Ya.
Oleh sebab ramai dok kawan aku suruh cari Gula Pemanis Stevia ni, aku pun dok google lah kot-kot terjumpa ada orang jual Gula Stevia nih. Kawan aku dok sibuk suruh cari ni sebab dia tengah gemuk melampau dan katanya mahu cepat kurus sebab dah bosan asyik kena perli dengan kawan-kawan. Maklumlah, baru lepas bersalin. Isu perut tu faham-faham ajelah. Jadi, memandangkan kat pejabat aku ni kiranya aku antara orang yang dok rajin juga main internet pada waktu rehat, jadi aku pun carilah jugak.
Dok online sana-sini. Bersepah jugaklah orang dok jual benda nih.
Tapi aku berkenan dengan yang satu ini.
Royal Sweetener Stevia – Pengganti Pemanis Gula Semulajadi.
Sebelum tu, apa benda Gula Stevia ni sebenarnya? Apa itu Gula Stevia? Apa itu Pemanis Stevia dan apakah kehebatannya sampai ramai benar orang cari termasuklah penggemar Diet Atkins. Dok sibuk gebang pasal gula stevia nih. Termasuklah pesakit yang mengidap penyakit kencing manis. Semuanya sibuk tengah cari benda nih..
Kajian Saintis Brazil tentang Gula Pemanis Stevia
Kajian saintis Brazil pada tahun 1991 telah pun mendapati bahawa “STEVIOSID” berkeupayaan untuk menurunkan tekanan darah pada tikus. Daripada penemuan ini, satu lagi ujian dilakukan pada tahun 2000. Kali ini subjeknya adalah manusia. Seramai 106 orang berbangsa Cina tak kiralah orang laki-laki atau orang perempuan yang mengalami penyakit darah tinggi telah dijadikan bahan ujikaji. Seramai 60 subjek diberikan kapsul yang mengandungi 250mg steviosid 3 kali sehari.
Pemeriksaan terhadap subjek dilakukan sebulan sekali selama SATU TAHUN. Lama gila tu beb jadi mangsa ujikaji. Haha..
Selepas 3 bulan, tekanan darah sistolik dan diastolik telah menurun dengan ketara dan kesannya berkekalan sepanjang tahun. Hasil dari kajian ini saintis merumuskan steviosid yang diambil secara oral adalah berkesan untuk menurunkan tekanan darah dan ia mungkin boleh dipertimbangkan sebagai bahan altenatif atau suplemen untuk pesakit darah tinggi.
Pemanis Stevia dan Eropah
Kegunaan stevia sebagai pemanis mula disedari oleh orang Eropah pada kurun ke-16.
Sejak itu orang Eropah tak pandang belakang lagi dah, jadi Gula Pemanis Stevia ini mula digunakan dengan RAKUSNYA di Eropah sehinggalah di bawa ke Asia dan munkin juga tersesat ke Asia Tenggara termasuklah ke Malaysia.
Walaubagaimanapun kajian terhadap Stevia hanya mula dilakukan pada awal kurun ke 19 apabila para pengkaji di Brazil mendengar cerita yang sehelai daun stevia boleh memaniskan sebiji buah peria dan juga secawan teh herba yang kelat. Bagi peminat teh dan kopi ini adalah satu KEBAHAGIAAN diluar jangkaan. Lepas ini, aku dah boleh makan PERIA dengan sesuka hatinya tanpa perlu memikirkan kepahitannya yang melampau itu.
Ciri paling unik mengenai Stevia ialah ia merupakan pemanis semula jadi yang tidak mengandungi kalori. Di percayai secara tradisional, stevia mengandungi sifar kalori, lemak, kolestrol, gula dan karbohidrat. Ekstrak stevia dikatakan 300 kali lebih manis dari gula biasa. Ciri ini telah menarik minat para pengkaji untuk menjalankan kajian terhadap Stevia termasuklah manusia genius macam aku yang memang suka benda yang manis-manis nih.
Kajian terhadap kandungan toksidnya, mendapati kandungan utama yang menyebabkan ia manis iaitu steviosid dan ia tidak bertoksid. Ia juga didapati tidak menyebabkan mutasi sel dan tidak memberi apa-apa kesan terhadap kesuburan.
Dan sekarang salah satu pemanis Stevia yang terkenal adalah Royal Sweetener Stevia.
