Haha.
Ambik kau.
Tajuk bukan main lagi.
Oleh sebab ada yang sibuk bertanya dan aku pula memang sibuk sangat nak menjawab soalan-soalan yang banyak itu. Aku himpunkan sekali apa yang aku mampu jawab dalam satu artikel pendek ini. Semoga ini akan dapat membantu korang faham apa yang diperlukan untuk jadi seorang blogger POWER RANGERS yang disegani ramai dan penuh dengan kasih sayang gadis-gadis idaman Malaya.
1. Skill.
Ini benda paling PENTING sekali bila korang hendak jadi blogger yang hebat. Jika korang ada skill yang orang lain tak ada, korang dah naik ke satu tahap yang susah untuk aku sebutkan disini.
Setiap blogger ada skill hebat masing-masing.
Contohnya..
- skill penulisan hebat
- skill menjual diblog
- skill menulis artikel agar berada di muka surat pertama di Google Search Engine, Bing dan Yahoo.
- skill mengorat gadis-gadis bertudung comel
- skill mengayat makcik-makcik beg besar
- skill mengurat bini-bini yang suka membeli barang tetapi bijak “MENGEPAU” duit laki sendiri
- skill menulis artikel pendek-pendek
- skill menulis artikel panjang-panjang
- skill tentang teknikal sebuah blog wordpress dan blogspot
- skill menulis artikel yang ada elemen SEO
- skill ambil gambar yang cun dan sesuai untuk sesebuah artikel
- dan segala macam skill lagi termasuklah skill makan cendol dengan sekali suap.
Pendek kata..asah skill korang. Aku yakin setiap blogger ada “HIDDEN SKILL” yang kekadang diorang sendiri tak nampak walaupun hakikatnya diorang dah tunjuk pada orang ramai. Sampai satu tahap, orang lain yang beritahu bahawa hang sebenarnya dah ada skill. Cuma hang seorang sahaja dalam BUMI ini yang tidak sedaq-sedaq gak. Bebal sikit la orang macam ni. Skill orang lain memanjang nampak. Skill hebat blogger lain dia nampak. Tapi skill sendiri yang cukup POWER RANGERS tu..dia SEORANG sahaja yang tidak nampak.
Jadi..pepandailah cari. Penat kekadang nak TUNGGU orang lain bagitau bahawa kita ni sebenarnya pandai dan bijaksana.
Orang Sabah kata..semacam “mintak puji”.
Rasa macam nak lempang pun ada.
Buka segala pancaindera yang korang ada. Mata, telinga, pusat, tulang rusuk, buah pinggang, mulut, hidung, bulu ketiak dan memacam lagi. Percayalah pada diri korang dan yakinlah sebenarnya korang pun ada skill-skill hebat yang tidak terkalah.
2. Brand atau Jenama
Benda ni susah aku nak cerita. Senang cakap, dalam bahasa yang mudah..jadilah blogger yang ada “BRAND” sendiri. Apa yang korang mahu orang lain ingat TENTANG diri korang sebagai seorang blogger di Malaysia ni?
Aku bagi contoh mudah.
Cendol Banting.
Dah bertahun-tahun aku dok promosi “Cendol Banting” nih. Sampai ke Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati Network pun dengan selamba badaknya aku promosi cendol banting walaupun hakikatnya sebagai seorang “panel” tak wajar berbuat demikian.
Haha
Nampak tak kat situ. Itu brand aku. Salah satu brand aku. Salah satu benda yang aku hendak korang ingat tentang aku walaupun hakikatnya takdelah nilai komersial sangat memandangkan memang banyak benda yang dah jadi brand aku kalau korang perasan.
Termasuklah artikel-artikel yang “SHOW OFF” bukti bayaran komisen bagi kebanyakkan program buat duit dan program affiliate yang aku sertai. Bukan aku saja-saja tayang bukti bayaran tu semua. Salah satu sebab utama adalah “inspire” korang agar percaya bahawa internet ni memang lubuk duit bagi sesiapa yang mahu mencarinya. Cuma tinggal dari diri kita sahaja untuk usaha keras ke arah itu. Dan ini juga salah satu brand atau jenama yang cuba aku paksa korang ingat sampai bila-bila.
Nah..korang nampak sikit dah kan, sekarang?
Pendek kata, ada banyak pendekatan yang aku gunakan untuk memastikan nama blog dan brand nama “Encik Titan” ini menjadi mimpi bagi gadis-gadis blogger seluruh Malaysia. Bukan senang tu nak buat dan bila dah berjaya memakukan brand aku pada hati-hati kecil korang itu, itu telah jadi satu kejayaan kecil yang cukup bermakna dalam kehidupan aku sebagai seorang blogger tempatan yang biasa-biasa aje ini. Maklumlah, aku bukannya terkenal pun.
