Betul ke dengan buat affiliate ni, kita boleh dapat gaji sebanyak RM6500?
Ya.
Boleh.
Lebih dari itu pun BOLEH.
Dan sebenarnya, SENANG nak buat duit dengan Affiliate nih.
Tak susah.
At least, secara TEORInya..memang tak susah pun. Haha..
Program affiliate tempatan sekarang, dah ADVANCE. Tak macam dulu. Pasaran tempatan sekarang dah jadi cukup hebat dan berkualiti. Lihat sahaja Ashadee, kini dah ambil dan terima produk dari luar negara. Sekaligus, kita pun boleh dapat duit dari luar sana. Yang bayar guna rupiah pun ada kalau tak silap. Tidak lagi dollar dan ringgit sahaja. Hoho..
Pendek kata, RM6500 sebulan ini dah boleh menyamai gaji para pak menteri.
Bahkan, nak dapat LEBIH dari itu pun boleh. Tak ada masalah.
Cuma kena kerja GILA sikit lah.
Dan para bini-bini pun tak boleh marah kalau tengok suami tengah struggle nak capai target sebanyak RM6500 tu.
Tapi, seperti biasa.
Pasti akan wujud masalah yang akan menghalang dan membantutkan usaha kita untuk dapat RM6500 dari program affiliate. Tak payah pergi market luar. Kita cerita dulu market tempatan. Kang aku gebang lebih-lebih, korang bukannya nak percaya pun.
8 Masalah yang korang akan hadapi ketika buat duit dengan Affiliate
- Takde idea nak tulis ayat agar pembaca suka artikel promosi kita sekaligus menyukarkan bakal pembeli mengeluarkan duit dengan segara tanpa perlu fikir lebih dari satu kali.
- Tidak faham bagaimana hendak tulis artikel yang boleh menjual
- Tidak tahu pasaran niche sesebuah program affiliate.
- Tidak tahu “niche” produk mana yang laku keras sepanjang tahun.
- Takde idea nak kasi “ilmu” yang sesuai untuk dikongsi bagi sesebuah produk.
- Ilmu copywriting hancur. Suruh belajar, tapi otak lambat nak pickup atau dah gi belajar. Tapi tak nak ambil tindakan. Suruh cari guru. Tak nak sebab kena caj tinggi-tinggi. Suruh belajar sendiri, tak nak. Takut sesat jalan. Hmm..banyak benar alasan korang, kan?
- Ejaan bahasa malaysia pun lintang pukang. Ayat orang lain tak faham. Nak tulis bahasa baku pun bertempiaran. Banyak guna bahasa budak-budak baru kenal apa itu “COUPLE”..
- Teknik dan strategi tidak diatur dengan bijaksana.
Jawapannya senang sahaja.
Kena sanggup belajar dan BERANI untuk take action dengan segera.
Gagal adalah perkara yang bagus jika hari ini merupakan percubaan pertama korang untuk buat duit dengan affiliate. Tak apa. Kita anggap sebagai satu kegagalan yang sangat memberangsangkan. Cuba promosi lagi dan lagi. PROMOSI. In-sha Allah, akan ada hasil korang yang akan terhasil kesan daripada promosi korang yang tidak pernah kenal erti penat itu.
Sekali lagi, jangan mudah PUTUS ASA.
Short-cutnya lebih kurang begini:
1. Kaji dulu pasaran niche program affiliate mana yang panas sepanjang tahun.
2. Belajar teknik promosi yang berkesan.
3. Belajar teknik dan strategi dari mereka-mereka yang telah berjaya.
4. Sanggup keluar modal banyak untuk pergi seminar, bengkel dan beli ebook.
5. Berani ambil risiko dan buat kerja.
6. Buat kerja.
7. Buat kerja.
8. Terima hasil dan makan cendol bila dapat hasil jualan yang pertama. Boleh?
Jadi, mudah kan sebenarnya nak buat duit dengan affiliate?
Yang menjadi susah.
Adalah nak “PAKSA” orang kita mula buat kerja affiliate-affiliate nih.
Sebab orang kita memang ramai yang MALAS. Kenar kerja lebih sikit, merungut. Kerajaan bagi bonus, pun ramai merungut. Kerajaan naik 20 sen untuk harga minyak pun masih merungut walhal ada 3 handpon S4 dan 2 handpon iPhone dalam gobok masing-masing. Itu tak campur lagi tiap-tiap hari dok update status kat facebook. Itu tak campur lagi dok kuat mengular masa buat kerja. Tak campur lagi yang malas bayar hutang PTPTN. Dari pagi sampai ke tengah hari, kat kedai makan dan hisap rokok atau minum teh tarik sampai tulang rusuk kiri bengkak.