Bagi mereka yang ada penyakit kencing manis tu, bolehlah cuba Royal Sweetener Stevia nih. Ramai juga testimoni dan pengguna yang dah guna gula pemanis Stevia ini sebagai alternatif kepada gula sudah mendatangkan hasil yang positif. Tapi kena ingat, aku tak sebut makan gula stevia ni membolehkan penyakit kencing manis korang tu boleh sembuh 100%. Ini cuma salah satu makanan tambahan atau supplemen agar penyakit korang tu tak melarat dan mampu membantu dalam penyembuhan penyakit korang tuhh..
Kalau kena macam gambar kat bawah nih, memang sedih woo..
7 sebab mengapa kena cuba Royal Sweetener Stevia
- Sebagai salah satu supplement terbaik untuk membantu dalam penyembuhan penyakit kencing manis.
- Sebagai salah satu alternatif terbaik untuk menggantikan gula. 1 titik dah cukup untuk secawan teh. Yang minum kopi dan suka manis-manis, haruslah tambah 2-3 titik. Dan gula stevia ini adalah sifar kalori. Jadi, tak perlu risau.
- Majoriti pengamal Diet Atkins memang guna Stevia sebagai alternatif kepada gula. Sebab gula memang berpotensi untuk merangsang korang makan dengan lebih banyak dan menjahanamkan diet korang.
- Membantu dalam mengawal paras gula dan tekanan darah. Siapa yang ada masalah tekanan darah tinggi memang harus cuba gula pemanis stevia ini. Dapatkan Royal Sweetener Stevia ini dengan segera sebelum kaki korang jadi macam gambar diatas.
- Serius. Kepada yang ada masalah PERUT, tak kiralah GEMUK gedebab ke, gemuk menggeleber ke atau susah sangat nak turun berat badan walaupun dah berbulan-bulan tak makan nasi. Cuba jangan ambil gula yang biasa kita beli kat kedai tu. Cuba gula pemanis Stevia dalam 3 bulan pertama. Ramai yang dulunya GEMUK, kini sudah bahagia disamping disayangi isteri SETIAP MASA.
- Kalau korang belum kahwin dan salah satu sebabnya adalah disebabkan korang ada masalah kegemukan atau obesiti. Gula adalah salah satu PUNCA TERBESAR mengapa korang susah kurus. Gula ni memang hebat penangannya. Jadi, bertukar kepada Stevia adalah salah satu jalan penyelesaian yang boleh membantu korang masih boleh makan makanan yang ada manis-manis dan sedap-sedap. Dan of course, korang kena jaga pemakanan dan rajin-rajin bersenam. Nak kurus, MESTI rajin bersenam dan juga kawal bab pemakanan.
- Sebab aku suruh. Dah, gi beli cepat. Haha..
Pokok renek da daun stevia ini sudah terkenal diluar negara sebagai pokok gula dan digunakan sebagai pengganti gula tanpa kalori. Rasa gula stevia tidak sesedap gula tebu tetapi rasa manis nya tahan lebih lama dari gula biasa dan sekiranya terlebih akan terasa pahit sedikit. Ekstrak Stevia adalah 250-300 kali lebih manis dari gula Tebu. Daun stevia adalah 30 hingga 45 kali lebih manis dari gula biasa.
Kesimpulan.
Stevia adalah pengganti gula tanpa kalori.
Orang gemuk patut tukar gula kepada pemanis Stevia.
Budak-budak dan gula Stevia memang tidak boleh dipisahkan.
Orang yang hendak kurus boleh dapatkan Royal Sweetener Stevia segera.
Gula Stevia memang BEST.
Sumber – Blog Stevia Manis
19,102 total views, 1 views today
Terima kasih atas penyertaan! 😉
dah guna stivia ni,, mmg good,,setitik jer dah manis – kedaionlinemy.com
Harga pula macamana?
ada harga yang mahal dan ada harga yang murah.
tengok brand masing-masing.
Tinggal pilih aje.
mcm nk join jer..masih ada harapankah diterima..hehe
masih lagi.
Cuba aje.
dulu pernah ada orang jual stavia ni kat ofis gua. tak tau pulak masa tu apa benda stavia tu. sekarang dah tau.
macam best gak ni. banyak gak tengok iklan jual stevia ni
Sesuai sangat sebagai pemanis. Lagi pun tidak guna banyak.
orang kalau lopeh pantang memang badan cepat gebu tapi tak semuakan heee.
Arwah ayah dulu antara pengguna stevia kerana kencing manis..
dalam likuid untuk electronic cigarratte, penggunaan stevia juga diperlukan bagi mendapatkan rasa yang sedap..hehe
Regards,
-Strider-
Ohhh macam tu rupanya daun stevia nih…terima kasih encik titan kongsikan…
Sama-sama.