Itu belum campur lagi dengan brand sikap dan perangai “kurang ajar” aku ketika menulis komen, kritikan dan nasihat. Kekadang, aku sendiri malu dan segan bila baca semula komen dan kritikan yang aku tulis. Terlalu kasarkah, mengguris hati orangkah atau mungkinkah akan menyedihkan hati-hati para gadis diluar sana?
Tetapi bila difikirkan semula, kalau aku tak “BERKERAS” sebegitu rupa, memang ramai orang kita yang jahanam dalam banyak benda terutamanya dalam dunia blogging tanah air ni.
Dunia blogging kita ni kecil aje skopnya. Lok lak sana sini..tang tu la jugak.
Betul tak?
3. Niche blog
Aku rasa aku dah banyak kali mempopularkan isu “Niche blog” nih. Terlalu banyak kali dan kali. Sampai aku sendiri dah malas nak ulas tentang isu nih.
Aku dah kata.
Buat “niche blog”. Tulis niche blog. Tulis niche blog. Buat niche blog. Niche blog. Niche blog dan niche blog lagi.
Kena caranya, niche blog ni memang PADU habis dari segi pulangannya.
Hampir tiap-tiap bulan leh dapat habuan yang SUPER LUMAYAN.
Kalau blog sekarang nichenya tak cukup padu dan kuat, tulis lagi dan tulis lagi sampailah blog korang ada “niche blog” yang cukup kuat dan ramai orang kenal. Biar sampai advertiser sendiri tahu kekuatan “niche blog” korang. Masa itu..nak dapat duit memang senanglah sikit berbanding blogger-blogger lain yang masih kekal dengan “niche personal” yang sebenarnya cukup susah nak dapat “INCOME” yang lumayan setiap bulan.
Hangpa kata nak jadi blogger kaya, hangpa kata nak cari duit sampingan, hangpa kata nak cari duit kahwin..hangpa kata nak cari duit bayar hutang ptptn yang berpuluh ribu itu. Tapi hang tak nak dengaq jugak kata-kata blogger otai, hang tak mau layan apa yang aku merepek dalam blog ni, hang tokseh gak belajar dan dengar nasihat orang-orang yang dah berjaya..nak gak wat kepala sendiri..
Fikir balik..2-3 tahun lepas..dengan keadaan diri hang sekarang..apa yang berbeza? Ada kemajuan? Ada perubahan?
DAN
semua ni aku ada cerita dalam kitab PINK itu dengan lebih mendalam. Dapatkan disini –> Kitab Teknik SEO Merah Jambu dengan lebih terperinci. Ramai yang dah berjaya dan faham konsep “niche blog” itu. Ramai blogger yang dulunya susah nak dapat RM10 sebulan dengan blog masing-masing dah berjaya dapat ratusan ringgit setiap bulan. Malah, ada yang berjaya menjana beribu-ribu ringgit pada setiap bulan.
Senang cakap..dari kita-kita aje.
Persoalann KHAS untuk korang semua yang dah baca panjang-panjang nih..
Sudah fikir belum tentang TIGA elemen ini sebelum ini?
11,022 total views, 1 views today
Suka macam bersemangat baca entry ko yg mcm ni. Bukan nak minta pelempang, tapi memang tak konpiden dengan diri sendiri dalam arena blog memblog. Bagi sikit meh konpiden ko yang over sangat tu… hehe
Tq beb!
nampaknya kene mula bergerak untuk hasilkan blog niche tertentu ..
Blog tanpa jenama, umpama manusia tanpa nama. Dikenali, tetapi sukar untuk diingati. 😎
selagi tak puas main belasah blog dengan pelbagai skill maka saya belum cukup untuk jadi blogger power rangers tu..he..he..
terus semangat berblog membuak2, dah beberapa hari juga terabai
Wahh..
Terus bersemangat ehh..
hah cendol banting memang boleh ingat Titan selalu. lama tak pekena..
Aku pon taktau skill yg ada pada diri sendiri, main belasah ja.. brand & nich blog lintang pukang lagi.
mau kena cari buku merah jambu gak nih !
Haha..
Sila dapatkan dengan segera.
Kebanyaknya buat blog saja suka2, lepas tu tengok blogger lain berjaya buat itu ini, nak ikut…tapi bila diberitahu dan diajar, tak nak ikut, tak faham, susah dan pelbagai alasan… Akhirnya, kecewa… suka2 jadi duka.
p/s: Suke dgn entri ni! haha..
Biasalah tu.
Mula mula memang cam gituu..
Takpe. Pelan-pelan ambil rentak memasing.
aku masih mencari identiti…
niche blog personal ada cara untuk dapat hasil lumayan tapi ramai yang tak tahu. memang rugi sangat2
Memang ada.
Cuma ramai aje yang tak tahu aje.
Terima kasih bro dan sekarang “Henshin” hahaha
Ya.
Meh henshin ramai ramai.
Hehe..
gua dah brandkan diri gua pada crunchy kapit & crispy otak2.. jadi tak? jadi tak? hehehhee
Kena tanya orang lain..
