Download Contoh Soalan Exam Online PTD 2014
Aku yakin seperti exam SPA yang lepas-lepas, ramai calon SPA yang sibuk mencari contoh soalan online exam PTD, contoh soalan PTD, nota rujukan Exam PTD dan macam-macam lagi untuk Exam Online PTD kali ini.
Tidak hairan ramai yang mahu mencari nota rujukan dan info terkini tentang exam ptd setiap hari. Walaupun banyak buku rujukan yang telah dijual di kedai-kedai buku, tetapi tidak semua orang mengetahuinya dan mungkin ada yang telah mencarinya tetapi tidak terjumpa. Langkah terakhir, mereka mencari sahaja panduan dan ebook tentang Tips PTD yang berpotensi untuk membantu mereka lulus dalam peperiksaan online PTD pada tahun 2014 ini.
Begitu juga dengan bini aku. Lebih kurang je dengan perangai calon lain. Haha..
Dia dah mula dah mengada suruh aku carikan nota untuk persediaan beliau untuk menghadapi peperiksaan online PTD 2014 ini. Dah jadi satu kerja pulak aku nak kena download contoh soalan exam online PTD dan juga nota-nota yang boleh dijadikan rujukan beliau.
Sayangkan bini punya pasal, aku carilah juga sikit-sikit. Yang sempat aku salin dan save, aku simpan dalam satu folder. Kekadang terpaksa copy beberapa kali, paste dalam word..dan siap tulis nota kaki kecik dalam word tu yang mana PENTING untuk dibaca.
Haa..bukan sonang tu suami nak tolong bini macam nih.
Ada laki korang buat camgitu? Takde kan? Aku seorang ajelah suami mithali yang buat kerja gila macam ni. Haha..
Apapun, aku kongsi sikit apa yang aku dah jumpa.
TIGA Peringkat yang korang kena lalui sebelum jadi seorang Pegawai Tadbir Diplomatik M41
- Peperiksaan Online PTD M41
- PTD Assessment Centre (PAC) – Yang ni aku baca macam dah tak ada tahun ni.
- Temuduga
Peringkat yang aku hendak tekankan adalah Peperiksaan Online PTD.
Peperiksaan Online PTD atau exam online PTD 2014 ini adalah peringkat awal untuk mengurangkan calon-calon SPA sebelum ke peringkat seterusnya. Senang cakap, diorang nak buang seramai calon yang boleh. Lagi sikit, lagi bagus. Senang diorang nak temuduga nanti. Yelah, diorang nak temuduga bukan sikit punya orang. Beribu-ribu calon tu. Kalau aku jadi panel temuduga, boleh tahan gak sakit jiwa nak tanya soalan demi soalan kat calon. Jadi, sila faham mengapa pihak SPA tak boleh nak luluskan semua calon yang pergi temuduga dan sila juga faham kenapa perlu ada Peperiksaan Online sebegini.
Okeh.
Apa lagi yang boleh aku bantu dan kongsi pada calon-calon PTD kali ini?
Sejujurnya, aku dah banyak berkongsi kepada calon-calon PTD ni sejak tahun 2010 lagi. Ramai gak yang aku tolong tu lulus dengan bulan dan bintang. Boleh tahan ramai juga yang ucap terima kasih kerana membantu mereka untuk lulus dalam peperiksaan bertulis dan juga temuduga yang mereka tempohi.
Bagus, korang tak lupa diri dan lupa daratan.
Jadi, in-sha Allah kalau korang ada sebarang pertanyaan aku akan tolong jawab jika aku tahu jawapannya.
Kalau aku tak tahu jawapan, aku jawab tak tahu. Faham?
Format Peperiksaan Online PTD 2014
Okeh. Format dia lebih kurang sama sahaja seperti tahun-tahun lepas. Malah, kebanyakkan peperiksaan online SPA yang telah bermula sejak Jun 2014 adalah sama sahaja formatnya. Korang kena login dan jawap setiap soalan yang diberikan dalam tempoh masa yang diperuntukkan. Habis masa, letak mouse masing-masing.
Ini format Peperiksaan Online PTD. Baca dan hafal.
- Seksyen A – Pengetahuan am mengenai Malaysia dan alam sekeliling. (40 Minit)
- Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah. (45 Minit) – bab ni kena tahu juga bab matematik dan ada soalan IQ sikit.
- Seksyen C – Ujian Psikometrik (15 Minit)
Untuk soalan esei Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dah tak ada. Dah makin mudah kerja korang nak lepas peringkat pertama ini. Biasanya, soalan esei macam ni yang buat calon-calon pecah kepala nak kena hafal banyak fakta dan berhujah dalam masa yang singkat. Bukan senang nak buat tu sebab bukan ramai calon yang masih pandai menulis esei seperti zaman kegemilangan SPM dulu.
Jadi, format tahun ini dah dipermudahkan. Korang tinggal jawab soalan-soalan objektif sahaja.
Review COPY Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014
Untuk bantuan yang seterusnya, aku rasa korang kena download Review Copy Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014 ini. Tujuannya adalah untuk membantu korang faham tentang persediaan sebelum menghadapi peperiksaan online PTD dan juga tahu bila tarikh sebenar boleh download Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014.
Sebab Pakej Rujukan ini cuma akan dibuka dalam tempoh yang singkat. Korang lambat, memang melepas. Aku dah malas nak layan orang yang tanya lambat. Esok nak exam, malam tu baru nak tanya macam-macam. Jadi, buat persediaan awal-awal agar korang tak ketinggalan.
Lagipun, korang memang nak jadi Pegawai Tadbir Diplomatik, kan?
Jadi, tunjukkan nilai dan integriti korang yang korang betul-betul serius nak jadi PTD.
