Okeh.
Memandangkan makcik beg besar Nadot tengah buat CONTEST, jadi aku berbesar hati la untuk sertainya walaupun secara jujurnya aku memang tengah sibuk dengan kerja-kerja sekolah yang banyak tak berapa nak siap nih. Maklumlah, kerja sekolah ni..sampai aku pencen nanti pun memang takkan siap aje. Kerjanya akan berjangkit dari tahun ke tahun dan akan bertambah dari hari ke hari. Benda ni memang dah tak boleh nak lari dah. Haha..
Jadi, jangan jadi cikgu. Gi la cari kerja lain.
Melainkan korang sanggup jadi orang gila dan sanggup hidup dengan NICHE pekerjaan yang cukup mencabar nih.
Ada ke PATUT cakap “CIKGU” sebenarnya merupakan PUNCA murid-murid PONTENG sekolah?
Itulah. Ada otak, tapi isi tak ada.
Cakap sembarangan sahaja.
…
….
Dah.
Melalut jauh dah ni. Tajuk lain, mukadimah lain. Isi content pun lain. Dah jadi jahanam dah starting artikel ni.
Haha..
Contest yang NADOT buat ni, aku kena bagitau blogger mana yang aku kagum.
Ya. Aku ada BANYAK blogger-blogger yang aku kagum. Tak terhitung rasanya dengan jari kaki dan jari tangan aku. Kalau campur jari kaki dan tangan bini pun, aku rasa masih tak cukup. Kalau tambah bini pun, belum tentu lagi cukup nak kira jumlah blogger-blogger yang aku kagum itu.
Okeh.
Siapa mereka?
Aku gelarkan mereka.. SMALL GIANT Blogger.
Sebab memang ada antara mereka yang saiz badannya memang kecil. Haha..
Tak. Tak. Bukan sebab itu sahaja.
Tapi mereka ada hati yang kecil dan keinginan yang BESAR untuk berubah.
Terutamanya dalam dunia affiliate.
Dari tak ada apa-apa. Dari zero tak tahu apa benda, akhirnya berjaya melakukan PERUBAHAN yang aku rasa memang cukup sukar untuk manusia biasa lakukan. Tak semua orang HENDAK keluar dari zon selesa masing-masing. Tapi, Small-small GIANT ini sanggup berubah dan mahu melakukan perubahan untuk mencapai apa yang mereka cita-citakan.
Okeh. Meh aku cerita sikit pasal diorang.
7 Small Giant Blogger yang gua KAGUMI
1. Blogger Akubiomed.
Nama manja, Azrin. Nama penuh, aku tak hingat. Orangnya tinggi macam galah. Kalau berdiri sebalah aku, nampak sangat aku ketot yang amat. Masa aku jumpa dia, dia dah setat minat nak buat duit dengan blog. Aku nampak dia dah mula letak banner-banner affiliate dalam blog dia. Dan kekadang, dia ada gak buat siri-siri promosi liar dalam blog beliau. Dan aku juga tahu dia belum cukup PUAS HATI dengan pencapaian yang beliau dapat. Semacam ada yang tak kena. Mungkin dia rasa teknik yang dia gunakan kurang sesuai. Pendekatan tak berapa nak jadi. Strategi mungkin masih kurang mantap. Taktik 4-4-2 mungkin dah berkesan untuk memberikan sales-sales yang banyak setiap bulan.
Dan, selepas baca kitab PINK. Aku terasa semacam brader Azrin ni macam dapat satu tonik. Booster tak terkalah. Artikel promosi pun nampak lebih mantap. Ayat-ayat jualan nampak lebih padu dan jitu. Aku tak hairan artikel-artikel macam itu boleh bagi banyak sales untuk satu tempoh yang lama.
Nah..satu demi satu sales beliau kebas. Kekadang, ada niche produk yang aku tak kuasai pun dia kebas gak sampai tak bagi dah “chance” kat aku. Haha..
Kekadang, sampai naik jeles dibuatnya.
Benarlah apa orang-orang tua berkata. Rezeki gajah, memang perut dia gemuk. Rezeki galah, makin panjang galah tu, makin banyak habuannya. Okeh. macam merepek aje aku rasa. Apapun, Azrin memang hebat. Encik Galah yang tak terkalah.