Gua memang thu lama dahh..
Lagi penulisan santai dan padu dari power rangers titan. Hanya johari mengkenalkan manikem..
Encik johari memang kenal rapat encik manikam..hoho..
Wah, tu dia kata2 amanat blogger power rangers
Memang betul tu, blogging bukan sekadar menulis sahaja. Perlu juga kuasai skill2 tertentu. Baru boleh berjaya..
Mempunyai hidden skill itu memang penting dan kritikal.
Hoho..
tulisan penuh jiwa sehingga aku terbayang masa bro tulis mesti dengan penuh perasaan tu …
Haha..
Perasaan la sangat.
Tulis je. Belasah je.
Thanks bro Titan atas penjelasan yang jelas.
Wan dah perasan beberapa elemen tu dalam blog ni sepanjang wan terjah. Cuma tak sangka ia adalah elemen yang mujarab untuk kuatkan blog. Daebak!!!
Memang kekadang kita tak nampak dan tak perasan.
Tapi..biasanya..akan ada yang baik hati akan tunjukkan jalan untuk kita. Betol tak?
Betoi…yang tu memang setuju 100%. 😆
Cuma nak atau tak nak terima ja.
Jalan dah buka, panduan dah bagi…tinggal nak gerak saja.
ni yang aku suka dengan tulisan bro..haha tegas dan bijak dalam blog ni 🙂
Kena tegas.
Kalau tak..ramai yang kurang ajar.
memang bersemangat bila baca entri bro ni…bila sebut cendol banting terus orang boleh teringat bro…ada impaknya juga tu…hee
macam2 benda nak kuasai kalau nak jadi blogger POWER RANGERS ni…:D
Nak jadi power rangers ni..
Bukan satu kerja satu malam maa..
seriously aku nak belajaq skill makan semangkuk cendol sekali suap tu…barulah nampak hebat…hahaha…biar kasaq tapi ada isi bro
Kekadang..
Memang kena main kasaq gak.
Hoho..
Lembut sangat pun xleh bro…nanti jadi manja budak2 ni..hahahaha
ok..gua buat niche blog…sampai lupa plak nak buat ye tak? 😀
Haaa
Gi buat cepat ye..
Nice tip walaupun still blur lagi
Part mana yang masih blurr tu..
Kalau sudah nampak lubuk duit yang boleh blog lakukan memang tidak pandang belakang. Macam kesedapan cendol dimakan.
Haha.
Tau takpe. Peluang depan mata..jangan dilepaskan begitu sahaja.
tulis dan terus tulis. lama-lama dapatlah indentiti tu. jangan nak ngada-ngada ikut orang sgt. (gua cakap je macam pandai ni, ahahaha)
nampaknya kena hirup cindol banting gak ni. ambik berkat.
Den pun dah start jana pendapatan dengan blog ni. Harap berterusan.
Terang dan jelas xplaination lu bro…tapi kalau x reti-reti gak nak bikin semua elemen tu, sendri punya silap la.. kena asah lebih nampak gayanya..atau kena beli kitab merah jambu…
Dah fikir… dan setelah difikirkan semasak-masaknya, bab branding tu memang kena buat dan tak boleh kedekut.
Kalau serius nak buat duit dengan blogging memang kena ada bajet untuk branding
tentang jenama baru aku perasan…
Satu trademark hg…
Thanks bro..
Nampaknya masih banyak yang perlu dipelajari. Oleh kerana blog aku masih baru. Minta otai beri komen sikit. Apa perlu aku lakukan pada blog ini.
x khatam lagi ilmu belajar kat sini..
Owhhhh baru tahu…selama ni awk dok mengayat makcik2 beg besaq lah ekkk…huhuhu
Alhamdulillah…tq sharing.
Sangat membantu saya untuk blogging.
😉
Emm susah gak ni nak hadam 3 elemen ni..ohhh deritanya bila kenangkan hutang PTPTN yang setiap bulan semakin naik..Ingatkan tetap aje nilai tu kat situ..hahaha..
Emm betul tu..personal blog memang susah nak jana komisen setiap bulan.. Nak kena ada blog niche juga.. Sangat setuju..haha..
AA sukalah baca artikel mengajar ala2 menyebat anak murid ni.tq encik titan.
Masih mencari niche untuk blog dan mem’branding’kan nama dan domain blog, bulan oktober ini ada perubahan kecil yg akan di buat untuk branding blog…
Terima kasih bro di atas perkongsian yang POWER RANGERS juge…
sekarang sedang naikkan nama blog saya dan buat teknik-teknik yang lain untuk capai setinggi yang boleh. Blog tuan memang banyak ilmu boleh dipelajari.
Blogging memang seronok lagi-lagi kalau dapat apa yang kita nak pada blog tu.
Niche dah ada cuma skill dan branding tu entahlah..