Hehe..
Macam biasa.
Tajuk artikel memang tak boleh blah.
Kalau bini baca, silap hari bulan mesti tersalah tafsir dan dipaksanya kena berpaling tadah dan menyokong JDT sepanjang hajat.
…
….
Ya.
Hampir setiap hari dapat email dari Lazada. Apakah sebabnya dapat email cinta dari Lazada ni? Apakah puncanya? Mengapa peristiwa ini sering sahaja terjadi hampir setiap hari?
Tak lain dan tak bukan kerana DUA sebab ini.
- Sebab aku langgan mailing list diorang. Selalu gak dapat voucher dari mereka.
- Sebab aku jadi agen promosi Lazada. Itu pasal la selalu dapat email dari Lazada nih..
Masa awal-awal dulu, memang jarang la jadi macam ni. Maklumlah, artikel promosi tentang produk Lazada pun masih tak banyak.
Sekarang ni pun, masih tak banyak artikel pasal lazada. Tapi mungkin penangan setting SEO PINK simple yang aku buat dan juga banyak gak buat backlink dan promosi yang berterusan, hasilnya dapat sehingga ke hari ini.
Aku mula serius promosi produk Lazada ni pada tahun ini.
Memang sales agak jahanam masa mula-mula dulu. Tapi bila impak SEO PINK tu dah susah hendak dikawal..sales terus menerus masuk tanpa kawalan dengan rakusnya setiap hari. Sampai aku dah tak boleh halang kejadian aneh ini daripada terus berlaku melainkan aku padam artikel-artikel promosi aku itu.
Walaupun takdelah banyak sales Lazada sangat sebab nilai komisennya pukul ratanya adalah 4% sahaja dari setiap produk yang berjaya aku jual. Tetapi, kalau kumpul-kumpul..boleh tahan banyak jugak jumlahnya. Kalau dapat, memang best la juga. Leh la “cover” bayar apa-apa yang patut kan..
Kalau korang nak jadi agen Lazada ni, korang cuma perlu daftar. Secara percuma. Tak perlu bayar apa-apa.
Cara nak daftar Affiliate Lazada.
Aku ada DUA akaun. Satu platform lama, satu lagi guna platform baru (Hasoffers).
1. Platform lama.
Daftar kat sini –> http://affiliate.lazada.com (dah tutup)
Kalau daftar guna platform lama nih, lepas korang dapat sales, korang akan dapat notifikasi email macam gambar kat
atas tu. Tapi benda ni dah tutup rasanya. Aku dah tak jumpa link untuk daftar guna platform lama. Jadi, sekarang semua kena register guna platform baru.
Dan akaun lama ini akan ditutup oleh pihak Lazada sebab dah ada platform baru. Jadi, sebab itu aku TERPAKSA daftar yang platform baru sebab platform lama memang akan kena tutup. Baki komisen yang ada tu, diorang akan transfer ke akaun baru. Dan bila daftar kat platform baru, pastikan guna email yang sama. Senang diorang nak trace nanti.
Tapi bila platform ini akan ditutup? Aku tak tahu. Aku dah tanya, tapi masih takde jawapan lagi.
“Si Tanya tu sibuk sikit kot?”
2. Platform- Lazada Hasoffers.com
Daftar kat sini –> https://lazada.hasoffers.com/
Kalau korang daftar kat akaun baru ini, korang cuma boleh check sales selepas login akaun Lazada Hasoffers. Tak ada notifikasi email macam akaun lama. Contohnya macam gambar kat bawah nih.
Kelebihan akaun baru nih, tak banyak sangat bezanya dengan akaun lama.
Tapi secara peribadinya, aku rasa platform baru memang banyak mudahkan kerja pemain affiliate macam aku nih. Pendek kata, memudahkan dan tak menyusahkan sangat la. Cuma aku harap diorang akan “upgrade” bab bila kita dapat sales, email pemberitahuan tu akan masuk ke inbox email kita. Baru la semangat nak buat promosi hari-hari.
Dan kalau nak buat perbandingan, memang aku lebih senang dapat sales bila guna platform lama. Tools untuk platform lama ni mungkin tak berapa nak ngam dengan aku. Tapi nak tak nak, kena biasakan juga sebab bila platform lama dah tutup..nak tak nak kena berhempas-pulas la plak untuk platform baru ni. Kena start dari scratch balik.
Biasalah tu. Lumrah dalam dunia affiliate.
Jadi, siapa berminat nak buat duit dengan Lazada, bolehlah pergi daftar ye.
Lazada Malaysia Voucher Code
Dan, kalau ada yang berminat untuk “SHOPPING ONLINE” kat Lazada ni, korang boleh gunakan voucer code yang ditawarkan oleh pihak iPrice. Sekurang-kurangnya, korang boleh dapat potongan harga sikit. Kira jimat jugak tu, kan?
Dapatkan voucher code itu disini –> Lazada Malaysia Voucher Code
Dah.
Aku nak gi sambung tengok bola.
Dah berapa gol dah ni Kedah lawan Pahang.
Kena sokong Pahang walaupun aku memang teringin tengok kebangkitan Kedah kali ini.
……………………
Dah dapat duit komisen nih..leh la beli karipap.
Saya suka karipap.