Kalau dia tak mulakan “STEP PERTAMA” dalam dunia affiliate ni, dia takkan tahu bahawa kemanisan dapat komisen itu LEBIH 1 JUTA kali lebih manis berbanding kemanisan Cendol Banting.
2. Blogger Pondok Kecil.
Nama garang dia, Hafizul. Nama famous dia, pondok kecil.
Blog dia ni mengingatkan aku dengan lagu nasyid lagenda iaitu “Pondok Kecil”. Kalau masuk blog dia, mesti aku cuak. Takut-takut terdengar lagu tu. Lagu tu memang banyak tinggalkan nostalgia bagi aku. Tapi, hari ini aku nak bercerita pasal beliau, bukan nak cerita pasal kehebatan aku. Yang tu, kita sambung lain kali.
Okeh. Brader Hafizul ni masa awal-awal dulu kekadang buat aku menyampah gak.
Hari-hari dok tanya soalan mudah-mudah. Sampai satu tahap aku rasa dia boleh aje google dan cari jawapan tu sendiri.
Tapi, aku faham mengapa dia lakukan itu semua.
SURVIVAL.
Kalau nak sesuatu, cari sampai dapat. Usaha sampai bini dengki. Tidak putus asa sekerat jalan.
Itu yang dia lakukan.
Dan dia juga salah satu pemain affiliate yang agak berjaya bagi pandangan mata aku. Walaupun mungkin takdelah segenius macam aku, tetapi aku respek dari segi kesungguhan dan kerajinan dia.
Dan berita baiknya sekarang, dia dah JARANG mesej aku kat facebook.
Dah rajin dah dapat komisen affiliate setiap bulan.
Maksudnya, dia dah boleh BERDIKARI. Dah nampak apa yang dia perlu buat.
Dah tahu apa yang perlu dilakukan. Dah nampak jalan mana yang harus dia pilih. Dah tahu “UMPAN” mana yang patut digunakan. Dah faham, “PANCING” mana yang sesuai dan lubuk mana yang harus dikuasai.
Its a good sign, right?
3. Blogger Prof Hariz.
Mamat ni, dia pun tinggi lampai. Lebih kurang macam Si Galah tadi. Aku sendiri tak faham apa pasal kebanyakkan “SMALL GIANT” ni semuanya tinggi-tinggi belaka.
Korang makan apa hah? Kasi tips sikit. Aku pun nak tinggi gak. Haha..
Dia juga antara pemain baru dalam dunia affiliate.
Dan salah seorang pemain affiliate yang PEGANG Niche “Diet Atkins” dan “Kerjaya” dalam dunia affiliate.
Masa mula-mula, memang banyak songeh gak budak ni.
Pening aku nak jawab soalan yang dia tanya.
But dari satu sudut, dia antara blogger yang cukup “PICK UP” dan cepat faham apa yang dia belajar berbanding blogger-blogger lain yang pernah aku perhatikan. Maklumlah, darah masih muda dan masih manis. Tak hairan proses penyerapan ilmu itu berlaku dengan sempurna dan berjaya buat duit dengan kacaknya dalam dunia affiliate.
Dulu, dia memang tak berani nak terjun dalam dunia affiliate nih. Tapi, bila dia dah MULA, dia tak pandang belakang dah.
Habis semua otai dia LANGGAR.
Haha..
“Lu tengok sekarang, siapa antara TOP leading kat setiap Cabaran terbaru Tim Info Kerjaya dalam tahun ini?”
4. Blogger Eyriqazz.
Okeh. Nama blogger seorang ni memang nak terkehel lidah aku menyebutnya. Sampai sekarang, kalau jumpa pun, aku tak tahu nak panggil dia apa. Tapi dia tetap salah seorang pemain affiliate baru yang sangat bijak untuk buat duit dengan blognya. Kelebihan dia adalah bijak manipulasi dalam kebanyakkan artikel yang dia buat. Dan dia ada AUTHORITY yang besar dikalangan pengikut dia. Maklumlah, antara orang popular juga dikalangan blogger tempatan. Kalau dia buat “REVIEW” ramai gak orang suka baca reviewnya itu. Nampak jujur dan ikhlas. Mungkin sebab itu, orang suka baca blog dia berbanding blog Puan Nadot. Hehe..
Hapepun, dia juga salah satu SMALL GIANT Blogger yang agak berjaya dalam pemerhatian aku. Bukan senang nak buat duit dengan blog. Lagi-lagi dengan program affiliate.
But, he did it wisely.
