Haha.
Ayat memang tak boleh blah.
Sesedap rasa, seindah bulan purnama.
Salah orang tertusuk ulu hati, terluka taman-taman hati dengan penuh bisa.
…
….
Okeh beb.
Korang dengar baik-baik. Korang baca baik-baik.
Ini cerita aku. Siap ada tajuk lagi aku buat khas untuk bacaan korang.
–> Dari kurus jadi berisi. Dari berisi jadi slim tak hingat.
Aku pernah BERISI. Tapi dari sudut BMI, aku tak gemuk. Masih kategori kurus. Cuma bahagian pipi waktu itu memang cukup susah nak kasi kurus sebab memang payah nak kasi kurus bahagian tu. Bukan macam bahagian perut atau peha yang memang SENANG nak kasi kurus.
Tapi memandangkan tunang aku ketika itu pun tak bising pun pasal pipi comel aku tu, jadi..aku terus jadi malas nak buat senaman tekan tubi kat bahagian pipi. Terus masih makan nasi lemak sambal sotong dengan penuh selera setiap hari.
Itu masa berat badan aku lebih dari 75kg.
Masa awal dulu-dulu. Masa mula-mula bertunang. Itulah berat badan aku ketika itu.
Tapi, entah nak jadi macam mana sebelum kahwin..berat tetiba jatuh mendadak.
Maintain pergi ke 65kg tetiap hari dan tetiap bulan.
Bini aku pun kata aku dah kurus.
Palis-palis pun, pergi ke 68kg. Pernah sekali, pergi ke 60kg.
Masa ni mungkin disebabkan dok jauh dengan bini. Itu yang tak LALU nak makan agaknya. Haha..
Turun lagi 3kg, aku dah dapat balik berat badan aku masa kat UMS dulu.
–> 57kg.
Masa itu, kalau aku lari pecut 100 meter, memang dalam 12-14 saat aje.
Tapi tak boleh.
Aku sendiri tahu berat badan ideal yang mana sesuai untuk aku.
Iaitu antara 62-65kg. Kalau dapat pergi 60kg, dah kira cemerlang dah sudut KPI.
Kalau masih 57kg, itu dah kategori kurus sangat. Kalau bukak baju, siap nampak tulang lagi.
Six pack pun segan nak muncul.
Sebab bila ada berat sikit, aku mudah sikit nak angkat motor atau benda-benda berat kat bahu aku. Walaupun nak dapat six pack macam masih tak menjadi sekarang, dapat 4 pack pun dah kira hensem sangat dah.
Dulu masa berat maintain 55-57kg, nak angkat kotak pun rasa macam nak terkehel pinggang aku. Kawan aku macam tak percaya aje aku tak boleh angkat kotak tu. Tak padan dengan ketinggian dan berat aku..
Malah, masa tempoh pertunangan tu, aku pernah terfikir..aku tak yakin 100% boleh ke tidak aku angkat bini aku nanti.
Dari sofa ke atas katil. Mampu ke aku lakukan tanpa perlu berpeluh? Tanpa perlu mengerah tenaga? Itu belum lagi kalau bini dah mengandung. Kena angkat untuk 2 orang. Berat sah-sah bertambah. Kalau berlaku kes-kes kecemasan, mampukah aku angkat bini dengan berat badan 55kg itu?
Jadi, aku buat keputusan untuk kontrol berat antara 62-65kg. Kalau jatuh ke 60kg, aku topuplah makan daging banyak sikit, jogging 10 round kasi diskaun jadi 2 round aje. Dah dapat balik berat ideal yang aku nak, aku ulang maintain rutin pemakanan harian dan aktivti bersenam aku agar aku kembali cergas untuk aktivti siang dan malam.
Dan bila aku cuba angkat bini lepas kahwin, senang-senang je boleh angkat dengan penuh cemerlang. Woha!
Untuk menjawab persoalan tajuk artikel ini.
“Bro, lu makan itu makan ini..lu tak TAKUT jadi Gemuk ke?”
–> Hak makan, itu hak korang.
Korang nak makan apa pun, makanlah. Janji halal dan boleh ditelan. Lamb chop ke, kehepsi ke, begedel ke, tempoyak masak lemon ke, sambal belacan campur mangga muda ke, ayam goreng filipina ke, ikan talapia bakar 80 degree ke hape-hape ke..belasah aje.
Kalau batu tepi jalan tu pun korang tengok macam sedap nak telan, gi la telan. Kalau tak nak telan, kasi rebus, minum air rebusan batu tadi. Tu pun sedap gak kalau ada letak sayur sikit, bendi sikit, ayam sikit, petola sikit..pepandailah. Janji kreatif. Haha..