Dah.
Senang cerita.
Isi borang langganan dibawah.
Aku akan email tentang 5 benda ni pada korang sebelum hari peperiksaan dijalankan semata-mata untuk bantu korang lulus dalam Exam Online PTD 2014 kali ini. Bini aku pun aku PAKSA dia langgan agar dia boleh baca nota dan tips yang aku kongsikan terus ke dalam email dia. Jadi, korang isi aje. Jagan banyak soalan. Hoho..
Apa LIMA benda tu?
- Tips dan info terkini tentang Exam Online PTD 2014
- Contoh Soalan Exam Online PTD 2014
- Review Copy Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014
- Bila tarikh sebenar untuk beli dan download Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014.
- Nota rujukan tambahan tentang PTD
Itu sahaja.
UPDATED.
Lamn web jualan untuk membeli Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014 telah dibuka.
Boleh dapatkannya segera. Jualan hanya dibuka selama 5 hari sahaja.
Klik link ini –> Beli Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014 sekarang
Kesimpulan.
- Aku doakan semua calon lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan online ni.
- Memandangkan peperiksaan kali ini dilakukan pada waktu malam (betulkan aku kalau tersilap), jadi sila pastikan tak ada siapa ganggu korang ketika sedang menjawab soalan. Suami nak kacau pun, tendang terus je suami tu. Anak menangis, bagilah susu awal-awal. Persediaan kena rapi. Barulah senang nak fokus ketika menduduki peperiksaan kali ini.
- Buat ulangkaji dan rajin baca nota terutamanya baca Pakej Rujukan Exam Online PTD 2014 yang aku beritahu tadi.
- Banyakkan berdoa dan bertawakkal.
- Semoga bini aku dimudahkan ketika menjawab peperiksaan online PTD kali ini.
Itu sahaja.
Semoga membantu.
Disclaimer: Pakej rujukan dan review copy ini BUKAN diterbitkan oleh pihak SPA. Ia ditulis dan disediakan oleh Tim Inforkerjaya Resources melalui hasil kajian mereka tersendiri. Ia juga bukan soalan bocor atau soalan ramalan. Lebih kepada soalan latih tubi untuk membantu calon bersedia dalam peperiksaan. Soalan peperiksaan sebenar adalah RAHSIA sehingga peperiksaan berlangsung
10,291 total views, 5 views today
semoga murah rezeki bini bro..mana tau dapat jadi PTD nanti
saya pnah pegi,, tapi fail adehhh – kedaionlinemy.com
Semoga berjaya 🙂
cepat bagi nama dan email, peluang ini tidak tunggu kita
huh! untunglah dh xde esei BM BI…masa sy dulu, 3x amik exam bertulis ni, mmg sakit jiwa nak karang esei. maklumlah..last tulis esei ms spm 2003.haha..sakit jiwa nak karang esei lepas hampir 8 9 tahun kmudian. kan senang kalau tulis point aje.keh3
Huhu..untung bini Encik Titan dapat lelaki yang baik hatinya..hehehe..semoga berjaya buat isteri tu…
Bini gua memang beruntung.
Tahniah kepada bini gua.
suami yang bertuah kena belanja member makan tau 🙂
Suami yg baik kpd isteri memang beruntung sakan..
Cepat2 download bagi yang nak amik exam, kira soklan bocor ni hehe
jom ambil pekse kata nak kerja kerajaan
selamat maju jaya berdepan dengan exam ptd…
ramai yang cari panduan ini nih
Memang terhangat masa kini carian panduan exam ptd
PTD banyak tapisan….kalau dah lepas yang pertama kena g yang kedua dan ketiga…last sekali g INTAN untuk latihan PTD…yang berjaya, tahniah diucapkan…yang tak berjaya…cube lagi…
Tu pasal laa.. Byk tapisan.. Lulus exam tapis dgn temuduga.. Temuduga pun debaran jugak. Tapis lagi.. 2,3 kali kena cuba laa napok gayanya kalo tak lulus tapisan..
Saya lepas tahap pertama pastu ke peringkat seterusnye suruh bawa baju dan sluar jog le plak..bab2 ni yang tak minat tu…terus cancel tak jadi g sbb dah ada job lain.
Banyak kali cube, selalu gagal kat peringkat pertama…bagus dapatkan ebook ini…
Em…last skali duk kampung macam aku ni…nasib baik ada homestay..
Memang beruntung dapat laki macam tuan Titan kita nih 😉
Semoga berjaya calon exam PTD, mintak2 takde masalah server macam exam kastam lepas, jangan lupa dapatkan panduan ni 🙂
Kalo server problemo mcm kastam dulu naya laa.. Moga kelajuan server dipertingkatkan lagi…
PTD Assessment dah takde tahun ni? Em takyah nak jogging sangat le ye sebab bab uji stamina dah takde..hehe
Jom pakat2 beli…panduan ebook terbaik..
Nampak macam senang, tapi kalau study last minit, memamg susahla nak lulus.. Kena dapatkan beb panduan nih..sebelum lu orang menyesal
berita buruk buat yang tak download panduan ni lagi. Soalan exam PTD memang susah
semoga berjaya kepada calon-calon yang bakal menduduki peperiksaan..teringat saya tentang Sejarah Negara China..para pegawai mereka perlu lulus periksa dulu sebelum berkhidmat dengan Maharaja China
Member den pun ada gak yang dapat peluang jawab soalan online ni. Selamat maju jaya kepada bini bro.
sy berjaya lulus exam ptd online 2014 bru2 ni..1st time exam ptd even sy xsempat beli ebook online ptd..alhamdulillah..skrg debaran mnunggu tmuduga, xtau la bile….hope berjaya n lulus tmuduga plak, doakan sy yer semua…