Tabik spring untuk beliau diatas usaha dan kerajinannya itu.
Sekali lagi, bukan senang. Tapi bila kita dah nampak jalannya, in-sha Allah.
Benda akan jadi lebih mudah.
5. Blogger Fadhil Husin.
Okeh. Ini aku rasa RAMAI yang tak kenal. Blog dia DOULNUT.com. Tapi, otak aku translate sebagai “DONUT”.
Senang cite, aku gelar dia Blogger Donut.
Blogger Donut ini pun antara pemain affiliate baru. Senang cakap, aku nampak gak kesungguhan dia untuk cuba buat duit dengan affiliate menerusi blog beliau. Kekadang, bila aku perhati produk yang dia promosi..bila aku CHECK kat google, nah..masuk 1st page, 2nd page. Tersedak kejap tekak aku dibuatnya. Bukan calang-calang orang boleh lakukannya tu. Lagi-lagi bagi blogger baru.
Aku dok perhati aje dia. Aku dok monitor prestasi dan perkembangannya.
Ada bakat. Ada skill. Ada kemahuan. Ada kerajinan. Ada sedikit ciri-ciri manusia GENIUS macam aku.
Hari ke hari, dia tunjuk buktinya. Sales demi sales dapat. Setiap projek mendatangkan hasil yang mampu memberikan senyuman seksi setiap hari. Setiap bulan pasti akan terukir senyuman nakal dibibirnya.
Tahniah untuk beliau. Salah seorang SMALL GIANT Blogger yang pasti akan menjadi ancaman untuk pemain affiliate yang lain.
6. Blogger Reevluv.
Nama betul aku tak hingat. Nama SEO adalah Mohd Fairiz.
Dia cukup suka ambil gambar. Tapi dia tak tinggi macam Prof Hariz atau Brader Azrin. Tetapi, dia cukup HENSEM dalam bab-bab buat duit dengan affiliate. Naik DENGKI aku bila dia dah dapat banyak komisen dari Klikjer dan macam-macma program affiliate tempatan.
Aku perhati aje perangai mamat nih.
Naik berbulu gak bila dia dok post komisen itu, komisen ini.
Tetapi, bila aku fikir..itulah hasil dari orang yang FAHAM dengan apa yang perlu dia lakukan. Bila kita dah target sesuatu, kita dah nampak apa yang perlu kita lakukan dan kita tahu apa “PERMAINAN” mana yang BOLEH kita menang, kita kuasainya dengan rakusnya. Jangan bagi peluang orang lain cantas kelebihan kita.
Dan, this guy conquer it handsomely crazily like hell.
So, tahniah bro. Belanja aku cendol nanti eh..
7. Blogger Nadot.
Okeh. Anak murid tak rasmi aku. Walaupun dia ada PHD biri-biri, tetapi dia tetap rendah hati dan selalu tanya aku soalan bukan-bukan sampai membuatkan aku rasa bengkak aje dalam hati. Suka benar tanya soalan-soalan yang susah aku nak jawab. Maklumlah, walaupun aku ni manusia genius, tetapi ada gak soalan-soalan yang aku belum tentu boleh jawab.
But, aku tetap penuhi permintaannya dan jawab seikhlas mungkin. Aku tak boleh pilih kasih walaupun dia lebih COMEL berbanding aku.
Dan jaga-jaga, dia salah seorang pemain affiliate baru yang akan menjadi ANCAMAN untuk pemain affiliate Malaysia. Dah mula buat duit dengan blog dan membuat percubaan serius untuk buat duit dengan affiliate.
Biasalah, orang ada PHD dan bekas pensyarah nih, bukang calang-calang orangnya. Sekali dia bukak sifir 18, tercungap aku nak menjawabnya. Pendek kata, dia mahu belajar, dia ada kesungguhan, dia rajin bertanya dan dia MAHU ubah sesuatu untuk capai apa yang dia nak.
Dan aku rasa dia memang orang yang tepat untuk aku gelar sebagai SMALL GIANT.
Tahniah beb.
Balik Malaysia nanti, belanja aku cendol. Aku tak mintak gunung emas dan mangkuk perak. Aku nak cendol aje.
Kesimpulan.
Aku cuma mampu tulis 7 Small Giant Blogger yang aku kagum sahaja.
Kalau aku terus lagi panjang dari nih, aku sendiri naik bosan membacanya.