Prinsip aku dalam bab-bab nak kuruskan badan ni simple je. Aku makan nasi. Aku makan ikan. Aku makan lemak. Aku ambil gula putih. Aku suka minum teh tarik. Aku suka makan nasi lemak sambal sotong. Aku suka benda-benda bergoreng. Aku suka benda-benda berlemak. Aku makan semua tu. Hidup ini sekali aje. Belasah aje apa kita nak makan. Jangan jadi macam seorang emak tu sampai keempunan nak makan telur tembakul. Kan dah kena ngap dengan batu belah batu bertangkup. Dah nampak depan mata, bedal ajela. Haha..
Dan aku bukannya ikut sangat diet atkins dan tips-tips kuruskan badan yang ramai pakar pemakanan kesihatan atau pakar obesiti cadangkan. Tapi aku rumuskan beberapa tips yang korang boleh ikut kalau nak jadi kurus TANPA perlu ambil ubat kurus, makan produk tu hari-hari, beli produk kesihatan dan produk nak kuruskan badan sampai beratus-ratus ringgit.
Tak ada.
Rumusan atau tips kurus aku simple sahaja.
- Jaga pemakanan.
- Cukup senaman.
- Amalkan gaya hidup yang sihat.
TIGA benda ni korang jaga betul-betul. Kena faham konsepnya. Kalau dah makan banyak, apa kena buat. Apa langkah yang perlu diambil. Perlu ke makan dalam potion yang banyak atau yang sedikit. Kena tahu perbezaan lemak baik dan lemak jahat Masakan jenis apa yang boleh kita masak. Kalau dah termakan makanan bergoreng dan berminyak, macam mana nak counter balik. Apa makanan yang boleh bantu kita tidak selalu lapar dan memacam lagi.
Serius, korang boleh kurus dan dapat berat badan yang ideal disamping disayangi oleh isteri atau suami tersayang. Malah, kawan-kawan yang dulunya semakin jauh dimata, kini sudah dekat dihati.
Sila percaya apa yang aku tulis ini atau korang anggap sahaja korang kena tipu dengan aku.
Kalau tak kurus juga selepas ikut diet ketat aku ini, korang pergi masuk semula darjah satu dan ambil semula subjek Pendidikan Kesihatan.
Lebih afdal, korang pergi sekolah aku dan daftar untuk jadi murid kelas aku khas untuk ambil mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. In-sha Allah, korang boleh kurus dengan izin.
Satu ebook tentang kuruskan badan yang aku boleh rekomen, ebook Teknik Bakar Lemak Pantas hasil tulisan Hafiz Wasa. Teknik dia lebih pada cara senaman, latihan apa yang perlu dibuat, latihan apa yang sesuai dengan badan kita, jenis latihan apa yang boleh kita lakukan, apa latihan berintensiti tinggi yang kita harus buat, apa teknik yang boleh bantu kita bersenam dengan lebih baik, dan cara kawal pemakanan yang lebih bijak.
Kesimpulan
Orang sihat.
Dia akan rajin bergerak. Dia akan rajin bersenam. Dia akan jaga apa yang dia makan walaupun kekadang semua benda dia belasah. Dia tahu apa yang dia kena makan. Dia tahu apa yang badan dia perlukan. Dia tahu apa yang dia mahu jadi dan dia tahu apa yang dia tidak perlu lakukan.
Berbeza dengan orang yang tidak sihat.
Semua benda dia belasah tanpa rasa bersalah.
12,779 total views, 1 views today
terklik la pulak entry ni dari FB ko yang kata khas untuk orang gemuk. Padaha tak terasa pun, tapi terklik. Haiishh… :p 😡 😐
kita mmg mudah terklik…huhu
makan lah selagi mampu,, nnt dah tua,, tk larat – kedaionlinemy.com
makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang. amalkan amalan ini
tahniah bro sbb dpt maintain berat badan.. ni mungkin genetik gak kot? sy tetap 78kg aje. hehehhe
ada yang makan banyak pun tak naik-naik..ada yang dah tahu gemuk pun tak reti nak berdiet dan mulalah bising aku dah gemuk bagai.. tahu makan tapi malas nak bersenam.
apa pon.. Lu angkat bini lu elok2 bro.. pinggang nak pakai lama.. ahaha
aku ada sikit gemuk dekat perut
hanya perut je
yang lain2 ok
hensem belaka
Setakat ini berat masil lagi didalam linkungan ideal. Kalau kurang makan akan turun lagi ke sempadan kurus. 🙂
gemuk takde hal..errr..tapi gua still kena kurangkan berat ni..adeh..:P
berat badan saya ? haha rahsia kikiki
Nak kurus senang je, kurangkan makan..hehehe. Tapi bagi kebanyakan lelaki, selepas kahwin badan mesti naik, itu dah lumrah..
