Mudah saja sebenarnya hendak berniaga di Facebook nih.
- Ada produk / perkhidmatan
- Hasilkan satu FB Page
- Masukkan content dan tulis post jualan + gambar
- Lakukan promosi & pengiklanan
Tapi kenapa ramai yang GAGAL menjual? Kenapa masih ramai yang TAK DAPAT sales?
Kalau tak dapat sales, itu bermakna korang takkan dapat komisen.
Tak ada komisen, modal hangus, penat aje tulis ayat power-power dan buang masa.
Betul tak?
Tapi aku mintak korang tarik nafas sambil kira dalam hati 1 hingga 4 sebelum korang baca ayat-ayat aku yang seterusnya..
Okeh.
Mula.
Satu. Dua. Tiga. Empat.
Masa hembus nafas tu, sila jerit kuat-kuat.
“AKU HENSEM!”
Ulang sebanyak 3 kali.
Okeh. Motivasi diri korang pasti meningkat 800%.
Video Mudahnya Berniaga di Facebook
Mari aku gebang sikit pasal bagaimana salah seorang OTAI lama yang aku cukup hormat dalam banyak perkara berkongsi pengalamananya tentang betapa mudahnya berniaga di facebook.
Smartzul atau Zul Smartusaha atau nama sebenarnya adalah Mohd Zulfadli. Kalau aku bermula buat duit diinternet pada awal 2001. Beliau bermula pada tahun 2005. Tapi beliau lebih terkehadapan berbanding aku dalam hal-hal untuk dapat duit dengan lebih lumayan pada zaman itu. Banyak juga artikel kat blog beliau yang aku kopi dan pess untuk aku baca kat rumah masa kat ums dulu.
Senang cakap, Zul, Shuth dan Sham Raja Adsense antara pendorong aku ketika itu untuk mula buat duit di internet secara lebih serius.
Kenal tak mamat ni? Beliau antara orang yang cukup lama dalam bidang blogger dan internet marketer kat Malaysia. Antara orang yang awal-awal mempopularkan dunia internet Malaysia ini dengan ebook tentang penggunaan FTP dan juga pemilik buku “Urus Sendiri SOHO anda”. Menyertai Syarikat Irfan Khairi sebagai Senior Trainer pada penghujung 2014. Dan kini muncul dengan produk terbaru beliau iaitu Pakej Video Mudahnya Berniaga di Facebook.
Okeh. Zul Smartusaha ada keluarkan video khas untuk membantu peniaga online yang bermasalah buat sales di facebook. Senang cakap, dia akan bantu bagaimana untuk dapatkan sales dan beritahu mengapa ramai orang gagal buat sales kat facebook. Oleh sebab aku tak pakar bab facebook ni, aku kuat mencadangkan untuk korang tonton video tersebut untuk tambah ilmu baru.
Daripada bacaan dan pemerhatian aku tentang video yang dihasilkan oleh Zul Smartusaha itu, aku dapati 7 perkara penting yang korang kena tahu sebelum ruang PM korang di facebook itu diserbu secara berjemaah untuk mendapatkan produk yang korang jual ituh.
Apa dia 7 perkara tentang “Mudahnya berniaga di Facebook” ini?
- Asas berniaga di facebook.
- Cara nak dapatkan produk yang sentiasa ada pembeli..
- kepentingan dan cara mebina facebook page
- Kehebatan facebook ads, likes dan cara menjual
- Ayat jualan yang menjual.
- Kepentingan dalam membina da mengedit gambar
- Follow up.
Sebenarnya, ada banyak lagi perkara yang perlu korang tahu sebelum berniaga di facebook. Tapi 7 benda ini kalau korang TAHU, itu dah cukup untuk BOOST sales korang di facebook. Sekali lagi, tak perlu idea advance sangat. Kalau ASAS korang tu dah cukup kukuh, itu dah lebih dari cukup untuk dapat income best-best kat facebook.
Aku pernah jual benda kat facebook. Jual ebook aje. Walaupun ebook yang aku cadangkan itu agak MAHAL. Tapi dari 104 orang yang PM aku itu..aku dapat 15 orang yang membeli sahaja. Maklumlah, produk harga dekat RM200. Memang tak ramai ada kesabaran dan kemampuan untuk membeli sebuah ebook sahaja. Tapi ada 15 orang yang SERIUS nak belajar. Jadi, satu komisen aku dapat RM75. So, darab dengan 15..agak-agak berapa aku dapat?
Fanpage aku yang mana?
Tak boleh beritahu. Itu rahsia.
Dan kepakaran aku bukanlah berniaga di Facebook. Kepakaran aku adalah pemakan cendol paling rakus di Banting sahaja. Sebab itu, tak banyak sangat sales aku dapat. Itupun, main hentam-hentam aje. Tapi kalau nak hentam pun, kena ada ASAS yang kukuh. Selagi kita faham PLOW untuk berniaga ni..kat mana-mana platform pun korang boleh tibai. Kat facebook ka, blog ka, instagram ka, forum ka..janji korang faham PLOW tu dulu.
PLOW tu menda?