Dan dalam senarai pendek aku ini, ada lebih dari SERATUS Small Giant Blogger yang berpotensi menjadi ancaman bukan sahaja kepada diri aku sendiri tetapi kepada semua pemain Affiliate Malaysia yang gigih mencari duit melalui program affiliate setiap hari.
Kalau aku tak petik nama korang, janganlah terasa ye. Korang semua memang hebat belaka dan tetap Small Giant dalam hati masing-masing.
Tapi, takkan la aku nak cerita semua,kan? Kita simpan sikit Small Giant Blogger ni untuk kegunaan peribadi aku. Haha..
Dah.
Itu sahaja aku nak tulis.
Tak larat dah nih.
Aku nak sambung tanda kertas jawapan budak-budak nih.
Fakta penting hari ini.
– 7 orang SMALL GIANT ini semuanya adalah pengamal Teknik SEO Merah Jambu.
Contest Blogger Yang Dikagumi ini dianjurkan oleh Nadot.my dan ditaja oleh Ejam Othman & Hey.my)
17,306 total views, 2 views today
Giant pun kagum juga dengan sang kerdil ke en.titan hehe..
saya kagum dgn cik titan jer – kedaionlinemy.com
semua blogger yang disenaraikan tu aku pernah singgah blog depa, yang paling jarang sekali adalah doulnat..
semua mentor yang bagus kita harus jejak mereka selalu
semua blog lu sebut tu gua pernah singgah…hu3
nama gua kasi betul sikit..hahaa ‘REEZLUV’ 👿
tak mau aku.
asyik salah aje.
Menci.
hahaha. typo manjang
Wajib singgah macam ni untuk lebih tahu dunia internet ni…
Apa bila baca perenggan pertama agak terkedu. Bro memang hebat saya hampir tersembur minum milo panas depan laptop. Mungkin saya lambat panas berbanding kerana saya perlu berkerja keras untuk paling tidak menghampiri rapat dari belakang untuk yang 6 sudah kehadapan. Terima kasih menyuntik semangat dengan menyuntik gegendang telinga ini. Lain kali makan beras panjang. Adios.
Takpe.
Hang dah masuk gear 4 dah. Jangan mudah berputus asa.
Masuk gear 5 terus lepas nih. 😈
emm gua mane??? rase mcm disisihkan..adakah sbb gua xminat makan cendol dan gua lebih suka abc sbb itu gua dipinggirkan? sob2 😥 😥
hah, dah tahu lagi mahu bertanya.
gi makan cendol dulu. Tunjuk bukti sikit. 😈
sila buktikan dengan komisen yang berkepuk2… hehehe
terbaik lah depa semua ni..otai2 ni..
ada satu blog je belum pernah masuk. lepas ni masuk senarai..
oh kena skodeng lah blog dia orang nih. Tapi tolong jangan beritahu dia orang tau
Okeh.
Jangan risau.
Gua cover line lu.
Bila lah nama makcik beg besaq yg sorg ni nak dipetik..huhuhu
ni semua otai2..terbaik..
memang hebat juga penangan artikel…hilang rasa mengantuk selepas baca cerita gergasi kecil tu..
hahahahaha…. hahahahaha….
naseb baik aku dah menarik diri dari menjadi juri… pandai bodek.. i like… hohohoho…
aku dah agak, walaupun ko genius, soalan aku boleh jadi lagi genius… hehehe..
thanks weh join lepas kena paksa 😈
tunggu ar cendol lagi 2 thn 1/2 😛
terbaik semua yang tersenarai di atas, tahniah usaha anda selama ini sehingga dipilih
wokeh… nak gi singgah jenguk jap nak tengok komisen derang… heheh
hmmm. blogger no 5 tu je aku tak kenal.
baru jinak2 nak kenal blogger…entry yg bagus untuk jejak mereka..
Wahh… Small Giant tuh… walaupun small tetap GIANT ok…
Keep up the great job semuaa…
satu pengiktirafan kepada small blogger
keep it up!
Prof hariz tu memang mantap niche kerjaya ngan atkins.. gua pun jeles bro. hohoho. Yang lain2 tu, ada aura tersendiri gak. Selalu je aku masuk blog diorang.
mereka memang blog yang hebat-hebat belaka
Senarai blogger ni memang wajib singgah. Seronok baca pengalaman masing-masing. Banyak benda boleh belajar.
small giant ko ni jenis besar besar bro haha
Wow, semua blogger-blogger hebat tu, tak terlawan saya..hehe
Semua bukan small-small blogger nie..
