggi walaupun korang memang akan PENAT punya sebab kena tunggu 30 September. Lepas cuti pulak tuh..
- Sekolah mana yang kantoi tu..cikgu mana yang buat angkara tu..kita diam-diam aje. Tak payah nak kasi heboh dan panjangkan cerita yang belum tentu sahihnya.
Harap maklum.
Sedikit sebanyak, tempias isu ni terkena kat aku dan kawan-kawan aku yang jadi pengawas tahun ini..
Memang sakit hati gak bila ada yang wat hal macam ini. Dengarnya sampai dah tersebar ke internet. Boleh tengok contoh soalan yang bocor tu di Astro Awani punya website. Ada 2-3 contoh yang telah dikongsikan oleh mereka. Siap bagitau lagi itu “Soalan Ramalan Sains UPSR 2014”.
Woha!
Ps: Diam-diam aje aa..
14,458 total views, 1 views today
bising sikit… hehehe
Kalau diam je mesti benda ni tak kecoh. hahaha, peperiksaan pun berjalan dengan lancar.
Hah…hah kebetulan anak saya juga terlibat…harap-harap soalan lagi senang…
tak abis2 bro dengan soalan bocor ni..sejak dari aku tadika lagi kes ni
Menyusahkan orang betoi ar depa yang tak amanah nih..
Betul tu Cikgu Hailmi, kesian tengok budak2…
soalan UPSR bocor pula….
kena tunda pula lagi..
Rasanya tiap tahun ada bising-bising pasal soalan bocor ini.
Betul tu, tapi tahun ni hebat mmg 100% soalan sama..lagipun penangan FB memang kuat…
Buat semua orang susah aje…tunda lagi
kesian juga kat cikgu2 pengawas dan murid yang dah sedia. apapun pasti ada hikmahnya nanti.
gua dah tahu sebelum ni lagi..tapi kang tak pepasal je kena plak buat sebaran..negeri mana le agaknya tu..masaklah menjawab..
Kalau dah bocor memang sah tak dikira. pasti ia akan dibatalkan dan akan ditunda. Apapun ada hikmah di sebalik semua ini. Angkara siapa…tak usah heboh-heboh. Kalau nak heboh…jon pergi ke “JOM HEBOH TV3” buat.
Ini peluang untuk calon untuk buat ulangkaji….
Orang yang bocorkan soalan ni adalah pengkhianat negara 🙁
Dah bocor, selepas tu ada yang tukang sebar pulak… last2 semua orang rugi
Zaman dah berubah. Dunia dah Maju. Kesian plak dgn bebudak darjah 6. Kena attend Balik exam. Sabar ye Wahai adik-adik
Jenuh bebudak darjah 6 nak kena study balik.
Memang susah hati kepada pelajar dan ibubapa apabila perkara seperti ini berlaku.
rasanya macam tiap2 tahun pun ada soalan bocor kan…. budak2 tak leh nak merdeka… hehe….
siapa yang bocorkan kalau bukan orang dalam lembaga peperiksaan tu sendiri? erm, begini la jadinya kalau ambik pekerja yg tak amanah. 🙁
penait aih nak melayan kes camne, kesian gak kat bebudak…mesti stress..
sabar yer tuan pengawas 🙂
Apahal la boleh bocor kertas soalan.
Tak ke nyusahkan semua orang.
fuh~
Hahaha…mujurlah sempat detect awal-awal..
betul tu. Kalau tak habis la..
Tiap-tiap tahun pun memang ada isu soalan bocor ni cuma kali ni yang upload agak sedikit kurang bijak (terlalu xcited kot nak share) krn pi printscreen/ambil gambar terus kertas soalan tu buat ape, kan dah kantoi!
Sabar je la calon2 dan ibu bapa…xboleh nak merdeka awal.
Ya. Memang tiap2 tahun ada isu ni.
Benda ni senang.
Ada permintaan..pasti ada pengeluaran.
Konsep supply and demand.
Nak naikkan ranking sekolah pun agak2 la. Soalan tu kalau tau pun senyap2 sudaa.. Ni siap share lagi. Sendiri jugak yang susah. Siap la, pasni mesti cikgu kena bahan gila-gila punya. Semua kan salah cikgu..
Itulah.
Tak tahula siapa punya angkara.
Kita sabarkan ajelah ye..
Kesian kat budak2. Tak tenang dornag selagi tak setel exam. Sape punya kerja la ni.. habis semua susah.