Hang tak nak beli satu ka? haha..
Tunggu izin Isteri luuuuu…
gua dah beli lama dah ngan Bonikacak..memang best..minum air kosong buh setitik rasa air sirap..Jimat..hehee
umak aih… camni kedai mamak gulung tikar ar…
Pehh..
hang memang tahu awal benda-benda macam ni kannn. hoho..
Sesungguhnya, kami penghisap vapor ni dah biasa dah ngan stevia ni, hehe…
p/s:1. time rehat je ke guna internet?
2. ape kena mengena diet atkins dengan rowan atkinson?
1. biasanya camtu. kelas full sebelum rehat.
2. adik beradik lain mak lain bapak kot?
aiyokkk..gambaq kaki tu ngeri… setakat ni guna stevia yg dibeli dr supermarket je sbb x tahu nak beli kt mana online ni.. dh tahu boleh beli pasni..
haa..
lepas ni boleh la beli online ye kalau betul-betul berminat nak dapatkannya. hehe
oh bagus sekali nih untuk penghidap penyakit 3 in 1
Ya.
Memang sesuai untuk diamalkan oleh mereka yang ada penyakit ni.
Sekurangnya, ini salah satu alternatif yang baik.
stevia ni memang satu pengganti gula yang sesuai untuk pengidap kencing manis
mungkin ini akan jadi makanan ruji kita suatu hari nanti..dah xpayah pakai gula..tapi gua terfikir macam mana nak buat donat melayu yang salut gula tu kalau pakai benda ni..hahahaha
Ya. Mungkin kalau gula dah habis
atauu..
pokok stevia nih dijual secara komersial dan harganya lebih murah berbanding gula biasa tu..
nak tryla nanty 😕
Fuh memang seram bila kaki dah jadi macam dalam gambar tu
syukurlah ada alternatif supaya kita terlalu bergantung kepada gula sepenuhnya untuk dapatkan manisan
Itulah sekarang dh ramai yang menggunakan stevia di dalam minuman.. Kena tanam ni pokok ni kat umah.. mudah nak guna lepas nih
stevia mmg bagus ganti gula..especially utk yg biasa guna refined sugar kan.
ngeri pula tengok luka kat kaki akibata kencing manis…orang kelantan suak makan manis-manis…dan kena tukar dari gula dengan stavia lah nampaknya.
aduiiii risau jer ni, sbb tak pernah buat test kandungan gula dalam darah huhu
Kurangkan gula dalam minuman. Tambahkan stevia dalam minuman. 😆
pengganti gula yang biasa. Orang yang ada kencing manis boleh amalkan gula stevia ini
pernah baca jugak pasal ni. Daun stevia tu mmg manis. Anyway thanks for the info.
Jemput singgah blog kami http://www.awesomevitaminsever.blogspot.com
Thanks atas pencerahan mengenai produk.
Leh bgtau parents sbg supplement ni.
Bila umur dah masuk ke satu-satu fasa ni, macam-macam leh jadi.
Yap.
Tanyalah dulu.
Kang terkejut pula diorang nanti. hehe
macam mane nak chek kadar gula dalam darah eh ? kena g klinik ke
Stevia ni takde affiliate ke?
Banyak brand dalam pasaran sekarang ni. Yang jual hanya daun kering pun ada…..
Elok sunngguh ada pengganti gula ni. Mak ada kencing manis, kesian tgk bila makan suma tawar je. Nasib ada stevia ni.
Btw kami 3 sekawan baru je launch travel blog. 1st entry kami psl backpacking di New Zealand. Kalau ada masa, singgahla, boleh tinggalkan komen dan feedback 😉 kalau dpt exchange link pun ok. Hehe
Stevia pengganti gula terbaik..selain itu gula dari abstrak asli tebu hitam pun boleh diganti sebagai gula…
Wah setitik stevia pun dah cukup buat rasa manis. Mesti cuba nih
Memang nak kena bertukar aa kalu cenggini… takut wooo tgk kaki tuh…
http://supernifzvitamin.com/khasiat-lemon/
saya berminat dgn stevia nie…..boleh saya tahu reganya brp ?
Boleh saya tahu brapa harga sebotol ?
Ya stevia mmg bagus utk kesihatan, dpt merawat kencing manis.
bagus untuk kencing manis , memang berkesan..
Bila boleh nmpk kesan bila berat badan menurun…bru minum 3 hari…
Macam mana nak dptkan atau beli nye tkut kena tipu kalu beli online