Otai-otai kuasa 10 nie..
Admirer la baca semua..
Masing2 ada peminat masing2..
Best la..
seronok plak kenal dengan ketujuh-tujuh listed blogger ni. 😉
MashaAllah terima kasih cikgu atas pengiktirafan ini.
InshaAllah boleh plak target jadi BIG GIANT BLOGGER akan datang dengan izin Allah.
semuanya pakar-pakar affiliate belaka nampaknya… tentu anak murid tuan tanah ni…!
gua pun kagum semua ni, no.7 tu ganas le…heee
hahahaha… itu terpaksa masuk list nak meningkat chance nak menang je tu… x layak masuk list pun… hehe
Power bro depa ni lani..aku terkebil kebil nak promote affliate melalui blog ke tak..haha orang lain dah jauh kedepan, tak pe. Aku fokus lain, korang fokus hat ni ya..
Setiap blogger ada passion dia tersendiri. Do it or nay! 😉
Blogger yang selalu aku terjah gak nie… hebat diorang nie..
Tapi takleh lawan sifu agi…
Tunjuk ajari sifu big giant blogger yang rajin dan gaya memujuk pelanggan tidak terkalah..
Semua blog tu sy dah lalu dan singgah sekejap…tapi encik Titan tetap terbaik…
Semua di atas tu dah kira otai..dan ada yang baru juga..tapi penulisan mereka menjadi igauan setiap pembacannya melekat dan pekat di blog2 tersebut..
small giant,diorang ni nampak biasa jer..tapi boleh tahan dalam bab -bab ni, termasuk juga tuan tanah kedaung empunya blog ni hehe (sesaja jer aku bodek)
Eh sama ar… aku pun panggil dia blogger donut jugak. La ni aku dah mula suka lepak kat blog dia sebab mesra pembaca 🙂
baru tahu nama manja blogger bro biomed tu..kebanyakkan macam blogger lelaki memang hebatnya….jauh lagi ketinggalan…. tanda kertas ujian murid tahun berapa tu?
Semua yg di senaraikan aku mmg kagum dengan mereka. Cuma aku baru dengar nama blogger nadot ni…
Terkesima baca entry cikgu Titan ni, menyentuh jiwa nurani kecikku..sungguh mengancam kalbu ayat2nya 😆
dah lama saya nak tanya, kenapa namanya doulnut dan bukan donut?
Honestly ada juga yang first time kenal..maklum lah saya pun baru je dalam dunia blogging..belajar dari kitab kejambuan en cik titan juga 😎
Memang sesuai dipanggil “small giant” 😉
Barisan blog2 hebat…nak jadi hebat kene follow orang2 hebat..
woooo…. hebat2 semua nih….
perrghhh.. mereka semua hebat2! dah singgah ke semua blog yang di senaraikan.
berimipian juga nak jadi macam mereka..
blogger2 yang hebat dalam buat duit… 🙂
okeh..bookmark utk blogwalking 🙂
small giant tapi hebat-hebat belaka, boleh katakan sebahagian besar diaorang anak murid cikgu titan 🙂
Selamat maju jaya buat Encik Titan…Artikel memang ada potensi untuk menang jadi juara ni…
Tak layak rasanya Pondok Kecil dikagumi oleh Encik Titan.. Tak layak sesangat…
Serius aku cemburu dengan profhariz tu … kejap je dah kumpul duit nak kawin .. hoho…walaupun calon tak ada lagi.
tuan pun dah masuk kategori giant blogger.
wow… hebat2 eh mereka ni. ish3… ok. kuncinya : rajin bertanya dan terus amalkan teknik itu. trma kasih sifu
Small Giant..Power-Power..prof hariz tu,serius memang tinggi. Saya takat bahu dia je.
manalah tau saya pun masuk list nanti,,, hehe
kenal dengan prof haris dan pondok kecil saja yang lain belum
Patut blog ambe takder. Ambe belum beli lagi kitab pink…huhuhu.
Review blog ambe sekali sifu legend. Plzzzzzz….heheh.
saya suka ni. . .
Sekali-kali awak lah yg masuk dalam review tu hehee
Saya kagum juga dengan Cik Faizal, di sela kesibukan masih sempat mengisi blognya, semoga tetep semangat cik…