Itu tak termasuk bab hari-hari dok jaga tepi kain orang. Asyik cari salah orang. Asyik ingat diri sendiri sahaja yang betul tapi kekoyakan seluar dalam sendiri pun tak pernah nak nampak. Dan macam-macam lagi. Itulah tipikal orang kita..
Tapi..bila bab untung, Semua nak UNTUNG. Lagi-lagi mesti nak untung cepat.
Tak sanggup nak rugi sikit. Tak nak rasa hidup susah sikit. Tak nak keluarkan duit untuk belajar. Tak nak orang lebih kaya dari dia. Tak nak belajar dari orang yang dah berjaya. Tak nak tiru apa yang otai-otai dah buat..
NAMPAK?
Usaha tak ada.
Kalau ada usaha pun, semangatnya macam biskut chipsmore. Kejap ada, kejap tidur.
“Tapi Bro..logik ke dapat RM6500 sebulan dengan program affiliate nih?”
Logik.
Kira-kiranya lebih kurang begini.
- 1 komisen produk A, korang dapat sebanyak RM50. Jadi, korang cuma perlu jual 130 produk A kepada 130 orang pembeli. Atau..
- 1 komisen produk B, korang dapat sebanyak harga RM100. Jadi, korang cuma perlu jual produk B kepada 65 orang pembeli. Atau..
- 1 komisen produk C, korang dapat sebanyak RM250. Jadi, cuma perlu jual kepada 26 orang pembeli sahaja. Atau..
- 1 komisen produk D, korang dapat sebanyak RM10. Tapi kena cari 650 orang pembeli.
Dalam tempoh sebulan.
Yang mana satu kira-kiraanya yang lebih mudah dan sesuai untuk korang jual ebook?
Dan aku tahu..
Boleh tahan juga ramai yang berpinar otak dan mendidih hulu perut memikirkan macam mana nak jual produk RARE korang itu.
Dan RAMAI orang kita termasuklah otai-otai menghadapi masalah yang sama.
Namun, jawapannya ada dalam kitab PINK aku itu.
Siapa dah beli, gi baca.
Konsepnya sama. Dan konsep yang sama itu boleh digunakan untuk pelbagai tujuan yang berbeza.
DApatkan Kitab PINK itu disini –> Download dan baca Kitab PINK sekarang
KESIMPULAN
Aku dah kongsi SATU cara mudah untuk tambah pendapatan sampingan walaupun korang cuma duduk dirumah dan cuma menaip diblog sahaja. Jadi, tak ada sebab untuk mengizinkan korang mengeluh setiap hari di wall facebook masing-masing.
Login blog masing-masing dan pergi buat promosi sekarang.
Tulis dan promosi produk dari program affiliate ni bukan aktiviti bodoh-bodoh.
Keuntungannya sangat SUPER lumayan.
Mungkin cepat. Mungkin juga lambat.
Bergantung juga dengan cara dan strategi korang guna ketika mempromosikannya.
Silap gaya, korang berpotensi untuk untung ribu-ribu, puluh ribu dan ratus ribu ringgit.
Tapi kalau dapat 2-3 ratus sebulan pun, dah untung banyak juga tu sebenarnya. Dah leh dah “cover” duit pampers anak, duit kopi, duit bini beli beg baru dan beli jajan anak-anak bini kedua..
Best kan kalau kita dapat hasil yang macam ini setiap hari?
Jadi, sila hasilkan blog yang hebat, hasilkan Malaysia Best Blog 2015 dan juga untuk tahun-tahun yang akan datang agar korang takkan ada masalah kewangan lagi setiap masa.
Ps: Korang yang corakkan hidup korang dan bini anak korang. Bukan gaji RM6500 dari kerajaan atau gaji dari bos swasta. Nak dapat gaji lebih RM2500 atau RM6500, USAHA mesti super duper ultra SERIUS. Faham?
Kredit:
Idea asal – Maikel dan Mercidez.
Backroungd musik lagu Suria Baja Hitam – Black
Tukang sorak – Masih Fatin Yayana dan Ain Maisarah
Tukang urut – Pakcik Zack Ciciwangsa.
Tukang karut – Encik Titan
Tukang buat air kopi – Bini tercinta.
11,739 total views, 1 views today
Tahniah.
Dulu tak percaya bro….
Sekarang bila dah masyuk diam jer lah… Tak tipu – semuanya hasil hasutan pengarang kitab merah jambu…
Belum mampu nak berkongsi macam lu yang dah jadi sifu…
Tak reti nak cerita. Baca jer Kitab Merah Jambu, InsyaAllah berjaya…
Bro bila free? nak belanja lu Cendol Banting. Sebab nanti ada Highway direct dari Taiping ke Banting.
saya nak beli kitab pink,, tapi tunggu dapat gaji heeh – kedaionlinemy.com
pengaruh kitab merah jambu memang hebat…semua orang nak beli..