14,327 total views, 5 views today
seronok bila hari2 dapat surat cinta
hari2 dapat duit cinta
Hehe..
tipu la kalau tak seronok. 😎
rasa nak beli kitab pink jugk lah,, nk study jugak, – kedaionlinemy.com
untung la bro ada banyak awek
Itulah masalahnya.
Hari-hari dapat email cinta. 😈
Ciss..ingatkan en.titan dapat surat saman dari lazada keh keh..
Nak saman bendanya.
Tapi kalau depa tak bayar, siaplah. haha
Woahh. masyuk gak dgn lazada ni. hehe
eh bang,
salam 5-0 🙂
Yehh..
Pahang menang!
wahhh masyukkk lah bro…
Biasa-biasa aje.
Lepas ni..aku nak setiap 12 jam..masuk aje komisen baru. haha..
Kalau Amirul Hadi main untuk pahang lagi, aku dah sokong pahang dah. Dah takde, x sokong dah.. haha
Haha.
Aku report kat Dude nanti, baru ko tau.
Seronoknya hari-hari dapat rezeki hasil jualan
Bolehlah.
Seronok la juga sikit-sikit. 😆
memang tidak dinafikan sangat seronok kalau dapat email yang ada duit masuk..
Hehe..
biasalah tu. Dah biasa nanti, lain benar seronoknya nanti.
Fuhh.. masyuk.. Karipap sardin ke kentang?
Gol masuk, duit pun masuk. Itukah nikmat hidup?
Nak komisen lazada jugak laa.. Lalalalaaa
hari-hari masyuk duit 😉
Berselera nampak karipap gulung. 🙂
uwah, tatau pulak boleh buat duit dengan lazada. kalau `perabis duit` memang saya tau sangat.
memang hebat lah…. bola malam ni lagi panas…heee
Bilele nak dapat mcm ni…jeles I…agak2 berapa lama tuan Titan menceburi bidang blogging ni ye..
Lovely letter from LAZADA..really amazing payment…congratute to admin..
Hehe ada masa singgah homestay saye, kongsi rahsia dengan cek ye..
Boleh buka kelas tak untuk ajar kami bagaimana nak bercinta dengan LAZADA ni…?
petang2 gini lapo karipap le juga.
memang lazada rancak promosinya, nanti saya pun nak belek le juga
Peegh, terbaikla la sifu ,,….
tahniah, sy dah daftar. belum promosi kaw2 je. 😀
Pergh…! aku baru dapat 20 henget jer…
dah lupa pw lazada den.. adoi
saya pun suka karipap..nyum nyum
Semoga berjumpa JDT di final yer
Nak kena promote jugak lazada neh.. Sambil shopping sambil habiskan duit kutip komisen sambil sambilan.. Hehehee
patutlah blog ni penuh dengan banner lazada..itu tujuannya yea..
untung la awek hari2x anto email 😛
Nak jugak surat cinta. Haha
memang best..tapi LAzada bukan keutamaan aku skang ni..nak target lain dulu..korang gi la sana jejauh.ahahaa
Eh iyer kah? nak kena lariiik jauh2 neh… Hahaa
Ooo hari2 bercinta dgn lazada eh?
Saya pun suka karipap. Karipap yg paling saya suka ialah yg cik Lazada buat
lazada oh lazada ….. i’m coming hehe
Nak jana pendapatan dari Lazada ni kita kena konsisten, kena ambil masa yang agak panjang. Saya pun baru saja join affiliate Lazada ni, buat masa sekarang belum ada sebarang income..
huhu..mau tak seronok kn..emm tahniah encik titan..sy mampu jeles aje nihhhh…
Terima kasih..saya nak try jugaklah..
memang hebat teknik pink yang digunakan. duit dapat makan dapat tengok tv pun dapat
Hari2 aku dapat email. Suruh beli itu ini…tapi tang komisen tuh.. Keh3x
Tak lepas-lepas lagi nak beli meja kat Lazada.
sedapnya karipap pusing tu!
tahniah le bro… rezeki bini… ehh…
den belum berjaya dgn lazada ni. satunya sbb baru daftar, pastu sibuk lak gi haji. tak sempat nak fokus. tunggulah sikit masa lg. insyaAllah
apa kaitan dgn karipap ek??
Hari-hari dapat email cakap wang masyuk sapa tak syok noh? 🙂
Kiranya dah tanya si Tanya la ye
aku hantar emel kat Lazada aritu, ada sekali dua balas.. tu lah emel lazada cinta aku.. hehehe.. sifu pawer!!
baru aku tau lazada pun ada affiliate..bila lah amazon nak masuk malaysia..lagi syok income dia..
Penuh mailbox bro dengan surat cinta 😆
karipap tu mmg tak tahan bila tengok.. sabar je la..
Baru register lazada bro.
Nih baru tangkap kitab pink bro.
Tengah nak hadam dan follow.
Anyway thanks for your ilmu. 😉
Dapat email hari2 kata wang masyuk, fuh, syok gile…
masyukk…tahniah..bila la aku nak buat lazada affiliate ni
masyuk rupanya bro…
mcm nak kena gali2 lagi pasal affliate nie..
Tapi apa kaitan dengan karipap lak..
Hahahaha…layan
Dah macam amazon jadinya.boleh buat produk review nanti.
ish3… jellyyy.. bila ek nk dpt cengfini? xpe3… kasi mantap ilmu affiliate ms 13 hbln ni nnt. kitab pink lom khatam2 lg… huhu… patutlh aaik pendng je payment…