Badan kalau gemuk nak bergerak pun malas..cepat engantuk pulak tu..dah tu berpeluh pun busuk..heheh
setuju. hak makan hak kami…makan 6x sehari 😀
aku masih kurus lagih walaupun kekawan dah ramai boroi…
kalau lu berani meh la lawan one pack aku ni…hahaha
Kalau nak makan lebih, makan sebelah siang. Malam kurangkan.
Makan boleh jadi gemuk ye 🙂 hmmm
maakan tu boleh , tapi kena ambil kadar yang sepatutnya la kan , yang penting rajin bersenam , baru la kacak 🙂
Berat kita ni lebih kurang ja bro Titan.
Memang kena maintain dan jaga kesihatan la. Risau juga. Penyakit senang hinggap.
bagus sangat tips encik titan nie. sebab kadang kita nie syok makan, tapi bab bersenam tu kureng. senang lah berat naik mencanak-canak. heh.
Apa nak takut, sistem tubuh badan kita dah sempurna. Setiap yang masuk akan keluar semula. Malahan channel pengeluaran tu cukup banyak. Lain la kalau kita tahan-tahan dia dari keluar. Memang gemuk la.
alhamdulillah setakat ini kerana dikurniakan kadar metabolisme yang berupaya membakar lemak2 dengan efisien..hihi
Makan banyak workout kena banyak juga. Jangan lepas makan terus tidur tak hingat doniia memang gemuk kedempol la jawabnya. itu menternak lemak jahat ja
Haduihh… Bila lah nak dapt berat ideal nih….. 😡
Kan ada supplement…takpe makan je selagi terdaya pastu blh g spital…
Rakyat Malaysia antara masyarakat dunia yang paling ramai mengalami kegemukan yang amat ketara…
Di Ankara sini susah nak jumpa nasi, so saya makan burger je hari hari. Tu yang maintain 96kg lagi haha
gemok tang perut jer..
Bile fizikal berisi..nampak tak lawa / hensem tapi bile kurus nampak macam tak cukup vitamin le plak..em alahai…
aku pun berat 80KG bro, susah nak turun, adehhh
Ummm…ok lah..lepas ni makcik nak betoi2 jaga badan lah..jeles tu Titan kurus dr makcik..:(
Saya tak takut gemuk..saya takut kurus je..:)
SP takut jadi gemuk..:(
memang da lama nak dapatkan berat badan ideal…tapi masalahnya…susah pula nak turun…maintain je…HAHA
ekau kena follow eden main futsal!
sama jugak dgn Kevin Zahri cakap..enjoy your life..jaga makan..tahu apa yg perlu dimakan utk kurus
ala haiiiii apa susah nak angkat2 bini tu, untuk orang gemuk, letak sofa sebelah katil, nak tido, gulingkan jer dari sofa ke katil
Hehe…setuju sangat dengan semua tip yang diberi
Misi untuk kempiskan perut akan diterus.. Makan biar berpada pada. Tq.
den makan banyak pun susah nak naik berat badan. maintain 57-58 je. sampai tahap makan tengah malam pun tak gemuk gak.. huhu
Haha..boleh tahan gak kurusnya..sekarang sy mwmang tak larat nk angkt bini..hari biasa..hari mwngandung memang tak terangkat terus..haha
fobia dengan “gemuk”..biarlah saya menten wlupun tak sekeding zaman blom kawin..he he
terima kasih tuan atas tips yang dikongsi.. like 1 kali.
kalau lita pandai counteract ape yang kite makan dengan aktiviti harian untuk keluarkan balik energy tu memang badan kita kan maintain je..
Zaman saya diukm dulu siap saya kira kalori ape yang saya makan dan ape yang saya buat untuk keluarkan balik kalori tu…itu zaman saya obses nak kurusla..
Sekarang ramai sangat yang obes, belum besar lai da gemuk, budak2 sekolah rendah ramai yang badan saiz xl, bahaya n tak bagus tuk perkembangan jisim dan otak…
Den ada masalah. Makan banyak macam manapun tetap slim. 🙄
Kena bakar lemak kat unggun api..hehehe
JOM KURUS CARA BERSENAM YE…JOGGING..
Balance antara makan dan senaman yang penting.Kalau tak membulat jadinya
Betul la…
bro punya susunan ayat membuat mata2 ini nak membaca dan terus membaca…HEBAT dan TERBAIKK…kena study lagi gaya penulisan bro..