Nak berjaya dalam affiliate perlu:
1. Ada ilmu.
2. Pilih produk yang betul.
3. Plan strategi.
4. “Test” strategi. Ubah jika tak menjadi.
5. Gunakan strategi yang menjadi dan perbaiki lagi.
6. Ulangi langkah 4 dan 5.
7. Dapat komisen bolehlah pergi makan cendol puas-puas. 😆
Thank bagi tips Zul..
ooo… kena baca kitab pink eh?
belajar terus belajar, apa jenis perniagaan pun boleh hasilkan rm6500 sebulan dengan usaha yang betul
Hehe.. isteri-isteri kena banyak bersabar bila suami asyik berkepit dengan komputer, demi sesuap nasi. Sekarang ni, elaun RM6500 pun kena ikat perut kan.. 😀
Bro ramai orang duk befcakap pasal kitab pink tu. I should have one .
Senang bagi orang yang memulakan langkah pertama. Kalau belum mulakan langkah memang kelihatan susah.
Aku pun baru tahun ni berjaya buat duit dengan affiliate ni. Masih banyak yang perlu aku belajar. Nak dapat tu tak susah mana, nak maintain tu susah “nak mampos!” huhu
Kena buat target rm2500 dgn target rm6500 pulok lepas ni… Hahaa
Ok..terima kasih encik titan…nak jadi suoer hebat macam ni gak la….huhu
super duper best artikel ni.. gua akan cuba dapat RM1K dulu
melangkah untuk maju… duit banyak suke sangattt hihi
blog skg ni masih belum sesuai untuk pasang affiliate sebab trafik ciput je. tgh usaha nak naik trafik baru main affiliate ni 🙂
Aku nak capai target Rm2500 dulu sebulan 🙂 pastu nak target RM6500 sebulan….adakah misi ini akan tercapai….
tu dia banyak punya tips bro bagi
Tuan memang hebat…gebang2 pun duit masyuk jugak..agak2 berapa lama kene sabar untuk mencapai tahap sebegini ye?
Blog ni dah wajib aku lalu…mula2 ingat nak blogwalking je tapi bila baca entri artikel tuan, memang sy mula jatuh cinta dah dengan blog ni…harap tuan tak buang le nama saya selama2nye ye…terima kasih tuan titan yang hebat…
Gua baru baca separuh itu kitab…pun dah dapat buat duit..
Boleh buat full time mcm tu..
Tak payah makan gaji lagi ehhh
wah sekarang dah main nombor kat tajuk artikel, ada sesuatu di situ
nombor2 tu ada makna tu..ada makna..hehehehe
Terima kasih diatas panduan hebat en.titan..:)
Berusaha dan tidak kenal putus asa. Duit mengalir masuk memberikan semangat untuk menulis.
hang memang superb lah titan, aku skrg tgh nak overhaul blog lama “wanwidget”, transfer artikel pi blog myrujukan ni, x tau apa nak buat ngan blog lama ni, ke nak jadikan affiliate pusat yer..
Tunjuk ajari sifu…
Sukar jugak nak buat duit dengan kualiti trafik yang rendah walau ramai pengunjung ke blog kite…
terlalu ampuh tipsnya..apa yang saya dapat hadam jangan berputus asa baik belajar atau berusaha mencari duit..
gua nak mempertingkatkan lagi je sales sebulan ni.huh
😆 uih..selamat belum kahwin lagi..hihi entri yg menarik bos. Rugi sesapa tak join buat duit dgn affiliate
memang best tu…rasa mcm rugi x buat affiliate ni..huhu
yang penting kena rajin 😉
😛 salam.. ilmu affliate yang baik.. dah beli ebook teknikseomerahjambu encik.. ilmu yang ada dalam ebook tersebut memang terbaik..
jangan tak buat sila buat..bangun..bangun..
Bro memang jadi salah seorang idola aku dalam buat affiliate..
tiada yang mudah semuanya kerja keras.
tapi bila dah masyuk…ait mudahnye jadila pulak…hihi
Bestnyer… banyak lagi yang Miera kena pelajari dari taiko taiko ini semua
bila tengok duit masuk tu yg buatkan sy tertarik nak join sistem affiliate ni.
mesti kena ada ilmu dalam affiliate.. ramai yang nak buat duit online nak hasil banyak segera memang susahlah..
banyak rm6500 sebulan tu tauke. jom lebih semangat
btollah, nak gaji 6k ke atas usaha mesti super daboommm.
nak buat duit affiliate tak susah.. cuma banyak mana yang nak tu? kalau ada target tapi tak capai mulalah kecewa.. ramai yang baru join affiliate nak income macam orang dah lama buat susahlah..
Usaha mesti super super ultra serius.. <– saya suka ni..
begitu menginspirasi bnayak orang untuk menjadi berhasil dalam afiliasi