Psychology Flow of Desperate Buyer. Penerangan lanjut, sila tunggu kitab PINK edisi terbaru tu keluar nanti. Dalam kitab PINK tu aku akan cerita lebih terperinci mengapa PLOW ni penting bagi setiap peniaga online. Malas nak cerita kat sini. Biar korang maki aku dalam taman hati masing-masing. Haha..
TAPI..
Kalau korang tak SANGGUP nak tunggu kitab PINK edisi kedua tu keluar dan aku pun tak tahu bila..
Korang boleh dapatkan 15 video yang dibuat khas untuk peniaga online di facebook oleh Zul Smartusaha agar boleh bantu korang berpotensi dapat banyak sales hari-hari macam aku. Hoho..
Dapatkan 15 Video Mudahnya Berniaga di Facebook melalui link dibawah ini:
Download kat sini –> 15 Video Mudahnya Berniaga di Facebook
“Video Mudahnya Berniaga di Facebook merupakan ilmu yang dinanti-nantikan oleh usahawan online ‘newbie’ seperti saya. Sebagai newbie, saya mengambil masa yang lama untuk memahami selok belok strategi dan teknik berbisnes di Facebook. Dengan adanya video ini, saya belajar asas bisnes di facebook langkah demi langkah dan ia dapat juga diaplikasi di medium lain seperti website. Banyak strategi dan trick yang simple tapi superb dikongsikan dalam 15 video ini. Sebelum anda “melebur” lebih banyak duit dalam bisnes, saya sarankan untuk kuasai ilmu asas yang simple dan superb ini dulu.” – Ros Atiqah Fatin, Pemilik Perniagaan Rafa Legacy.
Ps: Kalau tak silap, Abe Zul kite ni dah kahwin. Jadi, gadis-gadis comel sekalian..jangan mengorat naa..
9,407 total views, 1 views today
memang mudah berniaga di facebook….hehehe
Mudah tak mudah sangatlah.
Janji kena usaha lebih. baru leh dapat hasil yang lebih.
yup,, apa2 pun kne usaha,, tu kuncinya,,- kedaionlinemy.com
pendapatan sampingan hasil dr facebook… alhamdulillah…
Tahniah.
Mesti boleh dapat lagi banyak lagi lepas nih kann.. 😆
Ambe takder produk nak jual pun.
Kalau ada leh juga donlod ilmu yang bagus ni.
Seperti biasa, asalkan encik titan yang review, Insya Allah leh percaya.
kalau rajin nanti, leh la cari apa yang hendak dijual ye. hehe..
berniaga memang mudah jika ada ilmu, tanpa ilmu apa pun tidak jadi
Sebab itu kita selalu dituntut agar mencari dan menambah ilmu selalu.
hehe..
muncul balik ye..hurm..ok le
Aku belajar buat blog dengan Smart Zul, dulu dia ada forum khas untuk pembeli2 ebook Panduan Asas WordPress. Memang tak rugi beli produk dari Smaart Zul ni.
Yap.
Majoriti produk dia memang berkualiti dan masih boleh dipakai sehingga ke hari ini.
terbaik bro..bleh cuba nie nak tambha ilmu dan motivasi..okey tarik nafasssss duluuuu
okeh. tarik nafas panjaaaang sikit.
haha
Orang lama. Mula buka blog dengan WordPress selepas beli pakej belajar WordPress dari Zul Smartusaha.
Yap orang lama.
Tapi telah kembali. hehe..
saya tarik nafas dan lupa nak hembus balik..nasib baik tak mam…..
Aku takda produk nak jual.. Huhu
Tak rugi kalau belajar. FB sebenarnya lubuk duit kalau kita tahu..
Memang satu produk keperluan ni, ramai yang tak tau menjual kat FB, promosi pung pang pung pang tapi tak ada sales
Berniaga ni best sebenarnya. Den pun nak cuba berniaga suatu hari nanti.
Setiap benda perlukan asas dan ilmu yang cukup, baru boleh berjaya!
Cer bagi gak laman facebook yang menjadi kerahsiaan tu..nak copy ilmu yang Encik Titan buat tu..hahaha..boleh la…pleaseeeeee… 😉
Produk hasilan Tuan Zul SmartUsaha memang tidak menghampakan….
Kawe kt FB usha awek jer he he… 😎
Tapi tu duluuu… skrg dah tobat
Jom beli jangan tak beli..
betul tu. mudah tak mudah. kena usaha yang tak kenal putus asa.
Mudahkan jika dah ada panduan meniaga di facebook..
Banyak nak kene usaha lagi ni utk menjual di facebook. akan ku usha panduan ni. tq.. 😛
Menarik istilah PLOW tu. Nak kena belajar nih
SmartZul salah seorang yang membuka minda dan jalan untuk bisnes internet. blog beliau memang banyak ilmu terutama pasal blogging. Sekarang, rasanya sudah ramai anak murid hasil ilmu beliau.
saudara zul nie antara usahawan internet tersohor di malaysia yang menjadi rujukan para penggiat perniagaan di internet. Dah lama dier berkecimpung dalam dunia IM nie..
Mesti dah masyuk kan..tp diam2 jek aa.. 🙂