Lepas ni bahagian peperiksaan kena kawal soalan ni dengan lebih ketat lagi la.
tak dapat cuti dengan tenanglah mereka minggu depan sebab ada satu paper lagi…
sedih mengenangkan apa yg berlaku 🙁
khabar hari ni kertas bahasa inggeris juga bocor
huhu
dengar dari sumber yang boleh percaya plak tadi..
semua paper repeat bulan oktober nanti.
Aduhai.. 👿
semua?
nak kena semak balik ni
tapi rasanya sains dengan bahasa inggeris je
kesian kat budak2 yang ambik UPSR tahun ni…baru nak merdeka awal…cuti sekolah nanti pun mesti tak rasa macam cuti da sebab exam tak settle lagi..huhu
Memang xboleh merdeka lagi la jawabnya. Hehe..
Tengok berita hari ni. Kertas Bahasa Inggeris pun bocor. 😥
Itulh…mahu buat macam mana.
Ulang saja maa. Hoho..
apa yg berlaku ada hikamhnya…tetapi memang kesian kat anak,cikgu dan ibu bapa..tekanan mental
Cikgu paling tertekan sekarang. Asyik dok kena maki ja..haha
Untuk mengatasi masalah sebegini berulang pada masa hadapan, saya mencadangkan supaya :
Sistem penilaian dirombak supaya murid-murid tidak terlalu terbeban kerana mengikut sistem sekarang 100% markah adalah daripada peperiksaan UPSR. Rombakan yang saya maksudkan ialah kita bahagi-bahagikan markah iaitu 10% untuk public speaking, 10% untuk communication, 10% untuk projek, 10% untuk tugasan, 10% untuk kuiz, 10% untuk aktiviti kelab dan persatuan, 10% untuk aktiviti sukan dan permainan, 10% untuk aktiviti unit beruniform dan 20% untuk UPSR. Dengan ini murid-murid tidaklah terlalu tertekan kerana sekurang-kurangnya 80% markah telah dikumpul.
memang kesian dengan budak-budak. sabarlah banyak2
Jenuh nak memujuk 2 anak sedara. Iyalah frust sikit mereka bila tak dapat nak balik kampung jumpa nenek cuti sekolah ni. Kita pun kuciwaa jugaa sebab plan keluarga semua terpaksa batal. Tak apa, Allah nak ganti yang lebih baik
Tak apa. Manatau ada yg tak dapat jawab dengan baik sebelom ni..jadi..sempat lagi study balik sekarang kan.
Hehe
Kita bersangka baik jak.
sian kat student2…..
Patut di kaji, kenapa dorongan untuk membocorkan soalan sangat kuat, kat media sosial pula tu…
benda salah tu lah yang teruja sangat untuk dikongsi…
akhirnya jadi macam ni…bertambah pressure murid2 sekolah.
Orang yang bertanggungjawab tiada memikir kesannya kepada murid-murid dan Negara.
Bocor pulok doh..
isu UPSR jadi isu besar padehal apelah sgt dgn UPSR tu. perjalanan masih jauh lagi. sedangkan kawan aku yg failed SPM dan amik SPM 2 kali pun berjaya je skg ni. dah kawin, ada rumah sebijik, kete 2 bijik n now dia dah start niaga burger n car wash. aku pun respek ngn dia
dulu rasenya pernah gak jadi camni, tk ingat mase bile
Walaupun makcik2 sibuk gan beg besar tapi makcik tetap simpati gan anak2 murid yg tak tahu apa, depa ni masih kecik lagi untuk benda2 yang macam ni, sian sungguh lah…baru nak merdeka dah kena buat lagi..ummm
sedangkan gambar yang di simpan dalam storan yang di claim secure pun bocor, inikan kertas soalan peperiksaan.. huhu
Kesian sangat dengan budak-budak. l]Lagi-lagi dengan tiada soalan backup sampai lambat kena sit untuk test balik
Kesian kat pelajar2 tu… dah ler stress nak exam pastu jadi pulak kes soalan bocor ni…. ini ler akibatnya ada org yang tak amanah…. 🙁
merdeka masih belum lagi ya adik-adikku geeee
kesian budak budak…tak dapat nak enjoy cuti sekolah..hehe
sorand dua yang buat hal..habis orang lain pun jadi susah…apa faedahnya mereka bongkar soalan bocor ni
kesiannya budak budak ….. macam tak de faedah diaorang dok bocorkan.. hm hmmmm
pengawas peperiksaan still dpt elaun, dun worry…nasibla..sebab org yg bocorkan soklan ni, cikgu2 yg dpt tempias dilabel penipu/tidak amanah/tidak bertanggungjawab dan segala mak nenek tidak..cikgu..cikgu..