Okeh.
Hari ini aku akan berkongsi tentang beberapa pakej yang popular yang ditawarkan oleh Spa Aishah Radhiah.
Sebenarnya, ada 3 jenis rawatan utama yang ditawarkan oleh pihak Spa Aishah Radhiah.
- Facial
- Body Treatment
- Confinement (Berpantang)
Aku rasa, semua orang tahu tentang rawatan muka (Facial) dan badan (body treatment), kan? Dan juga Pakej Berpantang Tradisional yang aku ceritakan beberapa minggu lepas pula merupakan salah satu rawatan TERBARU yang ditawarkan oleh pihak Spa Aishah Radhiah.
Senang cakap, memang banyak pakej menarik yang ditawarkan oleh mereka.
Sesuai untuk gadis-gadis comel, makcik-makcik beg besar, artis meletup, datin-datin dan orang perempuan yang ingin memanjakan diri mereka untuk seketika waktu.
Pakej Ratu Spa AIshah Radhiah
Spa Aishah Radhiah juga ada Pakej SIGNITURE yang tersendiri dan unik untuk dicuba oleh mereka yang berminat. Ada pakej Bidadari, Permaisuri, Puteri Coklat dan Ratu. Semuanya memang menawarkan rawatan yang memang best belaka. Dan untuk pengetahuan semua, semua pakej signiture ini sebenarnya satu pakej yang digabungkan khas mengikut keperluan yang tersendiri. Contohnya, kalau nak buat facial, korang boleh cuba pakej Permaisuri. Kalau korang nak buat body treatment pula, korang boleh cuba pakej Bidadari. Kalau korang nak rasa pakej yang lebih unik..boleh cuba pakej Puteri Coklat yang menggunakan coklat khas dalam rawatan mereka.
Dan pakej paling POPULAR sekali adalah Pakej Ratu yang ternyata mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelanggan mereka. Memang ramai yang dah cuba dan diakhiri dengan kegembiraan yang tidak dapat dikatakan dengan mana-mana perkataan.
Malah, Cik Doktor Fatin Liyana pun telah mencuba Pakej Ratu ini juga.
Gi baca kat blog dia tentang cerita berspa kat Spa Aishah Radhiah cawangan Kota Damansara tu kalau tak percaya. Haha..kalau dah Cik Fatin Liyana ni dah kata best, takkanlah isteri-isteri korang tak nak cuba juga, kan? Bawaklah masa cuti sekolah bulan September nanti. Bukannya selalupun, kan? Sekali-sekala, bagilah mereka rasa dimanjakan setelah hari-hari dok penat bekerja, memasak, membasuh baju, menjaga anak sepanjang tahun.
Betul tak?
Pakej Ratu Spa Aishah Rahdiah menawarkan rawatan seperti berikut:
- Herbal Sauna
- Full Body Massage
- Full Body Scrub
- Milk Bath & Flower Bath
- Aishah Radhiah Signature Facial
- 1 sesi – 4 jam.
Dan pakej ini sebenarnya istimewa sebab ada banyak rawatan yang disukai oleh orang perempuan.
Ada facial, ada scrub, ada massage, ada mandi susu, mandi bunga pun ada..dan ada juga herba sauna. Dan pakej ini sebenarnya diberikan harga yang cukup istimewa iaitu RM400 untuk 1 sesi. Jika korang buat rawatan secara berasingan, korang takkan dapat harga semurah ini. Senang cakap, ini pakej istimewa yang lebih istimewa.
Sebab itu Pakej Ratu ini merupakan SIGNITURE yang cukup popular bagi pelanggan-pelanggan mereka.
Jadi, kalau ada yang berminat hendak mencuba Pakej Ratu Spa Aishah Radhiah ini, bolehlah pergi ke mana-mana cawangan yang berdekatan. Antaranya di cawangan Spa Ampang, Bangi, Kota Damansara, Shah Alam dan Seremban. Boleh rujuk kat website rasmi Spa Aishah Radhiah untuk tahu alamat yang berdekatan.
Dan andai kata korang tak mahu call atau sms untuk buat tempahan, korang boleh juga buat tempahan secara online. Pilih sahaja mana-mana cara tempahan yang korang suka. Spa Aishah Radhiah tetap akan melayan korang dengan penuh kasih sayang.
Cara Tempahan Spa Aishah Radhiah
- Call/sms : 6012 942 2798
- Online booking: Spa Aishah Radhiah Online Booking
- Website : Official Website Aishah Radhiah Spa
Ps: Cuti sekolah nak dekat. Leh la bawa bini cuba Pakej Ratu Spa Aishah Radhiah nanti. Hoho..
9,485 total views, 1 views today
waah…harga pakej amat berpatutan.dekat juga dgn rumah saya…mesti cuba ni…
Haa..
Gi la cuba seround dua. hehe
Jauh la nak try…Jerteh tak nak bukak cawangan ke?
Hang la buka cawangan kat sana.
Jadi bos. 😈
direkemen oleh cik blogger fstin liyana tu
Hehe..
Ramai lagi blogger yang dah pergi rasanya.
Boleh la bawak isteri bila anniversary nanti 😎
Hehe..
Boleh gak la bawa nanti.
pakej untuk lelaki tak da ker…hehe
Tak ada.
Tak ada.
Ini pakej khas untuk orang pempuan aje. hehe
Eh kat Shah Alam pun ada rupanya
Aah.
Memang ada.
Diorang ada banyak cawangan. Call aje untuk tempahan.
Tak pernah lagi pergi mana2 spa. Aku pernah bawa isteri urut refleksologi je he..he..he..
Nanti..kalau ada masa..bawaklah ke spa Aishah Radhiah nih.
hoho..
huh!blogger yang comel2 jer jadi testimonial…
Haha..
memang diorang comel-comel belaka.
kalau ada cawangan kat Melaka…dah lama aku pergi…hoho…
macam best jer ni .. huhuuu
Pakej COKLAT?haaaa..ini ada yang MANDI sambil MAKAN coklat ni karang.hehe
sy pun rasa macam nak try puteri coklat tu la..nampak cam menarik je..hihi